my cute little kancil masuk klinik, ermmm mano nak cari duit ni, nak cari duit, nak cari duit, nak cari duit. :( buntu buntu and buntu. mana tak barai 8 tahun dok lenjan pilah + kl + pilah + kl + ulu yam + klang + pantai ria. walaupun tak jauh perjalanannya. hari2 belasah barai gak bro. manusia pun leh hancur hari-hari guna kalau tak servis. hahahaha. Maka tersadai lah sang kancil kesepian di workshop pomen ali. Entahkan bila mau dibaiki. :(
About Me
- MAMALOVEYOU
- Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
- Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...
Showing posts with label Car - Kancil. Show all posts
Showing posts with label Car - Kancil. Show all posts
Saturday, April 6, 2013
Saturday, May 26, 2012
Reply from Perodua
Terima kasih kerana berkongsi pengalaman anda bersama kami.Kami di Perodua terus berusaha gigih untuk anda serta sentiasa memberikan yang terbaik bagi meningkatkan mutu produk dan khidmat kami. Walaupun pelbagai cabaran yang ditempuhi, semangat kami tetap kuat untuk menjadi yang terbaik. Meletakkan anda sebagai keutamaan kami adalah objektif utama Perodua.Sudah jauh perjalanan yang ditempuhi sejak terbinanya kereta pertama kami, Perodua Kancil. Ribuan terima kasih kami ucapkan di atas sokongan anda selama ini. Terima kasih untuk komen dan cadangan anda dan juga kerana percayakan kami.Semoga anda dan keluarga diberkati dengan kesihatan yang berpanjangan.Yang ikhlas,Aminar Rashid SallehPengarah Urusan Perodua
Monday, May 14, 2012
my peroduastory to share :D
Bagi
pengguna Perodua pernah menggunakan Perodua as was your first car,
saya
SANGAT-SANGAT teruja sesangat untuk sertai ‘What’s Your Perodua Story?’
regardless
of whether you want to share a memorable experience or a suggestion for
improvement.
This is my FIRST CAR.... :D. Syukur dan terima kasih tidak terhingga kepada
Perodua.Setelah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak dan saya rasa motosikal sudah tidak sesuai untuk
menjadi kenderaan utama kami lagi. Saya sangat teruja untuk memilik sebuah kenderaan
yang bernama ‘kereta’ Syukur dan percaya dengan rezeki tuhan sentiasa ada
untuk anak-anak pasti ada kelak :D. dan sentiasa berdoa dari NYA.
Hanya dengan pendapatan gaji bersih sebanyak
RM1,000.00 saya akhirnya
mampu memakai sebuah Kereta.Walaupun kecil tapi selesa. Dapatlah saya bawak
anak-anak balik kampong pulang berhari raya Dan pada cuti sekolah. Walaupun kecil, saya sekeluarga selesa dan mampu miliki. Dapatlah berteduh dari hujan dan panas untuk kemana-mana :D
Terima kasih sekali lagi kepada perodua kerana
mengeluarkan product mampu milik
bagi saya yang datang dari golongan yang sederhana DAN, hari ni genap 7 tahun si kancil bersama kami……….Alhamdullilllah 2 tahun lagi menjadi hakmilik
mutlak ku :D
Terima kasih
tidak terhingga kepada perodua………
Alhamdullilllah juga kerana sudah 2 tahun lagi si kancil akan menjadi hakmilik mutlak saya :D Terima
kasih tidak terhingga sekali lagi kepada perodua………Insya'allah
kalau dah habis bayar si kancil ni, dan kalau
mampu nak tukar ke ALZA,untuk jadikan kenderaan ke 2
lagi
besar dan selesa. yelah anak-anak pun semua dah makin dewasa :D
Friday, December 30, 2011
Cam Nak Patah Pinggang
Patutlah BAPAK dulu setiap kali nak balutkan buku2 sekolah kitorang pasti dia meroyan tapir. Hahaha. teringat peristiwa lama. Asal nak balut buku2 sekolah je BAPAK mula la nak marah-marah hanya kerana buku2 yang tidak berdosa, huhuhuhuhu. Memang KELAKAR lah bila dikenangkan cito lamo. Nah sekarang aku rasa sendiri, walaupun tugas ni dah bermula 5 tahun lalu sejak 2007. Sejak Afiq bermula darjah satu lagi. Mang hai, raso nak patah pinggang ni ha. Buku bukan banyak mana pun, 12 buah jer pun. Macam balut sekotak buku la pulak. Ni baru buku2 Afiq, belum buku2 Mia lagi. Selain membalut buku2 sekolah Afiq, 2nd Task, menglabelkan semua barang2 sekolah Dina dengan tandanama si hitam manis ku ini, Kindie Teacher takut budak2 ni tertukar barang2 sekolah, dari alatulis, bag, kasut, stokin, baju, seluar, bak kata semuanya la harus dilabelkan dengan nama si kenit ni. Done.....lega. start at 9.00pm and finish at 10.30pm.
