the whole day. masak for bapak n the whole family. breakfeast.lunch.hi tea.dinner. la ni baru nak rehat. menjaga bapak yg uzur.time makan perlu ditepati. iam happy for doing this for my beloved bapak. semoga pengorbanan yg kecil ini dari aku sebagai anak mendapat keredoan dari tuhan. amin
About Me
- MAMALOVEYOU
- Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
- Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...
Showing posts with label Ab Razak Family. Show all posts
Showing posts with label Ab Razak Family. Show all posts
Sunday, November 17, 2013
Tuesday, November 12, 2013
Thursday, November 7, 2013
Sayang Bapak, Bahagiakan Bapak Selagi Mampu
Masuk hari ni dah 5 hari Bapak stay with me. Biasa lah jaga bapak kena ikut time makan, time tido dia. Kalau tak nanti perut masuk angin, badan pulak sakit2 kalau tak cukup tido. Hati panas jer kalau tak cukup tido. So far tak nampak langsung Bapak marah-marah. Gelak jer, happy jer, suka jer. Semua dijaga dengan baik. Maaf ya bapak kalau Damia and Dina bising-bising sikit. Biasa lah cucu2 Bapak yang 2 ni asyik nak beramok jer. Kalau dah baik gelak pulak tak henti2. Entah apa yang seronok sangat pun tak tahu. Dan masuk hari ni sudah 5 hari jugaklah sebagai anak me bangun seawal pagi lepas hantar the double "D" go to school. Me akan start masak untuk beloved bapak. Ni jer yang along mampu buat untuk jaga bapak selagi DIA izinkan kita bersama bernafas untuk sekian kalinya. Ni sahaja yang termampu. Maafkan along kalau ada yang terkurang ya bapak.
MENU
Nasi adalah WAJIB
Ahad - Udang Cendawan Masak Lemak + Ikan Goreng + Sambal Belacan + Goreng Tauge
Isnin- Masak Singgang Ikan Bawal Kecil + Goreng Telur Dadar + Sambal Belacan
Selasa - Ayam Masak Kicap + Orang for Dessert
Rabu - Ikan Pari Masin Sambal + Sup Ikan Jenahak + Ikan Goreng + Sambal Belacan
Khamis - Kari Kepala Ikan + Ikan Jenahak Goreng + Sambal Belacan
Monday, November 4, 2013
Kenduri Kesyukuran....
Saturday 5am in the morning rushing balik senaling for Adik Mima kenduri kesyukuran tengahari nanti. Alhamdullillah kandungan adik dah masuk 7 bulan. Semoga selamat melahirkan baby boy yang chomel and cute. By 4pm kenduri selesai. Then Gotong Royong mengemas ngan mak.
Friday, November 1, 2013
Bawak mak jalan
![]() |
| Last tuesday me n my sis bam, bawak mak dinner kat luar, jauh nunnnn ke AU3 Aeon Keramat, Setiawangsa. Hadoi nak pergi meredah jem satu hal. Makan kat cni tak la best sangat. Sedap lagi Flamingo Steamboat at Sunday tu. Lain kali bawak mak gi sana jer... kalau nak makan steamboat.... |
Saturday, August 24, 2013
bapak mak in town...
lepas open house tadi bergegas ke NSK at jalan kuchai lama. hati seorang anak. sejak2 bapak makin uzur ni sayu jer hati tengok keadaan bapak. last week 2x kali bapak terjatuh kat kampong. kaki dah tak kuat dan jalan pun dah tak stabil. Cakap pun tak berapa nak clear. Bapak sehabis baik along nak buat bapak bahagia dan gembira. Cuba walau kekadang along tak berkemampuan. :(. Ya Allah murahkan lah rezeki ku agar aku dapat memberi sedikit bakti pada Bapak n Mak. My love bapak n mak will be at pantai ria for 2 days. Sunday and Monday. Bapak along dah beli ikan peberet bapak. Esok along masakkan ya. Ikan sembilang masak sambal cili api. Peti ais dah penuh menanti kehadiran bapak. Bapak memang suka makan. Syukur pada NYA selera makan bapak masih baik dan berselera. Sayang mak jugak. :D. Lots of LOVE for both of you.
