MELAKA - Seorang ibu yang sebelum ini terpaksa mengambil risiko meninggalkan tiga anak kecilnya di rumahnya di Pantai Peringgit di sini untuk keluar bekerja kini mendapat pembelaan Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Melaka.
Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Aziz berkata, pihaknya akan membantu Norjahan Haja Kamarazaman, 24.
Selain bantuan kewangan, pihaknya mencari penjaga kepada ketiga-tiga kanak-kanak berusia enam, lima dan tiga tahun itu.
Ketika ditemui, Norjahan berkata, dia terpaksa meninggalkan anak-anaknya di rumah selama lapan jam setiap hari kerana keluar bekerja di sebuah restoran di bandar Melaka kerana tiada pilihan lain.
"Saya dalam proses perceraian dengan suami dan dia menganggur.
Dia tidak mahu menjaga anak-anak.
"Disebabkan terpaksa mencari wang, saya tiada pilihan kecuali meninggalkan mereka di rumah untuk keluar bekerja," katanya ketika dikunjungi Amir Hamzah di rumahnya di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
No comments:
Post a Comment