About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Monday, September 30, 2013

Adakah ini kebetulan @ memang takdir

Selalu rasa tidak penting 
di dalam setiap apa pun kumpulan 
atau organisasi yang disertai 
atau memang takdir 
berada di dalam kelompok itu.

Sebab tu orang lain mudah
buang, sepak terajang
sesuka hati....
tanpa fikir yang
aku juga
punya HATI    

Senyum....jerrrr

Sunday, September 29, 2013

etika program yg BEST....

Pertama kali keluar umah dengan umah tak settled kemas. Ermmm myself buzy lately and asyik la keluar malam. Semalam seawal 6.00am dah bangun nak bawak the double D for program riadah. Myself kwna pandai grabe the opportunity. Yelah nak berprogram sendiri tak mampu. Melangkah jer kaki ni semeua nya $$$$$$$$. Program anjuran etika takaful insuranse percuma for pantai ria kids. Macam-macam acara telah diatur. And my double D had so much fun. Makan.Permain.Hadiah. Semua nya menarik. And now lets the picture talk on my behalf.

Sulit....

Saturday, September 28, 2013

Take it or leave it....

sometimes we have to solve 
other people's problems 
even if the problem 
is not our responsibility 
but because 
the problem is part of our 
lives

Friday, September 27, 2013

A.B.Series


photo ehsan mr google......


Di Hollywood, antara celebriti yang menggunakan Swiss Apple Stem Cell Serum untuk hilangkan kedutan dan kekal muda adalah seperti Jennifer Lopez, Julianne Moore, Helen Mirren, Gwyneth Paltrow dan Michelle Obama.

Jawapan kepada permasalahan kulit anda tanpa memerlukan suntikan kosmetik berbahaya.

Kebanyakan serum untuk kulit wajah di pasaran hanya mengandungi vitamin C tetapi AB Series Apple Stem Cell Serum dari AVAIL turut mengandungi kolagen & PhytoCellTec Malus Domestica iaitu apple stem cell dari Switzerland yang diperakui terbaik dalam memperbaharui sel kulit wajah dan agen anti-penuaan serta pernah memenangi "Best Innovative Awards" di Eropah.

Kini personaliti dan celebriti Hollywood mula beralih kepada Apple Stem Cell Serum sebagai supplement untuk kulit wajah berbanding suntikan kosmetik yang berbahaya dan memudaratkan untuk kekal cantik dan muda. Antara yang mengamalkan Apple Stem Cell Serum ini ialah Jennifer Lopez dan Michelle Obama.

Kini di Malaysia, AVAIL membawanya khas untuk anda.

CARA PENGGUNAAN :

Cuci dan keringkan wajah. Titiskan 2 hingga 3 terus apply ke 5 bahagian (pipi kanan dan kiri, kening, atas hidung dan atas dagu) dan sapu secara menaik ke atas setiap pagi dan malam.

Sebelum anda membeli sebarang produk kecantikan, pastikan ianya mempunyai Sijil Notifikasi (NOT) dari Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan.

Hindari produk yang mengandungi merkuri & hidrokuinon yang kesannya boleh mengakibatkan kulit melepuh, irritasi, bernanah & yang paling menakutkan KANSER KULIT.

Selain bebas bahan-bahan kimia terlarang, pastikan produk anda juga tidak mengandungi lemak uri haiwan/ibu bersalin dan alkohol (kebanyakan produk dari Japan, Korea dan Taiwan mengandungi lemak uri khinzir kerana bahan itu amat murah). So, be careful ya.

Contact me if your interested at 017-2184706 [sms/whatsApp] 

tak suka ... tak suka


ermmmm tak suka la macam ni. aku bukan seorang yang suka mengcreate musuh dalam hidup ni. tiba-tiab semua ni terjadi. what a bad felling i had. walaupun punca nya sememangnya bukan dari aku. aku bercampur dan bergaul dengan semua orang. tiada beza. tiada hasad dengki. semua dengan rezeki masing-masing. 

tiba-tiba macam ni jadinya. kawan boleh jadi lawan. dulu bila bertemu berpeluk mesra. tiba-tiba terasa ada jurang yang terbina. apa salah dan dimana salah itu. Kenapa Mengapa begini berakhirnya. Dulu boleh duduk semeja bergelak tawa. Tapi sekarang menoleh pun dah tak sudi. Teman disebelah pun seperti tunggul balak yang berdiri tiada nyawa dan tiada rasa. Di manakah hilangnya kewarasan dan Nilai Murni. Tiada sapaan mesra lagi. Kita bagaikan musuh yang sedang bertempur di medan perang. Kenapa semua ini terjadi. Dulu bagaikan keluarga. Berbincang itu dan ini demi berbakti pada masyarakat. Di mana silap nya ya. Soalan ini menerpa setiap saraf otak dan sebati di dalam kepala. Di mana silapnya ya. Dimana ??????.

Really don't like this felling. And now dah terang-terang mereka menolak. Haruskah tersenyum, salam dan berpelukan lagi. Berpura-pura senyum, berpura-pura mesti. Oh itu bukan aku. Ermmmm. Kalau boleh nak lari jauh dari semua ini. Dah dah lah tu bergelumang dalam kelompok ini. Adakah aku seorang yang lemah dan tidak berdaya. Adakah sudah give up. Semua soalan itu juga dibiarkan tidak berjawap. Beginikah akirnya rumpun melayu. Sedih. Teramat sedih dan terkilan. Mana silap nya. Dimana kah salahnya. Soalan ini berlegar legar di fikiran juga tanpa sebarang jawapan. Kenapa tidak berfikiran rasional dan bertindak professional.


I'am very humble person on the earth.....

Aku perlu HIDAYAH MU....selalu

Thursday, September 26, 2013

sad....


DIA Tahu segalanya....

Kadang kadang di saat kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita hajati, ada banyak rintangan atau halangan yang perlu kita tempuhi.

Cara kita meman
dang, menerima dan memikirkan sesuatu, itulah yang bakal menjadi jalan pembuka untuk memulakan langkah bagi menyelesaikan atau mencapainya.

Hidup tanpa cabara
n bagaikan hidup dalam dunia khayalan, tidak tercapai tujuan tidak tergapai impian.

Allah Maha M
engetahui.

Monday, September 23, 2013

Ermmm..

The person who should share this problem not even care. Best nya penghinaan yang aku dapat pagi inin di atas kesalahan orang lain. Syukur alhamdullillah. Kalau ya pun kau berkuasa, jangan hamburkan aku, jangan breakfeastkan aku dengan kata-kata kesat begitu. Even aku tak mintak semua ni berlaku. Aku datang nak settled. Bukan menerima cacian begini. You not sit on my shoes. Is this the way you treat poor people. Betul lah kata orang hancurnya sesebuah kepimpinan adalah disebabkan orang-orang di bawahnya yang lebih sudu dari kuah. Macam ni ke nak bantu rakyat. Kalau aku mampu dan senang dan gaji 5...6k tak ku hadap dok umah PPR ni ya. Ya aku tak mampu dan memang aku hadap duduk kat sini and aku datang nak settled bukan menerima cacian. Ermmm macam ini ke layanan pada orang tidak berduit seperti aku. :(. Macam ni ke nak bantu rakyat. Meminjam hanya akan menambahkan BEBAN aku. For your info aku tidak manjakan sesiapa pun. Kalau orang dah tak nak buat, diheret dan diseret dia tidak akan buat faham. Tak per kau hina aku hari ni. Tuhan tu kaya. As a government servant you should not say like that, walau ya pun aku berhutang ngan korang. Bukan cacian ya. Aku tak mintak semua ni jadi pada diri aku, kehidupan aku dan anak3 aku. Terima Kasih banyak-banyak. 



Sunday, September 22, 2013

Friday, September 20, 2013

Thursday, September 19, 2013

Wednesday, September 18, 2013

Open table...

Lunch hari ni my bro bob open table. Semalam akak kau ni bukan main kebulur tak der plak kau nak open table ke open chair ke open shop ker kan. Moh kito ker sambal hijau. Together with manager mothercare ongah. Sulong....Ongah... n balang.. menglunch kan diri di Sambal Hijau tempat retis katanya. Sebonar eh sulong memang dah konyang ngan heavy breakfeast nasi lemak paru + kerang this morning. My lunch pun main2 janji menjaga hati si open table. Hehehee. Its not the lunch yang penting pun. Gathering tu yang sebenarnya yang lebih penting dari segala galanya. SIBLING. Bukan senang nak lunch sesamer kan. Ye lah memasingkan buzy ngan tanggungjawap masing2. Makan borak2.... Tu yang lebih utama and more IMPORTANT.

As always....

DUNIA ini hanyalah Pinjaman

Hari yang memenatkan. Bukan penat fizikal. Tapi penat mental. Fikiran masih berbolak balik. Ya allah semoga apa yg engkau rancangkan untuk ku ada lah yang terbaik untuk keluarga ku terutama buat anak3 yang 3 ini.

Masih dengan penat mental. Dengan perut kosong memikirkan itu ini. Ya allah comotnya aku hari ini. FIZIKAL KU secomot otak ku dan minda ku. Oi sama jer la.

Semoga esokku akan seindah dan secerianya. Boleh tak kau jangan mengeluh. MEMANG tidak mahu mengeluh. Tapi sikap manusia itu sendiri yang memenatkan mindaku.

Dan juga semoga dengan penghijrahan ini agar minda dan fizikal ku menjadi tenteram. Penat jadi hamba pada banyak pihak. CUKUP....enough...Biarlah aku jadi hamba pada dia seorang. SEMOGA DIA berikan aku kesabaran lagi dan lagi.

Cuba untuk redho. Dan aku harus buat sesuatu untuk naikkan taraf kehidupan demi anak3 ku yang tiga ini. Dan dapat sedikit sebanyak bahagiakan MAK & BAPAK. Itu jer......

Friday, September 13, 2013

please laaaa....

sometimes even simple things we may overlook.....

dunia semacam gelap buat saya. petang semalam. berjalan seperti tidak memijak tanah. semalaman saya menangis. mengenang apakah yang bakal terjadi pada nasib saya. anak-anak saya. kehidupan saya. Mungkin ada orang nampak remeh perkaara ini. Tapi tidak bagi saya. Eeeermmm salah sendiri. ya salah saya. ye lah I admit it was my mistake. ermmm. ermmm saya ingatkan lulusan SPM macam saya, yang bongok, yang useless macam saya ni grednya memang akan sentiasa rendah lah kan. Ala SPM jer. ahaaa saya belajar setakat SPM jer. I have no diploma, I have no degree. Master apatahlah lah lagi kan. And sampai bila2 pun kerja saya adalah kerani sampai nyawa dijemput ilahi. ermmm. Dan saya tidak pernah mengimpikan status pekerjaan saya setaraf dengan mereka-mereka yang berdiploma and yang berdegree. ermmmm. ya hidup kena lah sedar2 diri. Itulah saya. Saya sanagat sedar diri. Tiada apa yang perlu dimegahkan pun. Hidup sementara dan semua ini adalah pinjaman dari NYA. ya pinjaman semata-mata.  




Tak kesahlah semua tu tapi saya amat3 bersyukur, janji saya ada kerje dan saya ada gaji. Ada gaji nak menyara anak-anak. Hanya saya jer yang boleh bantu diri saya sendiri. Tiada siapa pun yang boleh menyara anak3 melainkan saya. Ya tiada siapa yang bantu. Ya. kerja ini amat-amat penting buat saya. Saya tak boleh bayangkan what going to happen to my kids my life jika saya kehilangan kerja saya. Banyak benda yang saya terlepas pandang. Mungkin hanya bertumpu pada hidup dan kerja semata untuk besarkan anak3. Betapa pentingnya keje sampai saya lupa benda-benda yang sangat3 penting dan perlu diambil tahu dan perlu dititik beratkan. Kesudahannya semalam. Padan ngan muka saya. Ermmm......

Tapi alhamdullillah jam 10.30 malam semua kesedihan telah  berlalu dan hidup seakan cerah kembali. ermmm emo nya saya. mahu tak emo. kerja kot. saper nak bayar hutang2 cheq :(. yes this is about live or die. Nasib baik ada orang yang masih berhati mulia di dunia ini.Terima Kasih pada manusia yang berhati mulia yang terpaksa terbeban dek kebodohan saya. Ermmm. Terima Kasih juga pada NYA yang lembutkan hati manusia berhati mulia tu.

ALHAMDULLILLAH ..... SYUKUR .....


Bak kata NEK : you tak bodoh ok. kerja dengan teliti selepas ini. 
ok NEK. Lepas ni I akan lebih fokus.  

anak ke ni?

si polan : berapa orang anak?

me: 3 orang....

si polan: kenapa yg kecik sekali ni hitam sangat?

me: dlm hati. kau tengok aku ni putih sangat ker. just smile.

si polan:  kakak nya cerah pulak ya

me: senyum jer.......

