About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Tuesday, May 31, 2011

Boss Not Angry

Memang betul BOSS ada hak nak marah
"suka hati aku lah, aku BOSS'
Tapi BOSS, kalau nak marah tu, tutup lah pintu...jangan bagi orang lain dengar
Walaupun bukan saya yang kena MARAH,
Tapi saya rasa saya lagi kecut perut dari orang yang betul-betul kena marah dengan BOSS tu...RELAXXXXX je  aku tengok.....

Behavior in the OFFICE today

 Speak slowly, gently laughing

and lunch
SLEEP until I passed out .........



Sunday, May 29, 2011

Luni Kitten

Pagi tadi at 8.05am my son Afiq terjerit-jerit kejutkan kami
MAMA....ABAH...Luni dah beranak....
Kelang kabut bangun terus gi tengok Luni.
Seekor jer yang keluar, memang ada lagi dalam perut Luni. 
May be ada dalam 2,3 ekor lagi.

Tengahari tu we all tinggalkan dia, luni memang gelisah. Baring tak kena .....kejap2 dia mengiau.
sebagai seorang wanita, hanya wanita sahaja yang memahami hati wanita yang lain huhuhuhu [walaupun ianya seekor binatang]....Memang kesian melihatkan keadaan si Luni.

Lepas dinner, siap kemas dan cuci pinggan, puan punya blog pun mengadap la si Luni, sambil2 mengusap-gusap perutnya. Luni nampak sangat gelisah, sekejap masuk, sekejap keluar dari bekasnya. Anak sulungnya di himpit-himpit sian si kecil nak menetek tak dapat.

Setelah berulang ulang kali mengusap gusap perutnya, setengah jam kemudian, scctttttttttt air ketuban Luni keluar mencurah-curah. Sejam kemudian keluar lah 2nd baby Luni, same colour with the 1st one...orange like Luni. 10 minute later, kuar lagi seekor, and this time BLACK like LUNA.

And all together 3 kitten. Belum ada nama...Lepas habis pantang, 44 baru nak bagi nama.....anak2 kitten ni.... Afiq, Damia & Dina sila siapkan nama kitten2 tu ya.......

Now, my other half pulak yang mengadap Luni, ada lagi ke...kita tungguuuuuuuuuuuuu la ya...ada kata 2nd bidan pulak......


 

Long Champ

Wah di mana-mana semua wanita memperkatakan mengenai nya
wah..trend terbaru
saya bukan lah kaki shopping atau kaki hanbang
ala sebab saya ni tak BERDUIT
cuba kalau saya BERDUIT
saya akan jadi 

KAKI GILER

handbag,
kasut
barang2 make up
baju-baju
semua la aku jadi KAKI
bak kata KAKI SHOPPING lerrrr

dan kaki-kaki yang sewaktu dengan orang yang BERDUIT
kaki travel, kaki scuba diving, kaki bawak motor berkuasa tinggi
macam-macam kaki aku buat kalau aku KAYO
kalau aku BERDUIT

dah tak berduit dan aku cuma ada 2 KAKI..

dan the latest in TOWN is.....
scroll down
>>>>>>>
>>>>
>>
>
>
>
>
<
<
<
<
<
>
>
>
>
<
<
<
<
<

learn how to edit picture like this from my little son Afiq, my son more expert than me now a days........Thank you Abang......



Dapur Ku Tidak Berasap

Dapur ku tidak berasap la minggu ni
Sebab I tak asapkan, ehhhh ehhh ader asap lagi ke zaman sekarang ni
Mana ada asap, mana ada dah orang pakai dapur kayu lagi dah
[teringat arwah wan jarah, wan katek & atok rasip menghembus-hembus batang besi supaya "dapur mereka berasap untuk memasak", tercungap-cungap orang tua tu]
zaman milenium ni...semua nya dah pakai gas
dan jgn terperanjat, dah ada yang guna kan kuasa elektirk untuk memasak
ZAMAN SUDAH CANGGIH wooooooooo

So kena lah tukar peribahasa ni
Dapur ku tidak Bergas
Hahaha, ador ador sajor la Puan Blog ni
memandai mandai nak tukar-tukar peribahasa yang sedia ada

Tengahari ada jemputan makan "Wedding"
 Rindu plak nak makan nasi minyak...
Eh puan punya blog, bukan ke adik kamu baru jer kawin last month...
makan la tu....kannnnnn nasi minyak
oh tidak, disebabkan KESIBUKKAN Kakak Pengantin tak sempat nak jamah
nasi minyak, tapi semua tetamu puji sedap
Akak makan nasi putih jerrrr :D, tapi tak per akak merasa lah makan lauk pengantin
Ok laaa tuuuuuuu....

Moh kiterr, makan kenduri tengahari ni...... 

Setelah 10 Tahun

Dah hampir 10 tahun tak pegang bola boling....
Ok lagi laaa, masih ada sisa2 skill saya...


Free Nya

Bila tak der keje..
Bukan x der keje ya, keje di zico memang tidak pernah SELESAI
Ini namanya mengisi masa yang sajer diluangkan
kalau asyik mengadap PC jerrr pun ...BERPINAU mato ni haaaa.....
Ini adalah aktiviti merehatkan mata......
Ni La keje Puan Punya Blog di opis untuk merehatkan MATAnya....
Jangan salah faham, ok...
Kang ado yang dapek warning letter plak...idoooookkkkkk lerrrrr






Saturday, May 28, 2011

Happy Teacher's Day 2011

Happy Teacher's Day to all teachers at SKBF 2, KL
Terima Kasih di atas tunjuk ajar pada anak-anak saya
SHAFIQ AKMAL and SARAH DAMIA, and soon SAHIRA DINA

Last friday sekolah telah mengadakan sambutan hari guru.
Bagi meraikan guru-guru di SKBF 2,KL.
Macam biasa, Afiq n Mia ask for a present.

Memandangkan mama belum lagi gaji.
So dengan krativiti dan barang2 yang ada di rumahlah
PRESENT for their teachers.

And tadaaaaa......


Present for Guru Kelas 5B - Puan Salwamurni and
1B - Puan Jayakodi

Hope you like it .....






Mari Memasak

Mari memasak spagetti, my favourite....
KIDS favourite also
Mudah dan senang
Simple and nice.....
Ermmm Yummy


Bahan-Bahannya

2 biji Bawang Merah India di cincang
2 biji Bawang Putih di racik halus
3 biji Cili Bangala dipotong dadu
1 biji tomato dipotong dadu
Olive Oil + Butter
1 bungkus spagetti di rebus, kemudian ditos kemudian digaul dengan butter
taburkan herba arigano

Daging Ayam dicincang halus
Hot Dog
Cendawan Butang

Dan yang paling penting kuah spagetti frego

Panaskan kuali dan tumiskan bawang besar dan bawang putih
Bila naik bau, masukkan daging ayam cincang
dan kemuadian hot dog dan cendawan butang

Bila semua dah cukup masak
masukkan tomato dan cili benggala
Last sekali masukkan sos frego,
biarkan sebati dan masak....


Tadaaaaaaaaaaa siap untuk di MAKAN.....
ermmmmm sehingga menjilat pinggan.













Eeee Geram La

Sepetang bersama Amar
Pantang di agah...sengih jerrr
Eee geram la Mak Long....




Kaki Ini Bawak Aku Ke Mari

Malam minggu ku yang terisi..
jarang bebenor eden kuar malam-malam minggu ni
cam PELIK jerrrrr....ermmmm

Kaki ke yang bawak aku ke sini, ????
Kalau jalan kaki lambat la sampai...
mahu basah ketiak mahu berpoluh satu dan
dan longoh2 kaki berjalan....
Roda-roda sang kancil ku yang bawak kami ke sini.
For dinner to night, HR STICK HOUSE, KG BARU.

Lain yang di GOOGLE, lain yang we all makan
Ingat nak makan NASI LEMAK AYAM DARA..
pusing punya pusing tak jumpa....
Apo yang ado jorrrr..porut pun dah kebuluran....
Park kancil...zupppppppp
Makan time...

Order punya order, Makan punya makan
for the whole family....
Tak sampai 50/- ringgit babe...
Berbaloi baloi sangat
Puas hati, sedap dan yang penting KENYANG
Kids HAPPY and kita semua ENJOY.....




MENU 

ABAH - Lamb Chop Combo + Lime Juice
MAMA- Lamb Chop + Watermelon Juice
AFIQ - Chicken Chop + Honey Dew Juice
DAMIA - Fish and Chip + Orange Juice
DINA- Fench Fries + Chicken Nugget + Sirap [air standard dia]

makan punya makan lupa nak ambik pic kedainya, eyriqazz.com pinjam pic yooooo







banyak...full betul tank malam ni



Watermelon + Lime Juice [lime juice abah pun mama yg habiskan], Lime Juicenya terbaik wok.....

KL Punya La Luas

Apa MIMPI malam ni nak ajak my other half n kids keluar jenjalan
Nak MATI dah kot, takut kempunan plak nanti
Tapi tak tahu nak pergi mana babe?
Adohai, ha ni la masalah aku...
Orang yang jenis dok rumah, bila teringin nak jenjalan
Dah tak tahu nak kemana


RAR, Kolumpo ni punyooo la BOSAR....punya la LUEH ehhhh...
EKAU tak tahu nak ke mano????


nak pi mana....nak pi mana....????
nak cari kayu...nak cari kayu.....
B.U.N.T.U.
any I.D.E.A......




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




4.30 pagi pada 28.5.2011

Malam tadi rutin mingguan TERGENDALA
KEMALASAN telah melanda Puan Punya BLOG
8.00 am, KETIDURAN sudah


Dan 4.30 pagi bangun, Puan Blog bangun bagi
MENYELESAIKAN keje-keje rumah
Idak ado 'Maid' ....... no helper for me, buek la kau sendiri yoooo


Sambil menyelam minum air, dan kembong....hahahaha
7.00 am siap mencuci semua baju kotoran dan sidai
Clean up my small little kitchen...


Dan menyambil-yambil mengupdate BLOG
Baca Kosmo online...


Kejap lagi 
nak vaccum satu umah...
dahhhh siap...buang semua sampah...


LUNCH, puan blog malas masak
dan kesudahannya sabtu yang indah
Makan kat luar laaa yaaa anak2 and my other half...
ok la tu...[promise sambal belacan my handmade]


ok daaaa......petang2 or malam2 kang
UPDATE BLOG lagi.........


Have a nice and Happy Weekend to all my reader's and  silent reader's.... 











Pizza Jenama Apo Ni?????


OMG...OMG.....

I love PIZZA babe...

"alahai puan punya blog, apa jer yang kau tak suka, semua kau balun jerrrrr"
hahahahaha


Nyaris tertelan skru dalam piza
AHMAD menunjukkan sebatang skru yang terdapat di dalam piza jenama terkenal di rumahnya di Seksyen 10, Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Kemeriahan majlis hari jadi seorang suri rumah bersama keluarga bertukar cemas apabila suaminya didakwa nyaris tertelan sebatang skru sepanjang 3 sentimeter ketika menikmati hidangan piza di rumah mereka di Seksyen 10 di sini malam kelmarin.
Seeorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Maznah, 27, itu mendakwa, piza itu telah ditempah melalui pesanan dalam talian daripada sebuah rangkaian restoran makanan piza terkenal di Seksyen 9 di sini sebelum dinikmati bersama ibu, bapa mertua, adik ipar dan anaknya.
“Kami membuat tempahan piza sebanyak dua keping pada pukul 8.20 malam kelmarin dan setelah piza tiba, kami membuka sekeping terlebih dahulu yang terbahagi kepada beberapa potongan.
“Ketika suami saya sedang asyik menikmati kelazatan makanan ini, dia tiba-tiba mengadu tergigit sesuatu yang disangka seketul batu tetapi rupa-rupanya sebatang skru,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Seksyen 10 di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

