About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Thursday, March 28, 2013

Budak Ni.... Kan Kan Kan

pic ehsan dr mr google......


Ya, budak ni, budak ni dari dulu kalau dia berlakon, aku akan cari masa, aku akan ketepikan semua kerja, aper-aper jer. Memang akan menyanggup duduk tercanggok depan tv. Bukannya lama mana pun sejam jer pun. Bak kata semua drama-drama lakonan dia aku akan tonton. Tak kiralah dia pegang watak utama ke, watak sampingan ke, watak sipi-sipi ke, kalau nama budak ni aku memang akan menonton segala drama lakonan beliau. sorry ya aku membudak budakkan jer dia. hehehehe jangan marah fahrin ahmad. encem boy :D. hahahaha. 


Drama terbaru lakonan beliau sekarang ni sedang dimainkan di tv3, Drama 'Rindu Bertamu di Abu Dhabi'. terbaik la.  


pic ehsan dr mr google

SINOPSIS AKASIA TV3 - RINDU BERTAMU DI ABU DHABI 
Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi mengisahkan tentang liku-liku hidup seorang lelaki bernama Firdaus (Fahrin Ahmad). Firdaus mengalami konflik keluarga dan cinta. Ain Farohah (Tasha Shila) seorang wanita yang difitnah bersekedudukan sehingga ditangkap khalwat dengan Firdaus (Fahrin). Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz (Shahrizal Jaszle) sehingga kedua-dua mereka dihalau oleh bapa Firdaus, Haji Ilham (Dato Rahim Razali). 
Bagaimanapun, Firdaus bertanggungjawab ke atas Ain dengan menikahinya dan berhijrah ke Abu Dhabi lalu bekerja sebagai jurutera kanan di sebuah syarikat swasta. Fareez (Aiman Hakim Ridza) sebagai adik bongsu kepada Firdaus dan Faiz berusaha untuk menyatukan kembali keluarga mereka. Fareez juga sangat cintakan Meera (Elyssa) walaupun Meera mempunyai kisah silam yang negatif. Sebenarnya, Firdaus telah terlebih dahulu mencintai dan bertunang dengan Fatin Zaharah (Fouziah Ghous). Dapatkah Firdaus mencintai Ain Farohah seperti dia mencintai Fatin? Mampukah Fareez menyatukan kembali keluarga mereka? Dapatkah keluarga Firdaus bersatu semula? Saksikan drama yang penuh dengan konflik kekeluargaan dan cinta ini dalam Slot Akasia TV3.


No comments: