About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...
Showing posts with label Damia Dina. Show all posts
Showing posts with label Damia Dina. Show all posts

Tuesday, December 3, 2013

boys cut....

mestilah berSEBAB mama memendekkan rambut my gegirls ni....
biasa la sekolah kan..... serangga jahat yg suka menakluki kepala, get it from their
schoolmate, tension mama akhirnya ku hantar ke saloon na gunting pendek :D.....

"ni lah gaya rambut mama, bam, atam & acu when we was child,
atok a.k.a bapak ku memang x suka anak2 pompuannya berambut panjang"

Sunday, September 29, 2013

etika program yg BEST....

Pertama kali keluar umah dengan umah tak settled kemas. Ermmm myself buzy lately and asyik la keluar malam. Semalam seawal 6.00am dah bangun nak bawak the double D for program riadah. Myself kwna pandai grabe the opportunity. Yelah nak berprogram sendiri tak mampu. Melangkah jer kaki ni semeua nya $$$$$$$$. Program anjuran etika takaful insuranse percuma for pantai ria kids. Macam-macam acara telah diatur. And my double D had so much fun. Makan.Permain.Hadiah. Semua nya menarik. And now lets the picture talk on my behalf.

Sunday, September 22, 2013

Saturday, August 24, 2013

baru lepas kena rotan...

alamak mama dah 6.20am. bas sekolah dah terlepas. alarm clock ring ring tadi mana tertido balik. sorry kids. terponteng sekolah ganti hari ni. tapi itulah yg both of them bising2 kat telinga mama malam tadi. mama kitorang tak nak sekolah esok. boleh. me: no both of u have to go to school tomorrow. full stop. and end up mama terlolap. 7.00am wake up wash all thd school uniform n shoes. both of them tengah bergaduh. apa lagi 3,4 das rotan melekat kat badan. dah kena rotan baru nak baik2. kalau x asyik lah nak bergaduh jer keja nya, Kalau baik bukan main lagi. 

Semalam alasan tak nak ke sekolah ganti Damia sebab  tak sempat nak salin homework dari white board sekolah semalam for Pendidikan Jasmani subject. Cikgu nak rotan katanya. Ermmm teacher sekarang zaman dah canggih. Print jer la dari computer dan bagi jer pada murid2. Bukan nak salahkan cikgu pun. Damia pun satu mengeleh lebih, ya Damia sangat manja dan mengada-gada. Menulis memang agak slow. 

Dina pulak alasan tak tahu homework 'Bahasa Arab' oh teacher saya memang tak mampu. Bapak saya dulu pun sekolahkan kami 5 beradik ke sekolah Kebangsaan sahaja. So saya memang tak pandai nak baca Arab. Bila ada homework Arab anak2 selalu saya fail nak tunjuk ajar. Nak kata saya bengap dulu, tak lah sangat kan sebab saya boleh baca bahasa melayu dan english dengan baik. Arab memang kena ke sekolah agama. Saya tak pergi sekolah agama. Anak3 saya pun tak ke sekolah agama. Kami tak pandai nak baca Arab. Sebab kami tak mampu. Kalau saya mampu jangan kan bahasa Arab, Bahasa Jepun, German, semua saya hantar anak saya kelas tambahan for all the subject. Tapi alhamdullillah anak sulong saya dah Qatam Al-Quran dan Damia Dina masih dalam proses ke arah itu. amin syukur pada MU YA ALLAH. 

Sorry saya bukan nak salahkan cikgu. Kalau nak kata anak3 saya ni tak pandai, tak lah juga kan. Terima Kasih pada semua cikgu2 yang pernah mengajar anak3 saya. Sebabkan cikgu anak3 saya boleh memgeja dan membaca bahasa melayu dengan sangat2 BAIK. Tidaklah anak3 saya tergolong di dalam golongan BUTA HURUF. Terima Kasih Cikgu. Cikgu2 saya dan cikgu2 anak3 saya. Terima Kasih Tidak TERHINGGA. 

Tuesday, July 30, 2013

TQ Bam

Tq bam jadi la kan daripada x der langsung. Selai tshirt yang sangat cantek. Girls love it. Tq again.

Sunday, July 21, 2013

Puasa x Penuh....

Puasa satu hari. Esoknya x puasa. Selang Seli. Camtu lah kerenah my 2 gurl ni. Sian nak paksa2 puasa. Perut jenis x tahan. 1st day puasa lepas jer berbuka muntah. Perut masuk angin. Sian mama tengok. Belajar puasa slow2 ya kakak ya adik. Balik sekolah kalau lembik sangat mama suh berbuka jer x sampai hati nak suh puasa penuh. Tak per ya at least belajar berpuasa ya anak2 ku. Bunga api pulak wajib, tapi weekend jer. Ralat rasanya mama nak bakar duit2 hari2 harap anak2 faham ya. Yang mencari mama sorang :(. Janji merasa main bunga api ya dari tak merasa. 

Thursday, February 28, 2013

DD story




Double "D" dah ready nak ke school mama. Pagi ni mama kerajinan sangat, bangun awal, masak nasi goreng. jadi dengan ini hari ni anak2 bawak bekal ke sekolah. nasi goreng ikan masin :D. Dan seketul KFC lebih semalam, elakkan pembaziran. 

nasi goreng ikan masin + ayam goreng kfc.......



Damia hari ni sebuk nak pergi latihan bola jaring wakil sekolah. "tak yah la kak, badan kakak kecik sangat, tak sesuai, tunggu kakak darjah 6 ya"... "ok mama" balas Damia. Lega sebab Damia dengar kata. kalau tidak saper pulak yang nak ambik dia lepas waktu sekolah nanti. she is a girl and me memang tak harap dia naik bas luar, she still small and for me girls Damia n Dina will always small. "Dina  pulak cikgu kata adik tak yah sekolah hari ni, sebab adik semput"... "aik bila pulak anak aku ada semput, cuma batuk biasa jer kan" cikgu jangan macam2 ya, kalau betul kenapa tak call jer semalam. Moga cepat baiknya batuk Dina tu. Weekend aritu atok razak dok jamu ais krim, haaaa kan dah batok......

Dugaan sangat dan maha hebat nak besarkan anak-anak perempuan ni ya. afiq anak lelaki yang sangat matang, umor 5 tahun dia dah pandai jaga diri sendiri, pergi kedai, tapi hati mama tetap risau. terlebih kawan tersilap langkah bahaya jua yang menanti. Anak2 perempuan lagi lah berganda risaunya mama ni. ya'allah lindungilah anak2 ku semasa mereka tidak di dalam penglihatanku, bahaya ada dimana-mana moga engkau memelihari keselamatan dan kesejahteraan mereka Afiq, Mia & Dina.  


lain risau mama, ada orang tu "ala tak per, biarlah pandai la"
no I'am not that person " "...... readers bukan anda semua ya...
orang itu adalah "....." adalah........

Wednesday, January 23, 2013

Kesah Roti Canai + Public Holiday Esok

Dah 3 hari sesubuh sepie si Dina mintak belikan roti canai, dah naik lemas mama menjawap, 

mama:
"weekend jer la kiter makan roti canai ya dik, 
mana mama nak cakau roti canai 6.00am 
in the morning ni sayang oi".... full stop.......

dina:
"ala mama masak la roti canai sendiri"

mama:
"x kuasa la mama nak menebar roti canai dik oiii"
"adik nak suh mama bangun 3pg tebar roti canai pulak ke"

dina:
yela la.... [adik please jangan dera mama cam ni ya, cian mama]

balik jer keje petang tadi dalam hujan lebat dengan gigih mama mencari rori canai for dinner  tonight. 

dina:
"ermmm sedap la mama, adik nak makan 2 keping"

mama:
"makan la dik, dah... pasni janji jangan mintak roti canai sesubuh ya anakku"

dina:
"ok ma, hilang kempunan adik 
[ishhh tahu ke maksud kempunan tu]

lepas dinner, mendobi school uniform, and now rehat kan minda berblogging. Damia Dina dah tidor awal kepenatan. abang out for barber, dah panjang rambut katanya. pergi cepat sebelum cikgu hadzari [my ex discipline teacher and he so garang, jangan dia cam aku sudah, banyak gak kantoi buat hal merapik ngan dia dulu errmmmm- hahaha] mencantas rambut mu itu lebih baik gi kedai cantas dulu. esok pagi ada pemilihan footballer SMKB [Integ]. pergi la abang, dah itu minat abang. hati-hati, tangan tu belum baik sangat. esok public hoilday. me damia dina rehat kat umah sajor. makan ala kador sajer. 


