12.00 tengahari - 4.00 petang
- 21 Ogos 2011 [Ahad]
- 21 Ogos 2011 [Ahad]
Sayangi Mereka, Kenangi Mereka....
Alhamdullillah, dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan, tahun ni sekali lagi PU3ULP dapat melaksanakan program ini dengan jayanya. 4 orang kanak-kanak dari setiap cawangan dikumpulkan di TESCO Jalan Klang Lama, bagi menerima sumbangan berupa "Bershopping keperluan Hari Raya bernilai RM150/- setiap seorang".
Majlis disempurnakan oleh YB Dato' Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar merangkap Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, berserta isteri YBerbahagia Datin Nafisah.
Kegembiraan jelas terpancar di setiap wajah anak-anak ini.....
Dapat bershopping pakaiaan Baru.
Program selesai tepat pada jam 4.00 petang.
Dapat bershopping pakaiaan Baru.
Program selesai tepat pada jam 4.00 petang.
tak sangka meet my cousin "anak arwah mama leha" kat sana.....happy shopping heri...... |
4.00 petang - 9.00 malam
21 Ogos 2011 [Ahad]
SELESAI tugasan di TESCO di Jalan Klang Lama, kami semua terus ke "Pusat Komuniti, Pantai Hillpark. Tugasan seterusnya, pendaftaran untuk progran :Nur Ramadhan: dan Berbuka Puasa.
Majlis ini juga masih disempurnakan oleh YB Dato' Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar merangkap Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, berserta isteri YBerbahagia Datin Nafisah.
Selesai pendaftaran Puteri2 bersama2 pemuda dan seluruh ahli UMNO LP yang terlibat pula mengiringi Dato2 dan Datin2 serta pegawai2 terlibat menagih-agihkan duit raya dan "Basket food". Tugas selesai kira2 jam 9.00 malam.
Fuhhhhhh, rasa nak tercabut pinggang ni.......yela manakan tidak, penerima sumbang seramai 4000 orang. Dan 4000 kerenah juga kena kami semua layan.
Alhamdullillah, program telah selesai dengan jayanya....walaupun ada sedikit kelemahan, moga dapat diperbaiki pada tahun hadapan.
TAHNIAH buat semua yang terlibat.......penghargaan untuk diri sendiri :D
Sekian...Wassalam....
Puan Punya Blog...-yang tengah sakit pinggang yang amat...huhuhuhuhu
No comments:
Post a Comment