About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Sunday, June 10, 2012

TQ SO MUCH ALLAH

sesungguhnya hina dan kerdil 
aku di sisi MU YA'ALLAH


sesungguhnya telah banyak yang 
ENGKAU pelihara untuk aku hamba yang HINA


sesungguhnya aku tidak layak untuk apa-apa dari 
MU YA'ALLAH


sesungguhnya apa yang berlaku adalah 
Qada dan Qadar MU, dan 


aku REDHO dengan semua ini.


YA'ALLAH aku ingin panjatkan 
TERIMA KASIH tidak terhingga


YA'ALLAH sesunggunya, 
tidak terbalas dari ku untuk semua ini........


YA'ALLAH sesungguhnya sudah lama 
aku melupakan MU


YA'ALLAH aku memohon dengan suci hati...
luhur dari sanubari ku


DEKATKAN, RAPATKAN, DAKAPKAN
hati kotor ku ini....
Semoga sentiasa berasa dibawah 
KESEJAHTERAAN MU..
Selalu... 


:((
:((
:((
:((
:((
:((
:((



Tuesday, April 3, 2012

Menangis Lah


~ Sesekali menangis.... hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambaNya yang lemah dan kerdil..
~ Sesekali menangis, jiwa kita dididik dengan indahnya sabar dan redha.. 
~ Sesekali menangis, percayalah, bukan Allah tidak tahu betapa hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan sedih, tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak dan lembut mengingati-Nya..

~ WALAU ENGKAU HANYA SETITIS AIR MATA MEMBASAHI PIPI...
namun dipohon agar setiap titismu BAWA
BAHAGIA ABADI buat hamba2Mu..
Namun Nilainya hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu... ~

Friday, March 30, 2012

h.a.k.i.k.a.t



HAKIKAT PERNIKAHAN !

♥ Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka pasangan akan selalu bertengkar jika… Servis di kamar tidur tidak memuaskan..

♥ Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrupt..
... 
♥ Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut..

♥ Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak..

♥ Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya..

♥ Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik , tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati..

♥ Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA ..

Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai ALLAH

Friday, March 23, 2012

akal waras

cuba bertindak 
menggunakan akal
cuba berfikir secara waras
tak kan sekali ketuk 
sekali nak jalan
kalau cakap banyak kali 
tahu nak marah
sekali cakap ingat la derrrrr
cuba hang pikiaq betui-betui


.
.
.
.
.
.
memperingati diri sendiri juga















p.e.r.k.a.h.w.i.n.a.n



perkahwinan ….
bukan sesuatu yang boleh dijangka
dicuba dan diagak-agak...
perkahwinan juga ibarat perjudian
jika nasib baik, maka baiklah habuannya
jika nasib tidak menyebelahi 
.....maka jadilah seperti tahi judi..... 



semuanya takdir dariNYA
Bila akad telah dilafazkan,
bersaksi dan berwali
Yang sememangnya dahulu 
adalah kehendak kita sendiri
maka tiada ruang untuk berpatah balik..
Apa jua yg berlaku selepas itu PASRAH...
tempuhinya walau betapa sukar pun ia..
Takkan ada ruang untuk kita menyesali sesuatu
 
 
Walaupun zahirnya Nampak bahagia 
di mata masyarakat
Tapi batin yang terseksa 
tidak siapa mengetahuinya
Walau terhiris dan luka itu parah 
dan amat menyakitkan
serta terseksa jiwa dan raga………..
Suka ketawa dan jalan berpimpin tangan mesra
Tidak semestinya bahagia
...semoga kita semua TABAH
...insyaALLAH ~ ♥  amin

Wednesday, February 29, 2012

Cuba Yang Terbaik


sedaya upaya untuk menjadi MAMA yang terbaik buat 
ABANG, KAKAK dan ADIK
[afiq, damia, dina]
belajar menjadi seorang yang sabar
dan 
bertolak ansur....

maaf kekadang mama to pressure
dan terlalu marah.....
:(
MAMALOVEYOU



1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she doe...s that.

2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.

3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.


4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.

5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.

Monday, February 6, 2012

MenDIDIK


Jangan kita mengeji tapi memuji
Jangan kita menghina tapi membina
Jangan kita menyisih tapi mengasih.
Jangan kita mengutuk tapi membentuk
Jangan kita mengherdik tapi mendidik


~Anak2 adalah permata berharga di dalam kehidupan

MEREKA anugerah terindah yang Allah 

titipkan buat kita..

POHONKANLAH kesejahteraan & kebaikan buat mereka..
MOGA-moga kita diberi ketabahan & kekuatan olehNya 
utk menjalankan amanah 
YANG telah dipertanggungjwbkan ini
InsyaAllah..

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul


Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yg mulia
Penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam Isnin 
Subuh yg indah
12 rabiul awal yg cerah
20 April tahun gajah 
Lahirlah zuriat yg dan Syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putera yg utama

Muhammad nama diberi 
Gelaran yg terpuji
Nikmat ilahi sama disyukuri 
Terima putera yg berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jd gembira
Terima Junjungan mulia.... 

Tuesday, January 31, 2012

Kawallah Lidahku

Anak2 Anugerah Allah swt
Berilah aku KEKUATAN 

Berilah aku KESABARAN 
Di Dalam MENDIDIK dan MEMBESARkan MEREKA...
YA ALLAH moga engkau 

kawal mulut ku dari mengeluarkan
kata2 yg tidak sepatutnya apabila terlalu marah.
Sememangnya semua yang terkeluar dari mulutku
TIDAK TERNIAT pun di dalam hati........
Moga anak2 akan berjaya dunia dan akhirat.....
insya'allah...
amin..............




Wednesday, January 25, 2012

Aku Perlu Tahu


‎"Ketika seorang ibu melahirkan, tidak pernah dia meminta anaknya hidup dalam kekecewaan, kesedihan, kesakitan dan kesengsaraan. Namun Maha Suci kuasa DIA yang menciptakan, setiap kebahagiaan dan kejayaan itu perlu lulus ujian demi ujian. Wahai hati, kuat dan tabahlah bagi mengharungi semua ujian ini..

DAN KITA PERLU TAHU????

"Percaya TAKDIR kita yang tentukan... Apa yang kita mahukan kita boleh capai. Beza antara org yg berjaya dgn org yg kecewa ialah kuatnya hati kita pada apa yang kita impikan. Semua boleh letak impian tetapi siapakah yang paling menginginkan dia yang akan capai. Ujian Allah itu tanda Allah sayang kerana Allah suka hambanya ingatNya, menyebut namaNya, berdoa memohon denganNya, mengadu kepadaNya..

Tuesday, January 10, 2012

Be Grateful.... :D

be grateful for what we have
be patient in chasing our dream & 
believe that everything has its time and place....
Remember Allah and 
He will not forget you..




Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Salam Maal Hijrah...

Selamat Tahun Baru...Tahun ISLAM
Apakah PENGHIJRAHAN aku utk tahun ini?????
Semestinya untuk KEBAIKAN aku
dan yang TERBAIK untuk ANAK-ANAK


Dan yang paling UTAMA
moga-moga rezeki aku dan ANAK-ANAK 
BERTAMBAH-TAMBAH.....
penentunya adalah RABU ini
semuanya dengan izin dariNYA
insya'allah, kalau ada REZEKI
Semuanya adalah REZEKI 
ketiga-tiga zuriat TIDAK TERNILAI ini...






Biarlah aku sahaja yang BERHIJRAH
kalau dia tak nak.....
kalau aku pun serupa dia....
habis lah rosaK SEGALANYA ......
cuba sedaya upaya PERBAIKI diri...
tapi ada satu PENGHALANG yang amat payah untuk 
aku lalui dan jauhi.... APAKAH...
entah...tapi nampak macam hampir berjaya....
PERASAAN....... itu masih KABUR...makin KUAT...
ENTAH LAH.....
????????????????


semua nya kehendakNYA.....
izin NYA..

sesungguhnya DIA.. merencanakan sesuatu yang baik
mungkin yang TERBAIK untuk aku......


izinNYA...insya'allah.....




Friday, September 30, 2011

Hidup Umpama Buku

SHARE this from my best friend.....Sab Patzie...




Manusia seperti sebuah BUKU. 
Cover depan adalah tarikh lahir, 
Cover belakang adalah tarikh kematian. 
Tiap lembar, adalah tiap hari 
dalam kehidupan kita & apa yg kita lakukan.Sekali tertulis, tidak akan boleh di'EDIT' lagi. 
Tapi seburuk apapun halaman sebelumnya, 
selalu tersedia halaman selanjutnya 
yang putih bersih, baru & tiada cacat.