Dialog masa dinner tadi

Damia Dina:
"ma, esok cuti, kiter gi jalan-jalan nak"

Mama:
"dok umah diam-diam....full stop"



SALAM MAULIDUR RASUL to ALL MY READER'S
yang memandu ke arah utara, arah selatan, selamat memandu
hati-hati di jalan raya, love you take care

and happy holiday









Saturday, January 12, 2013

Nyawa tuk 8 Hari Sajor

amboi panjangnya tajuk n3 kali ni...
mama :D

amboi berat ya beg tu, banyak sangat bukunya. 
dah koyak dah patah rodanya. 
rosak sudah.....
mama tak salah kan you all pun damia and dina. 
dah salah mama sendiri kan .....
belikan pun beg sekolah yang murah. 
itu sajor yang mama mampu kan. 
janji meraso gak nak act like a stewardess, hehehe. 
hayat beg hanya bertahan selama 8 hari :D. janji raso. 
sudah meraso daripada tak do langsong kan.....

Nah bahananya pakai la anak-anak beg sekolah yang lama. isnin ni....
bulan depan ada rezeki lebih 
mama belikan beg sekolah yang baru ya. 


Janji mama dapat sampaikan hajat the gegirls 
yang berhajat sangat-sangat nak guna beg berroda-roda
dah merasakan.... tak la kempunan lagi lepas ni :D




Sunday, December 30, 2012

TQ Pak Lang Bob

we all dah susun buku-buku sekolah untuk 2013 di sini. TQ again PAK LANG BOB.


Wednesday, November 21, 2012

2 budak kecik

balik keje senyap sunyi jer rumah. tak der lagi jeritan tarzan mama membising marah pada 2 budak kecik ni yang selalu buat sepah. 2 budak kecik ni yang selalu buat mama naik hantu bila balik dari keje. ader jer keje 2 budak kecik ni yang nak buat mama naik meroyan setiap petang. 2 budak kecik suka main ngan water colour sampai habis lantai mama dicatnya. 2 budak kecik yang suka campurkan susu, gula, sos sos dalam mangkuk, main masak-masak katanya. 2 budak kecik yang suka tukar2 baju yang verangan nak jadi artis ke model ke. 2 budak kecik yang suka makan. 2 budak kecik yang suka main air, picit colgate banyak-banyak dan habis kan sebotol cream shower mama. fuhhhh. 2 budak kecik yang sangat gembira merosakkan barang-barang mama. 2 budak kecik. oh budak kecik. 2 budak kecik ni jugak yang buat mama ketawa. 2 budak kecik ni jugak la yang mama kena layan bercakap tanya itu ini. 2 budak kecik yang suka sepah sepah kan rumah. sorang 6 year +++ and sorang lagi budak kecik 8 year +++. orang selalu kata 2 budak kecik ni twin. sorang golap, sorang lagi corah sikit la. 

eh sunyi jer rumah mana 2 budak kecik ni pergi ya. dah 2 minggu rumah sunyi dan sepi tanpa 2 budak kecik ni. mana mereka menghilang ya. hilang 2 budak kecik, sunyi 2 budak kecik ini hanya sementara. kan school holiday ni mama telah menghantar mereka ke kem jati diri, perkasa kan minda serta fizikal di Teratak Tuan Ab Razak dan Puan Rajabee di Taman Pilah Senaling Kuala Pilah. hahahaha.  Wan Chomel jangan dera lebih-lebih ya. Atok Razak jangan bebel banyak-banyak ya. hehehehe. Jadi mama rehat latihan vokal lebih kurang 1 bulan ni :D. Latihan Vokal bersambung tahun depan. hahahahaha. 2 budak kecik jangan nakal-nakal. 2 budak kecik jangan main jauh daripada wan. 2 budak kecik sila dengar kata. dan 2 budak kecik mesti hormat orang tua. be a very good girls. its my 2 princess. Damia and Dina. the 2 budak kecik :D


Sunday, July 22, 2012

Cuba lagi esok.....

