About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Tuesday, December 31, 2013

Terima Kasih Kalian Semua

tentu korang tertanya2 kenapa blog ni sudah titak berupdate. Banyak sebenarnya yang hendak diceritakan. Tapi biarlah ianya terlipat di dalam sanubari sejarah hidup sedih ini. Ini adalah yang terakhir. Terima Kasih kerana sudi menjadi pembaca setia blog ku untuk selama 4 tahun kebelakangan ini. Cerita dan coretan aku banyak yang berkisar sedih dari gembiranya. Cukup setakat ini saja rasanya. Kerana lagi banyak aku menulis. lagi banyak cerita sedih yang akan aku paparkan. cukup. cukup cukup cukup sudah. cukup sampai di sini saja. Jutaan terima kasih yang mampu aku coretkan. Terima kasih dan terima kasih atas segalanya. Biarlah perjalanan hidup selepas ini menjadi milik peribadi aku sahaja. Tiada kesudahannya. Begini jualah pengakhirannya. Sama tiada bezanya. NoktahSelamat Tahun Baru, diharapkan kalian akan terus gembira dengan insan2 tersayang. Entah kenapa setelah apa yang berlaku pada 2013 ini, rajuk ku ini telah berpanjangan. Biarlah aku tertimbus dengan kehidupan ku sendiri. Tergamak mereka....mereka perlakukan aku demikian rupa. Depan manis belakang ditikamnya nya aku. Aku maafkan semuanya. Biarlah DIA sahaja yang maha mengetahui sekian. Terima Kasih dan Selamat Tinggal. Maaf atas segalanya. Terlalu kecewa dengan apa yang berlaku. Aku doakan kalian bahagia selamanya. 


Friday, December 27, 2013

JUMAAT TERAKHIR 2013

Wahai Jumaat Penghulu segala hari....

semoga jumaat akan datang lebih bahagia
semoga jumaat akan datang lebih muhasabah diri
semoga jumaat akan datang lebih murah rezeki
semoga jumaat akan datang lebih berseri

semoga jumaat akan datang lebih gembira
semoga jumaat akan datang lebih memberi pedoman
semoga jumaat akan datang lebih hidayah
semoga jumaat akan datang lebih bersih hati

semoga jumaat akan datang lebih beriman 
semoga jumaat akan datang lebih sentosa
semoga jumaat akan datang lebih berhikmah
semoga jumaat akan datang lebih tawaduk

semoga jumaat akan datang lebih khusyuk
semoga jumaat akan datang lebih sehat
semoga jumaat akan datang lebih tiada hasat dengki
semoga jumaat akan datang lebih harmoni

semoga jumaat akan datang lebih rajin
semoga jumaat akan datang lebih berusaha
semoga jumaat akan datang lebih peluang 
semoga jumaat akan datang lebih ruang

semoga jumaat akan datang lebih sabar
semoga jumaat akan datang lebih dilindungi 
semoga jumaat akan datang lebih dihindari 
segala keburukan, kejahatan dan hasutan.....

Semoga jumaat akan datang...

anak-anak ku akan

menjadi anak3 yang LEBIH berjaya 
dunia dan akhirat

amin

harap ianya bukan JUMAAT yang terakhir buat ku.....



Teruskan HIDUP... TUHAN masih meminjamkan NAFAS...SYUKUR

FRIDAY - Special

Semalam balik dari opis dah terbayang2 lauk masak lemak labu yang masak pagi tadi. Kebuluran al maklum hujan and I skip my bekpes and lunch. Oh sangat2 kecewa sebab habis licin, periuk siap dah cuci oleh si Bujang anakku. Kempunan mama, masak lemak labu tu peberet mama. Tu la jual mahal pagi tadi tak nak tapau. Nasib tak der batu belah batu bertangkup zaman la ni. Kalau ada sanggup ke diri ini ditelan batu belah batu bertangkup. Hahaha. Menu Hari ni Special sikit sebab me dah gaji so boleh la makan ikan mahal sikit. 