Sama dengan hidup kita, 

Seburuk apapun dahulu, 
ALLAH slalu menyediakn hari yg baru utk kita. 
Kita selalu diberi kesempatan untuk 
melakukan sesuatu yang benar dalam hidup kita setiap hari. :)




note: macamana pulak kalau adalah manusia itu melakukan kesilapan, dan kemudian melakukan kebaikan dan kemudiannya melakukan kesilapan semula...


fikir2kan....renung2kan 
dan selamat BERAMAL

Tuesday, September 20, 2011

Redho Adalah Sebaik-baiknya





Kadang-kadang kita berdoa ...


untuk kuat tapi kenapa banyak dugaan.


kadang-kadang kita minta yang baik-baik....

tapi masalah pula yang timbul.



kadang-kadang kita minta bahagia...

tapi hura-hara pula datang.

Dugaan menjadikan mental kita kuat....

Masalah menjadikan kita berfikir...
Huru-hara menjadikan kita tabah...
Hebat kan Allah...
semua ada hikmah...

Wednesday, August 17, 2011

Hati Seorang Isteri




Kemuliaan hati seorang isteri adalah ketika dirinya mampu berkorban demi kebahagiaan suami dan anak-anaknya. Sekalipun suami yang bukanlah imam yang baik di dalam keluarga. Tidak pernah solat lima waktu dan kegemaran minum-minuman keras hampir menjadi kebiasaan. 

Tidak membuatnya menyerah. Semakin membuat dirinya lebih mendekatkan diri kepada Allah. Anak-anaknya dibimbing dijalan Allah. Mencuba sedaya  upaya menuju ke arah itu, walaupun amat PERIT dan PAYAH. Sekalipun tidak mudah, tidak membuatnya menyerah. 'Allah Maha Pengasih, akan membukakan pintu hati suamiku,' Itulah yang selalu terucap di dalam hatinya. Banyak orang-orang disekitarnya yang menyarakankan untuk meninggalkan saja suami seperti itu, tidak layak untuk menjadi ketua kepala rumah tangga apatah lagi isteri sebaik dirinya. Isteri yang setia itu memilih tetap tegar menjaga  suami dan anak-anaknya.

Sebagai seorang isteri menyedari semakin dalam cintanya pada suami maka semakin perit luka dihatinya, namun luka itu juga mengajarnya tentang ketulusan dan pengorbanan demi kebahagiaan orang yang dicintai. Justru diuji dengan berbagai peristiwa yang menyakitkan yang membuat hatinya terluka. Allah membentuk dan melatih melalui luka itu, bukan pada seberapa besar luka itu tetapi seberapa besar cinta yang dimiliki untuk menjalani luka itu. Kalau cintanya kecil, luka kecilpun menjadi beban yang berat. Namun dirinya memiliki kekuatan cinta yang besar, luka sebesar apapun maka dirinya mampu menanggung luka dan derita yang dialaminya untuk meraih keredhoan Allah.

Thursday, May 19, 2011

5

‎5 DEADLY TERMS USED BY A WOMAN;



1) FINE - this is the word used to end an argument when she knows she is RIGHT & YOU need to SHUT UP. 


2) NOTHING - means SOMETHING & you need to be WORRIED. 


3) GO AHEAD - this is a dare, not permission, do NOT do it. 


4) WHATEVER - is a woman's way of saying SCREW YOU. 


5) THAT'S OK - she is thinking long & hard on HOW & WHEN you will pay for your mistake. 

Tuesday, May 10, 2011

Besar Periuk Besar Kerak


Makin besar periuk
Makin besar keraknya

Dulu gaji 1k, lepas tolak epf socso dapatlah bersih 800++
Cukup jer nak makan anak beranak, 
dan bayar ansuran kereta

Bila gaji makin naik sikit
Mula la nak itu ini
pasang astro, streamyx dll..ikutkan hati

Makin banyak gaji
Makin rasa tak cukup pulak

Adakah manusia yang
tidak pernah CUKUP

Astafirullahalazim……

BERYUKUR dengan apa yang ada sekarang
Sangat…sangat …..sangat bersyukur

Cuma impiankan kehidupan yang lebih sempurna
Atas titik peluk ini
Dan demi memberi kesenangan 
dan kebahagian pada anak-anak
Itu saja….

Moga kehidupan lebih baik dari semalam
Bagi menempuhi kehidupan hari esok

Dengan rezeki dan keredhaan MU Ya Allah……

Syukur amin….Alhamdullillah…
Semua yang baik datang dari MU
Dan sesungguhnya yang buruk itu dari aku

Jauhkanlah dari kejahatan…
Sesungguhnya apa yang berlaku
Adalaha kehendakMU

Dan sangat2 percaya pada Qada dan Qadar MU
KAU masih sayangkan dan akan sentiasa menyayangi 
hambamu yang lemah lagi hina 

10 Mei 2011
9.30 pagi

Hargailah Sebelum Kau Kehilangannya






Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat."~


Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?


Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".