my 1st raya and satu raya saja mamalove dan anak-anak berhari raya. sian anak-anak. seawal jam 6.30 pagi mamalove sudah bangun, vaccum satu rumah kemudian mandi dan bersiap-siap berbaju raya yang sedondon untuk anak-anak dan seluruh ahli keluarga AB RAZAK. pakai sedondon adalah wajib bagi keluarga ab razak since 2009. then at 8.00 am, anak bujang dan balang bob serta ayah babah nizam sudah ke masjid berhampiran untuk bersembahyang hari raya. Jam 10.00 pagi agenda seterusnya bersalaman hari raya dengan mak bapak mohon dihalalkan makan dan minum dan bermaaf-maafan, juga tidak ketinggalan berphotog di pagi raya yang indah ini. terus, terus, tidak lupa juga bersarapan dengan rendang dan ketupat segera mak + kuih muih raya segera yang kami adik beradik bawak balik dari kolumpo.
tepat jam 11.00 pagi maka bermulalah siri penjelajahan hari raya kami. bermula dengan melawat kubur di bukit temensu iaitu kubur arwah atok ab rasip, wan katek, pak ngah majid, mak teh maimon dan arwah abang samek. kemudian ke rumah mak ngah kiah, the anly one kakak bapak yang tinggal di Bukit Temensu. Alhamdullillah kak tam semakin beransur sehat, dah boleh makan sendiri, syukur padaNYA.
Then terus ke rumah Pak Anjang Abdul Rahim. syukur ke hadrat ilahi walaupun sambutannya hambar, mamalove bersyukur sangat-sangat sebab dapat melawat salah satu pak cik saudara, abang kepada mak. walaupun pada mulanya tidak plan pun nak kesana. syukur dan syukur. janji dapat jumpa Pak Anjang, ini yang lebih penting sebenarnya. makan minum tak penting, janji dapat jumpa pak anjang.

Kemudian ke tanah perkuburan di Melang melawat arwah-arwah ahli keluarga kami yang telah pergi menghadap illahi. Arwah Atok Hussin, Wan Jarah, Atok Buyong, Ayah Bidin, Mama Leha dan yang amat dikasihi arwah Nurul Aleya Zara, anakanda tercinta. we miss you sayang. Next, ke rumah melang umi nani kakak kepada mak, then terus ke seremban ke rumah pak ngah zainol di Taman Coral Height, Seremban. alhamdullillah. syukur juga kerana sambutan dari keluarga besar pak ngah sangat-sangat meriah, SYUKUR juga dalam hati. Gembira dan syukur dapat melawat mak cik dan pak cik sebelah mak ni. Then terus ke rembau rumah mak long kg bongek di rembau, N9. and last destinasi umah balang bob mother in law, cik ton and pak cik zainal. SYUKRAN. senyum lebar dalam hati :D
Cuma tak dapat melawat abang-abang mak iaitu pak uda babu di penang, pak lang ali dan pak long ipin di Pasir Mas serta di Kota Bharu Kelantan. Moga satu hari ada rezeki kami semua melawat mereka yang berada jauh nun di UTARA dan PANTAI TIMUR.

SELESAI lah rumah-rumah yang WAJIB dilawati di Kuala Pilah, Seremban dan Rembau. Dan Esoknya Isnin, 2nd raya mamalove and anak-anak telah diperintahkan pulang ke kolumpo oleh duta besar kerana VISA dah tamat tempoh. Sedih nak balik kolumpo sobab ehhh baru rayo keduo. cuti mamalove panjang lai ni. ermmmm apo nak buek. yang menurut perintah dan makanya sampai hari ni dari rayo ke2 sampai rayo ke5 dengan ini makanya berkurung lah mamalove dan anak-anak di rumah tanpa beraya kemana-mana pun. mood sodey den. rayo yang tak rayo namo ehhhhhh. moga duta besar rajin nak bawak mamalove and kids ke seremban petang ni. kids ada mengomel cuti dok umah sajor. :((
No comments:
Post a Comment