About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Wednesday, November 30, 2011

Good Bye November



1.35tgh - zico


Hari ini sekali lagi...
untuk kali yang ke 33..
aku meninggal kannnnn NOVEMBER...
Bemula lah kesah DISEMBER yang kali ke 33
Moga untuk kali yang ke 33... ini.....
kuang kuang kuang..... Aper aku merepek ni...
sah sah banyak makan kerepek ubi petang tadi kat opis.
hahahaha, SUSPENDER jer.....
yeeeyyyyyy...horrayyyyy... apo yang suko bona ni
den buka suko.....den tongah mengocut ni.....
ESOK APPRAISAL den...........
BOSS ampun an lah salah silap dennnnnn...


huhuhuhuhuhuhu






Satu misi berat telah berjaya, cuma tinggal satu lagi
misi ini memang bahayos
misi yang akan membuat aku meroyan
misi to prepare 'record of appeal'
huhuhuhu dah banyak kali buat pung meroyang gak lerrr....
hahahaha...
mana tak nya....


tengok ni....................




mana kah tidak nya, 7 sets..banyak tu....

Tuesday, November 29, 2011

Di Mana Ada Landasan Di Situ Ada Highway


At ZICO – 1.30pm

walaupun tak dapat bukak dan updated blogspot
update tetap update ya........

peh..panjang nya TAJUK kali ni :D 
mana-mana pun ada JALAN REZEKI



Apa aku merepek-repek tengahari buta ni
Nak kata panas terik, petir berdentum dentam
Kek luar sinun….
Camner la pantai ria, hujan lebat kah…
Renyai-renyai kah??????

Sebelum ni, apa yang ada dalam kotak fikiran
Setiap perniagaan y ang ingin DIMULAKAN
Memerlukan MODAL yang besar….silap2 kena buat loan
Bisnes MELINGKUP, GULUNG TIKAR…
tapi hutang bank tetap kena bayarkan
PERKARA2 seperti ini lah yang membuat aku TAKUT, FOBIA

Pernah dulu meniaga kecil-kecilan…
Bizz dah tutup, TERLUNGKUP,
hutang tak habis bayar lagi
Nasib baik berhutang dengan INDIVIDUAL
Kalau ngan bank, dan dibuatnya tak mampu bayar
Silap-silap boleh DI.....BANKRUPTCY....KAN
Amit-amit, mintak dijauhkan lah…….

Alhamdullillah,
TUHAN maha mendengar dan maha pemurah
SYUKUR……
Setiap masalah ada PENYELESAIAN
dan insya’allah ada rezeki dari NYA
Ada jalannya…..
Ada HIGHWAY nya
Cuma…Cuma……yup Cuma kena RAJIN
Kalau MALAS…that it laaaahhhhhhh
Moga-moga my….…
My….. [susah betul aku nak berlembut lidah]
So sorry, from what being happen and what
I gone  through for the pass 12 years ago…..
Biarlah orang nak kata DERHAKA….. biar kan
Sebab yang MENGADAP semua itu dan ini  hanya …….
Moga…moga…SEMOGA
tulang temulang itu akan terus-terusan MERAJINKAN diri…nya

DIA sudah berikan JALAN
DIA sudah berikan REZEKI
DIA sudah berikan PELUANG
DIA sudah sangat BERTOLAK ANSUR

Jadi, gunakanlah sebaik-baiknya
PELUANG REZEKI ini….
DAN yang paling amat BERSYUKUR
Permulaan PERNIAGAAN ini
Tidak memerlukan SESEN pun modal…….

YA, amat BERSYUKUR
Dengan PELUANG ini…….
Moga ianya BERTERUSAN……
Demi mencari REZEKI untuk ANAK-ANAK…..

INSYA’ALLAH….
Seperti yang di mention earlier….
Dia perlu tukar KEMALASAN itu 
kepada KERAJINAN….
Untuk SELAMANYA.

Insya’allah amin…………..

Monday, November 28, 2011

Money is EVERYTHING

kata orang yang BERDUIT
duit tidak mendatangkan KEBAHAGIAN........
tapi aku kata, 

Manusia yang tidak berapa nak banyak duit
senang cakap tidak BERDUIT lorrrrrr
DUIT lah yang MEMBAHAGIAKAN 
aku dan anak-anak 
suka hati aku lah nak kata apa.....
sebab aku yang kata....


Tanpa DUIT semua benda tidak MENJADI
TERBENGKALAI semuanya....

Tapi i bukan mata duitan
kalau saya mata duitan
dari dulu lagi saya akan married
orang yang BERDUIT
dan yang paling penting BEKERJA......

Tapi tidak.......
saya tidak BEGITU







Our Simple Lunch

Kids MAMA is on DIET
so, KIDS pun kena samo-samo DIET ngan mama ok
our lunch was a very simple and nutritious
Mama diet, tak mahu makan makanan yang to oily.....
hari ni kita makan yang rebus2 dan stim only
very the simple dimple.......
hohohohoho


Bahan-bahan
1 ekor Ikan Talapia
yang besar ok , paru puas isinya padat2


1 biji Bawang Besar
Halia sebesar Ibu Jari
1 biji Limau Nipis
5 biji cili api [bagi berapi sikit]
Daun Sup
Sos Tiram
Dan Garam secekupnya


Perap ikan bersama sos tiram dan garam
tumbuk bawang, halis & cili api [empap2 sajo]
*tak berapo hancur la tu
taburkan di atas ikan bersama hirisan daun sup....
perahkan limau nipis rata-rata di atas ikan ya
puan-puan :D
dan STIM..... dalam 20 minit


SUDAH siap untuk diMAMAM bersama
nasi putih yang panas [ada nasi warna hitam ko????]
Tapi saya RATAH jer ikan tu..... day 6
without rice......
hehehehe


MUDAH CEPAT DI MASAK
sila-sila...
jemput-jemput semua
makan... :D











Sunday, November 27, 2011

After 2 Years

After 2 years secara ACTIVE berblogging
baru hari ni....dapat 10,000 readers....
TQ ... to all readers...



10k

10 more at 3:35pm....
bukan duit dalam akaun bank lor
10k readers....
Thanx for reading my dear friends.....
GENG ALAM MAYA...:D
masih ada yang SUDI :D
Just PROUD of my self....
syok sendiri puan punya blog....



Bukan Malas Ya





Yup, sorry la kalau ada yang nak kata Puan Punya BLOG ni MALAS ya. Penyegan tu ado yo, kadang-kadang. Mahligai kocik seh,  tak la LAWA mano tapi BEROSIH tu semosti eh la kan. Kekadang tu, seh pun heran, kuar umah cam bidadari, rumah cam kandang BA....oppsss. Ni bukan citer rekaan ya. its really happen around me. PENAT dijadikan ALASAN. kalau nak kata anak ramai, sama ramai. Seh ni ha 3 anak. Ado yang anak sorang pun maleh, apo citor ehhh kan. ish ish puan punya blog masuk bakul angkat sendiri. apa salah nak puji diri sendiri. hehehehe. Bukan nak bangga atau nak megah. Rumah kecil mesti bersih dan kemas walaupun banyak yang KURANG. ermmmm. dah dah puan punya blog. MELUAT ORANG NAK BACO BLOG KAU KANG.

Ok, ok. Dah. dah tu. Last week dapur tak berasap. Kids wif my mom. So memang tahap kemalasan adalah sangat tinggi. Dapur pun tak berasap sangat. Asyik mengadap kodai tomyam bawah blok ni ha yo. Lagipun Puan punya blog Kan BERDIET. makan eh pun memain yoooooooooo. ngeh ngeh diet yekkkkkkk.


So hari ni memasak dengan penuh ikhlas untuk Damia n Dina [Abang gi makan kenduri dengan WAN CHOMEL, sorry mama tak dapat joint. Mama memang nak pergi tapi. Ermmm. Ada orang ni ingat dunia ni cuma ada dia dan kengkawan dia jer. 


Ok ok masak dengan penuh ikhlas untuk Damia n Dina, 
[Sup bayam + ayam goreng] 


Dan memasak tidak IKHLAS. 
[ayam masak lemak + rebung jeruk + sambal belacan] 

Apo nak jadi ngan ko ni. suker hati den la. Ada aku kesah. Kau ado, tak do diam-diam. OK, dah siap masak, puan punya blog dah penat dan nak rehat weekend ni. moga esok DIA masih pinjamkan nafas untuk aku terus menikmati KEINDAHAN Bumi ini. 

DAN yang satu ini puan punya blog buat dengan sangat2 KEIKHLASAN, besarkan anak2. YA' ALLAH berilah peluang besarkan amanatmu  ini. TIDAK MAHU anak2 di SIA-SIA kan bila  tiba2 mati dan tidak mahu anak2 menyusahkan sesiapa. Dan YA ALLAH berilah peluang memberbaiki diri, menambahkan PAHALA dan mengurangkan DOSA. Sesungguhnya ini semua kerja MU YA'TUHAN dan KEHENDAK Mu jua. Kalau tiba kau ambil nyawa ku. Tinggal semua yg ada di dunia. Anak2 jangan lupa doakan mama bila mama mati. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah WAJIB. mati itu adalah PASTI dan setiap yang bernyawa pasti akan MATI. ASTAFIRULLAH....AL'AZIM..........

ANAK besarlah menjadi manusia yang berguna untuk kesenangan diri sendiri. Ingat jangan ANIAYA Orang lain. Ingatlah PENGANIYAAN yang mama terima ini amat MENYIKSAKAN. Tapi mama redho dengan ketentuan TAKDIR ini mama REDHO dengan Qada dan Qadar ini. mama ikhlas besarkan anak2 mama walapun berjuta rintangan di hadapan yang perlu mama hadapi. Biarlah tuhan yang membalas kepada manusia yang SUKA menganiaya MANUSIA lain. 

Apa kau melalut ni puan punya blog. 

Tadikan kau nak cito pasal KEMALASAN, tetiba apo bondo yang ekau cito ni. Dah lah tu..................  

Hati menangis siapa yang tahu
ketawa berselindung di sebalik keduakaan.........

Day 5

walaupun a little bit LIAT, nak wake up this morning for a JOGGING at Taman Jaya, Petaling Jaya, Selangor, aku bangun jua. Walaupun agak terlewat, alarm dah bunyi at 6.15am. Sambung titun balik....6.45am tak leh jadik, bangun puan punya blog. EXERCISE on. Kata nak buang BANYAK LEMAK yang dah BERLEBIHAN tu. TARGET, nak longgarlan balik semua seluar office yg dah KETAT tang peha tu. YUP peha ku dah macam poho GAJAH. Huhuhuhuh cedeynya ni hati ini. 3 bulan jogging nyer pun, tak kan kurus nyer pun. Hahahhaha lawak JOHAN Raja LAWAK. Apa nak buat nya pun. nak gi 'slimming treatment' tak mampu nyer pun. Apa yang TERDAYO hanyo jogging keliling kolam Taman Jaya, yang tak berapa nak besar tu. 3,4 round, peh MONGAH-MONGAH den. SUMPUT nyer pun. 

SYUKUR sangat-sangat nyer pun hari ini nyer pun. Eh eh eh aper pi, dah tersampuk sawan JOHAN RAYA LAWAK. Hakkk Hakkk Tuihhhhhhh. SYUKUR sampai-sampai jer Taman Jaya tadi at 7.30am. Ni yang AKAKKKKK SUKERRRR...SUKERRRR......SENAM AEROBIK. The INSTRUCTOR marvalleos babe. Bukan setakat basah ketiak sajor. Habis satu badan berboluh lencun basah. pasni WAJIB every SUNDAY, senamrobik at Taman Jaya. Jangan NGELAT. Nak kecikkan tak peha yang cam besar gajah tu puan punya blog. Nak, nak, nak. SO, kena la DISPLIN diri.

PEHA GAJAH ku...uhuk uhuk uhuk

Kali ni really SEYES nak KOCIKKK annnnnn poho an yang besar peha elephant ni. Sedikit 'displin' ya puan punya blog kali ni. Day 5 ya. I tak tipu nyer pun...hakkkkkk hakkkk tuihhhh. Day 5. Puan Punya Blog tak sentuh nasi. aper dia N.A.S.I. Malam tadi 'night market' cheq beli buah. Jangan x cayo, tapi yg makan all the fruit is my kids....

Pagi tadi lepas 'JOG', anak2 melantak, oppssss. Anak-anak BEKPES roti canai ok + milo Ais. Puan punya blog cuma 'hirup'...aaaa nononono, bukan 'nescafe tarik tinggi' preberet saya tapi. huk huk huk. Puan Puan Blog cuma againt "HIRUP' limau suam tanpa gula.....eeee  yakkkkkk... cam telan air suam sajor ya. Apo nak buat, nak kecikkkkkk kan peha yang besar peha GAJAH tu [asyik ngulangkan this perkataan sajor'] kena lah apa...???? kenalah DISCIPLINE..........[moga displin ni akan tertanam dalam jiwa dan sanubari] and NORMALLY, puan punya blog discipline ehhhh kojap yo. apo orang kato 'hangat-hangat taik ayam, hangat-hangat yo laaaaaaaa

CAYOK............. moga againt sorry, nak ngulang gak ayat pedih ulu hati ni ya, jangan marah. Moga-moga PEHA BESAR CAM POHO GAJAH ni kocik la, tak banyak kocik ehhhhhh, kocik la cikit. suar kojo den dah abih kotat....huhuhuhuhu cedey..... bagi mengurangkan FAMILY EXPENSES. So Puan Punya Blog kena la jimat BERBELANJA....... JIMAT CERMAT. MEMBAWA BERKAT. Salam Maal Hijrah 1433 masihi.....
hehehhehehehehhehehhe
kecikkkk cam ni, walaupun tak mungkin....KECIK sikit udah laerrr. Janji suar2 keje tu LONGGAR kembali bila dipakai...huhuhuhuhuhu

Saturday, November 26, 2011

Love Them

Saya sayang Mak saya
Saya sayang Bapak saya
Saya sayang anak-anak saya
Saya sayang adik2 perempuan saya
Saya sayang adik lelaki saya
Saya sayang adik2 Ipar saya




I LOVE my MOM
I LOVE my DAD
I LOVE my KIDs
I LOVE my SISs
I LOVE my BRO
I LOVE my in LAWs





Saya sayang Amma saya
Saya sayang Apak saya
Saya sayang Anak-anak saya
Saya sayang adik2 pelempuan saya
Saya sayang adik laki-laki saya
Saya sayang adik2 Ipar saya





Salam Maal Hijrah 1433

Salam Maal Hijrah...

Selamat Tahun Baru...Tahun ISLAM
Apakah PENGHIJRAHAN aku utk tahun ini?????
Semestinya untuk KEBAIKAN aku
dan yang TERBAIK untuk ANAK-ANAK


Dan yang paling UTAMA
moga-moga rezeki aku dan ANAK-ANAK 
BERTAMBAH-TAMBAH.....
penentunya adalah RABU ini
semuanya dengan izin dariNYA
insya'allah, kalau ada REZEKI
Semuanya adalah REZEKI 
ketiga-tiga zuriat TIDAK TERNILAI ini...






Biarlah aku sahaja yang BERHIJRAH
kalau dia tak nak.....
kalau aku pun serupa dia....
habis lah rosaK SEGALANYA ......
cuba sedaya upaya PERBAIKI diri...
tapi ada satu PENGHALANG yang amat payah untuk 
aku lalui dan jauhi.... APAKAH...
entah...tapi nampak macam hampir berjaya....
PERASAAN....... itu masih KABUR...makin KUAT...
ENTAH LAH.....
????????????????


semua nya kehendakNYA.....
izin NYA..

sesungguhnya DIA.. merencanakan sesuatu yang baik
mungkin yang TERBAIK untuk aku......


izinNYA...insya'allah.....




Weekend Lagi


Masa memang terlalu mencemburui kitakan. ya memang. rasa baru je semalam isnin, tup tup tup hari ni dah hari sabtu.its weekend again. dan tetiba lak dah monday balik. This Wednesday, adalah hari yang MENGECUTkan my heart. Huhuhu, nak kena mengadap HOD. apa lagi end year kan. APPRAISAL lor. and this year is the 1st year appraisal done by HOD. Cause before this, for the pass 2 year, its done by the small2 bos... and big bos yang tak berapa nak BIG. Cam ner la nasib aku. before this bila selisih ngan HOD nak angkat muka pun aku takut, nikan nak ngadap dia bertentangan 4 mato. kecut mecut cheq. hohoho. AKU, puan punya memang semulajadi, dengan semua orang aku takut. betapa KERDIL nya akukan. 


SIR, saya tak pandai nak mintak, tapi kalau bagi, bagi lobeh2...:D
[ya'allah permudahkanlah segala urusan
 ku dan murahkan rezeki anak2 ku..amin]

Macam biasa, malam tadi until 12.00 am housekeeping already done. lega. this morning wake 
up early gak around 6.30am. Nak poi buang lomak yang berlobih-lobih ni. apo lai. BERJOGGING la kiter. nak poi fitness first, memang eden x mampo. Teringin la jugak.....kan. 4 round den memusing musing ke Taman Jaya kuar an poluh. Buloh la kot buang lomak 0.001gram lemak. Hahaha. Days 4, hari tanpa nasi. Wah nampak berjaya. This time, really2 SEYES nak lost weight ya. Rasa cam dah berat berat, sangat berat ke berat badan ni. Harap dapat saya menahan nafsu tidak makan nasi saya ni.

HAPPY WEEKEND 
TO ALL MY READER AND SILENT READER
TQ FOR READING

Thursday, November 24, 2011

Syahdu




Back To Normal Life


testing..testing...testing...
ujian suara...123, 123..
mula menjerit semula..setelah berehat utk 4 hari

time..time cuti sekolah ni lah
untuk mama merehatkan diri
sometimes i really need my
Quality Time....alone...but not to alone
masih ada pengganggu lorrr
kids at home....already mehhhhh......

TQ MAK....sebab jagakan anak2
for this 3 days....
petang tadi dah jemput semuanya balik
tu pun abang meroyan x nak balik
seronok duk ngan wan,
sebab nak buat aper pun wan bagi
wif mama SORRY ya abang......
bebas sebebasnya ya abang..
bila dok ngan WAN

sampai sampai jer umah tadi...
DINA : "wah cantik dan bersihnya umah...."
MAMA: ya....cantik dan bersih....jadi sila lah jgn nak buat sepah ya"
DINA: "alaaa...adik nak main cikgu2 jer ngan kakak, dlm bilik adik yg bersih ni"
MAMA: "sorry, lain kali.....dah gi watch tv"
DINA: "alaaaa ....mama ni tak sporting laaa"
MAMA: esok2 main....tunggu mama cuti dulu"....esok jgn buat sepah ok"
DINA: :ok..ok...mama, adik x buat sepah"....

yolah adik....esok mama balik keje
sure2 meroyan korang kejekan.....huhuhhuhu
its oklah mama....
masa anak2 kecik jer umah bersepah bagai...
you...yes me...MAMA...
"will miss this moment when they all
grow up soon.....
YUP, kejap je kan...
pejam celik...pejam celik
Abang dah darjah 6, Kakak dah standard 2 and ...
adik going to kindie soon.......

and MAMA getting older and older......
dah tua nanti anak2 dah besar..tinggal laaaa
MAMA sorang2 kat umah...habiskan sisa2 tua
TUO...ok.....jangan lupo tu....TUO juo...hohohoho

Just Around The CORNER

BLOG UPDATE on 24.11.2011
Time : 1.00pm at ZICO
 
 
 
Its just around the corner….
Seronok dapat buat keje-keje macam ni
Walaupun bukan BIZZ pun, 
hanya untuk darah daging sendiri
I do it seriously….and ihklasly…..ya.
 
Start with the proposal+quotation
For CIK MIMA
Menu….on that DAYS... 
the BERSEJARAH DAYS.....
List down all the list 
barang basah and barang kering
Metting ….discussion…
 
About the HANTARAN, MINI PELAMIN
tema warna...konsep aper....semua aku 
cuba SEBAIK mungkin
And the latest one…she want me to prepare for the
CANDY BUFFET…wow…its totally new for me
Sekali lagi EN GOOGLE 
menjadi tempat rujukan yang paling
BERKESAN dan mudah
“eh..eh…betul ke google ni lelaki, 
sebab aku gelarkan nya”
“EN GOOGLE…..” x kesah la tu hehehehe
 
SEMUA dibuat dengan penuh ikhlas
Tanpa mengharap apa-apa…….
Seronok dapat keluarkan 
idea-idea yang tidak seberapa
Walaupun pelbagai research 
dan idea-idea di CEDOK kat my best friend
Iaitu EN GOOGLE….. its really help
 
Wah siap drawing-drawing segala bagai ok…
Peh bagaikan professional, walaupun daku merasakan
Keje-keje ku itu tidak mengikut turutan
Senang cakap tunggang langgang….lorrrrrrr
Nak merialisasikan tu…lagi satu hal
 
Harap…MR & MESSRS FM.... ……….
 you allssss PUAS HATI….

moga segalanya dipermudahkan
orang kata, nak dapatkan HASIL yang baik
LAHIRNYA dari hati yang IKHLAS....
betul tak??????
betul betul betul...
kita merancang, hanya DIA yang menentukan
jadi atau baik atau tidaknya......
sesuatu hasil kerja tangan itu

insya'allah.....
cuba lakukan yang terbaik
moga ini titik permulaanya......



Tiada Galang Ganti

24.11.2011 – time : 1.15pm
 
 
Maaf kalau ada yang tersinggung
Tapi saya menulis dari hati
Menulis dari apa yang saya rasa
Dan semua ini adalah pendapat saya semata
Maaf sekali lagi,
dan betulkan saya 
jika saya TERSALAH dan TERSILAP
 
Sudah lama saya tidak menonton tv sebenarnya…..
Semua drama-drama melayu saya pandang sepi
Bukan tak suka …..
Tapi, telah beralih ke bidang baru….
iaitu mengupdate blog chumel saya
Membaca dari satu ke satu blog…..
membaca cerita pelbagai jenis manusia
Di dalam isi dunia dan apa yang kita panggil ‘alam maya’

yela bila mood menonton tu datang
saya pasti akan berebut-rebut 'remote' tv dengan
anak-anak and my other half...
daripada sakit hati tidak melihat sambungan
drama2 kegemeran saya, lebih baik saya buat benda lain
Tidak seperti dulu, drama-drama 
seperti manjalara, diikuti dari mula hingga
Episod terakhir…..
kalau nak ikuti drama ber’episod’ pun sekarang ni
saya sangat2 Selective…..
dan yang terakhir adalah ‘Nora Elena’ lakonan Aaron Aziz
dan heroinnya Siti Saleha ………
 
Bukan mahu menyinggung hati sesiapa di sini.
Yup patah tumbuh hilang berganti
Walaupun yang pengganti tidak sama dengan yang telah pergi
Tapi bagi saya,
sebagai salah seorang peminat pelakon arwah Faizal Yusof
Melihatkan lakonan ‘Johan As’ari’ 
seperti melihatkan lakonan arwah Faizal Yusof
Ada sedikit persamaan……

Namun tidak dapat saya sangkal 
lakonan arwah lebih hebat dan
amat menyerlah dan terkesan di hati
Kepada sesiapa sahaja yang 
menonton lakonan arwah, betul kan …
Betul..betul…betul….