Saksikan “Cinta Buat Emelda” menerusi slot Akasia, yang akan menayangkan pelakon hebat, Almy Nadia, Fizo Omar, adik Mia Sara Nasuha, Erry Putra, Rabecca Nur Al-Islam, Mustapha Kamal, Amran Ismail, Aida Khalida, Diana Amir, Rykal Iskandar dan ramai lagi, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3 bermula 26 Mac 2012.Drama bersiri 24 episod terbitan MIG Production Sdn. Bhd dan di bawah arahan Ismail Bob Hashim.
Sinopsis
Diadaptasi dari novel ‘Kasih Antara Kita’,
drama ini berkisar mengenai kehidupan
Emelda yang mula berubah sejurus kehadiran Dania.
Sejak Dania di sisi Emelda,
hubungan Emelda dengan adik lelakinya,
Emeriz mulai renggang.
Walaupun tiada lagi persefahaman
di antara Emeriz dan Emelda,
namun Emeriz begitu menyayangi Dania.
Tanpa diduga, Emelda bertemu Airil Fatah
yang merupakan seorang doktor
yang memberi ceramah di tadika Dania.
Sejak pertemuan itu, Airil sering termenung
sambil mengimbas kembali waktu lalunya.
Rupa paras Emelda menyerupai seseorang
yang dikenalinya. Di benak fikiran Airil, siapakah Emelda?
Namun bagi Emelda, dia sangat mengenali Airil
dan masih menyimpan gambar lelaki itu sejak 7 tahun yang lalu.
Airil begitu berminat untuk mendekati dan
menyelami sisi kisah hidup wanita bernama Emelda.
Pada masa yang sama, Emelda gusar jika ia berlaku
dan Airil mahu merampas Dania daripadanya.
Namun Emelda terpaksa akur apabila Airil
meminta penjelasan daripada Emelda mengenai Dania.
Emelda mengaku bahawa Dania adalah anak Airil.
Meskipun pada mulanya Aeril menjadi
serba salah setelah mendapati Dania adalah anaknya,
namun lama-kelamaan hubungan Airil dan Dania
menjadi semakin rapat sehinggakan Dania
mula memanggil Airil, ‘Papa’.
Lantas Airil mengambil keputusan
untuk mengahwini Emelda
walaupun Emelda tidak bersetuju.
Emelda telah menolak hasrat Airil
untuk mengahwininya, namun Airil masih
tetap dengan pendiriannya. Airil menghantar
rombongan meminang ke rumah Emelda
tanpa pengetahuan keluarga Emelda.
Airil juga memberanikan diri memberitahu keluarga
Emelda bahawa dia merupakan ayah kandung kepada Dania.
Emelda akhirnya terpaksa akur
dengan hasrat Airil dan sanggup memperjudikan nasibnya
bersama lelaki yang bernama Airil Fatah.
Meskipun hatinya tidak pernah terbuka
untuk insan yang bernama Airil Fatah,
namun demi Dania dia tetap mencuba sedaya upaya
yang boleh. Bahagiakah perkahwinan yang
dibina bukan atas dasar cinta?
Mampukah Airil Fatah menawan hati Emelda?
Apakah rahsia yang disimpan oleh Airil Fatah
mengenai kehidupan silamnya 7 tahun lalu?
Ingin mengetahui apakah yang berlaku seterusnya?
Jangan lupa saksikan setiap
Isnin hingga Khamis, jam 6.00 - 7.00 petang di TV3
No comments:
Post a Comment