About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Thursday, February 28, 2013

DD story




Double "D" dah ready nak ke school mama. Pagi ni mama kerajinan sangat, bangun awal, masak nasi goreng. jadi dengan ini hari ni anak2 bawak bekal ke sekolah. nasi goreng ikan masin :D. Dan seketul KFC lebih semalam, elakkan pembaziran. 

nasi goreng ikan masin + ayam goreng kfc.......



Damia hari ni sebuk nak pergi latihan bola jaring wakil sekolah. "tak yah la kak, badan kakak kecik sangat, tak sesuai, tunggu kakak darjah 6 ya"... "ok mama" balas Damia. Lega sebab Damia dengar kata. kalau tidak saper pulak yang nak ambik dia lepas waktu sekolah nanti. she is a girl and me memang tak harap dia naik bas luar, she still small and for me girls Damia n Dina will always small. "Dina  pulak cikgu kata adik tak yah sekolah hari ni, sebab adik semput"... "aik bila pulak anak aku ada semput, cuma batuk biasa jer kan" cikgu jangan macam2 ya, kalau betul kenapa tak call jer semalam. Moga cepat baiknya batuk Dina tu. Weekend aritu atok razak dok jamu ais krim, haaaa kan dah batok......

Dugaan sangat dan maha hebat nak besarkan anak-anak perempuan ni ya. afiq anak lelaki yang sangat matang, umor 5 tahun dia dah pandai jaga diri sendiri, pergi kedai, tapi hati mama tetap risau. terlebih kawan tersilap langkah bahaya jua yang menanti. Anak2 perempuan lagi lah berganda risaunya mama ni. ya'allah lindungilah anak2 ku semasa mereka tidak di dalam penglihatanku, bahaya ada dimana-mana moga engkau memelihari keselamatan dan kesejahteraan mereka Afiq, Mia & Dina.  


lain risau mama, ada orang tu "ala tak per, biarlah pandai la"
no I'am not that person " "...... readers bukan anda semua ya...
orang itu adalah "....." adalah........

Wednesday, February 27, 2013

Quote of today


Pembangkang2, Sila RENUNGkan Ya......


Dari sumber yang dipetik dari Facebook.....

2013/02/27 - 03:09:15 AM Oleh Mohd Azrone SarabatinCetakEmel Kawan Kuala Lumpur: Kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan tambahan lebih RM400 juta setahun untuk melaksanakan pendidikan percuma. Jumlah itu bagaimanapun hanya pembiayaan yuran pengajian, tidak termasuk tuisyen, asrama pelajar serta sara hidup pelajar dan gaji atau elaun kakitangan universiti. Ini berikutan semua 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) memerlukan peruntukan tambahan lebih RM10 juta setiap semester untuk menampung yuran pengajian penuntutnya. Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Seri Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berpendapat manifesto pembangkang untuk memberi pendidikan percuma mustahil dilaksanakan. Katanya, perbelanjaan sebenar untuk seorang pelajar kejuruteraan di universiti awam adalah RM60,000 hingga RM70,000, tidak termasuk elaun sara hidup dan yuran tuisyen. “Bagi saya, manifesto pakatan pembangkang tidak masuk akal dan ia tidak lebih daripada janji pilihan raya yang kemudian dimungkiri,” katanya kepada BH, semalam. Manifesto pembangkang yang dilancarkan, kelmarin, turut menjanjikan yuran bagi pengajian tinggi di semua IPTA ditanggung kerajaan, manakala di institusi swasta akan diberi subsidi setara kos tanggungan kerajaan di universiti awam. Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Zakaria Kasa turut mengakui manifesto itu sukar dilaksanakan, termasuk di UPSI biarpun yuran pengajiannya lebih rendah berbanding universiti awam lain. Katanya, purata yuran pengajian untuk setiap pelajar di universiti itu adalah RM28,000, tidak termasuk elaun sara hidup yang meliputi asrama iaitu RM4.50 sehari. Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo, berkata dengan membayar sendiri sedikit yuran, pelajar akan menghargai ijazah diperoleh, berbanding jika ia diperoleh secara percuma kerana nilainya susut. Katanya, ia bukan soal kemampuan kerana kerajaan ketika ini sudah pun membiayai 85 hingga 95 peratus daripada yuran pengajian setiap penuntut IPTA dalam bentuk subsidi. “Kita lebih menghargai sesuatu jika ia diperoleh dengan sedikit cabaran dari aspek pembayaran yuran, berbanding jika ia diberikan secara percuma seperti dicadang pembangkang,” katanya.

