sedar tak sedar dah penghujung tahun 2011. terlampau banyak AZAM yang masih terkandas. dah nak mula buku baru.tahun baru. hari berganti hari, minggu berganti minggu, setiap detik, saat dan waktu berlalu tanpa menunggu kita. tapi azam masih yang lama tidak berubah. hanya mahu perbaiki diri dan perbaiki kehidupan kepada yang lebih baik dan mungkin yang lebih sempurna. tidak dapat tidak mungkin dengan izin yang maha esa. masih banyak yang perlu diperbaiki itu dan ini. perlu dikapur agar lebih kemas. perlu dipatri agar kekuatan dapat diperkuatkan dengan teguh. masih mampu kah aku. liquid paperkan segala kekurangan agar tampak lebih sedikit sempurna. kata orang kalau hendak biarlah sesempurna mungkin. mana mungkin? manusia itu ada kekurangan dan tidak dapat lari dari kesilapan. tapi kekadang semakin kita lari dari membuat kesilapan. semakin kesilapan itu yang semakin hampir. makin dielakkan. tapi semakin dia dekat dengan diri kita. begitu rapuhnya iman. setan makin beraja dalam kerapuhan ini. entah lah. dimana silap dan mungkin kesilapan. kesilapan demi kesilapan. semakin kita memburu kebaikan dan pahala. semakin ia menjauh. walau dikejar makin ia lari dari diri manusia naif. yang BERIMAN juga diuji. inikan aku insan daif, hina dan lemah. kurang ilmu, kurang segalanya. kekadang hidup bagai tiada arah tuju. tapi yang satu ini masih pasti dan yakinnya pasti. melihat anugerah tuhan ini berjaya. ya, hanya ini, semoga anugerah yang 3 ini berjaya hidup dunia dan akhirat. kekuatan aku perlu tanamkan dalam diri demi melihat mereka berjaya. mampukah aku yang serba KEKURANGAN itu dan ini. masih mampukah aku. insan yang serba kekurangan. tergalaskah TANGGUNGJAWAP ini. aku mohon padaMU berilah aku kekuatan dan KEYAKINAN yang satu ini. sesekali hati dan jiwa sudah pasti tapi fizikal enggan melaksanakan. entah apa yang menghalang. yang baik sudah dikesan. pahala nya sudah pasti. tapi berat dan payah untuk dilaksanakan. betul juga kata orang kekukuhan sesebuah institusi berpunca dari ketuanya. kalau terpesong ketuanya. yang dibawaknya buatlah apa pun tak menjadi. tertiarap dan terseungkurlah yang dibawahnya. walaupun pun telah cuba sedaya upaya. rapuh jua. reput juga. tidak akan terjadi. buat lah macamana pun. buat lah apa-apapun. terserong jua tanpa nakhoda pengendali bahtera. senggetlah bahtera walaupun sekuat mana anak-anak buahnya cuba mengatasi ombak bergelora. melembutkan buloh memang mustahil. menangis airmata darah sekalipun. semua telah tertulis. semua nya sudah terlukis dan terwarna dek kehendakNYA. tidak akan merubah apa-apa. hidup perlu diteruskan. apapun yang terjadi selepas ini adalah takdir dan kehendaknya. kita hanya berkehendakan yang terbaik dan yang baik-baik belaka. selalu minta dan fikirkan yang baik-baik. tapi sebaliknya. itu semua dugaan dariNYA.
About Me
- MAMALOVEYOU
- Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
- Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...
No comments:
Post a Comment