IkanBawalBendiTomatoMasakKari 

IkanKembungGoreng 

SambalBelacanBerhantu....


My sibling kata bukan I kata. Dah 2 hari jugak bapak mintak makan ikan goreng. Alhamdullillah dapat jugak tunaikan hari ni. :D




Thursday, December 26, 2013

TQ so Much....

thank you for treating me 
like a beggar

knock..knock...






its not a few times...
its happen so many times .... — feeling blessed.

THURSDAY...

Semalam ingat nak masak sup ikan merah untuk bapak subuh ni. Gi la pasar malam dalam hujan renyai2 malam tadi tu. Bapak nak makan sup kaki ayam. Gerai yang biasa jual ayam tu tak der pulak. Sebab hujan dari petang tadi so pak cik yang biasa aku beli ayam ngan dia tu tak meniaga malam ni. So tak der la kaki ayam. Opss bagi orang senang, senang cakap orang kaya, kaki ayam ni sure they all buangkan. Mungkin nampak pelik juga bila orang bawahan macam kami ni makan kaki ayamkan. Ada sesetengah orang memang nampak jijik. 'ini kisah benar yang pernah saya alami, dulu citer lama la, saya makan kaki ayam, n tetiba ex rakan sekerja saya buat memek muka geli'. Ermm, sup kaki ayam tu la yang paling sedap bagi we all, macam makan steak gred AAA. 

Jangan terperanjat kulit ayam yang dulu orang buang pun peniaga sekarang dah jual. Dengan tidak malu nya memang saya akui, kami anak beranak makan kulit ayam tu. Goreng garing2 macam keropok sedap. Nasib anak3 suka. Makanan terdesak namanya. Memandangkan keadaan ekonomi yang runcing sekarang ni. Semua barang2 naik harga. Apa yang halal yang boleh di makan bedal jer, janji perut kenyang dan diisi. Ermmm :(. 

Haaaa, berbalik kepada ikan merah tadi, yang ditimbang hanya bahagian ekor jer pun, makan tengahari bapak n anak3 sure habis dan mungkin x cukup. Sikit sangat, korang tahu berapa harganya, RM25.00. Dengan malunya, "sengih2 macam kerang busuk, tak per la dik, akak tak jadi ambik", dalam hati mahal gila and terus blaaa, hahaha. Sudahnya.... Inilah menu hari ni yang saya mampu buat untuk hari ni. Maaf ya bapak, along tak mampu nak bagi bapak makan ikan best hari ni. 'Ya Allah murahkanlah rezeki aku, supaya aku dapat bagi bapak makan yang sedap2 dan berkhasiat'. 
Labu masak lemak.... + ikan pekasam...
selamat menjamu selera bapak....


:D
  

Wednesday, December 25, 2013

WEDNESDAY - Nasi Goreng...

Hope the taste exactly like MAK punya nasi goreng.  Rupa dan structure dah ada. Lorrr cam nak buat rumah susahnya. Bukan susah nak masak. Susah nak dapatkan rasa seperti air tangan mak. hahaha....
The TASTE lets bapak decide. Horeeyyyy LULUS.

Bapak kata rasa memang ada sikit laaaaa macam mak punya.
hehehehe. Mana boleh lawan kesedapan nasi goreng mak kan....

Air Tangan MAK adalah yang terbaek di DUNIA... :D

BAPAK dah rindu masakan mak........

WordLess WedNesDay....


Tuesday, December 24, 2013

jom menGILA

sekali sekala mengila syok jugak kan. tapi nak gi mana ya. dengan siapa. bila dan ke mana hendak diseret kaki ini. ????? kalau orang lain boleh pergi mana dia nak. buat apa yang dia suka. Why not me?. Diam diam. Sabar. sabar. Satu hari meletop. Jangan ditanya kenapa. Tanya diri sendiri. tak lah....tak buat pun. huhuhuhu