1 Juta Belia at Putrjaya


Himpunan Sejuta Belia meriah



AHMAD SHABERY (tengah) menunggang basikal bersama ahli Jambori Pengakap Malaysia di Dataran Boulevard, Putrajaya semalam.



PUTRAJAYA - Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 bermula semalam dengan pelbagai acara menarik.
Sejak awal pagi lagi, ribuan belia membanjiri pelbagai lokasi di sini bagi menyertai kira-kira 220 aktiviti yang dianjurkan sepanjang program tiga hari itu.
Dengan penganjuran aktiviti khusus bagi belia, sasaran untuk mencipta sejarah dengan mengumpul sejuta anak muda di Putrajaya dijangka menjadi kenyataan.
Belia bukan sahaja berpeluang berhibur, tetapi juga meneroka pelbagai bidang serta menyerlahkan kebolehan masing-masing.
Aktiviti yang dianjurkan terbahagi kepada beberapa segmen utama iaitu Himpunan Sejuta Belia, Modal Insan, Y-Avenue, Malaysia Cergas, MAHA Youth dan Majlis Belia Malaysia (MBM).
Kesemua segmen itu membabitkan 80 acara berbentuk pertandingan (41.4 peratus), kerohanian dan keilmuan melibatkan 93 acara (48.2 peratus), persembahan dan pertunjukan pula adalah sebanyak 20 acara (10.4 peratus).
Antara aktiviti yang menjadi tumpuan ialah kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meluangkan masa meninjau pelbagai aktiviti yang diadakan di Putrajaya semalam.
Beliau turut hadir pada pelancaran Info On Wheel Crime Awareness Team (CAT) dan Y-Avenue iaitu program yang bertujuan menarik minat belia dalam membanteras jenayah.
Pelancaran program itu disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.


Ikuti berita lanjut di akhbar KOSMO........ hari ini

DIBULI dan MEMBULI

Macam-macam budak-budak sekarang
Kecik-kecik lagi dah pandai MEMBULI
kesian kepada mereka yang jadi mangsa

Moga anak-anak ku tidak DIBULI dan MEMBULI
Moga anak-anakku sentiasa dilindungi 
oleh YANG MAHA ESA amin.....


Mata murid buta dicucuk pensel


Mohd. Saiful menunjukkan mata kanannya yang buta akibat dibuli.


TELUK INTAN - Masa depan seorang murid lelaki Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Sungai Lampam dekat sini kabur apabila mata kanannya dikhuatiri buta akibat dicucuk dengan pensel mekanikal oleh rakan sekelasnya kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, Mohd. Saiful Nizam, 10, mendakwa dia dibuli sekumpulan rakan sekelasnya sebelum mata kanannya dicucuk dengan pensel.
Menceritakan semula kejadian itu, Mohd. Saiful yang merupakan seorang pendiam berkata, sebelum kejadian dia yang berjalan menuju ke kelas selepas tamat waktu rehat sesi pagi ditahan sekumpulan rakan.
"Mereka minta saya melakukan sesuatu tetapi saya tidak mahu dan terus masuk ke dalam kelas.
"Semasa berada dalam kelas, mereka pegang tangan dan kaki saya sementara salah seorang daripada mereka ambil pensel mekanikal dan cucuk mata saya," katanya ketika ditemui di Hospital Teluk Intan di sini semalam.
Mohd. Saiful mendakwa, selepas kejadian itu dia mengerang kesakitan sebelum dibawa ke hospital oleh guru sekolah tersebut.
Dakwa kanak-kanak itu, dia pernah dibuli oleh rakan-rakan sekolahnya sebelum ini tetapi terpaksa berdiam diri kerana takut dibelasah.
Difahamkan, sebelum ini, kumpulan pelajar tersebut pernah mengajak Mohd. Saiful menyertai geng mereka tetapi kanak-kanak itu enggan berbuat demikian.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

I'am Sorry Sayang

Maafkan mama.........

Friday, May 27, 2011

Weekend, Its Come Again

Cepat betul masa berlalu
Hujung minggu bertandang lagi
Apa plan minggu ni?
Apa aktiviti minggu ni?
NO PLAN, NO ACTIVITIES for this WEEKEND


Anak-anak dah mula cuti sekolah
Thank you so much..
Bolehlah mama rehat sikit 2 minggu ni
And KIDS...duk umah jangan buat sepah-sepah ya
Jangan bagi mama jadi MAMA TARZAN 
bila balik dari keje...


Tugasan hujung minggu, MOOD MALAS
kain kotor berlambak...huhuhuhu


HAPPY WEEKEND.....



Wednesday, May 25, 2011

3 Hari Yang Bahagia

Macamana ya nak gambarkan 
perasaan saya ni. :D
Ya, 3 hari ...
Ya 3 hari yang amat 
mengembirakan saya di ZICO.

Tiada gangguan dari MANUSIA ini
Moga KEGEMBIRAAN ini akan 
berterusan dengan 
Izin dari yang maha ESA. amin
Dan semoga IMAN ku KUAT
untuk MENGELAKKAN nya.......

Ya ALLAH berikanlah aku
KEKUATAN
dan moga KEKUATAN dan
KECEKALAN ini akan
Berterusan dan BERPANJANGAN 
sampai bila-bila....

amin....amin ya rabbal'alamin...

MAMPUKAH AKU ?????
Hanya DIA yang maha mengetahui
Tapi jika sebaliknya....
Mungkin ada HIKMAH disebalik 
kejadian ini.

SESUNGGUHNYA YANG BAIK ITU DARI ALLAH
DAN YANG BURUK SERTA JAHAT ITU DARI AKU INSAN YANG LEMAH LAGI DAIF

Saturday, May 21, 2011

Perginya Seorang Lagi Anak Seni

Negara kehilangan seorang lagi  seniwati yang berkaliber...
Ibunda kepada pelakon Faizal  Hussein dan juga 
ibu saudara  kepada actor Rosyam Nor
Marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah buat rohnya
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan 
orang-orang yang beriman ...amin
Al-fatihah....




Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Binti Ismail telah telah meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari tadi di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Menurut cucunya, Ayang Hussein atau nama sebenarnya Natra Yasmin, 27, neneknya itu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal selain penyakit diabetis.

"Sebenarnya arwah nenek tidak mempunyai penyakit yang serius selain diabetis yang dialami sejak tahun 1999.

"Cuma pada malam tadi, arwah dihantar ke klinik kerana demam panas serta batuk dan doktor telah memberi ubat yang tidak bersesuaian seinggakan sampaikan sistem tubuh badan arwah gagal berfungsi.

"Saya dan ibu, Dila Hussein, membawanya ke hospital dan ketika itu dia terus koma dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada pukul 10 malam tadi," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.

Tambah Ayang, keluarganya terkejut kerana tidak sangka Allahyarham meninggal dunia dengan sekelip mata sedangkan pada Khamis lalu, dia bersama ibunya serta Allahyarham telah membeli belah dan meluangkan masa bersama.

Malah Allahyarham yang merupakan ibu kepada Faizal Hussein itu baru sahaja tamat penggambaran drama Terapah Bulan Madu di bawah Skop Production pada minggu lepas.

Jenazah akan dimandikan di Madrasah sekitar Gombah dan dijangkan akan dikebumikan di Tanah perkuburan Ibu Kota, Danau Kota, selepas waktu Asar.