balik keje senyap sunyi jer rumah. tak der lagi jeritan tarzan mama membising marah pada 2 budak kecik ni yang selalu buat sepah. 2 budak kecik ni yang selalu buat mama naik hantu bila balik dari keje. ader jer keje 2 budak kecik ni yang nak buat mama naik meroyan setiap petang. 2 budak kecik suka main ngan water colour sampai habis lantai mama dicatnya. 2 budak kecik yang suka campurkan susu, gula, sos sos dalam mangkuk, main masak-masak katanya. 2 budak kecik yang suka tukar2 baju yang verangan nak jadi artis ke model ke. 2 budak kecik yang suka makan. 2 budak kecik yang suka main air, picit colgate banyak-banyak dan habis kan sebotol cream shower mama. fuhhhh. 2 budak kecik yang sangat gembira merosakkan barang-barang mama. 2 budak kecik. oh budak kecik. 2 budak kecik ni jugak yang buat mama ketawa. 2 budak kecik ni jugak la yang mama kena layan bercakap tanya itu ini. 2 budak kecik yang suka sepah sepah kan rumah. sorang 6 year +++ and sorang lagi budak kecik 8 year +++. orang selalu kata 2 budak kecik ni twin. sorang golap, sorang lagi corah sikit la.
eh sunyi jer rumah mana 2 budak kecik ni pergi ya. dah 2 minggu rumah sunyi dan sepi tanpa 2 budak kecik ni. mana mereka menghilang ya. hilang 2 budak kecik, sunyi 2 budak kecik ini hanya sementara. kan school holiday ni mama telah menghantar mereka ke kem jati diri, perkasa kan minda serta fizikal di Teratak Tuan Ab Razak dan Puan Rajabee di Taman Pilah Senaling Kuala Pilah. hahahaha. Wan Chomel jangan dera lebih-lebih ya. Atok Razak jangan bebel banyak-banyak ya. hehehehe. Jadi mama rehat latihan vokal lebih kurang 1 bulan ni :D. Latihan Vokal bersambung tahun depan. hahahahaha. 2 budak kecik jangan nakal-nakal. 2 budak kecik jangan main jauh daripada wan. 2 budak kecik sila dengar kata. dan 2 budak kecik mesti hormat orang tua. be a very good girls. its my 2 princess. Damia and Dina. the 2 budak kecik :D
No comments:
Post a Comment