About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Friday, June 24, 2011

Terapi Diri

Ini entah yang keberapa? Moga ada insan-insan di luar yang sudi meminjamkan novel-novel mereka untuk santapan mindaku. Sesungguhnya dengan membaca membuatkan aku sedikit tenang dan hanyut di dalam alam ciptaan aku sendiri tanpa gangguan. Biarpun mereka-mereka disekelilingku telah la dibuai mimpi indah. Hilang penat bekerja seharian. 



Lara Rindu
Amanda Aniqah
RM 23.90
ISBN: 978-967-5489-76-1
~640 hlm
Bahasa Melayu
Kastia suka kepada kehidupan, apalagi dalam dunia pelajaran. Misinya adalah Long Life Learning (Belajar Sepanjang Hayat). Bukan macam polisi temannya, Chinta, 3L iaitu Long Life Love. Loveaholic. Atau macam etika Makhluk Perosak, Long Life Work. Memang Workaholic. Langsung tidak ceria hidup. Anjakan terbesar dalam catatan hidupnya adalah perkahwinan. Ia wujud bukan atas cinta. Tanpa wasiat, tiada tangkap basah.Tiada kontrak perkahwinan keluarga atau ‘family arrange’. Dia pun tidak tahu macam mana perkahwinan ini boleh terjadi. Menghairankan! Bila rahsia terbongkar, lara hatinya dibawa terbang jauh. Langsung tidak menoleh ke belakang walau rindunya mengundang lara.

No comments: