About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...
Showing posts with label Sarah Damia. Show all posts
Showing posts with label Sarah Damia. Show all posts

Saturday, September 7, 2013

so impressed....

walaupun hanya peraduan teka kacang. yang orang lain anggap sooo kacang, my girl mia boleh teka yang paling hampir tempat ke 3. Ya paling hampir. 
mama pun tak mampu kakak nak teka teka ni. 
Otak mama dah karat. Otak mama dah lapok dah tak leh guna.
congrate my honey bunny. 
she is excited. her 1st hamper for this year.
"ma, tahun lepas pun kakak menang hamper kan"

Yup mia....


Tuesday, July 30, 2013

Mimpi...

Malam semalam Mia mimpi gigi atas nya patah. 
Orang tua2 kata ada orang nak meninggal. 
Pagi ni my friend kata dia mimpi Mia meninggal sebab sakit. 
Ya allah berderau darah mama. 
Ya allah lindungilah anak3 ku 
Afiq.Mia.Dina. 
Sesungguhnya ajal itu ada dimana2. 
Entah esok atau lusa aku yang akan dijemputnya


Friday, June 28, 2013

mia merajuk....

Mia my sweet little darling you only 9 years old 
and too small for a group trip 
[organize by SKBF2KL]

jauh tu Cameron Highland...
Lagipun bayaran mahal gak :(
without mama ok...
please understand your mom's feeling



#tomuchworriedasalways


Sarah Damia merajuk ngan mama
mood mama: cedey :(
as a humble mama....dan
tidak berkemampuan
semua nya mama nak mama realisasikan
permintaan mia tu.... 
mia please understand :(

Monday, September 3, 2012

Damia anak dara Mama

sejibik dia ikut perangai mama, sebab tu selalu tak berlaga angin ngan dia. damia si kaki tidur cam mama, cuma kaki kami berbeza. ha ha ha ha. tapi tak sebulu pun, mama tetap sayang kakak ok. selalu buat mama marah. its ok la tu, paper pun kakak anak mama yg cute. puji anak dara sendiri, mama perasan. abang kata dari jam 4.00 petang tadi dia tido tak bangun-bangun. keletihan sebab sekolah la tu. syhhhh diam-diam jangan bising Damia still sleeping dan biar dia tido sampai ke pagi. kalau dia bangun kang, susah plak nak tido. esok liat nak bangun ke sekolah. dan ini bukan sekali terjadi...sudah banyak kali.


Monday, May 28, 2012

Si Perajuk

Si Perajuk - Si SD. Cemburu mama celebrate besday party si adik. si kakak tarik muka sedepa. nasib baik telah di pujuk oleh wan chomel dan mama bam. sian wan chomel dan mama bam kena beli 2 hadiah. dan si adik yang baik hati ajak si kakak yang merajuk bukak hadiah yang satu bag besar tu sama-sama. baru lebar senyumnya. lega hati mama. dah buntu macamana nak memujuk. si perajuk ini.



Tuesday, March 27, 2012

sakit mata, sakit hati


sakit hati ku pendamkan juga. tengahari tadi call rumah from my office, dina kata kepala kakak berlobang, ada budak tolak dia dalam bas. darah banyak membuak-buak. panic mama sekejap. tapi abah kata sikit jer. "abah always like that, tak per sikit jer, tak der paper la, hang panic sangat". seorang mama haruslah sentiasa panic kan. this is the 2nd time. with the same boy. 1st time aritu patutnya mama yang akan melenting sebab anak mama jadi mangsa. ni tidak. mak budak tu datang jumpa mama disubuh hari dan cakap anak dia tak bersalah. "anak saya baik, anak saya tak kacau orang". ok fine. so anak mama lah yang jahat ya. mama lah yang tak pandai jaga dan ajar anak mama ya. so mama balik yang mintak maaf pada dia. hello anak i perempuan ok. anak you lelaki. i tak kata anak i baik ok. and i said "hal budak-budak tak perlu la kita orang dewasa nak perbesar-besarkan". ok fine. settled. selagi anak mama tak patah riok, mama akan senyap dan diam. Damia anak mama kuatkan. macamana lah mama nak mengadap sesubuh esok. dugaan dan cobaan baru buat mama, pengalaman baru juga buat mama. 2tahun, 3 bulan Mia dah sudah bersekolah, same bus, same school tak pernah ada sesiapa yang mengasari my princess. tapi sejak this kid pindah sini dan naik satu bas sekolah [alhamdullillah nasib tak sama sekolah] start dah, perkara2 yang tidak sepatutnya berlaku telah berlaku. dan akhirnya berlaku juga. 'ya'allah kuatkanlah semangat ku untuk menghadapi semua ini" :(



sakit mata mama la Damia, ya allah, kenapa jadi macam ni kakak. yang cikgu pun satu, nak guna 'water colour' pun inform la student suruh bawah 'apron' ke sekolah. akai tarok tang mana. adoi nak marah pun tak guna. mama bukan jenis nak serang2 sekolah dan itu bukan perangai mama ya. baru 3 bulan sekolah. dah jahanam satu baju uniform. tarik nafas dalam-dalam mama dan bertenang. benda dah berlaku. :(



Monday, February 27, 2012

Syukur Pada MU

panjatkan setinggi-tinggi KESYUKURAN, dapat juga MYSELF tunaikan hajat my princess sarah damia on her 8th birthday today. "ada kek pun dah cukup mama". thanx mia kerana memahami keadaaan mama. moga DIA  sentiasa murahkan rezeki kita semua lagi untuk masa-masa yang akan datang ya. hepiy besday mia... sarah damia. 


mamaloveyou. :D

Wednesday, January 4, 2012

2nd Chapter Selosai Sudah

BAPAK, jom balut buku sekolah
huhuhuhuhu, meroyan la orang tua tu :D


Hari ni menyelesaikan kerja-kerja 
membalut segala mala buku HAKMILIK MUTLAK
NUR SARAH DAMIA...... 
2 Bestari, SKBF 2, KL
Wah, Kakak lucky laaa, dpt semua buku2 teks
baru belaka, jaga lelok yeerrr buku2 ni
Buku-buku Teks, Buku-Buku Aktiviti dan 
Nametag all the BOOKs belong to her......


Logo.....bonar hati MAMA ni ha...
GIGIH yoooo sensorang balut buku2 tu semuo..
tak yah nak bising, tak yah nak marah2...
COOL dan RELAX.....and
akhirnya SELOSAI SUDAH.... :D


TIME TABLE pun dah dapat
so efficient la SKBF 2, KL ni :D
1st DAY dah start belajar
kelang kabut MAMA beli buku2 tulisan
pagi tadi....and terus men NAMETAGE all the books...
kat situ gak......:D


all MIA teks books.....and exercise books
yg dalam bekas tu bukan dadih yaaa....tapi
books nametag :D..al-maklum MAMA handwriting tak berapo nak CUN, so to solve the problem...MAMA print out sajorrrr :D

Saturday, August 13, 2011

Thanx Mia

Hilang lenguh2 kaki mama
Thanx so much kakak....
Sebab rajin sangat nak URUT kaki mama.....


Sunday, June 12, 2011

Soalan Pelik Lorrrr

Haaaaaaa, dah bukak sekolah baru terhegeh-hegeh Puan Punya Blog nak menjerit-jerit...
wah, honeymoon sakan 2 minggu school holiday ni yaaaaa...wahai anak-anak2 ku.....


MAMA :"Abang, kakak..keje sekolah ada tak?????
ABANG : "tak derrrrrr"
KAKAK : "Aderrrr banyak"
MAMA : okkkk, apa lagi buat keje sekolah sekarang"


So, start from yesterday until today, memang Puan Punya Blog menghadap her little princess Mia, finish her homework.....


1/2 jam ok...semua boleh di jawap apabila ditanya bagaimana penyelesaian nya oleh Mia....
Tup..tup...tup....


Ada satu soalan MATEMATIK ni langsung Puan Punya Blog tak leh jawap...
sampai Kesudah.....
tanya ABANG pun, ABANG tak leh jawap...
Abang kata tak pernah jumpa SOALAN macam ni...


Sesaper yang leh jawap tolong laaaaa jawapkan.....
Dulu Puan Punya Blog, 
seingat-ingatnya memang tak pernah jumpa SOALAN cam ni... dolu-dolu
SELISIH pun tidak pernah laaaaaa......




Macam ni lah lebih kurang nya soalan MATEMATIK zaman2 MILENIUM niiiii


AKTIVITI KBSR
-AKSES- MATEMATIK [Sukatan Pelajaran Baru - EFEKTIF 2011 [TAHUN 1]
Keluaran : UNIK DIDIK SDN BHD 


Mukasurat : 10
Soalan No : 12


Berapakah selisih antara 80 dan 47?
a. 28
b. 31
c. 33


TETAPI bila di tolak 80-47=33 [jawapannya C]
kalau betul....kenapa nak confiuskan budak2 ni...


Terus je la straight to the point....
Soalan yang mudah budak2 MUDAH nak faham....



Berapakah baki 80 setelah ditolak 47?
a. 28
b. 31
c. 33




KESUDAHANNYA.....Soalan itu biarkan tidak BERJAWAP......
kalau di jawap takut salah....


ermmmmmmm,  





Tuesday, January 25, 2011

Bertudung Bukan Hanya Menutup Aurat

Masa shopping baju sekolah my anak dara aritu, Mia. Macam yang my bapak buat kat I lah. As usual 2 pinafore and 1 baju kurung tuk dipakai pada hari Jumaat. Itu cerita  26 tahun dulu la. So monday to thursday pinafore and on friday baju kurung.

Dah macam tu acuan nya dolu-dolu, maka macam tu jugaklah coraknya pada hari ini. Ya kan BAPAK ku Ab Razak Ab Rasip. Yang baik dijadikan TELADAN. Yang buruk dijadikan sempadan.

La..la...ni, dah lain cheq oi. After one week sekolah bermula, ok lah. Seperti yang diplankan lah. But after a week bila dah dapat school 'Time Table' everything is change meh. Bila ada subject Pendidikan Islam, girls wajib pakai tudung. Nape Afiq dulu boys tak wajib pakai 'songkok' , [but Afiq by his own wish to wear the songkok] tiada paksaan daripada sesiapa. Adoi, I have never plan to get Mia wearing a 'tudung' bukan tak suka  atau tidak menggalakkan anak daraku bertudung. Like said before, biar kehendak itu dari hati yang ikhlas dan suci murni. And for me kalau bertudung tu, biarlah kekal dan dari hati yang tulus ikhlas. Jangan main2 atau hanggat-hanggat taik ayam.

Ya betul 'melentur buluh biar dari rebungnya'.  Itu I tak menafikannya lah. Bukan I tak nak yang baik dan yang elok-elok untuk anak-anak I. Tapi biarlah semuanya naturally. Susah nak cakap, nanti mesti ada orang salah TAFSIRKAN apa yang cuba terangkan di sini.

Kekadang tu I tengok ada wanita Muslim/Islam/Melayu yang mempersendakan pakaian wanita muslimah ni. Sekejap sarung tudung, sekejap bukak. I tak nak jadi cam tu la. Kalau nak bertudung, kekalkan  lah bertudung. Kan itu lebih molek. Dan bertudung bukan sahaja menutup aurat. Bagi I BERTUDUNG haruslah hujung rambut hingga ke hujunga kaki. Hati juga haruslah suci. Jangan aurat sahaja tertutup. Tapi hati mengumpat mengeji. Bukan kepala sahaja bertudung hati juga harus ditudungkan dari perkara-perkara yang tidak elok.

So, Mia sekarang Monday to Wednesday berbaju kurung dan bertudung, Thursday pinafore and Friday berbaju kurung dan bertudung balik. Kan dah membazir namanya. Satu pinafore tidak digunakan nak kena tambah pulak beli sepasang lagi baju kurung.  Membazir. Kan dalam Islam pun tidak menggalakkan Pembaziran.

I ni banyak belajar dari pengalaman. Semuanya berlaku dan terjadi di hadapan mata. Yelah dah hampir 33 tahun hidup kat dunia ni. Ye lah, Mak Paknya paksa pakai tudung, belakang mak pak buka aurat, dedah sana sini. Dari kecik bertudung, bila dah kawin, tudung ke mana, apa ke mana. So I don't want my girls jadi cam tu.

Tak kesahlah kan apa tanggapan MANUSIA-MANUSIA diluar sana. Anak-anak ibarat sehelai kain putih. Terpulanglah kita sebagai MAK n PAK nak corakkan yang macamana. Semua Mak n Pak nakkan yang terbaik untuk anak2 mereka. Jadi tepuk dada tanya selera. Buat semampu dan sebaik mungkin.

Kita hanya hambanya yang KERDIL. Kita hanya mampu MERANCANG, hanya DIA yang maha dan lebih mengetahui. Moga hidup kita semua diBERKATI amin.

Maaf jika ada yang tersinggung dan terasa dengan kata-kata dan pendapat I di sini ya. Jari sepuluh di susun, dan maaf dipinta dari kalian semua pembaca blog ini.

Sekian, maaf sekali lagi.


Tuesday, January 11, 2011

Mama Kembali Ke Sekolah

Bukan Mama la sebenarnya......kids is back to school actually....


Hahaha, kelakar je bunyinya kan kan kan, mama back to school. Start on Monday, 7 January 2011, tiap2 malam tugas baru ku adalah menyusun buku-buku sekolah my girl Mia mengikut jadual waktunya yang baru dia terima last week. 

Dulu masa afiq standard one, mama jugak yang lakukan tugas yang sama setiap malam tapi 1/2 tahun sahaja sebab abang memang cepat berdikari, Mama cuma pantau his homework je. Susun buku semua abang buat pada 1/2 tahun ke-2. Harap Mia pun boleh berdikari seperti abangnya. 

Esok Mia kena balik sendiri sebab abang dah mula dengan aktiviti kokonya at SKBF2, KL. Take care sayang. Please..please dont talk to strangers ok. 

Monday, January 10, 2011

Selesai Akhirnya

Akhirnya selesai juga tugas mama nak kemaskan dan letakkan apa yang patut untuk bilik tidur my princess Mia. Tahu ni Mia dah kena tidur di bilik sendiri. Jangan bila terjaga malam, kakak lari tidur ke bilik abang sudah lah ya. Dia dah terbiasa tidur ramai bertiga. Bila sorang2 dia takut. Mama dah pesan dengan abang awal2, bila tidur kunci pintu bilik dia. So malam ni Mia dan Dina akan tidur sekatil. masa kecik2 ni boleh la..Dah besar sikit nanti kenalah mama belikan katil double decker. Malam pertama ni she is so excited. You have to sayang...you grow up....kecik2 dulu boleh lah tido ngan mama. Sekarang tidak lagi, you have to sleep at your own room dear. Ok good night...sweet, sweet, sweet dream yaaaa....



gigih mama memasang kabinet buku2 kakak ni...sampai terbalik hehehe
 
tadaaaa dah siap, dah boleh susun buku-buku sekolah kakak



My princess Mia room, siap lampu lip lap2x lagi........


thanx ayah nizam n mama bam, hadiah kan kakak ......tak lah kakak tido malam kepanasan......


penuh bilik Mia ngan sticker...macam2 design

Friday, January 7, 2011

Important Tasks

Balik je keje, belum sempat mama letak bag, belum sempat mama mandi, belum sempat mama makan, belum sempat mama hilang kan lelah ni. Damia dah menjerit-jerit....."Mama cikgu kakak dah bagi buku2 Teks dan buku2 Aktiviti, [dulu aku panggil buku kerja], Mama..mama cikgu suruh tulis nama dan balut sekali ya". Cikgu ada bagi surat dan jadual waktu mama". Tanpa menyalin pakaian, belum sempat mandi, aku telah memulakan tugasan seorang MAMA di awal2 tahun begini. Buku2 Abang dah selesai, tagkan nama dan balut. Dan hari ni giliran for my girl MIA pulak. Ada 17 buah buku2 yang perlu di tagkan nama dan dibalut. Akhirnya selesai....lega....hati MAMA.......



Syukur pada nya MIA di kelas 1 Bestari, semoga prestasi ni berkekalan....Mama akan sentiasa doakan kamu....



Belajar pandai2 ya sayang, sampai ke menara gading macam Pak Lang..........


Monday, November 15, 2010

Mia Loves Colouring and Arts

Mia moncong.....


Mia Arts

Mia L.O.V.E colouring







Mia exercise books at Pre school




i got 'A' for this




Saturday, November 13, 2010

Mia Convo '2010

Hari ni hasrat utk bangun lambat tak kesampaian, seawal jam 7.00 pagi Mama dah bangun dan siap2kan anak2. Hari ni Nur Sarah Damia konvokesyen Pra Sekolah dia. Untuk yang kesekian kali nya dia buat benda yang sama untuk 2 tahun berturut turut.
Alhamdullillah Mia dah TAMAT Pra Sekolah, tahun depan akan masuk ke Tahun Satu.
Sekolah yang sama
Rutin 5 hari yang sama - bangun seawal 5 pagi
Bas Sekolah dan sekolah yang sama.


Yang Lainnya Cabaran yang Makin Besar
Guru-guru baru
Uniform baru...Undang2 baru
dan Kena Lebih berdisplin


Selamat Menempuh Alam Baru Mia
Belajar hingga ke menara gading
Perjalanan mu Masih Panjang
Bersedia dan persiapkan lah dirimu sayang


Kita tidak akan tahu 'TAKDIR' kita di masa akan datang. Berusaha dan buatlah yang terbaik untuk diri sendiri dan buat yang terbaik untuk mama
[sudah acapkali ucapan ini dan yang sama untuk anak2 bila entry untuk mereka].
Dah naik muak kalian membacanya.....huhuhuhu


Dulu mama masing2 gi sekolah naik satu bas, tak sangka sekarang anak2 plak satu sekolah
Mama n my Princess Mia
Mia wif her teacher Pn Halimaton her son Faiz 





Thursday, October 28, 2010

Orang Berbudi Kita Berbahasa

27 February 2010, ingat tak lagi "Besday Party" Mia at her kindergarden, SK Brickfields 2, KL. Sekotak besar Mia bawak balik present from all her kindergarden friends and teachers. Semenjak dari bulan itu dan seterusnya hinggalah Oktober 2010 ini, mama tidak henti-henti membalas budi kengkawan Mia tu. Every month ada je "Besday Party" her friends dan ini adalah rutin bulanan Mama. Membeli, Membalut hadiah2 untuk kengkawan Mia.
Kengkawaan Berbudi Sarah Damia Berbahasa
Kengkawan Memberi
Sarah Damia Merasa
Dan Tiba masanya
Budi kalian Sarah Damia Membalas.


Terimalah buah tangan yang tidak seberapa ini buat Mia Friends. Hope you guys Happy


HaPPy BiRThdAY to : Sayyidah dan Aleeya

Wednesday, May 5, 2010

Rotan

Eeeeee geram betul, hilang sudah kesabaran MAMA. Balik keje last friday and I'am really PENAT ok. Afiq mengadu Mia toreh sofa ngan PiSaU LiPaT. Padahal pisau lipat tu mama simpan kat tempat yang betul2 tinggi. Dia ambik kerusi panjat almari dan ambil pisau lipat tu. Mama sayang sangat sofa tu sebab kawan Mama hadiah kan masa mula2 pindah rumah aritu. [Thanx to my friend Sabrina]. Sorry anakku dah rabakkan NYA. huhuhuhuhu, MAMA so sad. [MAMA sabar lagi tak ROTAN pun MIa, just marah2 manja gitu].

On sunday, mama when for aerobik [nak buang LEMAK2 yang dan BErLEbiHan :D], bila mama balik at 9.00 am, Afiq mengadu lagi. Lagi pasal MIA. [apa pulak yg dia buat kali ni]. Mia Baling hanphone abg. Afiq sampai berderai. Kali ni MAMA betul2 dah tak Leh SABAR ok. Apalagi kena rotan lah Mia sampai tersedu-sedu.

TO NUR SARAH DAMIA : MAMA soooo SORRY Mia, tolong lah sayang barang2 dalam rumah ni ok, bukan senang mama nak dapatkanNYA.

Thursday, April 29, 2010

Damia 6th Besday Party Kindie

Every end month Mia KIndergarden akan celebrate for the student mengikut TArikh LAHir masing2. Sekolah akan provide FOODs and parents cuma kena bawak BeSDaY Cake Je. So on February aritu DAMIA celebrate 6th Birthday at her Kindergarden, SK Brickfields Dua, Kuala Lumpur. She so excited and so happy. Happy sebab Dapat BANYAK PRESENT from her friends and teachers. Dah lama tak der 'Birthday Party' for the kids. Last party is for the last 3 years. Afiq and Dina dah bising2 tanya bila nak buat 'Birthday Party' for them. Insya'allah kalau MAMA ada REZEKI lebih MAMA akan buat nanti ok.
SO friend ENjOy the PiTuRe...OK. Lets the pictTuRe Talk On MY BEhalf. :D