KUALA LUMPUR - Dua gadis mendakwa mereka kini berdepan maut apabila
seorang pakar kecantikan menyuntik tubuh mereka dengan ubat yang salah
bagi rawatan selulit pada paha dan punggung mereka kira-kira lima bulan
lalu.
Akibatnya, kedua-dua sahabat karib itu kini dijangkiti bakteria mycobacterium ablessum sekali gus menyebabkan bahagian suntikan mengalami luka yang sukar untuk sembuh.
Lebih menakutkan, walaupun dicuci di klinik setiap hari, luka
tersebut bukan sahaja terus membesar malah mereka mengalami masalah
kegatalan melampau.
Mereka juga sudah menghabiskan wang kira-kira RM50,000 untuk menjalani rawatan tersebut.
Kedua-dua gadis itu yang masing-masing mahu dikenali sebagai Cheng,
26, dan Wong, 30, mendakwa, segala-galanya bermula setelah mereka
mendapatkan nasihat seorang pakar kecantikan di Subang Jaya, Selangor.
2 comments:
Gross nye. Nak cantik punya pasal. Nice blog! :D
Thank you Aishah
Post a Comment