About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Saturday, August 31, 2013

Merdeka ke 56

After almost 20 year......

How time fly so fast kan. masa tu di tengah2 padang Dataran Merdeka tu lah aku dengan pom2 berwarna biru di tangan with the ex SMB Badge 1995. Kami bersenamtari, membuat logo dan bendera malaysia. Sebulan tu training at Sekolah Concrane Jalan Peel. What a wonderfull memories for me and friends. We really had fun an really enjoy the moment.

This morning gigih bangun pepagi subuh bawak my 2 girls to fell the Sambutan Hari Kemerdekaan at Dataran Merdeka. Bagi memupuk dan menanamkan semangat Patriotik di dalam diri mereka. Merdeka, merdeka, merdeka. Sayang my bujang x dapat nak joint sebab ada Futsal Tournamen at Dato Lee Chong Wei Sports Arena at Jln Klang Lama.

My girls really had fun and enjoy the moment. Seronok tengok unit2 beruniform ni. Dan dalam hati agar one fine day my kids akan menyarungkan any unit beruniform ni sebagai kerjaya. In Shaa Allah. Dengan Izin NYA. Mama doakan. Inspector Damia. Tuan Shafiq or Sarjan Dina. Semoga salah sorang akan capaikan impian mama. Kalau ke3 2x lagi lah mama syukur. 





















Thursday, August 29, 2013

ZICO RAYA 13'

malas nak cakap mood swing
terima kasih tuhan kerana jadikan
aku 
hambamu
se sabar sabar nya

semoga aku akan terus sabar
diperlakukan begini......
 

Wednesday, August 28, 2013

Kesayangan Malaysia.....

Picture Ehsan dari FB RedMummy....
So Admirer of Her....
Boleh ke aku  menjadi seperti mu...RM
????????

 



Yup.. move on.....


3 my nyawa intan payung

walaupun kehidupan saya bosan dan tidak menarik langsung katanya tapi saya ada ni. Merekalah bintang hati saya yang sangat menyinari hidup saya......
thank you allah

sis bro.......

:(

no opportunity to explain.....

Tuesday, August 27, 2013

MOOD : SEDIH + SAD + BYE BYE NEK

sedih tak hilang lagi. terkilan segala macam rasa masih berselirat dalam kepala otak ni. Terapi yang terbaik bagi orang yang tak berduit macam mamalove ni adalah lebih baik kita menulis dan mengarang di dalam blog. Al maklum nak poi spa maha bona. Bukan sahaja mahal sesungguhnya aku tak mampu. Memang pun aku tak mampu. Berapa kali nak bagitahu yang kehidupan aku memang tak best memang tidak seronok. kehidupan aku bosan dan mewah dengan kesedihan, kesukaran dan kedaifan. Tapi aku bahagia dan aku sangat2 kaya dengan adanya anak3 dan keluarga yang bahagia, mak bapak, adik adik dan anak4 buah yang cumel. Kaya pula dengan kasih serta sayang.

Tapi apakah yang disakitkan oleh manusia tu ya. Aku tak usik dia pun. Sedih. Sangat-sangat sedih. Ini semua adalah pembalasan terhadap dosa-dosa silam ku dariNYA. Kena Redho dan terima dengan hati terbuka. Selagi masih boleh bersabar. Aku akan tetap bersabar. Terima Kasih pada MU kerana memjadikan aku insan mu yang hina ini sebagai seorang insan yang amat amat amat amat penyabar. Mata dah layu ni. Memang tidak cukup tido. Tak cukup tido sebab tension mikirkan benda2 yang menggangu minda ni. 

Mak bapak dah 3hari kat umah. Malam borak2 ngan mak sambil2 lipat kain hingga jam 12.00 tengah malam. Kalau mak bapak tak do ni. Waktu tidur ku adalah jam 9.00pm. Bye Bye anak3 pandai2 lah cari tempat tido. :D. Pagi tadi 4.00am dah bangun. Siapkan bekpes and Damia Dina nak bawak bekal to school. Sangat Gigih mamalove buat nasi goreng. Tak sampai hati nak tapau ke office. Takut tak cukup nanti Afiq, Mak n Bapak nak makan. Al maklumlah nasi goreng saya adalah yang paling sedap di dunia jatuh no 2, no, 1 semestilah nasi goreng my mom kan. hahaha masuk bakul angkat sendiri. Ya la tu mamalove. Ke kamu sudah risau berat badan yang kurang 4 kilo masa bulan ramadhan aritu dah naik dua kali ganda masa bulan syawal ni. Huhuhuhu ini adalah faktanya. Sedih. Sedih dan terus Sedih. Mood Sedih. Mana tak naik Open House sana sini situ sini. Hehehehe. Merajin tahun ni ke Open House. This weekend ada 2 lagi. hahaha. Makan makan. 



