Ingin saja meratap sedih hiba
Lepaskan segalanya
Tapi semakin lari jauh ke mana
Semakin ia hampiri mengganggu jiwa
Menyiat-yiat hati dan merobek-robek fikiran ini
Tidak cukup dengan itu dan ini
Ia hadir dalam mimpi
Ke mana harus lari
Bayangan sentiasa di sisi
Apa lagi daya untuk mengelak diri
Kenapa diduga sehebat ini
Sampai bila harus begini
Bagaimana harus akhiri
Tidak mahu berterusan begini
Menyiksa diri
Siksa diri sendiri
Perlukan mengikut kata hati menjahanamkan diri
Musnahkan segala yang ada ini
No comments:
Post a Comment