About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...
Showing posts with label Me. Show all posts
Showing posts with label Me. Show all posts

Tuesday, December 31, 2013

Terima Kasih Kalian Semua

tentu korang tertanya2 kenapa blog ni sudah titak berupdate. Banyak sebenarnya yang hendak diceritakan. Tapi biarlah ianya terlipat di dalam sanubari sejarah hidup sedih ini. Ini adalah yang terakhir. Terima Kasih kerana sudi menjadi pembaca setia blog ku untuk selama 4 tahun kebelakangan ini. Cerita dan coretan aku banyak yang berkisar sedih dari gembiranya. Cukup setakat ini saja rasanya. Kerana lagi banyak aku menulis. lagi banyak cerita sedih yang akan aku paparkan. cukup. cukup cukup cukup sudah. cukup sampai di sini saja. Jutaan terima kasih yang mampu aku coretkan. Terima kasih dan terima kasih atas segalanya. Biarlah perjalanan hidup selepas ini menjadi milik peribadi aku sahaja. Tiada kesudahannya. Begini jualah pengakhirannya. Sama tiada bezanya. Noktah. Selamat Tahun Baru, diharapkan kalian akan terus gembira dengan insan2 tersayang. Entah kenapa setelah apa yang berlaku pada 2013 ini, rajuk ku ini telah berpanjangan. Biarlah aku tertimbus dengan kehidupan ku sendiri. Tergamak mereka....mereka perlakukan aku demikian rupa. Depan manis belakang ditikamnya nya aku. Aku maafkan semuanya. Biarlah DIA sahaja yang maha mengetahui sekian. Terima Kasih dan Selamat Tinggal. Maaf atas segalanya. Terlalu kecewa dengan apa yang berlaku. Aku doakan kalian bahagia selamanya. 


Friday, December 27, 2013

JUMAAT TERAKHIR 2013

Wahai Jumaat Penghulu segala hari....

semoga jumaat akan datang lebih bahagia
semoga jumaat akan datang lebih muhasabah diri
semoga jumaat akan datang lebih murah rezeki
semoga jumaat akan datang lebih berseri

semoga jumaat akan datang lebih gembira
semoga jumaat akan datang lebih memberi pedoman
semoga jumaat akan datang lebih hidayah
semoga jumaat akan datang lebih bersih hati

semoga jumaat akan datang lebih beriman 
semoga jumaat akan datang lebih sentosa
semoga jumaat akan datang lebih berhikmah
semoga jumaat akan datang lebih tawaduk

semoga jumaat akan datang lebih khusyuk
semoga jumaat akan datang lebih sehat
semoga jumaat akan datang lebih tiada hasat dengki
semoga jumaat akan datang lebih harmoni

semoga jumaat akan datang lebih rajin
semoga jumaat akan datang lebih berusaha
semoga jumaat akan datang lebih peluang 
semoga jumaat akan datang lebih ruang

semoga jumaat akan datang lebih sabar
semoga jumaat akan datang lebih dilindungi 
semoga jumaat akan datang lebih dihindari 
segala keburukan, kejahatan dan hasutan.....

Semoga jumaat akan datang...

anak-anak ku akan

menjadi anak3 yang LEBIH berjaya 
dunia dan akhirat

amin

harap ianya bukan JUMAAT yang terakhir buat ku.....



Thursday, December 26, 2013

Tuesday, December 24, 2013

WEDNESDAY, ehh silap TUESDAY

Wordless Wednesday esok la Puan Blog, cakap...cakap....cakap banyak3. Bukan cakapla menaip banyak3. Tak kira nak cakap jugak. cakap...cakap... cakap... teringat my boss 4 thn dulu.. hahahaha... I pemalu boss..... huhuhuhuhuhu. Tahun ni saya tak der appraisal. Colleague yang lain good luck la ya for today. No appraisal and no BONUS huhuhuhu. Sakit sangat tahun ni. Sian anak3 sekolah nak buka dah. just around the corner. Ngan kete kecil ku pun banyak meragam. Betapa pentingnya BONUS pada aku. Harap gaji bulan3 hanya tuk makan jer. Holiday pun jangan ngada3 nak sebut ya. Ermmmm beruntung laaa yang dapat gi holiday tu. Kadang2 sampai 2 tempat kejap penang, kejap kang dah kat sabah ya. ermmm. dah la liza tu rezeki orang. ermmm.....ok lah malas nak cakap3 apa3 lagi. oppsss.. malas nak menaip banyak3. Lagi banyak menaip lagi sakit hati. Cemburu ke aku. Sape yang tak cemburu. Dah tahu aku memang tak mampu. So korang tak yah lah nak show off kat aku. Erkkkkkkkkkk...arrrrgghhhhhhhhh. its ok. iam happy for what am I today. melayan anak3 yang kadang2 buat mama naik hantu. hahahahaha. Hari2 bebel2. hehehehe sorry kiddos. ok esok cuti. dok umah diam3. ya

WEDNESDAY MENU - SambalTumisIkanBilisPetaiUbiKentang.....





MAHALNYA nak gi Sunway Lagoon. Kiddos dok umah diam2 la ya sayang...
senang2 nanti mama bawak gi kemensah jer, baru 1.50 per enterance...
rendam la sampai kembang....ermmm,,,

yang kayo tambah kayo.......


SORRY

cik ellywonderland pinjam picture ya...
dengan x mintak izin....




Sunday, December 22, 2013

saya sgt BERPEGANG pada JANJI

sooooo saper2 yg sudah berjanji 
sesuatu pada saya sila tepati janji anda. 
sebab saya tengah susah sekarang ni.

Thursday, December 19, 2013

Monday, December 16, 2013

BANJIR + X DER AIR

ohhhhh masalah-masalah besar ni. Selangor dan Lembah Klang akan hadapi masalah air, tiada air atau kekurangan air. Pantai timur kecoh sana sini sebab terlebih air-air yang tidak diundang. Musim banjir bermula dan kali ini lebih dasyat. Sangat bersimpati dengan mereka-mereka yang terlinat dengan banjir ni. Tapi tak per banyak sangat pihak yang datang membantu menghulurkan tangan ringankan beban mangsa-mangsa banjir ni. Pepatah berbunyi 'kera dihutan disusukan, anak dirumah  mati tak makan'. Yup this is the fact. Berduyun-duyun bantuan tiba dari setiap ceruk. Ermmm. Semoga mangsa-mangsa banjir tabah menghadapi ujian dari dia ini. Semoga Bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat mengurangkan penderitaan dan beban mereka2 bagi menghadapi banjir ini.

Haa ni yang pening, SYABAS keluarkan senarai kawasan-kawasan yang akan terlibat dengan kerja baikpulih penyelengaraan. Susah woo tak der air. Susah nak masak, mandi, mencuci. Biarlah tak da tenaga elektrik jangan tak da air. Dok tinggi-tinggi ni lagi payah nak mengangkut bagai. ermmmm. air oh air.

Thursday, December 12, 2013

ohhhh....

anak3 yang terlampau disayangi
ditimang2... di berikan segalanya
Diberi itu ini....
Yang di lebihkan dalam segala hal
Semuanya diberikan keutamaan
....dah besar nanti
semua tinggalkan ....
Lupakan....
belajar, then kawin.........
ermmmm. belum tentu ada yang boleh jaga 

ALL THIS WHILE....
orang yang menolong semua bersebab
dah tak der sebab
saper pun tak nak tolong
They have their own agenda.....
Pentingkan tempolok masing-masing.

sikit2 dapat tahu...
in shaa allah buat semua dengan ikhlas...
end up kain buruk ni laaaaahhhh....
yang seronok....yang gembira....siapa???


Cakap salah
tak cakap pun rasa bersalah.......

Semakin lama..
Semakin hari..
Semakin Tua..
Semakin Senja..
Pengalaman banyak memberi PENGAJARAN...
Buka Mata yg dah RABUN ni

Buka Akal yg dah makin TUMPUL ni 

Too Much selfish here and there
Pertolongan sebenarnya ada hidden agenda
Pertolongan sebenarnya bersebab.....

Sebab kain buruk ni tak ada guna
Kain buruk ini tidak pernah membantu
Kain buruk ni tiada apa-apa
Kain buruk tidak ada apa yaang penting
dan tidak berkepentingan
dan tidak perlu bantuan dan pertolongan
Kain buruk... buruk lah......






