About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...
Showing posts with label Shafiq Akmal. Show all posts
Showing posts with label Shafiq Akmal. Show all posts

Saturday, November 9, 2013

14 tahun berlalu...

congrate my boy...my baby boy...mama selalu doakan kejayaan abang dunia akhirat...buat yang terbaik untuk diri abang sendiri ya...maaf ada kala mama tak mampu nak tunaikan beberapa permintaan abang...maafkan maafkan mama ya...buat yang terbaik...mama always support minat abang semampu mungkin...Congrate 1st place in Futsal Tournament... anak mama dah besar panjang...size mama 8...abang dah size 11...5 thn lagi lah tinggi melampai.

Saturday, August 24, 2013

congrate SA.....

congrate abang...... mama so PROUD of you my love.
my honeybee.my gem. 
You are everything for me. 
Teruskan apa yang abang suka dan minat. 
mama will support you until my last breath. 
Dengan izinnya In Shaa Allah. 
Amin. 
I just want you to know. 
you are my son dunia akhirat.


Tuesday, June 4, 2013

Kalaulah ada PILIHAN....

apa kena mengena tajuk ngan entry kali ni. ermmm ceritera sedih lagi. dah 2 hari mama diamkan diri. tidak ada sepatah kata keluar dari mulut dan lidah ini kelu buat anak bujang mama. mama telalu sedih. rupanya abang pun tidak mahu berbual lagi dengan mama. hanya tuhan yang tahu perasaan mama kala ini. tidak ada kata, tidak ada suara dari mama, bukan mama benci. tujuan nya hanyalah untuk mendidik. hanya ingin abang sedar kesalahan abang. rupanya keras lagi hati abang. hanya airmata peneman mama tika ini. sampai hati abang. sebolehnya mama tidak mahu menangis. apatah lagi bersedih begini. abang. mama sayang abang. bising mama. bebel mama. mama cuma mahukan yang terbaik buat abang :( ya hanya yang terbaik. ya'allah kuatkanlah hati ku. kuatkanlah semangat ku. lembutkan lah hati anak-anak ku. supaya mereka selalu dan akan tetap sayangkan aku mama mereka dan selalu mendengar kata dan menghormati aku mama mereka, ya aku mama mereka dunia akhirat. :(. Jangalah mereka diuji, janganlah mereka disakiti oleh dosa-dosa silam ku :(. Mereka tidak bersalah. 

Sunday, March 31, 2013

to my SON - SA

Remind mama and mama and mama and mama ok. mama is 2nd, 1st Allah......



Saturday, March 9, 2013

Mama Tetap BerSYUKUR.....


"siapa itu Afiq Damia n Dina, lawyer, doctor, engineer"

".......bukan bukan bukan"

"cuma ahli sukan wakil malaysia saja, insya'allah hehehehe"

ahli sukan pun ahli sukan lah, mama tetap bangga.....

moga berjaya dunia akhirat anak3 ku



Its saturday and tak leh nak bermalasan di katil spring empok ya. bangun pepagi juga. abang ada 'Larian Bangsar - 2013' at SMKB KL. Mama ingat larian biasa-biasa jer. Balik jer tadi mama abang tunjukkan medalnya. Alhamdullillah dapat tempat ke 7, Kelas Ketiga. Tahniah abang. Keep up the good work. Doa mama sentiasa mengiringi abang. Last night mama kecik hati ngan abang, mama sedih sangat-sangat, sebab abang melawan cakap mama. Tapi hari ni terubat kecik hati mama tu. kecik hati mama kejap jer sayang. 



Si kembar tak seiras, Damia Dina pulak ada 'Kem Bestari Solat' di SKBF 2 KL. Alhamdullah ada gak aktiviti berfaedah buat anak-anak weekend ni. At least anak-anak tidak lah merungut bosan. Berdoa dalam hati satu hari mama dapat memandu my little kancil. Sian anak-anak berhimpit himpit dalam bas, berjalan jauh2, penat kan sayang. Anak2 doakan mama one day mama can drive and send all of you to school especially on saturday school activities.


Afiq medal for the pass 12 years.......

Sunday, February 3, 2013

Afiq...





Afiq was at Lake Garden This morning.....
for Program 'my beauiful malaysia'
at Taman Tasik Perdana ......Tasik Perdana Lake Garden
sama la tu mama oiiii. :D
Bagus sekolah anjurkan program2 seperti ini... 
dulu mana ada macam ni....
Dapat juga teriisi masa dan ruang yang terluang....







Thursday, January 17, 2013

TQ TQ TQ

tengahari tadi gigih ke school abang....
 gi ambik duit bantuan kerajaan malaysia tu. 
naik bas turun bas...
tengahari tengah panas.....

Thank you so much 
Perdana Menteri Malaysia. 
hulurkan tangan ringan kan beban. 
terima kasih banyak-banyak. 
abang dah siap2 list down what he going to buy soon. 
x dapek mama nak ngecekkkkk sikit pun 
its OK abang its your 
MONEY

dan yang sakitnya hati. kat opis tadi 

"masyuk la kau hari ni" 

'wah...kayo laaaa 2day"

"haaa kayo la sangat"


memang they all bergurau sajor tapi i yang emo terlebih
sebab aper emo, 
sebab kerja berlambak-lambak....
huhuhuhuhuuuuuuuu

kerja....
kerja..............
kerjaaaaaaaaaaaaaa



Wednesday, November 21, 2012

2 A's - Mama Tetap Bangga

pagi tu mama yang rasa mandi tak basah, makan tak lalu, jalan macam diawang-awangan. pak lang bob kata relax la der, UPSR jer pun. 9.00am call afiq yang dah sampai SKBF2KL. Tapi pagi tu mama tetap mandi jugak sebelum ke opis. hehehehe. Tapi memang tetap tak lalu nak jamah apa-apa. minum air pun tak. telan air liur jer. wan atok bam, pak lang especially dah sebuk tanya berapa result UPSR abang. 

mama: abang camner? dah keluar ke
abang: relax la ma, pukul 11.00am baru umumkan keputusan

mama pun buat kerja macam biasa. dalam hati mama nak la the 1st one yang tahu result abang tu. ralit buat keje yang berlambak. tup tup tap jam dah 11.01 minit, terlewat 1 minit ler. me the 2nd yang call afiq. bam 1st one yang tahu. Bam kata tahniah sulong. Wan Atok kata ok jerrr. pak lang kata ok la ada A. atam terharu dan syahdu nak nangis dan mama panjatkan rasa syukur pada nya . mama cuma nak Afiq tahu mama gembira dan mama tetap berbangga dengan keputusan UPSR abang ni. ini usaha abang yang terbaik buat mama. and sorry to RAR Rafizi. Along disappointing you, untuk tengok Shafiq Akmal ke MRSM. :(. Ini sahaja yang along termampu dan terdaya lakukan. 







Monday, November 12, 2012

manje nyer

alahai anak omak, sian eh anak omak.
sekarang semuanya mama kena buatkan untuk abang
mandikan...
pakaikan baju...
suapkan makan...
ambik kan itu ini....
pendek kata semuanya la......

abang kata wah seronok nya
dilayan seperti ''RAJA"
he love to buli his 2 sister....

ABANG....
ABANG..........





Friday, November 9, 2012

Bertangga di HKL

sekarang ni musim tengkujuh dah tiba. cuaca pun dah makin tak menentu. tetiba kang hujan, sedangkan baru jer panas terik kat luar tu. malang memang tidak berbau dan tidak boleh dihidu oleh sesiapa. last wednesday, hujan lebat baru jer berhenti. lepas we all settled for our dinner. dan mama baru jer nak labuhkan pungkoq, nak rehat. my son abang ask a permission nak ke rumah kawannya tingkat 9. nak discuss pasal futsal this weekend katanya. punya lah semangat nak berfutsal, siap dah beli jersy warna merah rm20.00 [abang mengepau mama] tuk kumpulan mereka dan siang2 dah inform mama yang abang tak akan balik kampong this long school holiday sbb ada futsal. 'pergilah tapi jangan lama-lama ya, balik cepat' my reminder to him. 'ok tq ma'. tapi tak sampai 10 minit. tradegy yang membuat kan aku meraung semahunya. abang balik ngan membawa tangannya yang terkulai. abang sangat kuat, langsung dia tidak menangis dan meraung kesakitan. tapi mama dah macam kena histeria. langsung mama tak berani nak dekat sebab tak sanggup nak tengok tangan abang yang dah terkulai tu. ya'allah kuatnya anakku. he really strong boy. 

dengan kelang kabut, damia dina ngan cecemotnya belum mandi, ngan baju kotor, and me so panic, bergegas la we all 5 beranak ke HKL. reach HKL at 8.00pm terus ke EMERGENCY DEPARTMENT. Ambik nombor giliran, then tunggu untuk rawatan. tunggu dan terus menunggu dan abang langsung tak kata sakit. tapi mama yang risau terlebih. mak bapak dan  adik2 telah diberitahu. masing2 mengatakan tak da apa-apa la tu, biasalah budak lelaki. lasak. patah-patah ni biasa jer. dan tidak biasa bagi saya ya adik-adikku. tunggu dan terus menunggu. seorang demi seorang doctor memberikan rawatan. x-try bla bla bla. dan tunggu lagi. sampai tertido-tido kat ruang menunggu. abang ditempatkan di wad trauma sementara. doctor pakar tulang akan merentap tulang abang ke asalnya. ya'allah mendengarnya ajer sudah mengerikan. keluar masuk, keluar masuk menjenguk abang. macam-macam jenis patah yang disaksikan. bagaikan tak sanggup nak duk lama. sorry abang bukan mama sengaja biarkan abang sorang2 kat ctu. mama ni pengecut dengan hospital, jarum, darah dan semunya berkaitan dengan hospital. tapi mama kuatkan jugak semangat ni demi anak mama. 11.00 mlm wan chomel datang tengok abang. terlelap sekejap di bangku menunggu dan bila tersedar semula jam dah menunjukkan ke angka 3.00am. masuk balik ke wad sementara jenguk abang. lena abang tido. mama berterima kasih yang amat sangat pada MU YA'ALLAH. Abang kuat, tak sikit pun dia menangis dan merengek sakit. dah 7 jam, tangan abang yang patah masih belum dirawat. 3.30am abang dah mula dilalokkan. mama dah tak berani duk dalam wad tuk menyaksikan tangan abang direntap. tadi dengan tidak sengaja ternampak tangan seorang pesakit direntap, ya'allah tak sanggup mama. 'ya'allah engkau kurangkanlah sakit anakku'. 

tiba-tiba mama dengar abang meraung 'mama sakit, ini yang paling sakit, tolong sakitnya, sakit sangat. mama dah tak sanggup. lalu melarikan diri ke ruang lain sambil menangis. tak tak segan pada mata yang memandang mama ketika itu. 1/2 jam kemudian. damia datang pada mama dan bagitahu abang dah tak menjerit, abang dah diam. 20 minit kemudian abang dah sedar dan dibawa ke bilik lain untuk di x-tray. 

kerisauan mama tidak berakhir lagi. bila doctor panggil untuk menjelaskan keputusan tadi amat mendukacitakan. apa yang mama risaukan terjadi juga. abang perlu ditahan di wad dan perlu kan minor opration bagi memasukkan kan clip besi supaya tulang tidak beralih dari kedudukan asal. i have no choice, operate harus dilakukan. nampak macam simple dan mudah. tapi hati mama hanya tuhan yang tahu. at 5.00am setelah abang ditempatkan di wad. mama abah dan adik2 balik sekejap untuk bersihkan diri. mama kena kerja esok, i have no choice sebab mama dah start cuti khamis dan jumaat ni and why i taking leave, it another long story yang buat diri ini kelang kabut sedikit. nasib baik abah nya pagi2 dah ke HKL tuk temankan abang. settledkan apa yang patut di opis, balik... ambik my 2 gegirls then heading to HKL. masa sampai tu abang dah masuk OT. 4 jam baru abang keluar dari OT. risau hati mama ni jangan cakap la. dan maafkan mama sekali lagi malam tu mama tak dapat nak temankan abang. nasib baik wan chomel ada di KL, sebabkan mama dah berjanji dengan orang, esoknya khamis memang mama ada task penting yang perlu diselesaikan. Dan Alhamdullillah jam 9.00am wan chomel call bagitahu doctor dah benarkan abang keluar hari ni. syukur........


