“Terharu, ini adalah kemenangan pertama Allahyarham Faizal Yusof sepanjang melibatkan diri dalam karier lakonan. Saya pasti dia akan gembira jika masih berada di dunia ini. Anugerah ini akan diberikan kepada isterinya kerana dia lebih berhak,” ujar Zulkifli Yusof, abang kepada Faizal Yusof sejurus menerima trofi kemenangan bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama (Jangan Hantar Aku Ke Neraka).Apabila ditanyakan mengenai kehadiran isterinya di Anugerah Skrin 2011, Zulfkili berkata, “Isterinya memang hadir, namun dia terlibat dengan kerja krew bersama Erma Fatima di bahagian produksi.”
Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak pada 1 Januari 2011 kerana serangan jantung. Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment