Morning,
Lama rasanya x mengUPDATE blog. Kerja berlambak-lambak di Zico, banyak yang perlu disiapkan sebelum cuti PANJANG ni [9 days rest] - rest la sangat. Dah 2 tahun berturut-turut, one day before raya aku masih di ZICO. Tahun ni nak cuti awal sikit. Banyak tugas yang perlu diselesaikan di rumah. Ye la saya mana ada BIBIK @ PEMBANTU RUMAH @ ORANG GAJI, semuanya kerja-kerja mencuci, mengemas dan sebagainya kena buat sendiri. Dengan tangan sendiri, Dengan tulang 4 kerat ni. Huhuhuhuhu.
Tambahan pulak, minggu..minggu terakhir RAMADHAN ni sangat SEBUK a.k.a BUZY. Ambil kuih-muih yang ditempah dan agih-agihkan kepada para pelanggan. Wah, cam banyak lah sangat tempahan itu yan Puan Punya Blog. Terima kasih kepada yang sudi membeli kuih-muih dari saya. Honestly, all the kuih muih bukan la saya yang membuatnya. Semuanya adalah air tangan dari KAK LIN. Kak, so happy make BIZZ with you. Tahun depan kita bekerjasama lagi ya.
Lastly melawat my taylor, kak maznah. Apa lagi ambil baju mak dan my princess Damia n Dina punya baju raya. Semua dah settled. Baju pagi raya, SEDONDON [other half + me + Kids] - DONE. Kuih Raya nak bawak balik ke rumah Ayahbonda - DONE. Tunggu masa nak balik je. Moga perjalanan kami sekeluarga selamat pergi dan selamat pulang, Insya'allah.
Hari ni, nak kemas-kemas apa yang yang patut. Cuci semua baju. Masih ada yang belum settled. Belum bershopping lagi tuk kids. Ingat esok nak ke PERTAMA + SOGO + JALAN TAR.
ok cau dulu, keje-keje rumah dah banyak yang menanti......see you when i see you. :D
Salam Aidilfitri + Maaf Zahir Batin Ikhlas dari Puan Punya Blog |
Kalau boleh nak Ramadhan sepanjang tahun.....
Jangan berakhir...
sejuta kebaikan dan kenikmatannya...
rasa bahagia sangat pada bulan Ramadhan ni....
Terima Kasih TUHAN kerana kau pinjamkan
KEBAHAGIAN ini walaupun sebulan...
SYUKUR......tidak terhingga....
syukur....................
No comments:
Post a Comment