Balik dari opis petang tadi singgah Pasar Malam, masih ada lagi perkakas2 sekolah anak-anak yang belum lengkap perlu dibeli. Dan di sini lah tempat yang paling sesuai nak cari barang2 itu semua iaitu tudung untuk Damia dan tracksuit untuk Afiq. Dah selesai membeli semua barang dan sedikit makan malam, Saya arahkan My Other Half ke kereta dulu bawak Damia n Dina, sebab saya singgah nak beli my favourite kebab. Afiq wif me, sedang saya berada di dalam keadaan yang sangat tenang sambil menunggu kebab yang telah diorder. My Other Half sedang cuak dan menggelupur ayam mencari my daugther Dina yang hilang dari pegangan. Hanya dalam beberapa saat saja kejadian tu. Lepas dapatkan kebab saya terus ke kereta, tapi tiada sesiapa di situ.
Dari jarak beberapa meter, I saw my My Other Half , ke hulu ke hilir tapi tidak datang ke arah our car. Suddenly, my daughter Dina sudah ada dihadapan saya dan dari arah bertentangan serta keseorangan. Ishhh Isshh baru suruh jaga anak kejap dah cuai.
Benda-benda macam ni lah yang membuatkan saya tidak kerap ke Pasar Malam. Jika ada barang mustahak yang perlu dibeli sahaja, baru kami ke pasar malam. Sejak kejadian malang yang menimpa arwah adik Nurin Jazlin dulu. Ia sedikit sebanyak saya jadikan ikhtibar dan teladan. Malang Tidak Berbau. Kita kena selalu beringat ingat. Syukur Dina tidak hilang lama, pandai pulak dia buat U TURN n cari kereta kami. Alhamdullilah. Ya Allah lindungilah anak-anakku dan jauhilah mereka dari bahaya.
No comments:
Post a Comment