Pepagi tadi ..... lepas bekpes nasi lemak kak siti,
macam biasa pinjam 'harian metro' kak SSJ.
Helaian demi helaian di semak.
Dan tiba tiba hati mama berdegup pantas macam puting beliung.
at 1.00 pm , terusss call anak2, alhamdullilah hari ni JUMAAT,
jam 1.00 tengahari anak-anak dah selamat sampai di rumah.
Lepas pesan macam-macam, ganggang telepon diletak.
macam biasa pinjam 'harian metro' kak SSJ.
Helaian demi helaian di semak.
Dan tiba tiba hati mama berdegup pantas macam puting beliung.
at 1.00 pm , terusss call anak2, alhamdullilah hari ni JUMAAT,
jam 1.00 tengahari anak-anak dah selamat sampai di rumah.
Lepas pesan macam-macam, ganggang telepon diletak.
kerisauan mula menular di segenap urat saraf.
mama keje. 8.45am - 5.45pm.
tonggang terbalik nunggu bas lagik.
1 hingga 2 jam. Anak-anak akan bersendirian ber3
di rumah lebih kurang 3 hingga 4 jam.
mama keje. 8.45am - 5.45pm.
tonggang terbalik nunggu bas lagik.
1 hingga 2 jam. Anak-anak akan bersendirian ber3
di rumah lebih kurang 3 hingga 4 jam.
RISAU bersarang di benak.
kalau ada 'MAGIS' pejam jer mata sampai umah...
pejam jer mata sampai opis...kan senang....
Tapi bahaya itu ada di mana2, aku kena terima hakikat ini.
kalau ada 'MAGIS' pejam jer mata sampai umah...
pejam jer mata sampai opis...kan senang....
Tapi bahaya itu ada di mana2, aku kena terima hakikat ini.
YA ALLAH lindungilah anak-anak ku dari bahaya YA ALLAH...
ku bermohon hanya yang satu ini, ya satu ini saja pada mu..............
'hanya ini yang kupinta,
lindungi anak2ku
dari bahaya dan
cemerlangkanlah mereka
cemerlangkanlah mereka
dunia dan akhirat
serta murahkanlah
rezeki anak-anakku.
serta murahkanlah
rezeki anak-anakku.
aminnnnn
ini saja pintaku. yang lain-lain
ini saja pintaku. yang lain-lain
biarlah aku sahaja yang bersusah payah kederat 4 kerat ni.....
BERITA YANG MERENTAP TANGKAI JANTUNG KU........
KUALA LUMPUR: Satu lagi kejadian cubaan menculik berlaku di sekitar ibu kota kelmarin, menjadikannya kes culik keenam sepanjang tahun ini dengan dua daripada mangsa dilarikan kumpulan penculik termasuk kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar.
Dalam kebanyakan kes, kumpulan penculik menggunakan van dan empat daripada enam kes itu membabitkan van putih.
Dalam kejadian terbaru jam 3.30 petang kelmarin, seorang remaja lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Rajan, 14, lolos daripada cubaan menculiknya apabila dia nekad menggigit tangan seorang daripada enam lelaki yang ketika itu menekup mulutnya.
Kejadian berlaku ketika Rajan yang pulang dari sekolah baru turun dari bas awam di perhentian bas di Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam, di sini, dan berjalan untuk ke rumahnya kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.
“Sebaik turun daripada bas, saya berjalan ke rumah menggunakan lorong bahagian belakang blok bangunan kedai berdekatan rumah sebelum ternampak seorang lelaki berambut panjang berdiri berdekatan perhentian bas.
“Tidak lama kemudian, lelaki itu mengekori saya sebelum sebuah van putih yang diletakkan 200 meter dari perhentian bas bergerak menghampiri saya.
“Tiba-tiba lelaki berambut panjang itu menerpa ke arah saya dan menekup mulut dari arah belakang. Dia kemudian memegang tali beg sekolah dan menarik saya ke arah van putih,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
No comments:
Post a Comment