Sinopsis : Alyah adalah seorang gadis remaja biasa yang baru menerima keputusan SPMnya. Dia bermimpi untuk menyambung pelajarannya ke pengajian tinggi, tetapi oleh sebab pemikiran ibunya, Peah, yang masih kekampungan yang mengutamakan anak lelaki, Alyah terpaksa mengikut kehendak ibunya untuk menolong di gerai ayam mereka di pasar.
Andy Rasputra adalah seorang anak jutawan dari Bandung yang menetap di Malaysia. Dia rimas dengan kehidupannya di Malaysia kerana dia merasakan semua orang yang ingin berkawan dengannya adalah disebabkan kekayaannya.
Pada suatu hari Andy mengambil keputusan untuk berpura-pura menjadi miskin dengan pertolongan bekas pembantu rumahnya, Mak Yam. Sementara itu, Kinah, kawan baik Alyah menyuruh Alyah berpura-pura menjadi kaya agar dia tersangkut dengan teman yang kaya supaya impianya tercapai. Alyah dan Andy bertemu melalui laman facebook dan mula jatuh cinta. Andy akhirnya memberitahu hal sebenar tentang dirinya kepada Alyah, ketika Alyah ingin memberitahu keadaan sebenar, dia dihentikan oleh Kinah. Tetapi segala-galanya terbongkar apabila ibu Alyah menyangka yang dia akan menjadi GRO. Apabila Andy mendapat tahu keadaan yang sebenar, dia amat kecewa dan berlalu meninggalkan Alyah.
2 hari lepas baru dapat tengok, itupun entah kali ke berapa Astro dah ulang-ulang citer ni. CIter dah BASI sebenarnya pun. Drama "biar mimpi sampai ke bintang" yelah Myself mana ada masa kalau nak ngadap tv jer. Banyak tugasan lain yang perlu myself siapkan. Cerita remaja yang suam-suam jer bagi wanita yang dah berumur macam myself kan. Al maklum myself dan tuo. Citer macam ni hanya sesuai tuk "teenagers" sajor. Watak yang paling myself suka ialah si "Kinah" tu. This is 1st time myself dapat tengok lakonan nya. Dapatlah myself melepaskan rindu pada pelakon pujaan myself satu masa dulu. Tidak lain tidak bukan "Sharifah Haslinda" kakak kepada "Sharifah Sakinah". Sakinah mempunya banyak persamaan dengan Lynn, gaya lakonan pun ada iras-iras. Terubat gak rindu pada dramatis "Lynn" :D. Pasni myself nak tengok lagi drama2 lakonan sakinah. :D
No comments:
Post a Comment