Hari ke 2 buat Damia and Afiq dan hari pertama buat Dina. Damia and abang ok tak der nak bising-bising penat ke, dahaga ke? Tapi si hitam manis ni 1st day berpuasa, ada bising sikit. Bising nak mintak minum jer. Hari ni berbuka macam-macam JUADAHnya, TQ MAK tapaukan lauk-pauk hari ni. Boleh simpan untuk berSAHUR nanti. Fuhhh, masa berbuka tadi dalam tak nak tak nak makan, 2x kali gak lerr ME bertambah nasi. Camner nak kurus ni mama. Ok Damia and Dina esok cuba berPUASA lagi ya. Go go go my kids. And hurrrayyyy, esok ME dah leh puasa :D.

my 2 princess 'old picture'......

Saturday, July 21, 2012

Maaf MAK BAPAK

Maaf MAK BAPAK, along tak dapat nak balek sambut 1st Ramadhan kat kampong ya. Damia n Dina sebagai penganti ya. Nanti kita berbuka sama2 kat KL ya. Wah anak-anak mama ni puasa ke tidak. Kalau Puasa jangan berendam lelama ok. Damia Dina really had fun at Taman Pilah Senaling, KP, N9. Esok balik ok, isnin sekolah. 



Thursday, June 28, 2012

Girls HOLIDAY without Mama

Risau, mana tak risaunya. semua mama akan macam tu kan. Girls will at Port Dickson for 2 days 1 night wif my sis Bam + Ayah Nizam + Wan Chomel + Atok Razak + Ariq Zaidan + Ariq Zakuan and Bam Parents in Law. Girls take care of yourselves ok. Mama risau sebenarnya ni. 


Mama reminder for the girls :-


1. Dengar cakap semua orang dewasa;
2. Jangan noty-noty ok;
3. Jaga baju elok-elok, jangan cicir-cicir;
4. Jangan mandi di kolam dewasa;
5. Jangan mandi laut;
6. Mandi di kolam kanak-kanak sahaja ok;
7. Nak pergi mana-mana bagitahu Semua orang;
8. Jangan mandi tanpa orang dewasa, cause you all tak tahu swimming; 
9. Jangan sepah-sepah baju, mama tak der nak kutip;
9a. Jangan ikut orang yang tak kenal ok;
10. Jangan...itu;
11. Jangan ... ini....
12.Jangan...jangan...jangan...


ishhh ishhhhh mama banyak sangat jangannya tu......
Senang cakap JANGAN PERGI la. Huhuhuhu, 
Jangan cam tu la mama, Bam merajuk plak nanti....hehehehe
Dont' to much WORRY MAMA...
Tapi hati mama tetap worry to much ok.


YA'ALLAH, tenangkan hati ku..
dan LINDUNGILAH  CAHAYA-CAHAYA MATA KU.....
daripada BAHAYA..... 


Semoga mendapat percutian yang menggembirakan buat kalian,
semoga selamat pergi dan selamat balik di dalam perjalanan....
buat semua ahli keluarga ku... yang akan berholiday this WEEKEND :D




Thursday, June 7, 2012

Puas Mandi Pool

Dah dapat berendam, 
memang kepayahan nak ajak naik ya 
my 2 gegirls twin kembor tak seiras ni. 
rendam la puas-puas.......




mama tukang jadi jaga kolam....
panassssssssssss...balik KL
rentung sudahhhhhhhhhhhhhhh

Dah Lama Tak Jumpa Pantai







Tuesday, May 29, 2012

Damia n Dina

since friday my 2 black sweet princess dah tak der kat umah, sebab school holiday kan. lega mak ada kat kl. so me tak lah risau2 kan this 2 girl kat umah between Abang ada kelas tambahan every monday to thursday. thanx a lot MAK. 

Semalam my black sweet Dina dah call. 'ma, adik rindu mama'. 'ok sayang thursday mama datang ambik adik ok. kita nak gi dinner kannnn', sampai sudah vacation tu this 2 girls tak tau. yang they all tahu mama nak bawak gi dinner sajor :D.....surprise..... :D. Mama miss both of you gak. Damia memang sonok dok ngan bam, her 2nd mama, tak diherannya 1st mama. sebab 2nd mama rajin layan sana2 sini + jalan-jalan. 1st mama dok umah sajor.