Perlu ke nak cakap dan bertanya macam tu ya? Aku memang selalu kena macam ni dengan orang2 yang macam ni. out spoken pun jaga la hati dan sensitiviti manusia lain. Aku x pernah buat kat manusia lain macam ni......

Dina: mama kenapa adik hitam

me: adik hitam ke gelap ker... adik tetap anak mama ok.

Dina: peluk mama ketat2.... n cium pipi mama byk2 kali.....sambil cakap....sayanggggg mama.......

Saturday, September 7, 2013

sembunyi indentiti

takkan lah aku nak meratap ...
meraung...
menjerit...
dan menangis sepanjang masa......


Terjebak Nonton...

dah banyak kali jugak ingatkan diri sendiri. jangan terjebak dengan drama bersiri lagi. bukan apa. kalau dah melekat di depan tv. habis semua kerja  rumah tak jadi buat. ingat mamalove you tak der maid. you is the maid in the house ok. Dan kesudahannya semalam 5x kali mendobi. sepatutnya tidak lah banyak sangat trip sampai macam ni. sebab apa kain kotor berlambak. sebab mama sebok tengok drama korea pulak dah. ni semua gara-gara my girls la ni. sejak kebelakangan ni asyik bukak channel 393. Tapi mama dah terlepas aeroplane. Drama menarik tu mama hadap jugak walaupun dah episode yang ke 10. Tak per masih sempat nak menangkap jalan ceritanya. Jadi my girls kena lah ready to answer all my question. Antara nya ni siapa, mana suami dia. yang tu pulak siapa. Ermm anak dara zaman sekarang ni kan melayan korea la pulak. k-pop. Tak puas hati cari pulak sinopsis di google. Sama sebijik ya my girls cerita kan the past 9 episode. Wah so impressed. Girl2 nonton2 jugak. Pelajaran jangan lupa ya. Nah sekarang tiap2 malam start jam 7.45pm - 8.45pm mengadap tv. Pastu dah malas nak mendobi on weekdays. Huhuhuhu. Malam tadi habis mendobi 5 trips at 2.00am. 7.00am dah bangun. Sebok memasak for Jamuan Hari Raya Pantai Ria. And now dah lalok tapi masih sempat buat 4 entries sekali ngap. :D. Its me mama yang kental. Mulai sekarang me dah kena mula banyak-banyak redho. Ya allah bimbinglah aku. amin.







memang beautiful and handsome hero and heroin........
felling felling in LOVE..... hahaha



sumber dari http://www.aynoranur.com....
mintak share ya. terima kasih.



Sinopsis Drama Korea My Love, Madame Butterfly


Kisah seorang artis terkenal Nam Na-Bi (Yum Jung-Ah) yang menuju kehancuran dan kemudian hidup dengan keluarga mertua tanpa suaminya. Dia cuba untuk menyesuaikan diri dengan masalah yang dihadapinya, walaupun tinggal dalam keadaaan yang kurang selesa.

Bintang ternama Nam Na Bi (Yum Jung Ah) terkenal kerana kecantikan dan citarasa berfesyen. Malangnya, dia menghadapi satu demi satu peristiwa dan skandal, yang menyebabkan populariti beliau menjunam. Ketika dia keluar negara untuk berehat, dia terjebak dengan seseorang hingga berkahwin, memulakan fasa baru kehidupan sebagai seorang isteri dan seorang menantu. Dari situ, dia belajar menghadapi cabaran kehidupan baru dan belajar erti berkeluarga.

Ringkasan setiap watak:

Nam Na Bi (Yum Jung Ah) adalah bintang popular yang kehilangan kemasyhuran selepas dia menghadapi satu siri insiden skandal dan bernasib malang. Sepanjang perjalanan memulakan percutian, dia bertemu jejaka kacak Kim Jung Wook (Kim Sung Soo) dan berkahwin dengan dia. Walau bagaimanapun, cabaran baru menanti di depan kerana beliau mengambil alih peranan seorang menantu selepas suaminya melarikan diri kerana hutang perniagaan.

Lee Jae Woo (Park Yong Woo) adalah bekas suami Yun Sul Ah (Yoon Se Ah). Orangnya amat bercita-cita tinggi. Woo Jae tidak pernah mengalami kegagalan dalam hidup. Walau bagaimanapun, hidupnya mula berubah apabila beliau kebetulan bertemu dengan Nam Na Bi (Yum Jung Ah) di panggung wayang dan akhirnya jatuh cinta dengan wanita itu.