Sunday, July 21, 2013
Tanggungjawap Seorang ANAK
Semalam balang call nak bawak mak bapak shopping. Dalam tak der x der tu myself hulur juga RM100.00 buat mak n bapak. Tahun ni along n anak-anak tak shopping pun tak. Janji mak bapak gembira dan bahagia. Tak per mak tak tahu sebab mak n bapak x akan baca blog along ni kan :D. Call bapak pagi tadi, nangis bapak. Terharu sangat sebab anak-anak belikan baju raya. Yelah pak, dulu masa we all kecik, bapak belikan kitorang baju raya kan. Wajib ada sorang 2 pasang. Sekarang apa salahnya kami pulak balas jasa bapak tu. Apa yang along, angah, balang, kakak n adik bagi ni pun tidak dapat membalas jasa bapak pada kami. Kerja kuat bapak dulu supaya kami adik beradik cukup makan, pakai, sekolah dll. Teringat along dulu satu peristiwa yang menyayat hati. Satu hari bapak bawak kami 5 beradik ke Globe Silk Store ngan mak for shopping raya. Sebok2 membeli belah tiba2 mak perasan yang baju along n angah yang baru bapak bayar dah hilang. Bapak sanggup keluarkan duit lagi beli semula gaun tu. Kami bukan keluarga yang senang dulu. Bapak kerja tungkus lumus nak besarkan we all 5 beradik. Sekarang kami 5 beradik pulak berusaha buat mak bapak bahagia dan gembira semampu mungkin. Alhamdullilah walaupun serba serbi sederhana we all 5 orang cuba berikan yang terbaik buat mak n bapak. In Sha Allah dengan izin NYA. Semoga usaha along yang kecik dan sedikit ini dapat keredhoan dari NYA. Ya Allah murahkanlah rezeki anak3 ku pula di bulan Ramadhan ini. Amin.
Thursday, May 30, 2013
rehat rehat + kolo pilah + lepak lepak
wah wah mamalove, kids school holiday and blog pun holiday. almost a week x berhupdate my blog ya. camner nak update. balik keje membuto. nak buat aper lagi kan. Sleep is the best therapy in the world for me. Dengan tido tak perlu nak fikir all the main problem. I x mampu nak gi gi spa ni semua. ermmm. sakit hati sakit jiwa sakit badan, sengal-sengal orang berduit boleh la gi spa spa bagai. gi shopping. gi makan-makan, gi jalan-jalan tempat yang best best. gi holiday. Apa yang aku boleh buat lagi selain tido. biar la orang nak kata tido buang masa. pedulikan apa orang nak kata ni semua. masalah aku tak der saper nak tolong. orang jauhkan diri lagi ada. saper nak dekat ngan orang bermasalah macam aku ni. people only can says. kesian. kesian. kesian. they will never lambakkan seguni jongkong emas or seguni duit to solve my problem. dan manusia berjanji itu ini pada aku tapi semua penipuan belaka. cakap pung pang pung pang. habuk pun tarak. orang lain yang senang. orang lain yang kaya. cakap banyak tak guna. tak cakap hati aku sakit. what do you expect rosliza. ahaaa ye la. what do i expect. and if that happen dah lama semua masalah aku itu selesai. for me money is everything. money can buy love and money can buy real world. wow sungguh hebat penangan duit ni ya. aku yang susah nak dapatkan sesuatu dan terlalu berharap kan. Janji ditepati. Bukan janji dicapati. ermmmm. again what do you expect 'rosliza'. Semoga dia yang maha mengetahui, maha tahu, maha pencipta ku sahaja yang akan menolong aku. ini yang sebaik baik nya. pasrah segalanya. Its a school holiday maka x putus2 juga 'kenduri' sana sini. Kenduri Aqiqah, kenduri kawin. Aqiqah anak kawan, aqiqah anak sedara, kenduri kawin anak kawan, kenduri kawin sepupu, kenduri kawin anak sedara. wow anak sedara sepupu dah kawin. dah tua dah aku ni ya. ermm dah 2,3 orang jugak lah cucu sedara yang aku ada sebelah bapak. ni sebelah mak pulak. last week aqiqah ahmah al-falah, this week cousin wedding lak. tiap2 minggu balik kampong. bak kato orang ayam betolo, kucing nak beranak pun balik. kampong den dokek. den kalau berani drive, kalau duit den banyak, memang tiap-tiap minggu den balik, tiap2 minggu den bawak mak bapak + my kids jenjalan ni seme. Kampong is the best place to lepak-lepak. :D
![]() |
| my bro MIL house...... not my mom house.... :D |
oh ya my 2 black sweet wif mak at senawang. sunyi sepi rumah. this week havoc la balik, dengar the 2 black sweet bergaduh, berebut itu ini. my gegirls twin tak seiras ni. kalau nak beli apa2 semua kena sama, semua kena dua. :D. Anak kembar ku. oh ya, Hutang mama dengan kids pun tak langsai lagi. janji lepas PRU nak gi camping. tapi semua cancel sebab kenduri sana sini situ. monyok jer. ayat ini amat menguris hati naluri seorang mama 'mama penipu, mama penipu'. Mama bukan penipu anak-anak ku. setiap langkah tu semua memerlukan 'duit'. Mana mungkin mama nak penuhi semuanya. semua nya di atas bahu mama. :(. anak2 doakan rezeki mama sentiasa dimurahkan ya sayang.
Sunday, April 14, 2013
Selagi MAK BAPAK Masih Ada
![]() |
| Damia Dina with cousins Zaidan n Zakuan |
![]() |
| my 2 princess yang kemarok nak adik kecik. sorry gegirls mama dah pencen ya, sorry sangat2, just take care you counsin2 yang baru nak membesar tu...... mama dah retire from beranak........ |
Friday, March 1, 2013
7th Anniversary my SIS
Syukur dan Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 7 Buat Roslinda [Bam] and Mohd Nizam. Semoga berbahagia di samping 2 hero, permata hati [Upin Ipin] Ariq Zaidan & Ariq Zakuan. Walaupun semua nya sederhana tetapi gembira dan bahagia. Alhamdullillah Lengkap sudah walaupun terpaksa menunggu lama. Lama tu 5 years ok baru lah diceriakan oleh 2 cahaya mata yang chomel, cute and bam bam macam kau gak ngah.
Sunday, February 24, 2013
COOKING with LOVE
memang tak cukup tido mamalove. 3 jam jer tido. kali ni kedatangan mak and bapak ke teratak kecil ku disambut beriya-iya. a day before ke ikea membeli shelving for my little kitchen. kelmarin jumaat jam 3.00 pagi baru siap mendobi mengemas bagai. pagi sabtu 6.00 pagi dah bangun mengvaccum dan mencuci balcony. kemas itu ini. ini sajer yang mampu nak happy kan mak bapak. entah esok lusa aku ke yang pergi dulu. ini semua keje dia. ini sajer yang termampu aku nak lakukan pun. walaupun terkilan ada 3,4 perkara yang tak dapat aku sebagai anak sulong tunaikan. sedih sangat. sangat sedih ermmmmm. maaf ya adik-adik ku semua. maafkan along. kalau along mampu memang semua along nak buat sendiri. tanpa menyusahkan saper-sape.
'tuhan aku mohon berilah aku keberanian
untuk memandu,
senang nak hantar dan ambik
mak bapak jika nak kemana-mana, amin'.....
then mandi terus ke kedai barang-barang basah yang berdekatan utnuk membeli lauk pauk for lunch today [saturday]. mak bapak akan sampai tengahari, ngam-ngam time lunch. sejak2 dah berusia ni bapak memang tak boleh lambat makan lunch. cukup masa memang kena makan. 8.00pagi balik dari kedai basah. me alone terus berperang di dapur. not only my mak n bapak, my sis bam and my sis atam and the family also going to joint the lunch. a small family gathering. cuma balang n adik tak dapat joint sebab buzy bee dengan urusan masing-masing. next time, next day maybe. In Sha Allah. 3 jam alone pung pang pung pang. kerajinan memasak mamalove itu maka terhasil la menu-menu di bawah. heheheheeee. cooking with love.
:(
'tuhan aku mohon berilah aku keberanian
untuk memandu,
senang nak hantar dan ambik
mak bapak jika nak kemana-mana, amin'.....
then mandi terus ke kedai barang-barang basah yang berdekatan utnuk membeli lauk pauk for lunch today [saturday]. mak bapak akan sampai tengahari, ngam-ngam time lunch. sejak2 dah berusia ni bapak memang tak boleh lambat makan lunch. cukup masa memang kena makan. 8.00pagi balik dari kedai basah. me alone terus berperang di dapur. not only my mak n bapak, my sis bam and my sis atam and the family also going to joint the lunch. a small family gathering. cuma balang n adik tak dapat joint sebab buzy bee dengan urusan masing-masing. next time, next day maybe. In Sha Allah. 3 jam alone pung pang pung pang. kerajinan memasak mamalove itu maka terhasil la menu-menu di bawah. heheheheeee. cooking with love.
Introduce to all the readers....
1st menu
![]() |
| ulam daun salad, timun + sambal belacan |
2nd menu
![]() |
| ikan kembong goreng garing2 |
3rd menu
![]() |
| sup tauhu telur dan kentang for the kids |
4th menu
![]() |
| kerang rebung permintaan my black sweet dina |
5th menu
![]() |
| request by Bapak...ayam kentang masak lomak cili api mak x kesah semua ok jerrrrrr |
6th menu
![]() |
| toge + daun kucai goreng..... |
seronok tengok semua orang makan bertambah-tambah. 8 pot nasi habis selesai. lain kali datang lagi, along masak lagi ok. lain kali nak datang time along dah gaji ok... lagi meriah. talapia stim tak dapat buat sebab budget sudah lari. lain kali ok.... :D.
paper pun mamalove so happy...
me cooking with love and
my family members eating with happy
Wednesday, February 20, 2013
Tuesday, February 19, 2013
attension ....announcement
mak and bapak is coming to town this weekend
Yup mak n bapak in town at my small little castle
mak n bapak memang memahami kan
dia tahu anak sulong nya ni......
memang payah nak balik kampong
so mak bapak decide to stay here 2 days 1 night
walaupun mak datang tengah bulan
bulan along tengah sengkek
sosakkkkkk
akan along usahakan....
ya.....
and mak + bapak request
'ayam + kentang masak lemak'
and 'talapia kukus'
and also
'kembong masak asam'
and also
'kembong masak asam'
fuhhhhhhh....
lazatttttttt
in sha allah...adalah rezeki mak bapak tu nanti
along akan masak kan tuk mak n bapak
yang terbaik dan tersedap.......
harap mak n bapak
happy when stay here
umah ku yang kecik sumelll ni.
:D
Saturday, February 2, 2013
Monday, December 24, 2012
Bertandang
alhamdullilah selesai sudah majlis bertandang ke rumah besan bongsu mak iaitu mak nan and ayah muhazir semalam di Subang. majlis sederhana yang meriah. selain kami adik beradik dan ipar-ipar yang hadir semalam. terima kasih tidak terhingga kepada yang sudi memeriahkan majlis. mak dan adik nizam, makcik zainon dan pengantin baru gak nana. sian kak lin x dapat joint sebab sakit mata. kak teh rembau, abang jeff, adik misriah dan suami zul serta anak-anak buah semua. terima kasih sekali lagi. selesai sudah.
Wednesday, December 19, 2012
Mima + Fariz = Wedding
Selamat pengantin baru adik bongsu saya. kenduri perkahwinan terakhir buat AB RAZAK FAMILY. dah habis, semua dah habis kawin. pas ni jaga lah keluarga masing-masing. pandai-pandai lah bawak diri. pandai-pandai lah nak hidup kat muka bumi ni.
dasat adik saya dan adik ipar saya ni. semua buat sendiri. pelamin for nikah, pelamin, hantaran semua buat sendiri. dan hajat mak menggunakan khidmat sahabat baiknya dari perlis yang menetap di taman yang sama bagi merialisasikan bilik pengantin yang berhias indah. baju-baju plak dijahit sendiri oleh Mak Nah, Fariz Mak. Cuma make up + catering sajor ditempah + khemah serta DJ. Thank you pada Pak Mat Cathering, makanan semua lazat dan sedap. Fizzie for make up dan DJ dari melaka yang happening membuatkan majlis meriah serta paluan kompang dari kg batang pilah. Dan tambah meriah ada ais krim for the kids and bubur kacang durian for the dessert.
dasat adik saya dan adik ipar saya ni. semua buat sendiri. pelamin for nikah, pelamin, hantaran semua buat sendiri. dan hajat mak menggunakan khidmat sahabat baiknya dari perlis yang menetap di taman yang sama bagi merialisasikan bilik pengantin yang berhias indah. baju-baju plak dijahit sendiri oleh Mak Nah, Fariz Mak. Cuma make up + catering sajor ditempah + khemah serta DJ. Thank you pada Pak Mat Cathering, makanan semua lazat dan sedap. Fizzie for make up dan DJ dari melaka yang happening membuatkan majlis meriah serta paluan kompang dari kg batang pilah. Dan tambah meriah ada ais krim for the kids and bubur kacang durian for the dessert.
Alhamdullilah majlis berjalan lancar. dan bagi merialisasikan impian MAK, saya kena berucap. bila dah lepas baca rasa termalu pun hado ya. huhuhuhu. tapi tak per mak punya pasal. lantak ler, aku sebak dan menitiskan airmata semasa menyampaikan ucapan bagi pihak MAK. hahahaha. tak per semua dah selesai. dan orang pun dah lupakan semua tragedi meruntun jiwa tu. hahahaha.
Selesai sudah agenda ke2 terakhir untuk tahun ini. pasni concentrate on kids. Back to school la pulak. menyopping school uniform, orientasi dan upacara membeli buku-buku sekolah dan membayor yuran-yuran sekolah ya puan punya blog.
satu lagi task yang entah bila akan selesai, saya sendiri pun tidak pasti. selepas selesai 5 hari 4 malam di Teratak En Razak my beloved bapak. dah moh balik kl. keje. balik ke zico keje ada cerita yang best, best sangta-sangat. and i'am so DOWN. ermmmmm. apo nak buek. kojo totap kojo nak cari joki ompok anak-anak.
And from bottom of my heart. tulah orang nampak saya senyum, orang nampak saya gelak. but the true is. I'am not happy at all. :(
and.....
lets the picture talk next....
Selesai sudah agenda ke2 terakhir untuk tahun ini. pasni concentrate on kids. Back to school la pulak. menyopping school uniform, orientasi dan upacara membeli buku-buku sekolah dan membayor yuran-yuran sekolah ya puan punya blog.
satu lagi task yang entah bila akan selesai, saya sendiri pun tidak pasti. selepas selesai 5 hari 4 malam di Teratak En Razak my beloved bapak. dah moh balik kl. keje. balik ke zico keje ada cerita yang best, best sangta-sangat. and i'am so DOWN. ermmmmm. apo nak buek. kojo totap kojo nak cari joki ompok anak-anak.
And from bottom of my heart. tulah orang nampak saya senyum, orang nampak saya gelak. but the true is. I'am not happy at all. :(
and.....
lets the picture talk next....
Thursday, October 25, 2012
Ahmad Al-Falah
Alhamdulillah...
sempena hari tetamu Allah wukuf di padang Arafah..
Ahmad al Falah bin Rafizi..
selamat dilahirkan
pada tanggal 25.10.2012, 9 Zulhijjah 1433
Tepat Jam 10.55am seberat 2.47kg
Rafizi Ab.Razak
and Zainorhana
Congrate... :D
sempena hari tetamu Allah wukuf di padang Arafah..
Ahmad al Falah bin Rafizi..
selamat dilahirkan
pada tanggal 25.10.2012, 9 Zulhijjah 1433
Tepat Jam 10.55am seberat 2.47kg
Rafizi Ab.Razak
and Zainorhana
Congrate... :D
Friday, September 14, 2012
4 Roses En Razak
![]() |
| my semalam day 13.9.2012 - Thursday Mood - Happy Giler.... |
hari ni dalam sejarah, dah lama tak kumpul cam ni. 4 semua nya anak pompuan pn rajabee dan en abrazak lelepak cam ni. al maklum semua dah ada family sendiri dan diri sendiri terlalu buzy. buzy ker??? hehehe. kekangan masa yang terlalu terhad tuk lepak sesama selalu. kang dia ada, dia tu tak da. dia ado, den tak tak do. cam tu lah. all the roses in the house. dan semalam ME mencabut balik awal dan kebetulan ada hal kejap di pusat khidmat masyarakat lembah pantai then terus pulang keawalan :D ke rumah han. Ros Sulong, Ros Ongah, Ros Atam and Ros Acu in the house. semenjak pagi lai semua dah adok, den yo kojo. kek opis tu memang ingat nak balik yo. hiruk pikuk, tunggang langgang jadi eh. Raya aritu Ros Atam tak balik, yelah orang dah ado mentuo, balik ke umah mentuo la yo. ni baru berkesempatan nak meet up. cuma Kumbang seekor, oppssss jangan marah Rafizi Balang yang tak der. Nun jauh di senawang, seromban. lain kali kita meet up lagi ya. Topik bualan banyak yang berkisar tentang 'wedding' Ros Acu a.k.a Cik Mima yang just around the corner, just corner the roundabout lorrr hahahaha. Makan-makan dan sembang-sembang. memang haruk pikuk sebab campur dengan tangisan 2 orang budak tecik iaitu double 'Z', iaitu Zaidan dan Zakuan. hok hek hok hek. dan makanya tergendalalah perbualan yang disulami gossipping hangat dan suam-suam kuku ayam:D. Dalam 3 jam jer dapat bersama-sama pun :( kejap sangat. And at 9.00pm semua dah siap-siap pulang ke sarang memasing. Dan ME menTAPAUkan my double 'D', Damia n Dina ke kampong esok. sebab weekend ni ME buzy MEETING. Meeting apo, later la storey morey k.
Dah 4 hari mak n bapak stay at pantai ria. menemani double 'D' yang cuti 2 hari sebabkan 'UPSR' exam. Dan guru besar mutlak di rumah iaitu mama memberikan lagi 2 hari pelepasan. 'hang jawap la mama ya dengan pihak sekolah, ala sorry headmaster SKBF, 2. Exam dah habis kan, lagipun so far all my kids memang susah nak monteng-monteng ni. merajin jer selalu ke sekolah, walaupun masa nak bangun ke sekolah berperang sakan dulu ngan mama, sekali sekala ya headmaster'. Thank you MAK cause take care double 'D' for me for this 2 days. Damia Dina see you all on Monday. Dont' noty-noty k.
Dan korang-korang semua, all the Triple Roses semua larikkk meninggalkan umah yang berkapar dan Ros Sulong terkapar-kapar sorang-sorang mengomeh umah yang bersepah korang kejekan ekkkkkk. Come back and help me for house keeping. tak per sekali sekala. its ok. Ros Sulong ok jer, happy jer. dan kesudahan at 1.00am siap kemas dan kepenatan dan ketiduran dan kebedengkuran juo. Dan the most important semalam Ros Sulong happy sangat, happy yang tidak terhingga sesangat lah. Because all the ROSES UNITED memang havoc dan something happen that make me senyum sampai ke telinga dan sampai bawak ke alam mimpi :D. Thanx GOD, thank you so much. syukur dan syukur aminnnnn...... alhamdullilah amin dan syukur sekali lagi :D
| Ros Acu, Ros Ongah, Ros Sulong & Ros Atam |
Subscribe to:
Posts (Atom)



















.jpg)
.jpg)













