20 Ogos 2011
Seawal pagi semua sukarelawan dari Pejabat 1Malaysia telah berada di tapak penyerahan. Jam 11.30 pagi telah bermula tugasan PENDAFTARAN penduduk Pantai Ria yang tercicir minggu lepas. Masih ramai lagi yang belum mendaftar. Awal-awal pagi lagi penduduk pantai ria sudah berkumpul walaupun telah diberitahu pengagihan sumbangan akan bermula pada jam 12.00tgh - 1.00tgh.
Beberapa buah lori telah tiba menurunkan barangan-barangan untuk disumbangkan. Semuanya bekerja sama menunaikan kewajipan. Ramai pihak terlibat, kerajaan dan NGO bekerjasama. Tidak kira kaum. 1 MALAYSIA.
Jam 12.00tgh Ketibaan YB Senator Dato' Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal Abidin Menteri Wilayah Persekutuan dan Ksejahteraan Bandar, merangkap Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai dan isteri Datin Nafisah bagi menyampaikan sumbangan.
Tepat jam 3.00 petang semua nya selesai, tapi masih ada datang untuk pendaftaran. Semua tugas pendaftaran diserahkan kepada AJK Persatuan Penduduk PPR Pantai Ria.
No comments:
Post a Comment