Masuk hari ni dah 5 hari Bapak stay with me. Biasa lah jaga bapak kena ikut time makan, time tido dia. Kalau tak nanti perut masuk angin, badan pulak sakit2 kalau tak cukup tido. Hati panas jer kalau tak cukup tido. So far tak nampak langsung Bapak marah-marah. Gelak jer, happy jer, suka jer. Semua dijaga dengan baik. Maaf ya bapak kalau Damia and Dina bising-bising sikit. Biasa lah cucu2 Bapak yang 2 ni asyik nak beramok jer. Kalau dah baik gelak pulak tak henti2. Entah apa yang seronok sangat pun tak tahu. Dan masuk hari ni sudah 5 hari jugaklah sebagai anak me bangun seawal pagi lepas hantar the double "D" go to school. Me akan start masak untuk beloved bapak. Ni jer yang along mampu buat untuk jaga bapak selagi DIA izinkan kita bersama bernafas untuk sekian kalinya. Ni sahaja yang termampu. Maafkan along kalau ada yang terkurang ya bapak.
MENU
Nasi adalah WAJIB
Ahad - Udang Cendawan Masak Lemak + Ikan Goreng + Sambal Belacan + Goreng Tauge
Isnin- Masak Singgang Ikan Bawal Kecil + Goreng Telur Dadar + Sambal Belacan
Selasa - Ayam Masak Kicap + Orang for Dessert
Rabu - Ikan Pari Masin Sambal + Sup Ikan Jenahak + Ikan Goreng + Sambal Belacan
Khamis - Kari Kepala Ikan + Ikan Jenahak Goreng + Sambal Belacan
No comments:
Post a Comment