KUALA
LUMPUR - Hos program Melodi, Fara Fauzana atau nama sebenarnya Farah
Fauzana Mohd. Fadzil, 29, menafikan dia digugurkan daripada program
informasi hiburan TV3 itu yang disiarkan setiap Ahad.
Fara yang juga terkenal dengan panggilan Fafau sebaliknya
memberitahu, sudah tiba masanya untuk dia mengundurkan diri selepas
mengacarakan program tersebut selama enam tahun.
Menurut Fara yang juga deejay radio Hot FM, kontrak bersama Melodi
tamat pada 27 Mac depan dan pengumuman secara rasmi pengundurannya akan
dibuat sewaktu Melodi bersiaran dari Johor Bahru pada tarikh berkenaan.
Sementara itu, stesen televisyen TV3 yang dihubungi enggan mengulas
mengenai isu itu sebaliknya memberitahu, kenyataan rasmi mengenainya
akan dikeluarkan pada minggu hadapan.
Isu kononnya Fara digugurkan daripada Melodi mula diperkatakan sejak
dua minggu lalu di Internet dan ruangan gosip di media tempatan.
Berikut temu bual Kosmo! Ahad bersama Fara menerusi telefon.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
No comments:
Post a Comment