About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Friday, October 18, 2013

Muhasabah Diri


Salam jumaat, penghulu segala hari. Semoga hari2 ku yang mendatang lebih cerah dari semalam, yang seakan mendung kesedihan, keperitan yang berpanjangan dan kemurungan yang berlarutan pergi bersama kelmarin. Jangan toleh lagi. Nak kata aku lupa diri, banyak benda yang aku kena teraniaya dan dianiaya sebenarnya. i really down to earth. aku sedar banyak benda aku terlepas pandang, banyak juga yang aku tinggalkan. tapi orang lain asyik jer susahkan hidup aku yang dah sedia susah. apa yang orang bencikan aku sangat sampai tergamak buat aku macam ni. satu satu DIA ambil dari aku. Mungkin DIA nak beri yang lebih baik dari yang ada ni kan pada kemudian hari. Apa pun yang berlaku aku redho. But a little bit sad. And still sad. Lately buat apa pun semua tak kena. Tapi alhamdullilah jua di panjatkan kerana ada 2, 3 perkara atau masalah selesai walaupun terpaksa menambah hutang. Syukur jua ku panjatkan padaMU. Lega sangat hati ni. Semoga penghijrahan ini akan menambah baikan kehidupan aku terutama nya untuk anak-anak ku yang 3 ini. Kata orang apa pun yang kita lakukan, apa jua perubahannya kita perlu lakukan peringkat demi peringkat. Ya walaupun sudah 14 tahun aku lalui semua ini. Hari ini aku masih merangkak. Walaupun sehingga ke hari ini masih lagi merangkak rangkak tapi banyak benda telah dibaik pulih. Syukur tidak terhingga pada mu ya allah. Semoga engkau sentiasa membimbing aku ke jalan yang engkau redhai. Masih banyak yang perlu diperbaiki, terlalu banyak yang kurang, perjalanan masih panjang. Masih kah aku diberi peluang dan ruang untuk terus bernafas. Juga hanya dia yang maha mengetahui. Pengalaman mematangkan. Biarlah manusia diluar sana bersusun susun menjudge diri aku. Buruk baik aku hanya hambanya yang kerdil lagi hina. Semua nya hanya dia yang maha mengetahui isi hati dan tangkai jantung aku ini. Mengharap agar ada sedikit sinar yang akan diberikan olehNYA, sedikit kegembiraan dan sedikit kesenangan buat diri aku kelak. amin.


No comments: