About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Sunday, June 30, 2013

Jom Potluck

dah hampir setahun tidak berpoluckkan. almaklum semua membuzy ngan laki n anak2 memasing. and our beloved friend Sab Patzie baru kehilangan ayahanda tercinta. takziah babe. Moga arwah pak cik patzie ditempatkan di dalam golongan orang2 yang beriman. amin. Venue potluck kita kali ni x jauh mana. belakang umah yo. Taman Jaya, Petaling Jaya. Start at 4.00pm and finish at 7.00pm. program kali ni lebih kepada melayan anak2 jer. aktiviti kutip biji saga dan play badminton. alat-alat di taman permainan bo layan. ada la dalam 15 minit. selebihnya anak2 suka lagi main pasir. jangan makan pasir sudah. memandangkan me n zihan sajor yg x do anak kocik menguek guek, maka nya both of us la yang paling buzy menyusun atur and in charge the program that day. penat tapi seronok. and kids more happier. jumpa lagi lain kali di program potluck yang akan datang. mana ? Biarlah rahsia. hehehehe.


MENU

rosliza -  mee hoon goreng udang
sabrina - big apple donut + paper plate, cup, garfu + tissue
suriah - ayam goreng
sutina - kentang goreng + nugget
suzana - air fresh orange
zurina - fruits
zihan - sandwich
wati - sekodok jagung....

lazat and yummy. selesai licin semua


dah jom balik sok kojo.....










Saturday, June 29, 2013

32nd Ongah and 26th Atam......

A very happy birthday to my sis bam Roslinda Razak... May god blessed you, hubby + 2 cute little boy zaidan & zakuan. Dikurniakan dgn kesihatan yg baik2 serta rezeki yg melimpah setinggi gunung. Lots of love your sulong....


hepiy bosday ongah - 29 June. hepiy besday atam 9 June. family gathering again. mak bapak all the roses in the family rosliza, roslinda, rosfazilah n rosmima. bro in law nizam, fadz n fariz. and the most important our gems afiq, damia, dina, zaidan, zakuan n omar adam. so sad gak sebab the one and only kumbang in the my sibling balang, sil hana and mata sportlight ahmad al-falah x dapat joint sebab ada family day shell di kuantan. its ok may be next time. we really had so much fun. celebrating bam besday and the family members who born on june. bye bye june. and welcoming the july. pejam celik pejam celik dah half year kan. agenda lepas, gosssip, lepak, makan and makan. around 3pm start masak. ish makan lagi. cooking for the besday party tonight. lets party. wah cam dasyat jer bunyi nya kan. aper ingat party kat night club jer ke?. gelak-gelak sakan sampai guling-guling. naik darah tinggi bapak sebab all the roses buzy watsupp and then laughing like crazy. selalu nya kalau get together cam ni. menu pastinya masak lomak cili api, ikan goreng, ayam goreng, sambal belacam and nasi putih. 


but this time we change the menu. its western food the house. sebab kami semua bertuah. semua juga pakar masak. walaupun x hebat macam celebriti Chef cam Dato Fadzli, Syura, Celina and Che Ta kan. tapi kami semua hebat memasak. Chef nizam, Chef Linda, Chef Fariz, Chef Liza and Chef Atam in the house.  me-lamb chop, bam-seafood spaghetti olio, nizam-spaghetti bolognese, chef fariz-rosemary chicken grill and atam-bruschetta. fuhh dasyat tak we all. Italian food in the house yo. ermmm. and me love the seafood spagetti olio tambah sampai 3 kali. hahahaha. mak bapak enjoy their food. smile in heart look mak bapak happy. kids bergurau senda, gaduh2, nangis2, jerit2. hehehe so colourful kan. 




MENU-

Lamp Chop roses are black
Seafood Spaghetti Olio bam
Nizam's Spaghetti Bolognese 
Rosemary Chicken Grill from FM
Bruschetta dread lock
Rojak Buah for preggie mommy [Acu]
Air Ribena...jom jd kanak2 ribena :D

yummy jom makan.......










Friday, June 28, 2013

umor bertambah setahun lagi :)...

age just a number :)
Selamat Ulangtahun Kelahiran mak su....
umor yang ke berapa tu ??? hehehe
tapi maintain cam anak dara baru nak masuk 21 tahun
ikhlas ya no hidden agenda :D
raut wajah sudah cukup untuk
mengambarkan segalanya
betapa kini jiwa raga mu sangat3 bahagia
so happy for you....

may god blessed you and
your entire family...







L.O.S.T...

i'am totally
lost..........

mia merajuk....

Mia my sweet little darling you only 9 years old 
and too small for a group trip 
[organize by SKBF2KL]

jauh tu Cameron Highland...
Lagipun bayaran mahal gak :(
without mama ok...
please understand your mom's feeling



#tomuchworriedasalways


Sarah Damia merajuk ngan mama
mood mama: cedey :(
as a humble mama....dan
tidak berkemampuan
semua nya mama nak mama realisasikan
permintaan mia tu.... 
mia please understand :(

Afiq, Damia n Dina


greatest in MY LIFE...


its your choice..........

Adults sometimes will behave 
so childishly....at times, 
little kiddos can be 
more matured than all this ADULTS...
Learn from a mistake......

K.e.L.i.R.u... aku keliru.....

Jika tidak dapat apa yang kita suke,
belajarlah menyukai apa yang kita dapat 
dan 
bersyukurlah dengan apa yang kita ada..


dan banyak kali dengar ayat ni. dan setiap saat, detik waktu nadi ini berdenyut memang ayat ni terpahat dalam sanubari myself. rezeki, anak-anak terutamananya memang myself sangat-sangat bersyukur tidak terhingga pada MU, maha pencipta, pemurah, penyayang dan maha mengetahui segalanya. Tapi bukan yang satu ini. Tapi ini menandakan dia sayangkan kita. amin 


keliru
keliru
keliru
keliru
keliru

siapa yang harus myself percayakan sekarang ni. ermmmmm. drama A, drama  B, drama C , drama D or Drama E. motip. dah jangan cayo kek sapo-sapo yo mamalove. Hidup dalam huru-hara for the time being. Hope this sad feeling tidak lama bersarang dalam kepala otak ini. Rimas Lemas. 2,3 kali ganda lemas dengan cuaca yang berjerebu. Feel like to have a fever. :(. nak ikutkan hati nak jer medical leave. tapi apa kan daya. kejer2 office bertambun. And today nak gi sign report card at SKBF2, KL. 

note: orang sanggup kau bangun 4pg. 
kalau pasal orang sanggup kau hantar ke mana saja. 
aku haruslah buat semua sendiri. **pengguna tegar
public transport :(. Sedih. Nangis airmata darah pun x guna. 



Thursday, June 27, 2013

karma

so many things happen to me lately. 
hazzy, no babysitter for the gegirls. 
emergency leave, 
hospital.....
on leave, my favourite uncle pass away. 
life is so messy. 
run here and there. 
alone. pity me
i can't breathe anymore. 
everything i have to do it myself. pity me.  
perasaan aku terguris lagi
tiada siapa peduli
setelah setahun... baru nak melupakan
baru nak mengubat jiwa sendiri
its come back..... its karma.....
maaf kan along mak bapak

wah so drama ...
isnt' it

Wednesday, June 26, 2013

Wajah Kesayangan

Alhamdullillah. lega rasa hati ini dapat menatap wajah kesayangan kami sekeluarga buat kali yang terakhir. Takziah buat Mak Lang Wan Tik Sakinah serta anak2 sekeluarga atas pemergian Ayahanda tercinta Pak Lang Ariffin Pawan Chik. Semoga arwah berada dikalangan orang yang beriman. al fatihahSelesai urusan semuanya. Sesungguhnya perjalanan hidup kita akan berakhir dengan kematian.Kematian itu pasti. Tidak akan tertangguh walaupun sesaat. Tiada yang lebih menyedihkan melihat kucupan terakhir diberi pada org tersayang. No words can describe the feeling of the wife to his husband. The son and the daughter to the father. Kita juga akan merasa saat itu. Saat perjalanan terakhir kehidupan menempuh alam akhirat...



Alfatihah..


Kenangan bersama Pak Lang Ipin akan saya kenang sampai bila-bila. Seorang Pak Lang yang baik dan mulia di mata saya. Mulianya dia kerana berusaha mencari  Keturunan Hussin Hashim dimuka bumi ini. Semoga silaturrahim ini akan  terus kekal walaupun Pak Lang Ipin dah tak da lagi, In Sha Allah. Teringat pada arwah yang sanggup tinggal bersempit2 di rumah panjang kami dulu. Seorang yang sangat humble. Waima Wajah dan senyuman arwah akan sentiasa terpahat dalam sanubari ini. amin. 

