About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Thursday, September 8, 2011

Pencinta Meaw Meaw


Tujuh Artis 'Celepets' Kecam Pendera Haiwan
Oleh KEMALIA OTHMAN


My LUNA.......




Geng 'Celepets' bersama kawan-kawan lain dalam satu majlis
PETALING JAYA: Rakan artis yang menggelar diri mereka "Celebriti Pet" (The Celepets) mengecam tindakan pemilik hotel haiwan Petsknode yang dikatakan melakukan penderaan kepada haiwan yang dihantar ke pusat penjagaan itu.
Tujuh selebriti Celepets ialah Atilia, Serena Choong, Yasmin Hani, Sazzy Falak, Dynas, Daphne Iking dan Aishah Sinclair.
Bagi penyanyi Atilia, 37, dia kesal dengan berita tersebut dan menganggap perbuatan mengabaikan tanggungjawab menjaga haiwan yang diamanahkan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
"Saya rasa sangat sedih dan marah selepas mendapat tahu tentang kucing-kucing yang dihantar ke pusat penjagaan itu telah diseksa dengan tidak diberi makan sehingga ada yang mati.
Atilia bersama dua ekor kucing peliharaannya.
"Saya memahami perasaan pemilik-pemilik haiwan yang meninggalkan binatang kesayangan mereka di pusat jagaan tersebut," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Ahad lalu, kira-kira 50 pemilik haiwan peliharaan dan aktivis hak asasi haiwan dilaporkan telah membuat laporan polis di Balai PolisDamansara Damai dekat sini ekoran kematian dan kehilangan binatang peliharaan mereka yang diletakkan di pusat jagaan haiwan berkenaan sempena cuti perayaan Aidilfitri
Mereka mendakwa pemilik pusat jagaan haiwan itu sengaja membiarkan kucing-kucing yang ditempatkan di situ kelaparan sehingga menyebabkan 12 ekor daripadanya mati.
Tambah Atilia, denda terhadap pendera binatang harus setimpal dengan kekejaman yang mereka lakukan.
Sementara itu, bagi Aishah Sinclair perkara tersebut perlu menjadi iktibar kepada masyarakat tentang penderaan haiwan yang semakin menjadi-jadi.
“Saya kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pemilik pusat jagaan haiwan tersebut. Dia seharusnya menjaga amanah yang telah diberikan untuk menjaga kucing-kucing tersebut dan bukannya melakukan kekejaman begitu,” ujarnya.
Aishah Sinclair
Tambah Aishah, binatang peliharaan seperti kucing sudah menjadi sebahagian daripada ahli keluarga mereka.
Manakala Yasmin Hani turut sedih dan marah dengan kejadian yang dianggap melampaui batas kemanusiaan.
“Ini merupakan kejadian paling besar yang terjadi dan saya harap dengan kejadian ini kerajaan ambil tindakan undang-undang yang setimpal dengan kekejaman mereka.
“Mereka yang mendera haiwan sepatutnya dikenakan hukuman yang setimpal kerana haiwan merupakan binatang yang bernyawa," katanya.
Tambah Yasmin, pemilik haiwan peliharaan juga perlu mempunyai pengetahuan secukupnya tentang penjagaan haiwan masing-masing.


Sumber – mStar online

No comments: