sabtu - 1.9.2012 - fuhh weekend yang havoc sungguh, penat jumaat tak habis lagi. saturday pun kena bangun pepagi menyambung mengemas my small little house yang sangat cute. hehehe. Tengahari tu ke Rawang wif my dina kasyuk and in law suriah, hubby and hero Amir n Amar. attend wedding. Damia dicolik tembam dan afiq ada seminar for UPSR. Last seminar to attend and next week is the day. the day is coming abang. how is your preparation?. MAMA hanya mampu berdoa jer sekarang ni dan yang lain-lain berserah padaNYA. menadah dua tangan mintak agar DIA permudahkan perjalanan hidup abang, terangkan hati abang untuk menjawap dengan cemerlang untuk 5 subjek bagi peperiksaan UPSR iaitu BM-pemahaman, BM-penulisan, Maths, English and Science. Good Luck my son - Shafiq Akmal, no matter what, you are my son, sudah tertulis dan tersirat, mama yang mengandungkan abang 9 bulan 10 hari dan kemudiannya melahirkan dan membesarkan abang sampai dah nak sama tinggi ngan mama. apa aku merepek ni. sob sob sob. [pasti semestinya akan sedih dan menangis bila memikirkan hal anak-anak, and try the best, to give them the BEST].
oh ok, dah lari jauh dari tajuk asal ni. oh berbalik kepada wedding tadi ya. orang kampong den, tak lah sekampong bona, kiro kampong sebolah la. geng kengkawan PU3, budak bahau. kan kiro sekampong la jugak, worih den jugak la kan. memang terbarai la diet den pada hari tu yo. makanan superb best, yang best nya layan nasi mintak samo tempoyak dan my peberet 'potai'. 2 papan den bantai. tak kiro la, nasi minyak ko, nasi putih ko. dah ado tempoyak ngan potai den boda yo. lopeh tu layan lak candies buffet. cokelat wif marshmallow + apam polkadot + kuih pelita sampan. terbarai, terbarai diet ku. anyway 'selamat pengantin baru' Che Mah and Hubby tersayang. Lopeh ni jadi warganegaro 'Penang' la yo. Hang jangan nakai-nakai nooo Che Mah, nanti cheq sakai baru ada akai. :D. Cepat-cepat timang baby dan kekal ke akhir hayat. amin
belum berakhir di sini ya langkah kaki ku pada hari itu. nasi lom lopeh kek porut, hongeh tadi lom lai habih. selepas 2 jam dari rawang ke pantai ria yang sikit JEM. kami ke open house pulak, not a really open house. rayer rayer ke rumah ex mak sedara, walaupun dah ex, lawat tepat melawat ya. silaturrahim tidak akan diputuskan. moh kiter ke rumah mak su faizah, sebelah ppr jer. den balun lak 'mee hoon soto jawo'. perut memang dah penuh. ku balun jua. dah sudah tu. rugi tak makan, memang terbaik yop. tak per, tak per, weekend kiter balun. weekdays kita DIET la pulak. selesai mee hoon soto jawo di blok F, sambung lai. sambong jangan tak sambong mamalove. terus ke blok A, kembali ke sarang. terus kita, terusan ke tingat 14, my in law house ayu suhana. lepas sejam baru sambung makan. apa lagi sental nasi impit ngan kuah kacang di sulam ngan rendang ayam yang terbaik wok. malam kang dah tak yah makan. ye ke tak makan. jom sambung baca lagi. wah panjangnya citer :D
7.00pm balik ke sarang, my black sweet mintak nasi. ha tu lah orang gi umah orang makan, black sweet sebuk la nak main. terpaksa gigih kan diri mamalove memasak. menu nya nasi putih, udang goreng kunyit dan bersulam kicap kipas udang. mamalove tak dapat tahan dari melihat. maka dengan ini terjebak makan nasi at 9.00pm 2x tambah. mang ai, selero hantu boto mamalove yo. apo nak buek selero tongah tajam :D. ngeh, ngeh, ngeh. So watammat kesah wedding + 2 open house raya mamalove for saturday.
ahad 2.9.2012 - menyambung kuar dari sarang lagi. bangun pagi ya, around 7.00am. abang menyambung seminar UPSR nya di Masjid Al_Khadijah, Pantai Dalam. Dan mama wif Damia n Dina out lagi. dan kali ni ke mana?. ke masjid india la pulak. ingat sebelum rayer jer ke orang shopping. lepas rayer mana ada orang shopping. eh sape kata. penuh jer 'JAKEL' masjid india. orang -orang ni ada jer duit nak shopping lagi. janji nyer kul 8, kul 9.30 baru sampai. hate waiting. tapi apa nak buat. kena gak tunggu. adik-adik ku semua lain kali boleh x be panctual sikit. dah selalu sulong kono cam ni. bam lewat sejam dua jam, sama la ngan si mima n ella. kalau rafizi a.k.a balang lagi haru. ponah den nunggu sampai 5 jam. hampehhhhh betul. mana la en ab razak tak meroyan, cam itik tertolan dodak. huhuhuhu. Me, my sis, my bro in law, my mak + the kids ke Masjid India ler kami. bukan sajer-sajer nak shopping ya, shopping kami bersebab. memandangkan my sis yang si bongsu nak nikah tak lama lagi. maka di kesempatan yang dah tak sempat ni, terpaksa lah jugak heret kaki kami ke Jakel, shopping kain baju yang harus, seharusnya sedondon pada majlis wedding itu nanti ya. dan ini adalah kain yang paling mahal cheq pernah beli. dan semestinya bukan duit cheq. adik bongsu cheq yang sponsor. thank you mima. after that kami ke Ariani, mak nak beli tudung. mang hai, mak ni bukan tompek kito ni, bukan standard kito ni mak, bawak bertonang mak. jom keluar. jom. jom. out. Mak nak jugak, tak kira, tudung paling murah RM130.00 dan yang paling mahal yang juga mak sangat2 berkenan berharga RM600.00. mak mahal nya mang ai. jom la beli kat arked jer mak. tak per mak bayar. maka belilah mak tudung yang paling mahal baginya berharga RM130.00. asal mak happy. we all happy. 1.00tgh selesai shopping and my sis shopping carpet raya juga di Jakel. 1.00 tgh pulang dan terus ke .... ke mana?
Terusan ke majlis aqiqah. nasi minyak lagi. makan jangan tak makan mamalove. 2x bertambah. ayam goreng terbaik. sejam lepas tu apa lagi balik la ke rumah dan rehat2kan badan. 7.00pm dina mintak nasi, tulah orang sebuk makan masa kat kenduri, dia sebuk main game. dan terpaksa lah mamalove masak. ingat dah mongok 2 hari ni tak nak masak. Dan menu untuk malam itu. nasi lemak, sambal sardin dan telur rebus. adakah mamalove menjerut perutnya untuk tidak menjamah nasi lemak itu. ???. cer teka, cer teka. oh tidak terbabas jugak, 2x tambah melayan nasi lemak yang berlemak sangat rasanya. lepas kemas2, titun esok keje ler. subuh sepie nak bangun, kids school ok. titun dengan porut kekonyangan yang amat, ampunnnnn.
itulah sajor story mory pasal melantak tak ingat mamalove untuk 3 hari ini. dan hari ini isnin, i skip my breakfast, i skip my lunch, petangnya secawan nescafe + pisang goreng 2 biji. kebuluran. and tonight going to skip my dinner as well. good luck ler menahan lapar ya. hehehe. and say 'NO' to rice for this 5 days. caiyok....caiyok...caiyok mamalove :D
NO PICTURE.......FOR THIS ENTRIES :(
No comments:
Post a Comment