A slice of cake


mama speechless.....
menangis dalam hati....


nur sarah damia.... 9th Besday
anak mama semakin membesar

Mia 9th Birthday




27 February 2013, Meningkat lagi setahun umur mu anakku Damia. Cepatnya anak dara mama membesar. kalau boleh mama tidak mahu anak-anak mama membesar secepat ini. Sebabnya mama belum puas memanjakan, membelai, bergurau senda dengan kamu semua. masa memang terlalu mencemburui kitekan sayang. Banyak yang mama tertinggal dan banyak sangat yang hendak mama laksanakan rasanya. tapi kekadang kudrat mama tidak mampu. mama tahu memang banyak keinginan kakak itu dan ini. you really have a big dream and angan-angan. Sama seperti kanak-kanak lain. Ya mama faham. tapi kakak kena bersyukur dengan apa yang kakak ada sekarang ni. Itulah yang mama pesan selalu dan akan sentiasa berpesan. bersyukur. Selagi mama termampu, mama akan cuba berikan yang terbaik buat kamu. mama sayang kamu. love you with million heart. hug ketat-ketat. :D. Hepiy 9th Besday sayang mama Sarah Damia.


picture ehsan from Mr Google......


Kelahiran kakak 9 tahun dulu yang penuh dengan kejutan dan amat-amat dinantikan. Walaupun mama dah ada seorang anak lelaki iaitu abang kamu shafiq akmal. kelahiran kedua pun mama sangat-sangat teruja. nyaris2 kakak tak lahir dalam kereta. kalau tak glamour mama masa tu sure-sure la masuk Harian Metro. Jalan nak ke Hospital Bersalin HKL memang sejak jem jangan cakap, sebab semua orang tengah berpusu-pusu nak ke pejabat masa tu. hahaha. Mama memang tidak pernah impikan seorang anak perempuan. bukan mama tidak suka anak perempuan. tapi entah 9 tahun lalu itulah perasaan yang berlegar-legar di fikiran mama. kakak jangan fikir yang bukan-bukan tau sayang. mama memang tidak mahukan anak perempuan masa tu jer. tapi benar lah orang kata dan mungkin ini sudah tetulis di mana-mana, apa yang kite tidak mahu selalunya itulah yang selalu kiter akan dapat. 

picture ehsan from Mr Google......


Nak melahirkan kakak memang senang. tak sempat2 nak masuk labour room. mama memang dah sakit sangat masa tu. sampai jer labour room, tak sempat nak salin baju hospital. Tepat jam 10.00 cam tu maka, bunyi bayi kecik uwek...uwek... tak henti2. Dan lahir lah seorang bayi yang sangat comel dan kecik sangat. you only 2.3kg my love and so surprisingly me sebab perut mama besar macam pregnant kembar. And tadaaaa, suprise you is a girl. Lepas melihat kamu mama bersyukur. lelaki ke perempuan ke, ini rezeki tuhan dan ini amanah tuhan yang perlu mama besarkan dan didik sebaik mungkin. kakak tetap anak mama yang lahir dari rahim mama. and i want you to know mama love you so much selagi mama bernafas. And we share the same zodiac sayang iaitu pieces. You are the pieces girl. Membesarlah sebagai seorang anak yang solehah dan berguna pada agama bangsa dan negara. 


picture ehsan from Mr Google......

   happy 9th birthday kakak. mama always love you.



