About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Wednesday, August 3, 2011

Kesahnya Jimmy Shanley



KUALA LUMPUR, 2 OGOS 2011: 

Tidak menyesal tetapi terkilan dengan apa yang berlaku dalam diari kehidupannya sebagai suami dan ayah, bagi pengacara Jimmy Shanley semua itu telah tertulis oleh Ilahi buat dirinya.

Menganggap dirinya sebagai antara makhluk Tuhan yang istimewa kerana diuji dengan cabaran hidup berumahtangga seawal usia perkahwinannya, doa Jimmy moga dia tabah mengharungi dugaan itu.

"Saya tak menyesal tapi terkilan dengan apa yang berlaku. Apa pun saya anggap semua itu ketentuan Tuhan dan Tuhan pilih saya untuk mengharungi cabaran tersebut. Saya tak gembira sebagai suami tapi saya masih gembira sebagai bapa," katanya kepada portal murai.com.my bercerita mengenai masalah rumahtangganya yang semakin mendapat liputan meluas media massa.

Jika sebelum ini Jimmy Shamley banyak bersuara, terbaru isteriny, Nursuhaila Eliani Suhaimy pula tampil membuat kenyataan mengenai kemelut rumahtangga mereka serta nekad mahu menuntut cerai.

Menganggap tindakan isterinya sebagai tindakan seorang wanita akibat kemurungan selepas bersalin, Jimmy Shanley bagaimanapun menafikan beberapa perkara yang diperkatakan oleh wanita itu.

"Memang ramai cakap, cerai jelah sebagai jalan mudah untuk semua orang. Tapi kita dah ada orang ketiga iaitu anak. Tapi, kalau dia nak bawa ke mahkamah juga biarlah selesaikan dahulu kes nusyuz yang saya tampilkan dulu. Kemudian, barulah fikir tentang cerai.

"Perkara - perkara yang dia sebut hari itu, seperti pukul dan saya tak ada kawan, apa yang boleh saya katakan ialah saya pukul untuk mengajar. Kalau isu kawan, memang saya tak ada kawan ramai. Bagi saya kualiti lebih penting daripada kuantiti,"katanya yang bersedia untuk ke mahkamah untuk mendedahkan segalanya.

Ditanya mengenai kenyataan yang dikeluarkannya dalam satu wawancara menerusi program hiburan popular televisyen, yang menjurus seolah-olah anak hasil perkahwinan mereka, Zahrah Shanley bukanlah anak daripada zuriatnya, kata Jimmy, segalanya akan diterangkan di mahkamah kelak.

"Saya tak nak gaduh atau memalukan sesiapa. Jadi, biarlah segalanya akan diceritakan di mahkamah nanti. Kalau boleh, saya tak mahu mengambil anak daripada ibunya. Mala, saya juga telah bersedia dengan apa yang akan berlaku nanti,"katanya yang menafikan berkahwin dengan Suhaila kerana mahu mengikis harta wanita tersebut.

No comments: