About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Wednesday, November 28, 2012

Alhamdullilah Syukur

Syukur ku panjatkan kepada maha pencinta. banyak tugasan sudah dapat diselesaikan dengan sempurna dengan izinNYA jua sebelum Disember tiba dalam beberapa hari saje lagi. PadaNYA terima kasih tidak terhingga. Semoga berakhirnya Disember dengan berlapang dada. Tahun baru sebulan lagi. Reach your GOLD. what is my GOLD. ???? And don't to humble. yup my boss says that I'm too humble. itu sifat aku sejak azali dan tidak mungkin akan berubah. sememang nya aku seorang insan yang terlalu merendah diri. biar manusia lain menilai diri aku. tapi selalunya manusia lain ambil kesempatan untuk membuli. biarkan sesiapa saje memijak kepala aku. biarlah. biarlah TUHAN saja yang menilai aku. itu lebih baik. apa yang ada di dunia ini hanya sementara dan pinjaman darinya. bukan boleh ku heret ke dalam liang lahat. hanya kain putih menutupi jasad dan amalan menjadi bekalan di akhirat. ada ke bekalan untuk aku bawa. itu juga biar DIA yang mengadilinya

Persidang PU3 UMNO Malaysia 2012

persidangan terakhirku sebagai PUTERI...

pasni ahli biasa WANITA puler.....

semoga perjuangan akan berterusan dan
tidak berakhir begitu saja

New Born Babies


Congrate to my bro Fizi & Hana 
also to my SIL - Suriah Suki - a bundle of joy
My friend Aidawati Hj Ismail......
di atas kelahiran putera dan puteri yang amat2 dinantikan kalian semua...





Wordless...Rabu..Hahaha


Tuesday, November 27, 2012

Congrate Jangggg.....

dah jadi obah kau jang. 
tahniah la yo den ucap an kek kau. 
sure ekau jadi abah yang kelakar in the world :D



CONGRATE NABIL RAJA LAWAK & WIFE .....
ontah apo pasal, den tak leh nak up pic kau jang.....
ermmm

memBAZIR namanya

dah beli x tahu nak guna. hahaha. orang beli kau pun nak beli. kan dah membazir. ermmmm



Quote of 2day - 27.11.12


Wednesday, November 21, 2012

2 budak kecik

balik keje senyap sunyi jer rumah. tak der lagi jeritan tarzan mama membising marah pada 2 budak kecik ni yang selalu buat sepah. 2 budak kecik ni yang selalu buat mama naik hantu bila balik dari keje. ader jer keje 2 budak kecik ni yang nak buat mama naik meroyan setiap petang. 2 budak kecik suka main ngan water colour sampai habis lantai mama dicatnya. 2 budak kecik yang suka campurkan susu, gula, sos sos dalam mangkuk, main masak-masak katanya. 2 budak kecik yang suka tukar2 baju yang verangan nak jadi artis ke model ke. 2 budak kecik yang suka makan. 2 budak kecik yang suka main air, picit colgate banyak-banyak dan habis kan sebotol cream shower mama. fuhhhh. 2 budak kecik yang sangat gembira merosakkan barang-barang mama. 2 budak kecik. oh budak kecik. 2 budak kecik ni jugak yang buat mama ketawa. 2 budak kecik ni jugak la yang mama kena layan bercakap tanya itu ini. 2 budak kecik yang suka sepah sepah kan rumah. sorang 6 year +++ and sorang lagi budak kecik 8 year +++. orang selalu kata 2 budak kecik ni twin. sorang golap, sorang lagi corah sikit la. 

eh sunyi jer rumah mana 2 budak kecik ni pergi ya. dah 2 minggu rumah sunyi dan sepi tanpa 2 budak kecik ni. mana mereka menghilang ya. hilang 2 budak kecik, sunyi 2 budak kecik ini hanya sementara. kan school holiday ni mama telah menghantar mereka ke kem jati diri, perkasa kan minda serta fizikal di Teratak Tuan Ab Razak dan Puan Rajabee di Taman Pilah Senaling Kuala Pilah. hahahaha.  Wan Chomel jangan dera lebih-lebih ya. Atok Razak jangan bebel banyak-banyak ya. hehehehe. Jadi mama rehat latihan vokal lebih kurang 1 bulan ni :D. Latihan Vokal bersambung tahun depan. hahahahaha. 2 budak kecik jangan nakal-nakal. 2 budak kecik jangan main jauh daripada wan. 2 budak kecik sila dengar kata. dan 2 budak kecik mesti hormat orang tua. be a very good girls. its my 2 princess. Damia and Dina. the 2 budak kecik :D