Yun Sul Ah (Yoon Se Ah) adalah bekas isteri Lee Jae Woo (Park Yong Woo). Walaupun dia telah meninggalkan Woo Jae, dia cemburu apabila bekas suaminya itu berbaik-baik dengan Nam Na Bi (Yum Jung Ah). Hasilnya, dia cuba pelbagai cara untuk menjadikan kehidupan Na Bi menjadi sukar dan cuba menjatuhkannya. Dalam masa yang sama, sebenarnya Na Bi dan Yun Sul Ah berkawan baik.


Dibintangi Oleh: Yum Jung Ah (Working Mom), Park Yong Woo (Jejoongwon), Kim Sung Soo (Stained Glass), Yoon Se Ah (City Hall).

Lain-lain info:

Pengarah: Lee Chang-Min
Penulis: Moon Eun-Ah
Penyiar: SBS
Episode: 51

Plot Drama


Dalam satu insiden, Woo-Jae (Park Yong-Woo) dan Na-Bi secara kebetulan duduk bersebelahan antara satu sama lain di pawagam. Oleh kerana peristiwa itu, skandal meletus. Woo-Jae amat malu dengan skandal tersebut. Sementara itu, Na-Bi mendapat tahu bahawa peranan utama pelakon wanita untuk sebuah filem telah diberikan kepada pelakon Ji-Yeon (Lee Hee-Jin).

Na-Bi terkejut & sedih dengan berita itu dan mula minum hingga mabuk. Dia kemudian memandu kereta beliau dan ditangkap kerana memandu sambil mabuk. Na-Bi kemudian kehilangan kontrak model iklannya kerana penangkapan tersebut. Beliau kini terdesak dan tertekan. Dalam situasi tersebut, Seol-Ah (Yoon Se-Ah) memberikan tiket kapal terbang untuk Na-Bi menenangkan fikiran. Kemudian di dalam kapal terbang, dia bertemu seorang lelaki kacak bernama Jung-Wook (Kim Sung-Su).

Apakah yang terjadi seterusnya kepada Nam Na-Bi? Bagaimana nasib perkahwinannya? Siapakah lelaki yang ditemui di dalam kapalterbang itu?

Dapatkan jawapannya dengan menonton drama korea My Love, Madame Butterfly di Saluran ONE HD 393.

P.Ria Blok A Jamuan Raya


walaupun syawal terakhir untuk tahun ini adalah semalam, tapi baru hari ni PPR Pantai Ria Blok "A" berkesempatan untuk meraikan seluruh penduduk Blok A untuk Jamuan Hari Raya. Dari semalam semua sudah bergotong royong memasak juadah untuk jamuan hari raya ni. Dan pagi at 7.00am dah mula memasak dan persiapan terakhir. 
Semalam myself x dapat bantu sebab kerja mendobi dan mengvaccum serta mengemop harus disettledkan terlebih dahulu. Rumah kemas baru lah senang hati nak keluar membantu..........

Majlis di anjurkan oleh KRT Blok A, Persatuan Rukun Tetangga yang diKetua oleh en azizan a.k.a sarjan. VIP yang hadir adalah YM Dato Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal Abidin Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai 
diiringi oleh AJK2 Bahagian.

Ada peraduan teka kacang dan nyanyian karaoke....


MENU

Lontong
Kuah Kacang
Rendang Daging
Mee Hoon Goreng
Ketupat Nasi
Dan 
Ketupat Pulut

Laksa yang paling best sponsored by Kak Izan 
dari Tgk 10. licin cam goreng pisang panas, sekelip mata habis

Kuih-Muih

Buah Tembikan

Dan 

Bubur Kacang Durian





LAZAT dan TERBAEK......


semua jiran tetangga Blok A
memang TERHEBAT....

sangat2 bekerjasama.... :D  


so impressed....

walaupun hanya peraduan teka kacang. yang orang lain anggap sooo kacang, my girl mia boleh teka yang paling hampir tempat ke 3. Ya paling hampir. 
mama pun tak mampu kakak nak teka teka ni. 
Otak mama dah karat. Otak mama dah lapok dah tak leh guna.
congrate my honey bunny. 
she is excited. her 1st hamper for this year.
"ma, tahun lepas pun kakak menang hamper kan"

Yup mia....


Always SABAR.. n SYUKUR