About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...
Showing posts with label Nurul Aleya Zara. Show all posts
Showing posts with label Nurul Aleya Zara. Show all posts

Sunday, January 1, 2012

Genap 2 Tahun

Hari ini, genap 2 tahun, dan waktu inilah PERKABARAN sedih itu aku terima. DAN waktu ini lah aku MERAUNG semahunya di kolam pancing di KELANA JAYA Dan kala itu aku dah tak fikirkan orang disekeliling lagi. HANYA raungan dan tangisan yang menjadi peneman saat menerima berita itu. Ya berita yang amat menyentap tangkai jantung kami sekeluarga ketika itu. Perginya ANAKANDA TERCINTA "NURUL ALEYA ZARA" mengadap maha PENCIPTAnya. Terasa baru semalam DIA pinjamkan ARWAH kepada kami. Manja, Gelak Tawa, Tanggisan ARWAH tidak akan KAMI SEMUA lupakan buat selamanya. Ya SELAMA-LAMAnya, wajahnya akan TERPAHAT di dalam hati dan sanubari kami. Mana BISA kami MELUPAKAN mu SAYANG...Tidak mungkin akan kami lupa. BAHAGIAlah kamu disana. DOAkan lah KEBAHAGIAN kami di sini. Sesungguhnya kamulah PENYELAMAT kami di Akhirat nanti. MISS YOU SO MUCH, dear NURUL ALERA ZARA a.k.a ARA a.k.a CEKODOK HANGUS. :(


Kalau ARA masih ada lagi, tahun ni semestinya ARA dah ke sekolah kan sayang.........


Friday, December 16, 2011

22.11.11


Jangan keliru tarikh hari ini adalah 16.11.11
4 days more to go..... 
and take a short break from Zicolaw....

22.11.11 – THURSDAY, on leave and Balik Kampong
To meet my MAK, BAPAK and 2 PRINCESS…….

Mungkin KEBETULAN yang tidak DISENGAJAKAN…
Tapi bila melihat kan tarikhnya..CUAK
Perasaan bercampur baur….
Telah sedaya upaya saya mengelakan diri,
Dari Tarikh-Tarikh keramat seperti ini…..
Cukup kuat meng INGAT kan saya pada
Tarikh ini…..

06.06.06 - 01.01.10 
kembalinya Nurul Aleya Zara ke pangkuan penciptanya
[miss you so much dear 
‘cekodok hangus’ panggilan manja dari acu……] 

DALAM KENANGAN


And its just around the corner….
genap 2 tahun anakanda tercinta
Meninggal kan kami semua…
SEMUNYA, Masih segar di dalam ingatan
Tidak mungkin dilupakan….

22.11.11 
SAYA dan anak lelaki saya akan pulang ke kampong
Dengan menaiki komuter dan bas….
Fikiran sedikit CELARU.
Ya, benar jodoh rezeki dan MAUT itu di tangan TUHAN
Kita semua sebagai insannya yang lemah lagi HINA
Tidak akan bisa lari dari semua keTENTUAN NYA….
PENCIPTA manusia yang maha AGONG…..

Moga perjalanan saya dan anak 
selamat tiba di kampong halaman
Semoga saya masih berNAFAS…
dan masih berNYAWA tika itu
Semoga saya masih sempat mencium 
tangan kedua orang tua TERCINTA
Iaitu MAK dan BAPAK, 
dan membuat berjuta amal bakti mana 
yang termampu pada mereka berdua

Semoga saya masih berPELUANG 
memeluk, mencium dan mengomol my
2 princess yang terlalu rindukan MAMA mereka ini…..
Semoga masih boleh TERUS menumpang 
di bumi penuh dengan keindahan
Bagi meneruskan AMANAT membesarkan 
3 PERMATA HATI sebaik-baik nya….

Sesungguhnya adalah baik untuk selalu mengingati mati …….





DOA KAN PUAN PUNYA BLOG SELAMAT YA KENGKAWAN


Insya'allah.....aminnnnnn

Monday, June 6, 2011

06.06.2011



Kalau Ara ada lagi. genaplah hari ni umur mu 5 Tahun sayang
Kau datang dan kembali pada PENCIPTAMU bersih tanpa dosa
Bahagialah mu di SYURGA.......


Walaupun Ara telah tiada..
tarikh ini  06.06 tetap kami kenang...
Mama Ling tetap akan menyambutnya 
walaupun dengan cara 
yang jauhhhhh berbeza......sayang.....


Sayang .........Mama Liza Miss You So Much
Dulu masa Ara ada.. setiap hari waktu bekerja
Time lumch Mama Liza akan selalu call dan kita sembang2
Walaupun setiap hari kita sembangkan HAL yang sama...
dan pertanyaan serta jawapan yang sama....


Kini semua itu telah tiada...
Tiada lagi suara serak2 basah Ara untuk Mama Liza dengar.....
Semua itu KENANGAN TERINDAH dan 
Tidak mungkin DILUPAKAN.....selamanya


Setiap MEMORI terpahat di MINDA 
SELAMANYA..


Our late NURUL ALEYA ZARA........Lots of LOVE...


06.06.06 - 01.01.10 [alwayssss in our mind]


YOU ALWAYS 
IN OUR MIND 
4 EVER

Friday, April 22, 2011

Miss You.....

3 orang je, cam ader yang kurang
kalau 4 orang more PERFECT.......
memang ada yang kurang....
she must be sooo cute with the dress...

TUHAN lebih menyayangi mu..
MISSED YOU.....
in memories 06.06.06 - 01.01.10
aman lah kau di sana......sayang 

'cekodok hangit yang cute'

Thursday, February 10, 2011

Someone is Missing

Dah jam 12.00 am. Bila dah tido lewat, mata ni memang susah nak dilelapkan. Sambil membelek-belek gambar-gambar lama di pc. Aku terjumpa picture ini. MISS HER SO MUCH......
Nurul Aleya Zara in Memories
You always in our HEART...alwaysss....sayang





MASA DIA ADA......BERSAMA KITA





KINI DIA SUDAH TIADA....... 

:(

Tuesday, October 26, 2010

Kehilangan



Mereka kata mama tak faham apa itu erti kehilangan, sebab mereka kata kamu bukan anak kandung mama. Tapi kamu sentiasa di hati. Setiap kenangan bersama akan sentiasa tersemat di Jiwa. Jika cukup amalannya, insya’allah kita bertemu di sana. Nama mu tidak pernah lekang meniti di bibir kami semua Mama Liza, Abang Afiq, Kakak Damia dan adikmu Dina selalu. [ u always call Dina 'adik'] yes, you are 'Great' kakak to her. As all know Dina born 1st before you. Dan bila kamu berdua bersama, orang semua akan tegur "Eh, kembar ke"
Masih jelas hari terakhir bersama mu. Saat memandikan, mengkhafankan dan terakhir sekali menghantar mu bersemadi di pusara selamanya. Lots of LOVE for you my late 'Nurul Aleya Zara'. Bahagialah mu di sana. Saat ini airmata mama tidak henti berjujuran di pipi. 
Apa lagi yang mampu Mama Liza buat, hanya dengan mengingatimu. Kau datang sebersih 'kain putih' tanpa noda dan kau pergi juga sesuci 'kain putih' tanpa dosa. Tiada dosa mu sayang. Moga kau akan doakan kami semua di sini sentiasa hidup bahagia, bersama, bersatu dan yang paling penting sefahaman. Mama Liza sudah tidak mampu lagi sayang.

Friday, May 14, 2010

Ada ke Peluang Kedua ?

Actually this thing happen last week, malam khamis 6 May 2010. Lepas solat isyak, [kalau mata ni tak mengantuk] aku dok mengaji quran sorang2 kat dalam bilik anak bujang ku. [Afiq n Mia tak der pergi baca yasin kat umah ustaz yang mengajar mengaji tu].  Tengah khusyuk mengaji anak bongsu datang. Dia mintak dipeluk dicium. Suddenly Dina says :

Dina : "Mama dah lama adik tak jumpa Ara, Adik rindu Ara, kalau adik jumpa Ara adik nak mintak  maaf ngan Ara, sebab Adik selalu gaduh ngan Ara. Ara suka kakak je. Ara tak suka adik"

Tanpa aku sedari airmata ku sudah mengalir berjurai jurai membasahi pipi. Tidak mampu untuk aku menjawap semua pertanyaan itu.

Dina : Mama bila kita boleh jumpa Ara lagi mama?

Aku hanya membiarkan soalan2 itu tergantung tanpa sebarang jawapan. Sungguh kuat memory anak kecil sebesar Dina. Harap Dina akan sentiasa mengingati 'Nurul Aleya Zara'. hingga dewasa ya sayang.


Hari ni Genap 4 bulan 13 hari Nurul Aleya Zara pergi meninggalkan kami semua buat selamanya 
[we all miss u so much sayang, especially Atok n Uwan, they take care u since u was born]

Lots of L.O.V.E for our Late Nurul Aleya Zara - U always in our Memories, 4 ever

There is no 2nd chances for us, Yang Pergi Takkan Kembali

Tuesday, April 13, 2010

Terlalu Istimewa



Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai

Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas
Tiada batasan terus membara

Terkilan rasa jiwa
Inginku lihatmu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingNYA
Mendengar cerita
Segala rahsia

Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa

Tahlil







01.01.2010 - 10.04.2010

Genap 100 hari arwah Nurul Aleya Zara (Ara) tinggalkan kita semua. Tapi aku rasakan bagai baru semalam aku mandikan dan aku kafankan dia, masih segar dalam kotak fikiran semua itu. Sampai tika dan saat ini, aku belum boleh terima semua ini. Namun aku terpaksa akur dan redha atas kehendak NYA.

(Ara, Mama Liza missed you so much sayang, hadirlah kau selalu di dalam mimpi mama)

Tuesday, March 30, 2010

Favourite

Arwah Zara Love This Song.......

06.06.2006 - 01.01.2010

[terlalu cepat engkau meninggalkan kami]
Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti. by Aleya - Tak Mungkin Kerana Sayang-

Atok, Wan, Mama Liza, Abah, Abg Afiq, Kakak Mia, Adik Dina, Bam, Ayah Nizam, Pak Lang, Mama Ling & Acu - We miss u so much sayang...... Nurul Aleya Zara in memories..........