Dalam kepayahan ini aku dapat sekolahkan 2 orang anak ku, walaupun dengan pendekatan yang amat sederhana. Gembira dalam takut. Pernah aku berkata dalam diri ini mampukah aku melakukan semua ini sendiri. Walau hakikatnya aku tidak bersendirian. Tapi sememangnya aku sendiri memikul tugas2 ini. Syukur padaNYA.
Tapi anak2 ku perjalanan kamu masih jauh, masih banyak dugaan dan pancaroba di hadapanmu. Tabah lah, jadilah sekuat mama. Cuma hanya satu pinta mama 'belajar lah hingga menara gading', ingat hanya dengan pelajaran dan segulung ijazah, kalian akan hidup senang. Jangan jadi seperti mama, cetek ilmu. Balajar setakat SPM je. Mama nak anak2 MAMA lebih berjaya dari MAMA ok. Dont' disappointed me SAYANG.
Tak henti2 MAMA ingatkan , katakan luahkan dari bibir ini. Belajar lah pandai-pandai ya anak-anakku.
Shafiq Akmal |
Sarah Damia |
Bujang ku senyumla ckit. Anak dara ku dah besar...... |
Hanya itu yang MAMA pinta. Be somebody for your own good. Jadilah lah anak2 yang soleh dan solehah. Jangan lakukan perkara yang tidak sepatutnya kamu lakukan. Jauhilah dadah, jenayah dan kejahatan. MAMA tahu kamu semua pasti bosan mendengar pesanan ini berkali-kali dari mulut mama. MAMA cuma mahukan yang TERBAIK untuk kali, walau banyak perkara yang tidak dapat MAMA tunaikan dan berikan.
PUAS HATI MAMA DAPAT TENGOK GAMBAR2 NI
Moga kalian berjaya ke menara gading...insya'allah.......
mama nak tengok kalian sarungkan lagi 'jubah' bergini di Universiti
PUAS HATI MAMA DAPAT TENGOK GAMBAR2 NI
Moga kalian berjaya ke menara gading...insya'allah.......
mama nak tengok kalian sarungkan lagi 'jubah' bergini di Universiti
Tahun ni Sahira Dina tak sekolah walau umur nya dah 5 thn. Mama KIV dulu lah adik ya........
No comments:
Post a Comment