Monday, February 25, 2013

Quote of Today

ishhh marah ni. tak suka jangan lah 
tunjukkan sangat
me  bukan mintak makan ngan korang ya.....
WTF la wei....lupa daratan, lupa diri....kan
korang punya perangai....
wei korang..korang..korang
tengkorak korang laaaaaaaaaaa
semua tak leh bawak ke mana ok
kat akhirat sok kite semua 
sama...ya
ingat semuanya sama




Sunday, February 24, 2013

COOKING with LOVE

memang tak cukup tido mamalove. 3 jam jer tido. kali ni kedatangan mak and bapak ke teratak kecil ku disambut beriya-iya. a day before ke ikea membeli shelving for my little kitchen. kelmarin jumaat jam 3.00 pagi baru siap mendobi mengemas bagai. pagi sabtu 6.00 pagi dah bangun mengvaccum dan mencuci balcony. kemas itu ini. ini sajer yang mampu nak happy kan mak bapak. entah esok lusa aku ke yang pergi dulu. ini semua keje dia. ini sajer yang termampu aku nak lakukan pun. walaupun terkilan ada 3,4 perkara yang tak dapat aku sebagai anak sulong tunaikan. sedih sangat. sangat sedih ermmmmm. maaf ya adik-adik ku semua. maafkan along. kalau along mampu memang semua along nak buat sendiri. tanpa menyusahkan saper-sape. 


:(



'tuhan aku mohon berilah aku keberanian 
untuk memandu
senang nak hantar dan ambik 
mak bapak jika nak kemana-mana, amin'.....





then mandi terus ke kedai barang-barang basah yang berdekatan utnuk membeli lauk pauk for lunch today [saturday]. mak bapak akan sampai tengahari, ngam-ngam time lunch. sejak2 dah berusia ni bapak memang tak boleh lambat makan lunch. cukup masa memang kena makan. 8.00pagi balik dari kedai basah. me alone terus berperang di dapur. not only my mak n bapak, my sis bam and my sis atam and the family also going to joint the lunch. a small family gathering. cuma balang n adik tak dapat joint sebab buzy bee dengan urusan masing-masing. next time, next day maybe. In Sha Allah. 3 jam alone pung pang pung pang. kerajinan memasak mamalove itu maka terhasil la menu-menu di bawah. heheheheeee. cooking with love. 



Introduce to all the readers....



1st menu

ulam daun salad, timun + sambal belacan

2nd menu

ikan kembong goreng garing2

3rd menu

sup tauhu telur dan kentang for the kids

4th menu

kerang rebung permintaan my
black sweet dina

5th menu

request by Bapak...ayam kentang masak lomak cili api
mak x kesah semua ok jerrrrrr

6th menu

toge + daun kucai goreng.....


seronok tengok semua orang makan bertambah-tambah. 8 pot nasi habis selesai. lain kali datang lagi, along masak lagi ok. lain kali nak datang time along dah gaji ok... lagi meriah. talapia stim tak dapat buat sebab budget sudah lari. lain kali ok.... :D. 
paper pun mamalove so happy...
me cooking with love and
my family members eating with happy

Saturday, February 23, 2013

Moh ke IKEA

my Last minute plan, tetiba tukar fikiran. ingat nak tunggu gaji jer next week. nasib baik NEK ok dan sudi bawak i. Thank you so much NEK to my boss kecik. terima kasih sebab sudi bawak me ke ikea lunch time tadi [friday - 22.2.2013]. boss siap tanya, you nak makan  ke nak shopping kak. shopping. thank you again NEK. my lovely mak bapak is coming this weekend. i have to do something. wall bracket kain langsir sudah patah. sakit mata melihatnya kain langsir dah senget sebelah. bila pegi ke bahagian dapur pulak. sana sini mangkuk plastik tapis plastik. dah susun tapi mata ni masih sakit jer melihat susun atur tu masih sedikit tidak teratur di mata ni. i have to do something. liza tengah bulan ni belum gaji. buntunya. apa lagi mengadvance from someone. thank you so much ya someone, nanti gaji bayor balik ya. wah ikea lengang ya. ye la sape yang nak shopping tengah-tengah bulan. orang terdesak cam aku jer yang buat keje giler ni. pilih barang-barang pun kelang kabut. 'kak cuba kiter bertenang'. nasib baik dah buat research siang-siang dan barang2 yang diinginkan sangat murah dan berpatutan dan yang paling penting den mampu nak boli, since last week lagi di laman sesawang yang bersawang 'ha ingat nak advise client jer nak kena research, nak shopping pun kena buat research ya rosliza. Jadi tak der masalah. cuma tanya jer mana nak ambik barang-barang tu. tapi totap den kelang kabut sobab jam pukul 2.00 sudah. hahahaha. ngan NEK sekali kelang kabut. sorry boss. done jom balik opis. 