ZICO

Adalah satu lagi my cerita sedih. my favourite boss NEK yesterday 26 AUGUST 2013 is her last day in Zico. Bye Bye NEK. Finally. I will sad bila ketiadaan you hari  ni, esok lusa dan selamanya. Tak der la saper yang nak bawak I shopping kat Vincci, threading eyebrows, makan kat sambal hijau sg penchala, belanja makanan2 omputih yang mahal2 tu. I suka sangat steak.cheese.spagghetti. ermmm. Pastu ni lunch time i dok diam diam depan PC. 8.45am-5.45pm 

#ngadappcsampailebam 


huhuhuhuhu. Akak will miss you so much NEK. Semalam sajer jer tak say goodbye sebab hati i sebak dan airmata dah bergenang jer. Nasib I tak meraung NEK. Take Care. Love you. your kak liza. Dah tak der kedengaran lagi suara you. kak ambik surat kat printer, kak ambik cases kat library, kak itu kak ini. Kak i lapar. Kak jom makan KFC. Kak I itu Kak. Kak and Kak kak. Akan ada tapi dengan lain cara dan lain situasinya. I dah hilang kawan bergossip, hilang kawan nak borak2 dan dah hilang kawan nak mengulor hari Jumaat. Dah tak der dah semua. Ermm. Double Trouble sedih I. Bye NEK. Always remember me ok. You adalah bos yang telah menjarakkan hubungan bos dan secretarynya.  

You and me are like sister. 

Gadoh.Baik.Jerit2.Macam2muka.BaikSemula.Benci.Tension. Hehehee.... 
  
BERTEMU DAN BERPISAH ADAT MANUSIA BIASA
HILANG DI MATA DI HATI TIDAK LUPA
BERDOALAH KITA AGAR AMAN DAN SENTOSA
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI LAIN MASA
BERDOALAH KITA AGAR AMAN DAN SENTOSA
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI LAIN MASA
 

sakit bila diKHIANATI

kelmarin nasib dan kisah hidup
kita sama....
tiada yang berbeza. noktah
Kita berkongsi
airmata.cerita.suka.duka.
Tapi kini indentiti tercalar
Nasib KAMU SEMUA Tuhan sudah tukarkan
kepada kebahagian.
Selepas Derita yang KAMU SEMUA lalui
bertahun dan bertahun tahun lamanya
Tapi aku masih ditakuk lama
Nasib aku belum berubah
Tiada apa yang Best Pun dalam
kehidupan aku....
Tiada apa yang menarik langsung
dalam KEHIDUPAN AKU.....
melainkan anak3. noktah
Aku gembira and I really happy
untuk KAMU SEMUA
KAMU SEMUA  hidup senang
dan bahagia SEKARANG
Setelah derita berpanjangan.
KAMU SEMUA makhluk tuhan yang
BERTUAH....Bertuah.....
Ya Bertuah bertuah sangat2
Tapi kenapa aku dikhianati
Aku sedih. tapi sudah tiaDa airmata
Aku terkilan dengan rasa
Noktah.
Sekali air bah. bersama sama
MANUSIA ITU berubah
dan sanggup mengadaikan
apa itu erti PERSAHABATAN.
NOKTAH ini sudah bermakna
Berakhirlah PERSAHABATAN.
Sudah tidak perlu sahabat
yang mengkhianati sahabat yang lain.
Inikah yang dinamakan
PERSAHABATAN.
???????????????????
And now I realize
TUHAN itu memberi
satu PENGAJARAN
yang sangat bernilai
yang tidak akan aku temui
dimana mana2 lagi
Tapi itulah resam aku
Cepat sangat trust makhluk asing
PADAN MUKA AKU
YA MEMANG
PADAN DENGAN MUKA AKU.....
aku manusia DAN hamba allah
yang sudah 500 juta kali
DIKHIANATI.
Dan orang akan kata
MALANG Nya kau ni.
FULL STOP
SYUKUR ALHAMDULILLAH
AMIN........

MAAF AKU TIDAK BERNIAT MENYINGGUNG PERASAAN DAN MENYAKITI HATI SESIAPA. AKU SEKADAR MENYAMPAIKAN APA YG AKU RASA. DAN TERNYATA AKU SEDIH DAN TERKILAN DI ATAS APA YANG BERLAKU
TERIMA KASIH UNTUK SEMUANYA. RAHSIAMU KISAH KAMU SEMUA DAN CERITA KAMU SEMUA AKAN TERSIMPAN KEMAS DI DALAM KOTAK FIKIRAN KU. AKU TIDAK AKAN AIBKAN SESIAPA. TIDAK SAMA SEKALI. AKU DOAKAN KAMU SEMUA SEMOGA TERUS BAHAGIA. BAHAGIA SELAMA NYA. AKU SUDAH BIASA DENGAN SEMUA INI......

Monday, August 26, 2013

ermm....

memang cerita hidup aku 
Tidak menarik langsung untuk diketahui
tapi kenapa nak ambik tahu jugak.....
terasa diri seperti retis di sini....
hahahaha....

Sunday, August 25, 2013

cooking..wedding..open house

awal buta dah bangun. masak for lunch cepat2 cam lipas kudung mamalove. ikan keli sambal cili api.kangkung goreng belacan. sambal belacan. wajib kalau tidak ada yang berparang parang tak dapek sambal belacan terbaek mamalove tu. 2 mak buyong in the house ngidam. huhuhuhu. Then tengahari gi wedding. Errmmmm sedap nya dapat makan nasi minyak babe. muka tak tahu malu 2x mamalove menambah hahaha. Makan laju2 then terus ker Shah Alam Seksyen 2. My schoolmate buat Open House. Ni wajib poi babe Puan Sri Anum. And today mamalove jenjalan secara solo. perasan single jap. perasan anak daro jap. perasan mudo jap. lupa diri disitu. hahaha gelak syaiton jap. memang lupa dunia jap. Mangkuk tingkat seme tinggal sebab favourite cousin in the house. Saper lagi kalau bukan zakuan.zaidan n adam. except falah. tu jer yg hado pun. So Damia Dina lagi seronok nak main main ngan cousin dari ikut mama berjalan raya. Tak per lah sekali sekala bagi la mama peluang nak tebar kepak hahaha kembangkan kepak. hahaha. Borak sangat sakan dengan ex schoolmate. Ada yang 20 tahun tak jumpa k. Tapi tetap mesra walaupun kelas lain lain. Happy. Bertambah happy n sakan me go solo. Anak3 tak der untuk dilayan. Makan dah tak penting. The most most important is BORAK BORAK and BORAK. GOSSIPPING and GOSSIPPING. Tapi bukan mengumpat ya. Girls biasa la kan. Girls la sangat. Gegirls sangat kan. hehehehe.
and now lets the picture talk on my behalf....


Saturday, August 24, 2013

bapak mak in town...

lepas open house tadi bergegas ke NSK at jalan kuchai lama. hati seorang anak. sejak2 bapak makin uzur ni sayu jer hati tengok keadaan bapak. last week 2x kali bapak terjatuh kat kampong. kaki dah tak kuat dan jalan pun dah tak stabil. Cakap pun tak berapa nak clear. Bapak sehabis baik along nak buat bapak bahagia dan gembira. Cuba walau kekadang along tak berkemampuan. :(. Ya Allah murahkan lah rezeki ku agar aku dapat memberi sedikit bakti pada Bapak n Mak. My love bapak n mak will be at pantai ria for 2 days. Sunday and Monday. Bapak along dah beli ikan peberet bapak. Esok along masakkan ya. Ikan sembilang masak sambal cili api. Peti ais dah penuh menanti kehadiran bapak. Bapak memang suka makan. Syukur pada NYA selera makan bapak masih baik dan berselera. Sayang mak jugak. :D. Lots of LOVE for both of you. 

Cousin Open House...

my pak uda hanafiah penang daughter. Thanx kak long mar for the invitation. thanx also tu sarip. dapat lah meet my niece and nephew yang cute mute tu. batrishia and irfan emil. All the foods sedap sedap belaka. tapi apa kan daya tak leh nak sumbat semua. miss my favourite laksa penang. huhuhuhu. Nasi Beriyani.ayam masak merah. Lontong and my peberet kuah kacang yang sangat lazat. And again for the 2nd time dapat lagi merasa a lovely cake baked from my old old friend wanana zulkifli. entah bila la dapat jumpa kau wan. i will 1000 times speechless if i really meet you. kau ngan aku dah macam langit ngan bumi. delicious cake from thesmilingbaker. thanx again my cousin mar. kenyang sampai malam. Gemokkkkk. Tak per pas ni diet. Dah berjuta juta kali aku zikirkan AYATNIDALAMHATI. hahahahaha. sedar kah kamu puan tanah. Anda sudah gemokkkkkk.... huhuhuhu


kak long mar and her lovely daughter Aleya Batrishia Ziana
'Cousin' orang melayu kata 2pupu......
Batrishia lagi besar badan dari Damia Dina, padahal sebaya Dina tu
'us' cousin - 1pupu :D
me kak long liza and kak long mar + Dina
Irfan Emil the handsome boy.......

congrate SA.....

congrate abang...... mama so PROUD of you my love.
my honeybee.my gem. 
You are everything for me. 
Teruskan apa yang abang suka dan minat. 
mama will support you until my last breath. 
Dengan izinnya In Shaa Allah. 
Amin. 
I just want you to know. 
you are my son dunia akhirat.


baru lepas kena rotan...

alamak mama dah 6.20am. bas sekolah dah terlepas. alarm clock ring ring tadi mana tertido balik. sorry kids. terponteng sekolah ganti hari ni. tapi itulah yg both of them bising2 kat telinga mama malam tadi. mama kitorang tak nak sekolah esok. boleh. me: no both of u have to go to school tomorrow. full stop. and end up mama terlolap. 7.00am wake up wash all thd school uniform n shoes. both of them tengah bergaduh. apa lagi 3,4 das rotan melekat kat badan. dah kena rotan baru nak baik2. kalau x asyik lah nak bergaduh jer keja nya, Kalau baik bukan main lagi. 

Semalam alasan tak nak ke sekolah ganti Damia sebab  tak sempat nak salin homework dari white board sekolah semalam for Pendidikan Jasmani subject. Cikgu nak rotan katanya. Ermmm teacher sekarang zaman dah canggih. Print jer la dari computer dan bagi jer pada murid2. Bukan nak salahkan cikgu pun. Damia pun satu mengeleh lebih, ya Damia sangat manja dan mengada-gada. Menulis memang agak slow. 

Dina pulak alasan tak tahu homework 'Bahasa Arab' oh teacher saya memang tak mampu. Bapak saya dulu pun sekolahkan kami 5 beradik ke sekolah Kebangsaan sahaja. So saya memang tak pandai nak baca Arab. Bila ada homework Arab anak2 selalu saya fail nak tunjuk ajar. Nak kata saya bengap dulu, tak lah sangat kan sebab saya boleh baca bahasa melayu dan english dengan baik. Arab memang kena ke sekolah agama. Saya tak pergi sekolah agama. Anak3 saya pun tak ke sekolah agama. Kami tak pandai nak baca Arab. Sebab kami tak mampu. Kalau saya mampu jangan kan bahasa Arab, Bahasa Jepun, German, semua saya hantar anak saya kelas tambahan for all the subject. Tapi alhamdullillah anak sulong saya dah Qatam Al-Quran dan Damia Dina masih dalam proses ke arah itu. amin syukur pada MU YA ALLAH. 

Sorry saya bukan nak salahkan cikgu. Kalau nak kata anak3 saya ni tak pandai, tak lah juga kan. Terima Kasih pada semua cikgu2 yang pernah mengajar anak3 saya. Sebabkan cikgu anak3 saya boleh memgeja dan membaca bahasa melayu dengan sangat2 BAIK. Tidaklah anak3 saya tergolong di dalam golongan BUTA HURUF. Terima Kasih Cikgu. Cikgu2 saya dan cikgu2 anak3 saya. Terima Kasih Tidak TERHINGGA. 

Thursday, August 22, 2013

don't play play.....


HILANG ......keHILANGan

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku
Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)






 
Jika manusia itu betul2 memahami lirik lagu ini
bagus lah ....
jangan hanya pandai mendengarnya setiap hari :(

tapi manusia itu peduli apa kan...
ada manusia itu kesah atas penderitaan ini..... 
derita itu milik selamanya.....
di atas sikap manusia yang tidak mahu berubah.......
   
   

Open House UBLP.





Anak3 kalau dapat berjalan memang seronok sampai tak ingat nak balik ya. 
Susah betul nak ajak balik. Kalau boleh nak tido situ. 
We when to Open House UBLP at Pusat Komuniti LP last night at Pantai Hillpark. 
Dah kenyangkan jom balik esok sekolah.





with cousins.....
Dina, Ailin, Damia, Danish, Syamir and Shafiq


Wednesday, August 21, 2013

Falling in LOVE


Watching this movie just now...

The lucky one movie.

but I'AM NOT THAT LUCKY. Romantic....

Last FRIDAY i was here....

isteri...di mana tempat mu



en syurga, wah begitu tinggi darjat 
yang isteri mu berikan kepada kamu, 
my other half, my hubby .... my baby
my sayang 
my busyuk....
dan macam-macam lagi



mengapa tidak .....
mengapa tidak begitu ????
kerana tempat tidak diletakkan 
ditempat yang sepatutnya
sebagai seorang isteri..........


what do you expect from me.....

Jika AKU tidak punya waktu.....


Balik dari Office....


Tuesday, August 20, 2013

mama...sayang adik

pelukan dari seorang anak
yang tidak mengerti kesengsaraan
mamanya di waktu ini dan ketika ini
amat.....amat..... mendamaikan dan menenangkan.... thank you allah
di atas Anugerah Suci ini....
mama sayang adik
sayang abang dan kakak juga.....
good night sayang......