Wednesday, December 11, 2013

Semua kena handle and fikir sendiri

almost 2 month start with new job, new boss. baru pun tak baru la jugak. it really better offer. ada lah extra sikit. Ini jer cara nya nak earn extra income. Move on, life goes on. Orang yang tak nak berubah dan hanya tahu nak mintak tu lantak pi ka dia la. Apa daya aku lagi kan. Walaupun sayang sangat nak leave the old office. Ye lah macam-macam benefit ada kat sana. Family day a.k.a company trip, yelah merasa jugak kids nak berholiday. Harap kan gaji mama manjang x cukup kan. Kalau ada apa2 emergency nak guna duit ada zikop. Yang lain-lain tu sure company lain pun sure providekan. its ok rezeki kat mana-mana dan berbeza-beza dia nak bagi pada kita. Rezeki anak-anak. Mama tumpang jer.

Pejam celik, pejam celik less than 2 weeks je lagi sekolah nak buka. New year 2014 just around the corner. Keperluan sekolah banyak sangat yang belum settled. New unifor, new school bag, new shoes, new socks, new new new. Walaupun sepasang mama will make sure anak3 mama akan ada uniform yang baru. Ye lah all this while pun mama yang kena buat, mama yang kena decide, mama yang kena sediakan, mama mama mama dan semuanya mama. Dah 15 tahun dah. Mama memang  very independent mama kan. Strong mama. Semua keputusan pun mama tentukan walaupun end up nya kena maki hamun. Buat apa nak pakai keputusan orang yang tidak pernah ambil peduli. Cakap pung pang, pung pang sana sini, macam dia lah yang hebat. Dia lah yang bagus. Ermmm. Tahun ni perit sikit, mama tak der Bonus hujung tahun. Pening nak fikirkan mana nak pinjam dan bayar balik by installment scheme yang tidak membebankan. Ok lah cuba nasib, dapat dapat lah. tak tak lah.  


Checklist
Persiapan Persekolah 2014 - Afiq, Damia & Dina
Buku-Buku + Yuran + Duit Bas Sekolah
Roadtax Insurance + Car problem + Tayar + Service +++++
Installment with DBKL ++++ [half debt settled]




Tuesday, December 10, 2013

Wednesday, November 27, 2013

gali lobang tutup lobang

ermmm camtu la nampak gayanya. tapi syukur pada NYA sangat2 bersyukur sebab banyak masalah dan banyak perkara sudah dapat diselesaikan. walaupun terpaksa meminjam sana sini. thanx to my chinese friend yang sudi bagi pinjam tanpa faedah.  thanx babe. i will pay back by installment yang I mampu bayar balik dan yang penting tidak membebankan I and i still can survive for life. Thanx a lot. Really appreciate it. Walaupun gali lobang for tutup another lobang. Terasa ringan bebanan ini. Ermmm tapi dalam masa yang sama ada orang yang nak tambah beban masalah saya. Memang ya saya bercerita pada kawan2 yang rapat tapi apa yang mereka dapat bantu. Tapi, terima kasih banyak-banyak kerana sudi mendengar. 1 juta pun memang sudi jadi pendengar setia. Tetapi tak perlu la nak jaja my bad story to other people, especially my enemy. Yes, i knew it, my life was not interested at all. Saya sedar diri. Tak perlu hina saya ya. Terima kasih buat saya macam ni. Terima kasih banyak-banyak. Saya bukan mintak kamu longgokan duit kamu pada saya. Tapi jangan buat saya macam ni. Kalau kamu bagi pinjam pun saya akan bayar balik, bukan ambik duit orang macam tu jer ya. Saya tahu saya berhutang dan saya akan bayar. Ni dah lah tidak bantu pinjamkan wang untuk saya selesaikan masalah saya, dijaja pulak kesah sedih saya ni. Ermmmm dunia, dunia. Terima Kasih ya. Terima Kasih sekali lagi. Terima Kasih layan saya macam pengemis dan terima kasih kerana jaja kesah saya jugak. 

Yup, memang ada baitulmal dan beratus2 yayasan dan agensi bantuan tapi macam tidak membantu. Kita dilayan seperti peminta sedekah. Kesian my friend dah attend berkali-kali temuduga, tapi masih tak dapat padahal ibu tunggal tu. Ermmm fahamlah sikit mereka bekerja bukan nya selalu boleh mintak cuti. Bila berjumpa dengan Tuan Rumah, kita balik dihina dengan kata-kata cacian. Macam ni ke nak membantu rakyat. Adakah rakyat macam saya ni mintak semua ini berlaku. Kami mintak ke hidup susah macam ni. Walaupun kesusahan dan kepayahan ini pihak lain yang cipta dan orang2 macam kami jadi mangsa keadaan. Ya, mangsa keaadan. Sewenang-wenang korang hina. Terima kasih atas penghinaan ini. Walaupun penghinaan ini harus ditujukan pada pihak yang lain, pihak yang sepatutnya. Ya saya nak bayar tapi dengan kemampuan saya. Bukan saya nak dok free. Bukan saya sengaja. Orang lain yang sengaja, bukan saya. Tak boleh dah lah, ni korang hina pulak. Ya..ya..bayar memang tetap akan bayar, saya bukan nak duduk free. Saya datang nak selesaikan perkara-perkara yang tertunggak. Oh senang jer jawap "no such thing, no such payment" simple and easy. Terima kasih banyak-banyak kerana membantu rakyat tidak mampu macam saya ni. Terima kasih sekali lagi. Nasib kita berbeza-beza ya.

i seen of karma 
happen to those who 
backstabbing me.

i believe to Allah swt
setiap perbuatan jahat akan menerima pembalasan.

ampunilah aku ya allah... 
semua yang baik2 adalah dari MU jua
dan yang tidak baik itu adalah dari aku hambamu yang kerdil lagi hina.....

:( 






       

Tuesday, November 26, 2013

felling sad....

I can eat at the same table with my enemy ..
though I knew ....
they would stab my heart with a sharp knife ..
forgive but not to forget...

Monday, November 11, 2013

15th... 11.11...

Yang manis, ermmm. yang pahit perit masam masin terlalu banyak. Derita berpanjangan. Dari pandangan mata kasar memang nampak jer bahagia. Tapi siapa tahu dari pandangan mata halus, yang halus dari pasir yang halus itu, memang tidak siapa yang tahu. Terus menghadap takdir tuhan yang maha esa ini. This is my fate. Harungi jua demi anugerah nya yang 3 ini. Walau bagaimana payah dan perit tetap perlu diteruskan. Sesungguhnya tidak berani melakukan apa-apa tindakan dan perubahan untuk masa yang akan datang. Hadap jer dan harunginya walau berjuta kerikil dihadapan. 


Friday, November 8, 2013

usahalah sendiri...bukan asyik nak mintak2 jerrr.....

apalah daya lagi semua kemahuan kehendak kesenangan walau tidak mewah telah diberikan. tanggunjawap yang sepatutnya pun semua dipikul dan dilaksanakan. Sampai hutang keliling pinggang. Permintaan kali ini memang terlampau dan sudah melampau. Semua kehendak dan keinginan sendiri sudah diketepikan. 

Lupakah pada permata hati yang 3 ini juga perlu diberi makan, perlu diberi perhatian, perlu dipenuhi keinginan. Terlalu pentingkan diri. Ya allah apa lah dayanya lagi. Hanya pada mu tempat mengadu. Apalah lagi kudrat yang ada ini. Kesabaran sudah setinggi awan. Apa lagi. Apa lagi. Tidak diikutkan, diri sendiri yang susah. Ermm. Ya Allah Dugaan MU ini. Apakah dimanakah kesudahannya. Tidak layakkah diri ini gembira. Anak-Anak bukan beban. Tapi yang satu ini memang beban, sangat-sangat terbeban. 

Bilakah ianya akan berakhir. Semua ini adalah kehendakMU. Jika ianya berakhir, akhirkanlah dengan perkara-perkara dan berita-berita yang baik-baik. Hanya kau maha mengetahui apa yang tersirat dan tersurat. Berilah peluang untuk membahagiakan mak dan bapak serta Anak3 yang 3 ini. Tapi sampai bila semua ini akan berlarutan ? 



picture ehsan mr google.....