Patutlah BAPAK dulu setiap kali nak balutkan buku2 sekolah kitorang pasti dia meroyan tapir. Hahaha. teringat peristiwa lama. Asal nak balut buku2 sekolah je BAPAK mula la nak marah-marah hanya kerana buku2 yang tidak berdosa, huhuhuhuhu. Memang KELAKAR lah bila dikenangkan cito lamo. Nah sekarang aku rasa sendiri, walaupun tugas ni dah bermula 5 tahun lalu sejak 2007. Sejak Afiq bermula darjah satu lagi. Mang hai, raso nak patah pinggang ni ha. Buku bukan banyak mana pun, 12 buah jer pun. Macam balut sekotak buku la pulak. Ni baru buku2 Afiq, belum buku2 Mia lagi. Selain membalut buku2 sekolah Afiq, 2nd Task, menglabelkan semua barang2 sekolah Dina dengan tandanama si hitam manis ku ini, Kindie Teacher takut budak2 ni tertukar barang2 sekolah, dari alatulis, bag, kasut, stokin, baju, seluar, bak kata semuanya la harus dilabelkan dengan nama si kenit ni. Done.....lega. start at 9.00pm and finish at 10.30pm.
Mulai sekarang kena belajar tido lewat dan bangun awal. Start je sekolah nanti jadual tido dan bangun akan sedikit awal dan sebanyaknya yang LEWAT. Dan sebagai seorang yang kaki MEMBUTO, kono la den cubo sikit-sikit yo. Kui, kui, kui. Boleh ke? Demi anak2 dan perubahan ini adalah kerana dan demi melihat Afiq cemerlang di dalam UPSR nya. USAHA itu perlu dan selebihnya Tawakal dan URUSAN TUHAN. Moga segalanya dipermudahkan oleh NYA. INSYA'ALLAH. amin
Mama, we are ready to School soon.....:D
No comments:
Post a Comment