balik keje tadi dengan kuasa kuda 'eh tak leh kuasa kuda NEK punya' dengan  kuasa dinasour semangat nak kemas rumah dan nak melaundry bagai. siap pasang HYLLIS SHELVING dalam masa tak sampai pun half an hour. dan siap pasang betydlig wall brecket   yang baru. sedap mata memandang. dah tergantung kemas balik my kain langsir at my living room . dan teratur kemas sudah my small little kitchen. Thank you NEK. kalau tak tak der saper nak bawak i ke IKEA tu. thank you... thank you..thank you NEK. semua buat sendiri ya. tanpa bantuan sesiapa. habehhhh kasar tangan i. 



tak mahal cuma RM35.00

cuma RM6.90 sajor

dan yang ni 'ekby hall bracket'
projek nak kemas bilik my princess
'hold 1st'...

kalau nak hadap semua pengsan




haaaa, dah susun barang2, barulah kemas
baru lah ada mood nak masak sedap2 nanti :D

   

ia @ tidak


mengiakan @ menidakkan....
tidak semestinya menggalakkan 
sesuatu perbuatan kan.....
it came with a reason.....
learn something new today .......


Tuesday, February 19, 2013

attension ....announcement





mak and bapak is coming to town this weekend
Yup mak n bapak in town at my small little castle
mak n bapak memang memahami kan
dia tahu anak sulong nya ni......
memang payah nak balik kampong
so mak bapak decide to stay here 2 days 1 night
walaupun mak datang tengah bulan
bulan along tengah sengkek
sosakkkkkk
akan along usahakan....
ya.....

and mak + bapak request 
'ayam + kentang masak lemak'
and 'talapia kukus'
and also
'kembong masak asam'

fuhhhhhhh....
lazatttttttt

in sha allah...adalah rezeki mak bapak tu nanti
along akan masak kan tuk mak n bapak
yang terbaik dan tersedap.......

harap mak n bapak
happy when stay here
umah ku yang kecik sumelll ni. 

sila terliur bila lihat ikan talapia kukus ni ya

picture ehsan dari 'mr google'


:D



perihal abang kakak adik

masuk ni dah 8x tukar tempat mengaji. cuma abang jer yang lepas alhamdullilah dah Qatam. tapi hajat mama nak buat kenduri dan ada mini pelamin serta bunga telur yang indah-indah untuk abang tak kesampaian. tapi syukur sangat-sangat dah lepas sorang anak mama yang sudah qatam al-quran. syukur sekali lagi. sekali lagi berdepan ngan masalah tempat mengaji. hari ni dah masuk hari ke 5 mengaji dengan guru mengaji baru dan ditahun baru. sebulan juga mencari baru bertemu. ingatkan selesai masalah. tetapi tidak ya. lain pulak peelnya kali ni. Tak boleh jadi ni. mama dah tak leh sabar ya dengan cara ni.  mama dulu mengaji 2 jam, siap belajar tajwid sekali, bayaran hanya RM2.00 dan alhamdullillah kenal huruf dan mengaji dengan lancar. Memang tak boleh jadi ya. memang kena cari tempat mangaji lain la jawapannya ya. mana tidaknya, 8.00pm keluar rumah - 8.15pm dah balik. 5 minit turun lift, 5 minit naik lift mengaji hanya 5 minit, agak2 laaaaaaa kan. mengajar mengaji aper namanya tu. sewenang-wenangnya la sekarang ni kan, jangan main-main la mak cik, anak-anak saya nak mengaji bukan main batu seremban ke atau main teng-teng ya. mana pulak nak ku hantar anak-anak ni mengaji. buntu nak mencari tempat mengaji yang baru. 