Tuesday, June 25, 2013

:(


Cepat SEMBUH ya... :(

semalam ke Hospital Sungai Buloh melawat Pak Lang Ariffin yang menetap di Kelantan. Selalunya kalau admitted Pak Lang akan berada di Kuala Lumpur sebab semua anak2 beliau di sini. Alhmadullillah dapat juga aku melawat Pak Lang semalam sebab dekat dengan Lembah Pantai. Kalau nun jauh di Kelantan agak sukar bagi aku untuk ke sana. Faham2 jer la masalah aku kan. Sedang kan di Sungai Buloh yang hampir ni pun susah si polan nak hantar. Nikan pulak ke kelantan. Nasib baik ada adik-adik ku yang memahami sampai lah jugak kaki ini ke Hospital Sungai Buloh untuk melawat Pak Lang Ipin. Sedih sayu, perjumpaan kali ini sememangnya berbeza. Tiada lagi gurauan, tiada lagi ketawa dan senyuman pak lang. Hanya jasad yang terlantar kaku di katil hospital dan bernafas dengan alat bantuan pernafasan. Semoga Pak Lang cepat sembuh ya. Kami semua sekeluarga akan mendoakan agar kesihatan Pak Lang kembali pulih. amin. 


Bisu sudah...

jangan tanya kenapa aku diam 
dan jangan ditanya kenapa aku 
membisu seribu bahasa selepas ni
sebab kalau cakap sikit
pasti akan ada barang 
dalam rumah ni terbarai 

jangan tanya kenapa aku diam 
dan jangan ditanya kenapa aku 
membisu seribu bahasa selepas ni
sebab kalau cakap sikit
semua nya salah 
dan kau kata aku sakitkan hati kau

jangan tanya kenapa aku diam 
dan jangan ditanya kenapa aku 
membisu seribu bahasa selepas ni
sebab kalau aku tinggi suara sikit
dikatanya aku membebel

jangan tanya kenapa aku diam 
dan jangan ditanya kenapa aku 
membisu seribu bahasa selepas ni
sebab kalau cakap kuat sikit
tak tahu jaga hati katanya


Jerebu oh JEREBU

sekolah ke tidak ni. yang pasti my kids memang dah dipontengkan di rumah. perintah kurungan rumah. semalam memang kementerian kesihatan arahkan semua sekolah di wilayah persekutuan dan selangor ditutup akibat jerebu yang teruk. malam tadi semua friends kat Facebook pun kata masih semua sekolah di WP and SELANGOR ditutup akibat bacaan ipu jerebu masih tinggi. Buletin Utama pun mama dah ngadap dan dengar betul2. memang tak der announce pun today cuti. So salah mama la ni. dengar sangat berita di FB tu. :(. Wan Chomel siap call kata hari ni cuti. adohai.....So anak-anak tak sekolah la hari ni. tup tup bila baca kosmo online this morning. laaaaa sekolah pulak. ni lah payahnya semua orang nak jadi menteri kesihatan yang tidak bertauliah ni. 
berita selanjutnya http://www.kosmo.com.my/kosmo/content
Di bawah ni Picture di sekitan Lembah Pantai. Menara TM yang kat sebelah rumah pun dah tak nampak, nikan pulak KLCC yang jauh tu kan. 




Janji diTEPATI

sorry kids, dah 2 bulan baru lah janji mama ditepati. itu pun last minute planning. alhamdullilah semua nya selamat. risau gak mama ni. rumours mengatakan jangan bawak anak2 ke tempat perkelahan seperti air terjun sebab ada virus kencing tikus. tapi mama tawakal jer. lega dah 3 hari anak2 sehat tak demam walaupun cuaca jerebu melanda dengan terok sekali. janji nak bercamping and berBBQ sudah mama laksanakan. lepas ni mama tak nak dengar lagi ayat 'mama penipu' ya kids. 7.00am - 6.00pm nak camping cum BBQ cum picnic cum berendam sampai kembang. Kids really had so much fun. and mama cum membuta. hehehe. Paras air tidak membimbangkan mama. Boleh lepaskan kids mandi sendiri especially my gegirls sambil dipantau her bro afiq. Lepas siap bakor all the chicken and lamb. Me mama adalah kejenya membuta. Heaven. Yang penting tempat adalah nyaman dan selesa. Nasib baik on that day, last saturday jerebu tidaklah berada di tahap kritikal. Lega. Janji sudah ditepati walaupun a little bit late. Syukur pada NYA. dengan izinNYA. amin. SYUKUR, REDHO dan kekadang PASRAH dengan my faith. 

and now lets the picture do the talking..... oh my english......









Wednesday, June 19, 2013

Ini benar2, bukan tipu2


Pengalaman itu sendiri Pengajaran....
Keliru dengan apa yang berlaku di sekeliling, 
Itu juga Biasa
Manusia ITU Sendiri Bertukar2 pendiriannya ...
Hari ni cakap lain, Esok sembang lain 
????????

Tuesday, June 18, 2013

Hani Mohsin Hanafi dalam Kenangan ....Al-Fatihah

Today, 18th June would have been the
 48th birthday of Hani Mohsin Hanafi. 
This is the photo of his last birthday,
 just days before his passing. 
Please join me in remembering a great actor, 
a talented and dedicated producer, 
a loving father, a loyal friend. Al-Fatiha.









Teduhan Kasih



S.I.N.O.P.S.I.S


Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.


Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa. 

Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa. 

Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.

Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.


Saturday, June 15, 2013

movie + drama + buletin + anugerah blockbuster II.. jom nonton

sean connery adalah bekas pelakon 'James Bond'
di usia mudanya... but i prefer the old Sean..hehehe

1st Hero - Sean Connery... jatuh hati sudah dengan lakonannya di usia senja.....

1st Hero - sean connery + 2nd - nicolas cage in "The Rock"

3rd Hero ED Harris...sian di akhir cerita dia mati.... :(


Michael Bay’s films have become known for their over-the-top action, show-stopping stunts, first-rate special effects, and overall big budget blockbuster feel. The Rock helped create that impression, being one of his more impressive films, despite the overly corny dialogue and Nicolas Cage’s hokey performance. The inclusion of Sean Connery and nonstop action sequences allow The Rock to be solid entertainment more often than not, and an influential framework for future action extravaganzas. When half the city lay in ruin after the first few minutes of the film (completely unnecessarily I might add), you know it’s a Michael Bay film.
Brigadier General Francis Hummel (Ed Harris) breaks into a weapons facility to steal V-X gas, an incredibly deadly nerve agent that he intends to discharge via rockets. Setting up an elaborate scheme to gain the attention of the United AStates government, he takes over Alcatraz prison along with hostages and a 40-hours-to-comply ultimatum. What he seeks is recognition and fairness for the soldiers who fought alongside him in Desert Storm – along with money and an escape vehicle.

The officials won’t allow such a terrorist threat, so prisoner John Mason (Sean Connery), a former SAS operative and escape artist who successfully broke out of Alcatraz, is recruited to aid a SEAL team with the objective of sneaking in and dispatching Hummel and his men. Bomb defusing expert and chemical weapons FBI agent Dr. Stanley Goodspeed (Nicolas Cage) must also accompany the incursion, making sure the deadly gas is neutralized before it can be dispersed over San Francisco Bay. Sure enough, nothing goes according to plan, and Mason and Goodspeed are trapped in Alcatraz with nothing but their cunning, wits, sarcasm, and an unhinged, murderous renegade marine group orchestrating the deaths of thousands.
Bay’s recognizable style of going way overboard to make each scene more intense and infinitely cooler has the tendency to ruin the moment. Extraneous slow motion, car chases that don’t influence the plot, action sequences for the sake of action, and dialogue that feels snatched right from the final moments between James Bond and a peculiar thug are all signature elements for Bay. The camera also likes to rotate around the characters (like The Matrix) and generic patriotic conversations coupled with national security warnings frequently accompany the plot.
Cage may not have much to work with due to the script, but Connery and Harris are decent in just about anything. The background music is rousing, there’s a mine cart chase sequence (ala Indiana Jones and the Temple of Doom) and an atropine injection to the heart (think Pulp Fiction). While the ending is much too goofy, the film succeeds at being an entertaining actioner, keeping up the suspense and alternating the explosions and comedy banter between the leads - which is more than can be said about Bay’s other more melodramatic, calamitous world-crisis works.
- Mike Massie [sumber dari mr google]

weekend ni adalah weekend menonton tv. dah lama rasanya tak lepak, bermalas-malas di sofa dan sambil watch tv. 1st movie THE ROCK at Channel 710. Terus jatuh cintan ngan hero tua yang encem 'sean connery'. hehehe. bagi sesiapa yang tak tahu movie 'the rock' ni boleh la baca sinopsis di atas ya. siap buat research bagai. hehehehe. walaupun movie ni dah lama kan. walaupun i baru nak tengokkan. hahaha dah basi. but for me its all new. new movie. ada aku kesah. ikut suka la. malam sambung dinner. then sambung pulak dengan buletin utama at TV3. 2nd drama 'cinta jangan pergi' lakonan Tiz Zaqyah and Remy Ishak di Saluran 119. Sambil2 dengan tu tukar2 channel nengok drama lakonan arwah Faizal Yusop 'Ayam Kurma Acar Buah pulak di Saluran 105'. Suka sangat dengan lakonan arwah. al-fatihah buat arwah. semoga arwah tenang di sana. Then last sekarang tengah nonton "Anugerah Blockbuster II' at Astro 104. Layannnnnn, pasni nak titun, selamat nonton. Camni lah gaya orang jarang tengok tv macam mamalove ni ya. semua nak tengok. eh eh tetiba nampak Neelofa dok sebelah Hans Isaac. kantoi sudah. dah nak sambung nengok tv balik. bye daaa.cauuuuuu.

Al-fatihah...


Semalam Pemuda UMNO Lembah Pantai kehilangan salah seorang Exco nya. Semua warga Lembah Pantai Terutama AJK Sayap-sayap 4 Perinkat merasa sedih kerana sahabat kami Abang Lizam bin Said, umur 41 tahun,  beralamat di rumah D-7-13, PPR Pantai Ria telah kembali kerahmatullah pada jam 1 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Beliau adalah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Pantai Halt Tengah juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Lembah Pantai.


semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang disayangi NYA...
amin......



Arwah diberitakan meninggal kerana sakit jantung.Jenazahnya telah disembahyangkan di Masjid Khadijah  dan dikebumikan sebelum solat Jumaat siang tadi.Bagi pihak AJK surau. kami mengucapkan takziah kepada keluarga beliau. kami mendoakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Kali terakhir mamalove bertemu dengan arwah adalah semasa masing-masing sebuk menunaikan tanggunjawap untuk tugas-tugas sebagai Jentera PRU 13 untuk Kawasan Lembah Pantai. Arwah Seorang yang sentiasa ceria dan senyumannya tidak pernah lekang dari bibir. Takkan mamalove lupa kata2nya pada mama love "kau pompuan tapi kelakuan kau kasarkan cam jantan"......Semoga kau tenang di sana bang. Takziah buat isteri, anak2 dan seluruh ahli keluarga nya..... amin ... Al-Fatihah.


Happy WEEKEND to all readers....



Happy weekend, weekend is the time for family, yes. every weekend pun memang mamalove bersama-sama dengan family. lebih tepat lagi weekend adalah masa nya mamalove bersama-sama dengan anak-anak. kalau nasib baik mak bapak datang kl. lagi meriah. tidak pernah plan mamalove on weekend keluar berjumpa teman-teman for lepak. Verlagak seperti seorang yang bujang. tidak pernah ya. Tapi ada orang tergamak buat cam tu. His weekend is together with friends. tak pedulikan keluarga. out for fishing. out for berlibur with friends. all is friends, his friends. Tidak ada satu pun agenda weekendnya bersama anak-anak. isteri apa tah lagikan. isteri ke? ermmmm. isteri ke aku???. 


weekend ni mamalove terover kerajinan. hehehe. al-maklum cooking2 ni mamalove liat sikit. sebab bila dah kemas dapur bersih2 rasa sayang nak kotorkan ngan minyak sambal bagaikan. this week mamalove memasak bersama the gegirls. abang dah keluar early morning for futsal. Orang bujang balik kang abang tahu makan jer. Selesai mendobi, mengvaccum umah tadi. Terus ke kedai kak chah. beli barang-barang mentah untuk di masak. Kids sebagai menebus kesalahan mama sebab tak bawak you all outing sebab mama tak mampu. Jadi makanya mama akan memasak lauk kegemaran Afiq. Mia. Dina iaitu Sambal Ayam dan Sawi goreng ya. maafkan mama. 


ni lah peneman mama, kawan gaduh mama......
lots of love....my gegirls.... Damia n Dina

dah siap jom makan.....ayam sambal dengan serai +
sawi goreng dengan sotong.....

Wednesday, June 12, 2013

sunyi......


rasa macam ada yang tidak kena

hati ini ....
senyap sunyi
tiada sepatah bicara....
apa yg tersembunyi agaknya ya...
hanya dia mengetahui segalanya......