2 A's - Mama Tetap Bangga

pagi tu mama yang rasa mandi tak basah, makan tak lalu, jalan macam diawang-awangan. pak lang bob kata relax la der, UPSR jer pun. 9.00am call afiq yang dah sampai SKBF2KL. Tapi pagi tu mama tetap mandi jugak sebelum ke opis. hehehehe. Tapi memang tetap tak lalu nak jamah apa-apa. minum air pun tak. telan air liur jer. wan atok bam, pak lang especially dah sebuk tanya berapa result UPSR abang. 

mama: abang camner? dah keluar ke
abang: relax la ma, pukul 11.00am baru umumkan keputusan

mama pun buat kerja macam biasa. dalam hati mama nak la the 1st one yang tahu result abang tu. ralit buat keje yang berlambak. tup tup tap jam dah 11.01 minit, terlewat 1 minit ler. me the 2nd yang call afiq. bam 1st one yang tahu. Bam kata tahniah sulong. Wan Atok kata ok jerrr. pak lang kata ok la ada A. atam terharu dan syahdu nak nangis dan mama panjatkan rasa syukur pada nya . mama cuma nak Afiq tahu mama gembira dan mama tetap berbangga dengan keputusan UPSR abang ni. ini usaha abang yang terbaik buat mama. and sorry to RAR Rafizi. Along disappointing you, untuk tengok Shafiq Akmal ke MRSM. :(. Ini sahaja yang along termampu dan terdaya lakukan. 







DIA lebih BERHAK


walaupun seHINA dan seJAHAT mana pun manusia itu
tidak WAJAR lah dia dijadikan contoh tidak baik kepada sesiapa pun
kerana apa pun yang sudah terjadi itu semua kehendakNYA
dan kita sebagai hambaNYA tidak berhak untuk menjatuhkan apapun 
HUKUMAN dan TUDUHAN serta... bukan kita juga yang 
menerakakan atau mensyurgakan sesiapa.........

ermmm tungguuuuuu

banyak benda nak update kat cni. 
tapi nak lipat kain dulu. 
blog blog jugak 
tanggungjawap sebagai orang gaji 
yang tidak bergaji 
kena la lunaskan jugak ya...
intronya....UPSR abang....
Damia Dina holiday di senaling...
ermmm apa lagi..
banyak..banyak laa sangattttt heeeeeeeeeee 
out nak lipat 3 bakul kain baju dulu :D

Thursday, November 15, 2012

Quote of 2day - 15.11.12


maaf


maafkan aku...
maafkan saya...
maafkan untuk segala-galanya
tidak berhak nak kecil hati
tidak berhak untuk jauh hati 
tidak berhak untuk apa-apa di sini

kalau dulu.......
benda yang kita benci selama ini lah yang semakin dekat
benda yang cuba dielakkan itu lah yang semakin hampir
tapi kini....
selalunya perkara yang kite sayang 
tu pulak semakin jauh....
perkara yang kita sayang dan dekat 
dengan kite tu lah yang selalu menyakitkan...
benda yang dekat yang selalu buat kite menangis 
dan meraung semahunya...
perkara yang baik yang selalu kita idamkan 
memang payah nak dicapai...
walhal, perkara yang tidak itu 
semakin hampir dan dekat dengan hati....

hidup memang tidak sempurna....
tidak ada sesiapa yang sempurna
manusia tidak lari dari melakukan kesilapan....
walaupun kesilapan itu kite sudah tahu salah nya
dan selalu kite cuba untuk elakkan....
dan terkadang benda yang kite tidak suka dulu tu, 
itulah yang kite suka hadap buat masa ini...
perkara yang dibenci itulah yang di tenung dan direnung
mereka yang kite tidak pernah rasa penting
pula, menjadi perkara yang paling penting pula...

terkadang perasaan dan rasa benci sangat mendalam
kalau boleh tidak mau lagi berbicara tentangnya
tetapi hati tidak sampai untuk membenci....
siapa aku untuk membenci orang lain
aku tidak layak berbuat demikian.

kenapa nak lebihkan yang bukan darah daging sendiri.....
kenapa nak lebihkan mereka yang pernah mengkhianati kite.....
kenapa nak lebihkan manusia yang bermuka-muka
kenapa nak lebihkan mereka yang berprasangka pada kite
sungguh tidak faham.....
susah nak puaskan hati semua orang.....
manusia hanya pandai tuding jari
padahal mereka bukan tuhan 
untuk menjatuhkan hukuman
sesuka hati menilai......
kite tidak berhak menilai sesiapa 
itu tidak.... ini bukan............
ini semua bukan kerja kita
semua ini kerja TUHAN.

ahhhhh, kalau nak difikirkan semua
memang tida tertanggung dek otak kecil ini
semuanya aku berserah padaMU .....
TUHAN
yang maha mengetahui segalanya


anak-anakku
makku
bapakku
adik-adikku
hidupku
matiku
rezekiku
kehidupanku
semuanya milikMU
YA'ALLAH
yang dianugerahkan dan dipinjamkan
sementara buatku......
aku hanya mampu berserah pada MU
segalanya.....

AKU sayang semuanya
dan aku berikan yang termampu....




Monday, November 12, 2012

manje nyer

alahai anak omak, sian eh anak omak.
sekarang semuanya mama kena buatkan untuk abang
mandikan...
pakaikan baju...
suapkan makan...
ambik kan itu ini....
pendek kata semuanya la......

abang kata wah seronok nya
dilayan seperti ''RAJA"
he love to buli his 2 sister....

ABANG....
ABANG..........





Photo Booth

1st job from Cik MIMA, so lepas ni saper yang berminat leh lah tempah from my sister ROSMIMA AB RAZAK. sila lah enjois the picture below.














Solemnization + Reception

Congrate Nana dan Akmal. 
Moga kekal ke anak cucu and cepat-cepat dapat baby. 
Congrate again from along. 




Saturday, November 10, 2012

2 + 2 = 4



2 days annual leave + 2 days weekend. 
4 days yang sangat-sangat 
memenatkan ..........
tapi gembira kerana banyak perkara sudah selesai. 
ditambah pula dengan perkara yang tidak diduga. 
tapi syukur alhamdullillah 
dapat menghadapinya 
dengan tenang dan kelang kabut juo. ;). 
tidak mengeloh ya. 
gembira dapat selesaikan banyak benda. 


almost done



multitasking before end year....
October, November + December 2012



almost done....
tapi.......


balance...


runsing susah hati.....

Quote 10.11.12


Friday, November 9, 2012

Vincci my Peberet 4ever

semalam lepas beli barang-barang nak buat hantaran singgah ke kedai kasut 'princess'. ala kedai kasut yang sederet dengan nagoya jalan TAR. memang dah lama tak pergi situ. memandangkan kasut nak gi opis memang semua dah jahanam. cehhh semua cam banyak bona kasut kau kan. ado la satu dua. i have no choice masuk la gak citu cuci-cuci mata jap. mang ai kasut nya very the old fashion meh. haiyo tak selera nak buy even 1 pair. ermmm. adoi sabtu ada wedding tak kan den nak pakai selipar jopun kot. ermmm. 


tengahari tadi lepas anugerah cemerlang SKBF2, KL the kids. ku heret juo kaki den ke mid valley. by hock or by crook sepasang kasut harus dirembat. jalan punya jalan, punya rayau, sampai my kids dah mengeloh penat. masuk 'nose' mang hai mahalnya. my shoes tidak boleh lebih RM50.00 above ya. di 'nose' all high heel semua RM80.00 above. out from nose, jalan2 dalam Jusco + Metrojaya lak. masih tidak berkenan. al maklum gi mid setahun sekali, niat sebenar memang nak cari 'vincci' jer. jalan punya jalan punya jalan, mano lak diam ehh 'vincci' ni. x jumpo. pusing-pusing rayau....rayau nah akhirnya berjumpa idaman hati. semua kasutnya menarik dan yang penting shoes high heel price RM55.00 dapat discount RM10.00  lagi  berbaloi-baloi. bukan satu tapi 2 pasang ku rembat ya. heeeee puas hati. 'vincci' dulu kini dan selamanya. ekau totap dihati den selamonyo. ewahhhh. shopping hasil upahan mengubah hantaran ;)






Jiwa Creative







ini lah sebabnya mama tak dapat nak temankan abang kat hospital malam tu. mama dah berjanji dari bulan 6 lagi nak buatkan hantaran-hantaran ni. punya la mama risau. tapi alhamdullilah nasib baik semua family members banyak membantu. thanx mak sebab teman afiq kat HKL. dan alhamdullillah juga semua dah selesai dengan baik. thanx to Rozeta Rahim yang sudi menempah Sirih Junjung dan Hand Bouquet 



dan thank you to my brother in law sister Nana yang percayakan 'jiwa creative' . semoga hasil jemari ini dapat memuaskan hati semua ya. maaf kalau ada yang terkurang. lebih kurang halal dunia akhirat ya. thank you again....and now lets the picture talk on my behalf. tadaaaaaa





Bertangga di HKL

sekarang ni musim tengkujuh dah tiba. cuaca pun dah makin tak menentu. tetiba kang hujan, sedangkan baru jer panas terik kat luar tu. malang memang tidak berbau dan tidak boleh dihidu oleh sesiapa. last wednesday, hujan lebat baru jer berhenti. lepas we all settled for our dinner. dan mama baru jer nak labuhkan pungkoq, nak rehat. my son abang ask a permission nak ke rumah kawannya tingkat 9. nak discuss pasal futsal this weekend katanya. punya lah semangat nak berfutsal, siap dah beli jersy warna merah rm20.00 [abang mengepau mama] tuk kumpulan mereka dan siang2 dah inform mama yang abang tak akan balik kampong this long school holiday sbb ada futsal. 'pergilah tapi jangan lama-lama ya, balik cepat' my reminder to him. 'ok tq ma'. tapi tak sampai 10 minit. tradegy yang membuat kan aku meraung semahunya. abang balik ngan membawa tangannya yang terkulai. abang sangat kuat, langsung dia tidak menangis dan meraung kesakitan. tapi mama dah macam kena histeria. langsung mama tak berani nak dekat sebab tak sanggup nak tengok tangan abang yang dah terkulai tu. ya'allah kuatnya anakku. he really strong boy. 

dengan kelang kabut, damia dina ngan cecemotnya belum mandi, ngan baju kotor, and me so panic, bergegas la we all 5 beranak ke HKL. reach HKL at 8.00pm terus ke EMERGENCY DEPARTMENT. Ambik nombor giliran, then tunggu untuk rawatan. tunggu dan terus menunggu dan abang langsung tak kata sakit. tapi mama yang risau terlebih. mak bapak dan  adik2 telah diberitahu. masing2 mengatakan tak da apa-apa la tu, biasalah budak lelaki. lasak. patah-patah ni biasa jer. dan tidak biasa bagi saya ya adik-adikku. tunggu dan terus menunggu. seorang demi seorang doctor memberikan rawatan. x-try bla bla bla. dan tunggu lagi. sampai tertido-tido kat ruang menunggu. abang ditempatkan di wad trauma sementara. doctor pakar tulang akan merentap tulang abang ke asalnya. ya'allah mendengarnya ajer sudah mengerikan. keluar masuk, keluar masuk menjenguk abang. macam-macam jenis patah yang disaksikan. bagaikan tak sanggup nak duk lama. sorry abang bukan mama sengaja biarkan abang sorang2 kat ctu. mama ni pengecut dengan hospital, jarum, darah dan semunya berkaitan dengan hospital. tapi mama kuatkan jugak semangat ni demi anak mama. 11.00 mlm wan chomel datang tengok abang. terlelap sekejap di bangku menunggu dan bila tersedar semula jam dah menunjukkan ke angka 3.00am. masuk balik ke wad sementara jenguk abang. lena abang tido. mama berterima kasih yang amat sangat pada MU YA'ALLAH. Abang kuat, tak sikit pun dia menangis dan merengek sakit. dah 7 jam, tangan abang yang patah masih belum dirawat. 3.30am abang dah mula dilalokkan. mama dah tak berani duk dalam wad tuk menyaksikan tangan abang direntap. tadi dengan tidak sengaja ternampak tangan seorang pesakit direntap, ya'allah tak sanggup mama. 'ya'allah engkau kurangkanlah sakit anakku'. 

tiba-tiba mama dengar abang meraung 'mama sakit, ini yang paling sakit, tolong sakitnya, sakit sangat. mama dah tak sanggup. lalu melarikan diri ke ruang lain sambil menangis. tak tak segan pada mata yang memandang mama ketika itu. 1/2 jam kemudian. damia datang pada mama dan bagitahu abang dah tak menjerit, abang dah diam. 20 minit kemudian abang dah sedar dan dibawa ke bilik lain untuk di x-tray. 

kerisauan mama tidak berakhir lagi. bila doctor panggil untuk menjelaskan keputusan tadi amat mendukacitakan. apa yang mama risaukan terjadi juga. abang perlu ditahan di wad dan perlu kan minor opration bagi memasukkan kan clip besi supaya tulang tidak beralih dari kedudukan asal. i have no choice, operate harus dilakukan. nampak macam simple dan mudah. tapi hati mama hanya tuhan yang tahu. at 5.00am setelah abang ditempatkan di wad. mama abah dan adik2 balik sekejap untuk bersihkan diri. mama kena kerja esok, i have no choice sebab mama dah start cuti khamis dan jumaat ni and why i taking leave, it another long story yang buat diri ini kelang kabut sedikit. nasib baik abah nya pagi2 dah ke HKL tuk temankan abang. settledkan apa yang patut di opis, balik... ambik my 2 gegirls then heading to HKL. masa sampai tu abang dah masuk OT. 4 jam baru abang keluar dari OT. risau hati mama ni jangan cakap la. dan maafkan mama sekali lagi malam tu mama tak dapat nak temankan abang. nasib baik wan chomel ada di KL, sebabkan mama dah berjanji dengan orang, esoknya khamis memang mama ada task penting yang perlu diselesaikan. Dan Alhamdullillah jam 9.00am wan chomel call bagitahu doctor dah benarkan abang keluar hari ni. syukur........


get well soon abang, jadi makanya school holiday ni..
tak de laaaa futsal ya abang...

Anugerah Cemerlang 2012




On the way to SKBF 2, KL for the Anugerah Cemerlang 2012. 


Alhamdullillah, awal dan akhir tahun yang gembira untuk anak-anak pada tahun 2012 ini, thanx make mama proud. Shafiq Akmal meninggalkan SKBF 2 KL dengan cemerlang. Awal tahun bersama bff Farhan + Nizam serta rakan2 yang lain dari rumah biru membawa kejuaraan untuk rumah biru bagi tahun 2012 setelah 4 tahun berturut-turut juara bertahan disandang oleh rumah merah. Tahniah Abang and friends. 


Dan di hari terakhir persekolahan hari ini dan buat pertama kalinya menerima anugerah tempat ke 2 di dalam akademik dan anugerah olahraga tahun 2012 Untuk Tahun 6 Wawasan. Tahniah Abang, meninggalkan SKBF 2, KL dengan sesuatu yang membanggakan MAMA. Mama proud of you. 'mama ngulang lagi ayat yang sama'. Semoga terus mencapai kejayaan pada masa akan datang. Perjalanan Abang masih jauhhhhhhhh dihadapan ya sayang. Mama doakan abang berjaya hingga menara gading, but still worried cause UPSR result tak keluar lagi. 19hb yang mendebarkan. apapun result abang, mama redho dan mama tahu setakat mana kemampuan abang. camtu juga buat kakak and adik.



Shafiq Akmal - Anugerah Cemerlang Tempat Ke 2 &
Sijil Penghargaan Olahraga untuk Tahun 6 Wawasan



Sarah Damia - Tempat ke 2 Bola Jaring Tahun 2 Bestari



Sahira Dina - Majlis Konvokesyen Pra Sekolah '2012

Thursday, November 8, 2012

Beloved BAPAK 60th Sudah

BAPAK...terima kasih untuk semuanya....
Maafkan segala DOSA along semuanya....
Halalkan semuanya......

makan & minum.....
ALONG
sayang
 BAPAK hingga ke nafas yang terakhir.....

anakmu

SULONG

Tuesday, November 6, 2012

Saturday, November 3, 2012

orang lain... LAIN

'yang next week i nak gi holiday, 'PORT DICKSON', u bookingkan ya'
'yang i dah booking holiday kite ke BALI on December'
'yang jom gi JAKEL, i nak beli lace baju baru i'
'yang jom kita keluar lunch ke ONE UTAMA'
'yang boring la jom kita gi MID VALLEY, u janji nak belikan i SAMSUNG TAB'
'yang, bosan la dok rumah, jom gi MINES, Serdang, cuci2 mata'
'yang if u free next week, kite naik GENTING nak'




wah bahagia nya hidup seorang isteri seperti di atas kan. mintak la aper jer. buat la apa saja. si SUAMI akan tunaikan. Yup, this is the TRUE STORY, the HOT STORY LIVE ke telinga ku. CEMBURU. saper yang tidak CEMBURU mendengar semua ini.BERTUAH nya wanita ini. ya hidupnya yang sementara di dunia ini memang sangat bertuahnya dia. hidup hanya sekali dan haruslah dinikmati. terkadang terdetik di hati ingin kan layanan seperti ini. tapi apa kan daya. tidak berdaya. ermmmm  





and me nak beli camera digital pun, kena get someone to buy for me, and i paid back by installment. ermmm.  kalau idak merasa ler jawapnya. 

Quote of 2day - .3.11.12


Friday, November 2, 2012

5B's for Year End Exam


‎1st Anugerah Cemerlang 
for my son after 6 years in SKBF 2, KL... 

although only 5B's 
for year end exam, 
mama proud with you 
Apa pun result UPSR 
abang next week mama tetap gembira....
and
i want you to know 
mama always proud of you :( :( :(

mama tahu ABANG
sudah berusaha sehabis baik
untuk ini semua....

mama sayang abang
hingga hujung nyawa mama

2.11.12