get well soon abang, jadi makanya school holiday ni..
tak de laaaa futsal ya abang...

Friday, November 2, 2012

5B's for Year End Exam


‎1st Anugerah Cemerlang 
for my son after 6 years in SKBF 2, KL... 

although only 5B's 
for year end exam, 
mama proud with you 
Apa pun result UPSR 
abang next week mama tetap gembira....
and
i want you to know 
mama always proud of you :( :( :(

mama tahu ABANG
sudah berusaha sehabis baik
untuk ini semua....

mama sayang abang
hingga hujung nyawa mama

Monday, September 10, 2012

Abang Good Luck



Segala Usaha yang Termampu telah mama beri.
Dalam keadaan serba serbi sederhana.....
Telah Mama berikan buat Abang.
Walaupun banyak yang kurang dan banyak 
yang mama TERLALAI dek perkara2 
yang tidak terduga di akal mama.

Maafkan Mama sekali lagi
jika ada yang terkurang....
Esok dan 2 hari seterusnya adalah waktunya...
Mama tidak henti berDOA 
hanya yg TERBAIK buatmu...
Hanya berserah padaNYA...
Buat yang terbaik....
Untuk masa depan mu anakku

SHAFIQ AKMAL




YA ALLAH, terangkan hatinya
lancarkan jari jemarinya
dalam menjawap soalan-soalan UPSR esok
dengan penuh yakin 
................

Hati dan degupan jantung mama
hanya DIA yang maha
mengetahui....
tidak berhenti berDOA
dan berHARAP yang TERBAIK
hanya yang TERBAIK
buat ABANG.....

Mama SAYANG Abang...
Marah bukannya benci... :(( :((
anakku
Mama sayang Abang.....

Thursday, September 6, 2012

mama always berDOA

semoga perjalanan anak bujang mama, shafiq akmal diberkati dan dilindungi pada hari ini, esok dan hari-hari seterusnya, good luck for your UPSR next week. make mama proud of you. abang harapan besar mama. this doa same goes for Damia n Dina. Lots of Love and Mama always love all of you. ya allah lindungilah anak-anak ku. jadikanlah mereka anak-anak yang berjaya dunia dan akhirat. jauhilah mereka daripada perkara-perkara yang tidak berfaedah dan yang merosakkan diri mereka. aminnnnnn



Wednesday, July 11, 2012

Handphone Oh Handphone

Mama 1st hp, baling peragut maun pocah kepalo ni








Masihkah ku ingat, mana tak ingat. Tapi zaman-zaman 90's belum glamour lagi, belum famous lagi gajet-gajet ni. Masa tu tahun seingat aku 1997, [mana biasa aku lupa], baru 2 tahun kerja selepas menamatkan SPM. Ya, saya hanya lulusan SPM [tak der sape kesah lerrrrr]. Den belajar tak tinggi mano, tapi sekolah den dulu tinggi 4 tingkat.  Kalau terojun ke bawah patah yo tulang pungkoq, Jangan ngado-ngado nak cubo-cubo nak try test ya terojun ke bawah. Hahahaaaaa  [sleng rojak aku, yo la atok den penang pakistan, uwan den negori :D-]. 



Kerja pun masa tu gaji tak tinggi mano. Bermula dengan angkat telepon di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur dengan gaji sebanyak RM650/-. Ishhh ishhh, tapi 650.00 dulu nilainya besar. Puaslah shopping. Kalau kasut merah, handbag pun merah. Kalau kasuh biru, handbag pun biru. Tak macam sekarang nak beli underware pun cheq kena pikiaq , 10, 20 kali. Muuuahhhh...muauaaahhh. Nillai WANG semakin susut la ni cheq, nak boli apo pun kono la dulukan anak-anak dulu. Apalah sangat dengan RM50.00 tu pada zaman sekarang ni, dalam masa sejam dua dah habih dah. Kalau difikirkan balik, Gaji sekarang dan cara perbelanjaan macam dulu-dulu. Lamborgini pun I boleh pakai you all tau. Ini tidak nak bayar monthly for ‘sebuah kancil’ menghegeh-hegeh yo, itupun sangkut2. Tapi Alhamdulillah ado yo la keto nak angkut anak-anak balik kolo pilah :D-. 




Afiq 1st Handphone......

Menakutkan, its really scary, belum cukup bulan dah kering kontang. Kono la advance dulu kek mano-mano. Pendek kato tutop lubang kiri, bukak lubang kanan. Kambuih lubang ateh, lopong an lak lubang lubang bawah, oppppssss, jangan nak fikir bukan-bukan ya. hehehe.



Anak-anak sekarang, dah moden, dah banyak berubahnya. Dulu masa afiq in standard 5, dia tak pernah mintak pun nak guna hp, tapi as a MAMA yang terOVER risau dan anak bujang tu dah sedikit panjang langkahnya mana dengan kelas tambahan, koko, balik sekolah lewat. Maka nya terpaksa la mama belikan senang nak contack. Abang kat mana, kul berapa nak balik, jangan menyimpang, lepas sekolah balik terus. Ni sebenarnya AGENDA membelikan hp for him. Tapi Abang memang selalu ngelat nak bring along his hp sebab tak canggih kata nya la kan. 

Tapi sejak ditukar yang baru ini, rezeki dari Allah, Mama pun enggak kan mampu nak membelinya. Terima kasih. Tido, makan, main, tution dok berkepit jer ngan hp. Sebab aper ada lagu-lau menarik, ada game2 menarik, pendek kata semua nya menarik lerrrr. Nasib baik masa mandi pun tak diangkutnya sekali. Mau mengamuk mama. Pastu bila someone call, lari masuk dalam bilik, anak-anak zaman MILENIUM. Afiq ‘study come 1st ok’. Make mama proud of you. Prove it on your UPSR [tapi kalau tak mampu mama terima seadanya, mama tahu kemampuan anak mama yang so so so tu].




Afiq latest hp, rezeki terpijak, isshhhh jangan di pejak, pocahhh kang
 [rezeki Allah swt, alhamdullillah aminnn]
Jaga elok2 ya abang, mama pun tak mampu nak boli an yoooo











Thursday, June 7, 2012

2 bulan lagi..... :(



Abang, less than 2 months. 
How is your preparation. 
Sooo sorry Mama sudah hilang perhatian 
on your study. 
so so so sorry abang. 
hanya tuhan yang tahu betapa 
terkilannya mama...dengan apa yang berlaku
:(( :(( :(( :((
ya'allah kuatkan semangat aku
ya'allah kuatkan semangat anakku
hanya padamu kami memohon....
:(( :(( :(( :((



Sunday, April 22, 2012

4 bulan lagi

anakku SA semoga perjuanganmu diberkati 
serta berbaloi untuk hari ini...
Untuk masa depan kemudian hari, insya'allah
Doa mama sentiasa seiring dengan langkah mu :(


Usaha Tangga Kejayaan


Mama akan USAHAkan yang TERMAMPU
buat mu

Wednesday, April 11, 2012

terLEBIH r.i.s.a.u

risaukan anak bujang mama yang asyik 
nak main bola, badminton. fb apa tah lagi. 
setiap hari bekerja jam 4.30 petang ....
Abang akan sms mama di office dan ayat standard dia:-

