Bukan senang menyatukan hati manusia walau KITA dari darah yang sama.
Bukan senang menyatukan hati manusia walau KITA membesar bersama.
Bukan senang menyatukan hati manusia walau KITA dari didikan dan asuhan yang sama.
Bukan senang menyatukan hati manusia walau KITA teman bergurau dan sepermainan bersama.
Bukan senang menyatukan hati manusia walau KITA pernah berkongsi sepinggan nasi dan secawan air.
Bukan senang menyatukan hati manusia walau KITA pernah berkongsi pakaian bersama.
Bukan senang menyatukan hati manusia walau KITA pernah berkongsi permainan yang sama.
Bukan senang menyatukan hati manusia walau KITA pernah berkongsi rumah yang sama.
Bukan senang menyatukan hati manusia walau KITA pernah berkongsi tilam dan selimut yang sama.
Serba serbinya kita KONGSI bersama waktu zaman kecil KITA.
[kenapa masa susah dulu, KITA semua boleh hidup bahagia dan ceria masa zaman kecil KITA]
BERSAMA BELUM TENTU BERSATU DAN BERSEFAHAMAN......
Beralah dan mengalah tidak salah walaupun tua atau muda yang mulakan dulu.
Ini semua bukan salah sesiapa, bukan salah ibu yang mengandung atau bapak tersilap didikan.
Ini semua bukan salah sesiapa, bukan kakak yang sulong tidak reti mendidik adik-adiknya.
Ini semua bukan salah sesiapa, bukan abang yang tersalah beri dorongan dan nasihat.
Semua antara KITA ada kesilapan dan kekurangannya.
Janganlah kita asyik menuding jari menyalahkan sesame sendiri.
Orang keliling hanya akan bertepuk tangan melihatkan sengketa ini.
Ini semua TAKDIR dan KEHENDAKNYA.
Biarlah masa yang menentukan semuanya.
KITA semua hanya mampu BERDOA agar KITA semua kembali bersama.
Bukan hanya bersama, tetapi BERSATU tanpa SENGKETA………………
5 comments:
Adat dunia kak.. betul akak cakap bersama belum tentu bersefahaman..
ermmm.. dalam makna poem ni... anything to share dear?
Memang sgt mendalam kak poem 2.. xde ape pun nk share. cuma tersentuh jelah bila baca poem 2.. sgt mengajar kita erti kehidupan, hubungan sesama manusia.. huh, sedih tba2.. T_T
Alamak.. tersilap blas komen. Aduh, termalu sudah.. *blushing* hehe
Macam mana blh terbayang akak yg tnya sy anything to share dear? hahaha
Padahal Lovely us tuu duk tnya akak.. hikhik
x kesah la tu...terima kasih sekali lagi kerana sudi menjengok blog akak ni :D
Post a Comment