Alhamdullillah, tahniah pada calon-calon SPM 2011. SPM 2011 TERBAIK buat keseluruhan Malaysia dan Semenanjung. Bagi parents yang mempunyai anak-anak cemerlang gemilang dan terbilang, sure bangga dengan pencapaian anak masing-masing. Tuah ayam Nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Semoga anak-anak mama akan tergolong di dalam golongan-golongan cemerlang, gemilang dan terbilang, insya’allah dengan izin NYA amin.
"but i cant' recall at all the day gi SMB ambik
result SPM, mungkin sebab result tak berapa nak cun
dan mungkin diri ni excited nak keje sajor dan cari duit jer....
ermmmmmm"
Semoga anak-anak mama Abang, Kakak and Adik akan cemerlang gemilang dan terbilang hendaknya. Mama akan sentiasa doakan kalian semua Berjaya dunia dan akhirat. Ingat pesan mama ni and mamaloveyou until my last breath:
INGAT NI, TANAM DALAM HATI YA ANAK-ANAK KU
miskin dan tidak berpelajaran tinggi itu meletakan
seorang manusia dibawah tapak kaki manusia yang lain
dipijak dan dilenyek semahunya……….. ingat anak-anakku…
.
.
.
.
.
.
pesan mama ni….
pahatkan dalam hati kami semua ya sayang
And this is my SPM last paper storey……..
dan seterusnya..... pengalaman kerja
kerja dan kerja...............
Anak-anakku jangan tiru aksi ini
Saya anak sulong dari 5 orang adik beradik, dilahirkan dalam keluarga yang serba sederhana. Tapi bapak sediakan semua cukup. Cukup makan.cukup pakai. Cukup pelajaran. Semua cukup-cukup. Terima kasih bapak. Hanya tuhan yang dapat membalas jasa bapak besarkan along. Memang along tak akan terbalas semua ni. Along sayang bapak. Huhuhuhu. Dari lahir sampai la tamat SPM. Yang saya tahu hanya makan, tido, main, mengaji dan sekolah. Tidak perlu fikir apa-apa yang berat. Semua bapak sediakan cukup ikut keperluan yang sederhana. Dan bila dah berakal bantu mak jaga adik-adik. Masak dan cuci baju sekolah serta kasut sendiri. Bila Hari Raya akan dapat baju baru dan bila sekolah awal tahun bermula saya akan dapat ‘uniform sekolah baru’. DAN Bila ada important exam, UPSR, PMR dan SPM, sure bapak hantar tuition. Cukup lengkap. Macam anak-anak orang lain. Cuma kami sekeluarga tidak mewah. Ada kala kehendak tu terpaksa dipendamkan. Tapi saya tidak pernah memberontak. Syukur dengan apa yang ada. Membesar dengan gembira. Sangat-sanga gembira. Bila nakal kena rotan jugak. Hehehehe. Mak garang babe. Selalu kena rotan ngan mak sebab nakal. Bapak jarang rotan mulut sajor yang bebek-bebek.
Bermula dengan UPSR, keputusan cemerlang saya perolehi. PMR cukup-cukup makan dan membolehkan saya mara ke tingkatan 5. Dan SPM. Cukup FULL STOP. Cukup setakat ini rezeki untuk saya. Pernah usaha untuk sambung belajar sudah hadir 2 bulan utk kelas percubaan. Tapi rezeki DIA tidak menyebelahi saya. Terpaksa ditanam dalam-dalam niat tu pun terkubur.
Habis jer last paper petang tu, balik terus beli surat khabar. Cari kerja. So excited nak keje. Nak cari pengalaman dan nak cari duit poket sendiri. Seminggu lepas SPM dah dapat keje. 1st Sales marketing. Ada buyer ada gaji. Kerja pertama saya di ‘Linguaphone’. 3 minggu kerja, dah banyak duit bapak yang saya guna nak buat modal pergi kerja dan makan seme. Tapi sayang 1 sen gaji pun saya tidak terima. Maaf bapak, I’am disappointed you and mak. Nampak sangat marketing cheq failed. Hehehehe. Sebulan saya tanam anggur. Ke sana ke sini. Habis semua kampong kawan baik saya pergi redah. Dan makin banyak la duit bapak saya guna lagi untuk jalan-jalan cari pasal. Sehingga satu hari my best friend Aidawati Hj Ismail call dan dia suruh saya datang ke 2nd JPN Petaling Jaya, Selangor untuk ‘interview’ jawatan ‘temporarily clerk’ merekodkan warganegara Malaysia yang dah ‘innalillah’. Alhamdullillah, saya diterima bekerja dengan gaji kalau tak silap la maso tu RM450.00. tapi masa tu 450.00 besar nilainya, dapat lah bagi mak sikit, belanja family makan, siap ada belen nak bershopping lagi. Wah dasyat tak saya, kasut merah handbag pun merah. :D. 3 bulan kerja sebagai kerani dan dalam masa tu ambik kursus computer dan lesen kete sponsored by bapak. 3 bulan jer keje ngan gomen sebab tidak diserapkan. Setakat tu jer la jodoh bersama gomen. Ada jer jawatan lain dengan gomen tapi entah macam tak der inisiatif nak apply. Tak der saper bagitahu kepentingan keje ngan gomen, ilmu pun cetek lai, dan saya tak tahu ler masa tu. Tapi sekarang baru tahu betapa semua orang nak keje gomen dan banyak benefit nya. Huhuhuhu nyosa botui den. Apo nak buek tak do joki.
Peh tu, x lamo den taman anggur, ado la 2 minggu, dapek lak kojo kek senia - 3rd Messrs Tang & Lee – angkek telepon, sini best merato jalan-jalan, company trip. mula ngan medan Indonesia naik kappa terobang, langkawi naik kapa solam, eh eh gilo apo kappa solam, naik kapak persiaran, Singapore, langkawi. Fuhhh jalan sakan. Balik semestinya ada buah tangan tuk mak bapak dan adik-adik :D. seronok dapat happykan they all macam ni. Jodoh kat cni pun tak panjang. Tapi 3 tahun jugak laaaa. Then 4th dengan syarikat developer yang seakan neraka selamat 5 tahun, memang macam puaka makan maki hamun setiap hari. Fuuhhh, tak nak hengat-hengat. Seterusnya,5th Messrs Nik Hisham Fakihah & Co. 3 year gak. Dan sekarang jodoh saya di sini, dalam line ‘legal’ juga akhirnya, tapi den bukan ‘lawyer’ yerrr. dah masuk tahun ke 4, boss saya yang ke….. 6th ZICOLAW. Moga jodoh ni berpanjangan insya’allah dan rezeki anak-anak di sini sangat-sangat murah. Alhamdullillah. Tapi macam biasa, setakat denga sijil SPM ni apalah jawatan nya kan . Kerani Kuli makan gaji sajor. Den kerani taip surat yoo Tapi saya amat-amat bersyukur saya ada pekerjaan dan masih mampu bekerja mencari rezeki untuk anak-anak untuk meneruskan kelangsungan hidup di bumi tuhan. Ini lah sajor citor kojo den. TAMAT.
Sudah 17 tahun mengabdikan diri memegang status bekerja :D. Bekerja itu juga satu ibadah kan :D. Syukur sebab ada kerja….. :D
ALHAMDULLILLAH….SYUKUR dan AMIN… :D
No comments:
Post a Comment