satu lagi perihal anak-anak. semua dah kuat makan. terutama abang. jadi belanja pun dah bertambah. mama tak mengeluh ya. anak-anak bukan beban buat mama. mama akan cuba berikan yang termampu. kat rumah ni memang kena ada jer bekalan makanan tambahan. selalunya biskut2, keropok, maggi, nugget, ayam drummet, fries. abang memang suka makan sekarang ni. dan abang rajin masak. kekadang terputus bekalan mula la abang bising kat tepi telinga mama ni. mama, beli la makanan, bila lapar2 boleh abang masak. kekadang bila beli stok makanan tak sampai seminggu dah habis. abang, makan ke bela hantu raya. yela  mana tak nya, baru makan nasi pukul 8.00mlm, 8.30mlm masak maggi, kang kul 10.00, ma nak burger. yang kakak adik lain cerita nya. kejap keropok, kejap ais krim, kejap2 kang bukak peti ais, pastu complain,  "peti ais mama ni ada air kosong jer". kakak adik jangan bikin malu mama ya. tapi itulah hakikatnya. kalau re stock makanan awal2 bulan tahanlah 2,3 hari. then makan apa yg mama sediakan ya. tak pernah anak-anak mama biarkan lapar. walaupun semangkuk maggi. janji perut terisi dan janji makan kan. 

one more thing Last night my bos kecik datang umah hantar barang2 yang dia dah janji nak bagi pada damia n dina. thank you so much to nek and family. jangan nak rasa bersalah atau rasa apa-apa ok. akak ok jer bos. apa yang rin bagi adalah yang terbaik dari yang dah ada kat rumah ni. dan yang penting Damia n Dina so happy. thank so much and thank you again to you and your family.


ok lah nanti sambung lagi citer.... ok mamalove nak titun... sok kojo

lama dah kutinggalkan

seronok baca
seronok lihat
seronok dengar
seronok nya kan.....
orang lain dapat buat.....

masih lagi tengok wayang
masih lagi pergi konsert
masih lagi dapat gi tengok live band


sekali sekali
teringin jugak...ermmmmm



picture from google..thank you mr google.....



Quote of 2day


Friday, February 15, 2013

Salam JUMAAT


tiada satu insan pun di dunia ni ...
berdoa dan meminta yang 
buruk-buruk terhadap dirinya...
Jadi, janganlah dipandang hina 
pada insan2 yang hidupnya HINA dan 
tidak bernasib baik.....
dan janganlah juga menganiaya mereka ......


salam hari jumaat
penghulu segala hari.....

Tuesday, February 12, 2013

3 Pot Nasi Habis Licin

3 minggu dapur mama tak berasap. sebab aper x berasap, sebab merajuk. rajuk yang panjang. mama cuma kemas rumah dan cuci baju sajor sejak tiga minggu kebelakangan ni. tapi hari ni mama kesian plak tengok anak-anak asyik makan kedai dan makan makanan yang tidak menentu khasiatnya. maaf sebab marahkan nyamuk habis kelambu pun mama bakar. kiter bakor, kiter bakor yop. maaf sekali lagi anak-anak jadi mangsa kemarahan mama. tapi tidak sampai la mendera ya. saya masih waras dan anak-anak masih makan cuma bukan dari air tangan mama. senja tadi melarikan diri ke tesco belakang rumah. mujur dekat sajor. dan malam ni kiter semua makan besar ya anak-anak. peha ayam kentang masak lemak cili api, kepak ayam goreng rempah, sambal belacan dan tidak ketinggalan kicap cap kipas udang. habis kelokai nasi 3 pot licin dan sekali lagi diet mama pun hancussss. ok lah anak-anak dah siap makan. seronok hati mama. pas ni mama akan merajinkan diri memasak untuk anak-anak ya. anak-anak kena la janji ngan mama kena makan banyak-banyak. barulah mama bersemangat nak cooking. :D. 

Diet TerBARAI

sebab tu saya tak suka public holiday lelama tau. sebab aper. sebab diet ku pastinya terbarai. 2 days 1 night bawak diri with the kids ke Pelangi Kota Damansara my sis atam house. mak bapak pun ada sama. apa lagi agenda kalau dah berkumpul seisi sefamily + my sis bam yang joint us last night + my sis mima a night before. Agenda utama adalah masak dan makan. masa ni lah nak rasa air tangan bonda tersayang yang lama dirindui bagi ku yang amat payah bona nak balik kampong. ampon mak, ampun bapak, harap kalian memahami anakmu ini. dan makanya terbarai la diet den. antara menu-menu yang membuat kan me menolak diet ku ketepi adalah:-


udang + cendawan masak lomak cili api....
ikan talapia sambal cili api.....
siakap stim ......

semua nya cili api ya, mak ai leh tekeluar buasir cam ni...hahaha, pengotor.....eeeee

kueh tiaw goreng...
kangkung goreng....
cekodok sardin goreng....

rugi besar ler kalau tak makan ya. agenda adalah makan sesajor. pas makan tido cantik. mano tak gomok. niat nak jalan2 ronda2 kat 'the curve' malam tu jugak tergendala. perut kenyang senang hati dan tido la apo lai kan. seronok dapat spend time ngan mak bapak 2 hari ni. thank you ALLAH. amin :D. plus anak-anak happy dapat swimming di pool apartment. riang ria gembira. :D our weeekend yang meriah. thank you to my sis atam and my sis bam yang sudi jemput dan hantar balik we all. haa ada lesen gantung dalam frame buat hiasan padan muka. perap la sang kancil sampai bila-bila. huhuhuhuhu... tak niat pun nak susahkan korang. cuma along ni penyegan hehehe dan pemalu nak drive hahaha. alasan dah basi derrrrrr. 




2 minggu sudah PERCUBAAN





masuk hari ni dah 2 minggu mencuba rumpai laut asli a.k.a collagen yang dimasak sendiri. thank you so much to sahabat alam maya saya fellani click sini. tu lah tak sia-sia hobi membaca blog ni kan. banyak faedah dapat dikongsikan bersama-sama. dan banyak juga kejealousan diriku melihat kehidupan mereka2 yang best-best semuanya, tapi tidak sampai nak mengutuk ya. saya sangat-sangat mengagumi ketabahan dan kehidupan anda semua yang best dan bahagia. dah menjadi sarapan saya setiap pagi sebelum memulakan tugasan di pejabat...seperti contoh contoh nya adalah ...




http://redmummy.com/
http://kasihaleeya.blogspot.com/
http://ellyinwonderland.blogspot.com/ 
http://yayafamily.blogspot.com/. 
http://c33ram00n.blogspot.com/


blog2 diatas adalah WANITA-WANITA yang amat2 BERTUAH
kerana ada pasangan HIDUP yang sangat responsible....

ermmmm liza redho dan bersyukur ok. sabar banyak2. yolahhhh. Memandangkan umo dah masuk 35 ni kan. kena lah jaga kesihatan. dan sebab utama nak mencuba sangat-sangat collagen ni ada lah sebabkan faktor kesihatan yang makin merosot lately. dan yang paling penting sekali adalah kerana ianya sangat-sangat murah dan saya mampu beli. cuma RM20.00 sajor untuk stok sebulan, tapi saya makan 2 minggu dah habis :D. Dan perubahan ketara yang teramat sangat adalah setelah makan collagen mentah yang di masak sendiri ini. sakit tumit yang saya deritai selama setahun sudah tiada. alhamdullillah dengan izinNYA jua. amin. dari segi bab kecantikkan pulak belum ada yang menegur. tak kesah lah tu. janji sakit tu dah tak da. bab bab cantik memang tak kesah pun, sebab saya bersyukur dengan apo hang hado sekarang ni. tapi orang kato makan collagen ni nafsu makan akan berkurangan. yang ni sangat tipu ya sebab selera makan saya bertambah-tambah. jadi diet dengan mendisplin kan diri sendiri je la. kurus sikit-sikit sudah. dah dah puan liza jangan verangan nakkan badan cam Jlo ya. ingat bersyukur dengan apo yang hado. tapi dalam hati totap verangan nak rambut camni .... heeeee 




Sunday, February 10, 2013

PU3UBLP Bowling Tournament 2013

Venue: Cosmic Bowl Mid Valley
Date: 9th Februari 2013
Time: 9.00am - 2.30pm

Lets the PICTURE TALK ON my BEHALF


















Friday, February 8, 2013

sharing is caring


a) Makanan yang di BBQ


b) Makanan yang di goreng dengan lebih minyak seperti goreng pisang, keledek, kentang fries & wedges, kerepek.

c) Daging yang dimasak dengan api atau suhu yang sangat tinggi.

d) Makanan yang diawet , berlebihan garam atau nitrate. Contoh : makanan tin, telor & sayur masin, sausage, daging salai.

e) Nasi yang disimpan hingga pagi esok ( mengandungi aflatoksin )

g) Makanan yang berkurangan serat. Contoh : roti putih. Badan kami memerlukan 25gm serat yang boleh cair dan diserap dan serat biasa setiap hari. Kami perlu minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter atau 8 gelas air kosong sehari

h) Jangan makan roti yang telah berkulat dan roti yang disimpan lebih 2 hari dalam cuaca panas untuk mengelakkan kanser hati.




but i love to eat BBQ...ermmmmm and nasi semalam sebab tak nak buang membazir katernyer.... huhuhuhuhu

Thursday, February 7, 2013

Gelagat my Nyawa, Syurga, Intan Payung, Permata




Quote of Hari Ini..Hahaha


tak mampu

saya sedih sebab........


kengkawan ajak gi holiday
saya tak mampu ya kengkawan
korang gi je la 
tak yah invite aku, aku tak kesah pun
dan tak yah lah kuarkan statement 
 yang boleh sakitkan hati aku gak..........
MOOD: sentap dan 
cedey



Tuesday, February 5, 2013

My Nyawa

weekend memang tak der keje lain selain melayan my nyawa-nyawa at home especially Damia Dina. Abang dah banyak aktiviti sendiri, yelah dah bujang kan. futsal, bola bla bla bla. cepat masa berlalu. sekejap jer dah nak masuk 13 tahun this coming March. jadi anak yang soleh dan berguna ya abang. make mama proud of you.

weekend mama memang jarang sangat bawak anak-anak jalan. jadi mama kena lah pandai ambik hati you all di rumah. adakan aktiviti2 yang fun2 sikit untuk this 2 gegirls sape lagikan Damia Dina la. mama tak suka they all campur sangat kengkawan kat luar. kengkawan hanya di sekolah ya anak-anak. kekadang heran tengok some family yang dok biaq jaaa anak terbiar sana sini tanpa pengawasan orang2 dewasa. its not mean damia dina tak main kat playground ya. pergi jugak tapi mesti bersama-sama mama. ermm biar lah lain padang lain belalang. lain orang lain cara asuhan masing-masing. terpulang tepuk dada tanya selera. terpulang lah pada individu camner nak corakkan kain putih yang bersih itu. ikut suka warna apa gambaq pa nak buh naaa. ok dah malas nak bebel banyak2 just layan all the pic below dan ada jugak picture yang dah basi. :D daaaaa






jadual warna warni ni bukan apa, nak bagi anak2 seronok nak pi sekolah...
balut buku teks...semua mama buat sendiri :D
special for Afiq Damia Dina


activities hujung minggu...colouring...horrayyyyy

mama dah belikan school beg yang baru - bantuan permulaan persekolahan dari Government tu mama tak guna personally ya...memang semuanya gunakan untuk anak2.....tq so much to gevernment.... 
[top up brg2 sekolah yang masih belum lengkap, semua tuk anak2]