Mulai sekarang kena belajar tido lewat dan bangun awal. Start je sekolah nanti jadual tido dan bangun akan sedikit awal dan sebanyaknya yang LEWAT. Dan sebagai seorang yang kaki MEMBUTO, kono la den cubo sikit-sikit yo. Kui, kui, kui. Boleh ke? Demi anak2 dan perubahan ini adalah kerana dan demi melihat Afiq cemerlang di dalam UPSR nya. USAHA itu perlu dan selebihnya Tawakal dan URUSAN TUHAN. Moga segalanya dipermudahkan oleh NYA. INSYA'ALLAH. amin
Mama, we are ready to School soon.....:D
Thursday, March 10, 2011
Saman Trafik PDRM
Saya ada lesen...
Saya ada kereta...
Tapi saya tidak memandu KERETA KANCIL PUTIH saya yang CHUMEL.....
Orang lain yang pandu iaitu MY OTHER HALF....
Saya ada SAMAN
Kenapa mesti saya yang bayar...huhuhuhu sian saya
Walaupun hari ni last day...saya masih tidak melangsaikan saman2 itu
Ermmmmmmmmm
Ampun PDRM....saya tak der DUIT nak bayar.....
Sunday, December 12, 2010
Untuk Pertama Kalinya
Selesai sahaja kedua-dua program "Back To School" anak-anak dah penat, semua dah "belengeh". Comot masam semua ada. Tepat Jam 5.30 petang we all balik umah dan sesuatu yang buruk telah berlaku kepada kami. And for the first time "my little cute kancil" di...TOW. Huhuhuhu.
Time ni lah hang nak buat pangai ya. Tahu tak MAMA banyak nak guna duit tuk Abang n Kakak untuk mulakan persekolahan tahun depan and it just around the corner. Ermmm...Dugaan Cobaan.....
Bersapau ler kami BER 5 di tepi jalan Bukit Pantai berdekatan dengan Pantai Medical Centre, selama 1 jam 45 minit menunggu si kereta kecil 'di Towing'.
Aperrr lah pulak masalahnya ya dan brape pulak lah kos nak baikinya ya...ermmmm. Dok diam2 dulu ya. Bagi mama settledkan sekolah abang n kakak dulu. Next baru your turn. Tak perlah its ok, dah 5 tahun pun kamu berkhidmat untuk Mama dan anak2. Kamu sangat-sangat berjasa pada MAMA. Melindungi mama serta anak2 dari panas dan hujan. Bawa kami berjalan2 dan pulang ke kampong. JASA mu TETAP DIKENANG. MAMA akan hantar repair nanti. Tapi Tungguuuuuuu duluuuuuuu...:D
![]() |
| Jam 7.00 malam baru lerr sampai umah..huhuhuhu |
Subscribe to:
Posts (Atom)




