my wordmore wednesday..hehehe
not a wordless wednesday........... hahaha
MY OWN TRUE STORY OF LOJI .................................taiksss
nak mengimbau kenangan kecik-kecik jap. sejak dari berusia 5 bulan kot myself dah mula dok pantai dalam. itu dari story my beloved MAK la. kenapa di beri nama PANTAI DALAM myself pun tidak pasti. mungkin sebab ada 2 buah loji kumbahan yang besar seperti pantai dan mungkin kedalamannya sangat dalam. DAN maka itu lah kawasan ini diberikan nama PANTAI DALAM. Maaf kalau myself terSILAP dan terSALAH dengan bahan asal usul ini ya.
not a wordless wednesday........... hahaha
MY OWN TRUE STORY OF LOJI .................................taiksss
nak mengimbau kenangan kecik-kecik jap. sejak dari berusia 5 bulan kot myself dah mula dok pantai dalam. itu dari story my beloved MAK la. kenapa di beri nama PANTAI DALAM myself pun tidak pasti. mungkin sebab ada 2 buah loji kumbahan yang besar seperti pantai dan mungkin kedalamannya sangat dalam. DAN maka itu lah kawasan ini diberikan nama PANTAI DALAM. Maaf kalau myself terSILAP dan terSALAH dengan bahan asal usul ini ya.
Sejak myself dah berakal dan sangat-sangat ingat what happen when I was 6 year old. setiap petang akan jalan-jalan di tepi loji kumbahan menghirup udara yang tak berapa nak segar hingga lah ke sungai klang. kekadang ngan bapak, temankan bapak lastik burung gagak. dan kekadang dengan the one and only friend yang myself ada masa tu yat kassim. Sememangnya cuma ini sajer lah alternatif yang ada pun, nak tak nak terima apa yang ada. ini ketentuanNYA kan, ini TAKDIR myself dan myself berSYUKUR walaupun dimana kaki ini BERPIJAK. dan harus selalu berpijak dibumi yang nyata. Ye la mana taknya, 5 langkah dari pintu depan JALAN RAYA, 5 langkah dari pintu belakang landasan keretapi. Both pun MERBAHAYA pak cik. Myself memang tak der choice lain masa tu. Jadi terpaksa lah BERLANGKAH-LANGKAH lagi ke Belakang rumah dan berjumpalah myself dengan hehehehe, udara yang tak berapa segar iaitu "LOJI KUMBAHAN. Jadi makanya memang myself membesar dengan loji kumbahan ni sejak 1983 sehingga 1991, for almost 8 and 1/2 year kat sinun.
tetiba mood cedey: terima kasih tidak terhingga BAPAK, sediakan along tempat berteduh, makan, pakai dan pelajaran dan besarkan along dengan penuh kasih sayang.... :( . terima kasih jugak pada MAK. Mana mungkin along membalas budi kalian hingga tercabut nyawa ini.
Jalan belakang loji tu memang banyak sejarahnya. Situlah tempat myself and my best buddy yat kassim main badminton, jogging dan bergaduh ngan geng keling yang duk kat penghujung loji. ada satu lagi story geli, yang ni korang jangan GELAK ok. agak HINA jugalah dan jijik serta kotor sebenarnya. sila JANGAN MUNTAH ya. tapi inilah dan itulah hakikatnya. bila loji mengeluarkan buih-buih sabun. berlari-larilah myself mengejar buih-buih taik tu. ishhhhh. kotor kan. kenangan sungguh. Yat tu dah macam abang myself sebab myself kan anak sulong, mana ada abang kakak semua ni. Asal gaduh perang ngan geng keling sure ngadu kat dia. Dia lah penyelamat masa tu. yat is my best buddy masa kecik2 dulu, tu je la kawan yang myself ada. Dah tua-tua ni bila jumpa hai hoi jer. hahahaha. memasing dah ada keluarga sendiri. and myself pun kawin ngan orang PD gak. PD bukan Port Dickson ya, PD for pantai dalam.
sejak pertengahan 1991 myself wif family telah berpindah sebab asyik banjir dek kerana KTM BERHAD telah menaik tarafkan landasan keretapi ke landasan elektrik untuk laluan komuter. asyik banjir sajor. memalam hujan, sure-sure lah kami semua tido dalam air banjir bah. terapung-rapung cam naik boat, hehehehe. pindah pun tak jauh, ada lah dalam 1 kilometer kot. masih dalam kawasan pantai dalam. cuma dah jauh sikit jer dari loji kumbahan. boleh dikatakan myself membesar dengan udara loji kumbahan. tiada RALAT langsung di hati ini. dan terima kitaran hidup ini dengan berlapang dada. ALHAMDULLILLAH.
Dan pada tahun 2009, myself kembali ke asal. kembali ke tempat asal. only myself, kids + the other half yang tak berapa nak half la sangat. HALF ke benda nya. kembali ke tempat bermain ini. kembali ke tempat yang ada sesetengan manusia pandang hina dan jijik. tapi tak per ini bahagian untuk myself. walaupun kembali ke tempat hina ini. kehidupan myself dan anak-anak especially berubah kepada penempatan yang lebih baik. after 10 year suffer duk 'seting garden'.
SYUKUR tidak terhingga. SYUKUR YA ALLAH. ALHAMDULLILLAH pada TUHAN, maha PENGASIH, PENYAYANG dan maha MENDENGAR serta maha PEMURAH. myself pindah ke pantai ria betul-betul mengadap loji. tempat BERMAIN MASA KECIK dulu. tidak rasa RALAT langsung, malah gembira kerana anak-anak SELESA. terima kasih DBKL. PENANTIAN 10 tahun berbaloi-baloi. 'rumahku syurgaku' SYUKUR sekali lagi myself panjatkan pada ILLAHI. AND almost 4 year di sini, tiba-tiba kami dikejutkan dengan berita yang sangat-sangat GEMBIRA. DIA tidak selalu berikan HUJAN pada kami, bukan pada kami sahaja. tapi pada semua penduduk2 pantai ria, seri cempaka dan sri pantai. perumahan yang paling hampir dengan LOJI-LOJI ini. walaupun 4 tahun lagi. PELANGI indah telah TUHAN janjikan kepada kami semua. SYUKUR...SYUKUR dan SYUKUR. hanya perkataan ini sahaja yang terdetik di dalam hati.
THIS IS THE GOOD NEWS
4 tahun lagi iaitu 2016, dijangka Pantai Dalam akan berubah pandangan lanskapnya kerana projek untuk menukar loji ini menjadi kawasan rekreasi dibahagian atas dan loji rawatannya dibahagian bawah tanah akan siap.
Projek ini dengan kos RM893 juta akan dibina oleh konktraktor dari negara China.
Kerja2 dah dimulakan sejak tahun lepas.
Selama ni bau busuk dari loji ini terutama ketika hujan memang sangat mengganggu keselesaan penduduk terutama rumah yang mengadap loji.
Antara kemudahan rekreasi yang dicadangkan ialah padang bola, futsal, trek joging, dewan komuniti dan lain2 lagi.
Kita semua mengalu-alukan projek ini yang sudah ditunggu2 sejak sekian lama.
moga DIA memberikan myself kesihatan yang baik dan masih pinjamkan umur yang panjang, agar myself berkesempatan untuk menyaksikan PERUBAHAN ini.insya'allah dengan izinNYA....amin |
SYUKUR PADA MU YA ALLAH
No comments:
Post a Comment