|
Lihat dan Nilai Penghidupan Sendiri |
Bulan November 2011, mencipta rekod tersendiri bagi saya. Rekod Peribadi saya. Tepukkan untuk diri sendiri, Tahniah untuk diri sendiri dan congrate untuk diri sendiri. Bulan ini ada cerita tersendiri untuk diri saya sendiri. Bulan ini entries terbanyak yang pernah saya buat. Mungkin sebab 'streamyx' dan 'netbook' yang dah sebulan berada di tangan. Sangat rajin jari2 ini MENGUPDATE BLOG dengan pelbagai cerita, suka duka, manis, masam, masin dan mencuka tentang diri saya. Tidak berniat menyinggung mana2 pihak mahupun individu. Hanya inilah HARTA yang mampu saya berikan pada ANAK2 buat tatapan mereka apabila saya pejamkan mata nanti. Tiada wang ringgit untuk diberi pada mereka. Hanya kasih sayang tidak terhingga saya mengiringi PENGHIDUPAN DAN KEHADIRAN mereka [afiq, damia n dina] di muka bumi ini. Anugerah tidak ternilai untuk saya hamba yang kerdil lagi hina dariNYA dan disisiNYA.
MAAF JIKA ADA YANG TERASA. AMPUN MAAF DIPINTA.
|
wah banyaknya.....hehehe |
|
Roses Are Black |
|
No comments:
Post a Comment