Bacalah dan jadikan tauladan...
menitis airmata baca citer ni.... huhu...
Ibu saya seorang pembohong!!!
Memang sukar untuk org lain percaya,
tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!
Sepanjang ingatan saya,
sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.
Saya perlu catatkan segala pembohongan
itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.
Ambillah iktibar daripadanya dan
hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!
01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA –
Cerita ini bermula ketika saya masih
kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang
miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Ada kalanya selama beberapa Hari kami
terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga. Sebagai anak
yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi Dan
lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk. Ketika makan, mak sering memberikan
bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak
berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".
02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA –
Ketika saya mulai besar, mak yang gigih
sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air
berhampiran rumah. Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan
sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik Pulang memancing, mak
memasak gulai ikan yang segar Dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai
ikan itu, mak duduk di samping kami Dan memakan sisa daging ikan yang menempel
di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat mak
seperti itu. Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan
ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata:
"Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."
03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA –
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah
menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi Dan kuih-muih
untuk menyara persekolahan saya, abang Dan kakak. Suatu dinihari, lebih kurang
1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.
Saya melihat mak sedang membuat kuih
bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak
terhangguk kerana terlalu mengantuk. Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok
pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum Dan berkata: "Cepatlah
tidur nak, mak belum mengantuk lagi."
04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT –
Di hujung musim persekolahan, mak
meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki
peperiksaan penting. Ketika Hari sudah siang, terik panas matahari mulai
menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan. Mak sering kali saja
tersenyum Dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya Lulus ujian
peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian
sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya Dan menuangkan kopi yang sudah
disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan
dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental. Melihat tubuh mak yang dibasahi
peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak Dan menyuruhnya minum.
Tapi mak cepat-cepat menolaknya Dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."
05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA –
Setelah pemergian ayah kerana sakit,
iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil
tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Mak bekerja mengambil upah di kebun,
membuat penyapu lidi Dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi
apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah Dan
susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik
hati Dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.
Anehnya, mak menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar
Ada seorang lelaki yang akan menjaga mak Dan
mencarikan Wang untuk kami sekeluarga. Tetapi mak yang memang keras hatinya
tidak mengendahkan nasihat mereka.
Mak berkata: "Saya tidak perlukan
cinta, saya tidak perlukan lelaki."
06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM –
Setelah kakak Dan abang habis belajar
Dan mulai bekerja, mak sudah pun tua. Kakak Dan abang menyuruh mak supaya
berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah Dan bersengkang Mata
untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu. Mak rela pergi pasar setiap pagi
menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya. Kakak Dan abang yang
bekerja jauh di kota
besar sering mengirimkan Wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu
mak tetap berkeras tidak mahu menerima Wang tersebut. Malahan mak mengirim
balik Wang itu, Dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak
Ada duit."
07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH –
Setelah tamat pengajian di universiti,
saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian saya
di sana
dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu saya sudahi dengan
cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai
pengajian saya, juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya
berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada
pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.
Hampir seluruh hidupnya habis dengan
penderitaan, eloklah kalau Hari-Hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan
Dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Mak tidak
mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa
tinggal di negara orang."
08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN –
Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua.
Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser. Mak mesti
dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat mak
terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Mak yang
kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Mak
menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan
sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas
betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah
dan kurus. Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan
mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu
pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini. Tetapi mak tetap
tersenyum dan berkata "Jangan menangis nak, mak tak sakit." Setelah
mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk
kali terakhir kali. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda
boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh
menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK! Tapi tidak saya. Sehingga kini saya
diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari
segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke
telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN
MAK...!!!
MAK ALONG SAYANG MAK.....
AMPUNKAN DOSA2 ALONG YANG LALU...
HALALKAN MAKAN MINUM....
BERILAH ALONG KEREDHAAN MU SELALU....
No comments:
Post a Comment