Especially created by MAMA….
To the one and only, my beloved son SHAFIQ AKMAL.
Jam di dinding menunjukkan tepat jam 8.00 malam. Masuk ni dah dekat 10 kali mama ke toilet tuk buang air kecil. Arwah tok dah bising2 kat abah.
Arwah Tok: Hang pi cari keta [masa baru2 kawin memang we all tak der kete], liza ni dah nak beranak dah ni, pi hantaq hospital deraih” [sebagai seorang bekas bidan, Tok lebih tahu dari aku] Bising arwah Tok dalam dailek perlisnya.
Hubby: Buat dek je…huhuhuhuh
Mama panik, dah nak beranak ke mama ni, mama berkata-kata di dalam hati. “Mama tak rasa sakit pun, Cuma kerap buang air kecil je”. Mama mula seram seram sejuk, takut semua segala. Takut punya pasal sampai rasa nak terbuang tut....:D. Sesungguhnya MAMA ni memang akan panik, gelabah beruk tiba-tiba bila dengar perkataan “HOSPITAL”. [aku sememangnya FOBIA ngan doc. jarum suntikan, ubat semua lah yg berkaitan ngan hospital]
Hubby : Esok-esok la nak beranak pun, aku ngantuk ni, esuk kejaaa
Arwah Tok : Hang gila apa, beranak mana boleh nak tahan-tahan.
Dah pi bangun deraih cari keta….bangun
Dengan keadaan pisat2, Abah pun call his friend and about ½ hour later Uncle Lan - Bonafide datang and send us to the gomen hospital. :D. Hospital TEngku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. Kat situ lah anak sulong MAMA dilahirkan. Setelah check up Mama terus ditolak ke wad, Dr. yang memeriksa mama kata jalan dah buka 3 cm,. PELIK…tak sakit langsung pun, tapi pintu rahim dah terbuka 3 cm. [ingatkan sakit baru jalan terbuka]
Dah banyak citer yang mama dengar tentang sakit nak bersalin ni. Ada yang sakit satu hari suntuk tapi masih tak bersalin salin jugak. Mama punya lah takut sampai mama rasakan yang mama akan mati dan tak sempat nak menatap wajah baby chomel mama nanti.
Malam tu lebih kurang jam 10.30 mlm, mama memang dah tak leh lelapkan mata, mama cuba untuk tido tapi mata ni tak mau lelap. Abah dah lama balik. Sambung tido gamaknya. Lebih kurang jam 2.00 pagi tiba2 pinggang mama sakit….Sakit tu datang setiap ½ jam. Makin lama, sakit tadi datang setiap 5 minit. Lalu mama terbongkok bongko berjalan dan memaklumkan tentang sakit mama pada nurse yang bertugas pada malam tu. Staff nurse yang periksa mama tu terus mengarahkan mama supaya berbaring di atas troli. Mama terus di bawa ke ‘Labour Room’. [ aku jadi kejong sbb terlalu takut]
Lama jugak mama di Labour Room, lebih kurang 3 jam lebih mama bergelut dengan kesakitan yang amat sangat. Kesakitan masa diiringi dengan laungan zan subuh yang mendayu dayu. Tepat jam 6.50 am lahirlah anak Mama yang sulung iaitu seorang putera. Bila mendengar saja tangisan anak sulong mama terus SEMUA KESAKITAN tadi hilang dan hanya linangan air mata KEGEMBIRAAN jadi pengubat sebaik sahaja menatap wajahmu yang chomel. Lalu mama kucup tanda syukur dengan KELAHIRAN mu sayang. [bila 1st time pegangbayi pertama ku, aku terus membelek jari2 tangannya yang halus, lalu ku kira cukup ke tak jari bayi ku, so funny.] Alhamdullilah anak mama sehat dan cukup semua SIFAT.
Hadirmu memberi semangat dan kekuatan baru
Agar dapat kuteruskan ceriteraku
Lahirmu pancarkan sinar cahaya tanpa batasan waktu
Walau kelam dan berliku haluan itu
Tetap kuteruskan tanpa rasa kesal didada
Tetap kuteruskan tanpa rasa kesal didada
Ku tempuhi jua demi melihat kau dewasa
Hari ini tanpa ku sedar
Telah genap 10 tahun kau membesar didepan mata.
Telah genap 10 tahun kau membesar didepan mata.
Tapi terasa bagai baru semalam
Engkau menjenguk dunia dengan tangisan pertamamu
Engkau menjenguk dunia dengan tangisan pertamamu
Besarlah menjadi anak yang sempurna
Dengan ilmu penuh di jiwa
Dengan ilmu penuh di jiwa
Akanku sedaya upaya memberi yang TERBAIK
Untuk bekalan meniti dunia yang penuh pancaroba
Membesarlah supaya menjadi anak yang SEMPURNA
Doaku sentiasa menemaniMU hingga akhir hayatku [MAMA]
Lalu mama berikan mu nama
SHAFIQ - Lembut Penyayang / Pencinta Kesempurnaan
AKMAL - Yang lebih Mulia / Pemurah
p/s: Atok Razak and wan Chomel adalah insan yang paling gembira menerima berita kelahiran cucu sulung mereka, dan merekalah orang yang terawal datang ke hospital melawat mama dan baby waktu itu.
No comments:
Post a Comment