Monday, June 10, 2013

weekend+penat+merewang+weddings+kemas rumah

friday night around 11.00pm mak n bapak sampai from senawang. balang hantar sebab bapak memang dah tak larat nak naik komuter. kesian bapak dah semakin uzur. cuba yang terbaik nak buat bapak happy selagi bapak masih ada. maaf bapak along buat yang termampu dengan kemampuan yang hado. sampai jer bapak malam tu siapkan nescafe panas + cekodok tepong bilis. mak x kesah belasah jer. alhamdullillah mak masih sehat. macam biasa sambil supper dupper apa lagi bergossip ngan mak. ngan bapak borak apa progress kaki bila dah sebulan makan ubat yang kami adik beradik beli iaitu produk shaklee. thanx to our cousin yg suggest product ni to us. sakit kaki pak long rembau pun dah banyak kurangnya. semoga usaha kami yang kecil dan tak seberapa ni akan diberkati olehNYA. almost 1.00pm me, mak sleep that nigth. bapak dah lama tido. bapak memang kena tido awal. dah masuk usia senja ni memang cam tu la. this friday keje2 mendobi tak banyak sebab kids still in school holiday mood. and mama still in lazy mood. hahahaha, lazy la sangat. keje umah tetap kena buat ya mama. 


saturday tak leh la nak maleh maleh yo mama, tak leh lah nak bangun tongahari. at 6.30 dah bangun siapkan bekpes bapak. bapak x leh lambat makan nanti masuk angin. bila lapar lagi la cepat nak marah. lepas siap bekpes bagai. sambung lagi gossip ngan mak. tu la keje orang pompuan. atok layan tv dan sekali sekali tv. dan sekali sekali mama menjerit marahkan the 2 girls yang asyik nak nyakat zaidan n zakuan. yes, mak kalau dtg cni mesti nak bersama2 semua cucus ya. kngah hantar double "Z" pagi tu plus kuih muih yang mak nizam buat. lazat dah lama x makan kuih muih yang mak nizam buat. sejak HR department dah tak nak order wif me, ermmmm. tak per la x der rezeki dan dpt side income. tak per dia ada siapkan rezeki lain untuk mama kan kids. lepas gossip2 ngan mak as usual. mama ke kedai beli lauk pauk for cooking lunch today. masak harus ya. tu jer nak cara nak jaga hati bapak. cooking food is a must. mama dah lama tak masak. dah lama dapur x berasap. kids makan ala kadar sajor on the weekdays. sorry kids. mama yang liat masak. tapi sekali sekala mama masak semestinya lah yang terbaik.

saturday at 2.00pm - 8.00pm - merewang2 at bawak kolong. gotong royong memasak for anak kak mah n abg karim nak kawinkan anak pompuan ehhh. Walaupun anak2 mama masih baru nak kenal dunia tak salahkan mama membantu. x semestinya anak2 kecik dan belum nak kawin i yang masih tergolong dalam golongan orang muda, cehhhh muda ke, muda la sangat tak perlu nak membantu kan. balik ponek mandi. berangan. tenet + update blog. malam tu mama berangan nak keluar. but i realize mama have no friends to out with ???. ermmm. sedangkan pihak lagi satu suka2 keluar, suka2 balik. suka suka suka jer. 

sunday morning till evening.....cam biasa bangun seawal pagi. bekpes hari ni mama beli sajor. sambung merewang and today gotong royong masak lauk pengantin. 10:30am naik gosok baju bagai, mandi n siapkan anak2. ada 2 wedding nak attend today. 1 PJ1, 2 Pantai ria. and now lets the picture talk on my behalf















2 kali makan. 2nd at pantai ria blok A plak. makan. lepak2 dengar orang karok. 6.00pm naik dan kemas umah yang masya'allah ini rumah ke reban ayam. al maklum 4 budak tecik yg noty-noty nyepah2kan umah mama. bapak mak zaidan zakuan dah balik lepas kenduri tadi with pak lang bob. 12.00am selesai kemas, basuh baju dah lain-lain. tapi malasnya nak lipat ada 3 bakul kain x berlipat. ada x mesin nak lipat kain. malam ni by hook or by crook lipat kain is a must ok mama. ingat kan leh la titun awal. penatttttttttt. but happy with the LOVES ones... mak bapak...kids and adik2 ku