"mama, balik cepat ya, afiq nak turun main, 
kalau mama balik lambat, afiq bawak turun 
damia n dia dulu, jumpa kat taman"

:(

kan bagus kalau sms nya bertulis seperti ini:-

"mama, abang banyak keje sekolah ni, 
malam nanti kita buat ulangkaji ya"

atau

"mama afiq risau la maths afiq 
teruk tak der improvement"

atau

"mama, UPSR dah tak lama lagi, abang risau"

berleter sudah, pukul pun dah, membebel apa tah lagi. abang, 
nak mama buat macam mana lagi abang. 
Tiada minat langsung pun abang tunjukkan pada pelajaran. 
mama terlampau risau kan abang. 
abang lah harapan besar mama. 

afiqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqq..........

Saturday, January 14, 2012

Semoga TUHAN Sentiasa MelindungiMu Anakku

Today is his 1st Day attend his Tuition
Semoga setiap langkahmu mencari ILMU
akan diBERKATI
DOA mama juga akan sentiasa mengiringi mu...
MOGA dijauhi oleh BAHAYA
GOOD LUCK My BOY... insya'allah
Jika Abang KUAT BERUSAHA
KEJAYAAN akan menjadi MILIKmu Kelak :D





Friday, December 30, 2011

AFIQ pleaseeee.....




At the office 2.00pm
Received a ‘missed call” from HOME

Mia: “mama abang pukul kakak [sambil nangis2]…..

Ya allah, belum pun ½ hari ditinggalkan dah bergaduh.
Abang please take a good care of your 2 sisters.
Please jangan buat MAMA susah hati.
MAMA kat opis ni dah Pressure sangat dengan kerja.
Please abang jangan TAMBAH kan lagiiiiiii
PRESSURE MAMA ni.

PLEASE Abang jangan gadoh-gadoh dengan adik2
PLEASE Abang jangan buat MAMA risau kat opis
PLEASE Abang jaga adik2 baik-baik
PLEASE Abang jangan bagi MAMA PRESSURE……lagi
PLEASE Abang dengar cakap MAMA


AFIQ…..

“PLEASE…PLEASE….PLEASE ABANG
Mama merayu……merayu sangat2 pada ABANG ni…..
Kalau mama mampu, dah lama mama dah hantar
adik2 ke BABYSITTER…….
MAMA tak akan susahkan ABANG untuk TENGOK kan adik2
TOLONG ya ABANG…..x lama sekejap jer……….
MAMA janji, lepas jer keje MAMA akan terus balik rumah”

[“and I wish, aku ada SAYAP 
dan boleh terus TERBANG pulang,
Supaya boleh sampai rumah awal…..
supaya RISAU dan KERESAHAN ini ,
akan CEPAT HILANG dan LENYAP dari FIKIRAN,
Ya’allah lindungi lah anak2 ku’]

I want my old AFIQ...yang dengar kata
yang tak melawan...... :(
ye laaaaa abang dah besar kan..... :(

Sunday, December 18, 2011

Teruk Nya SA

wah, beriya-iya dia menangis
asal suh pi potong rambut
melalak-lalak bagai nak rak....


Abang please, selagi abang tak umo 17 tahun 
ni je lah fesyen rambut abang sampai ke sudah ok
please jangan membantah cakap mama
please dengar cakap mama
please jangan tinggi suara dengan mama
please...please...please abang....


Masa berSUNAT pun tak macam ni teruknya
masuk bilik DR, relax jerr.....
ADOYAI...nape nak masuk kedai gunting
meraung2 bagai ni.....


memang tak leh la letak pic dia yg tengah 
meraung2 tu. 
Picture ehsan from my bff
MR GOOGLE....THE GREAT... :D


CEDEYYYY HATI MAMA
Abang memberontak macam ni
CEDEY HATI MAMA
abang hempas2 pintu bilik tanda protes....


apa lagi daya MAMA...


MOOD: CEDEYYYYYYYYYYY
ye lahhhh Abang dah besar kan..
dah tak nak dengar cakap mama......