About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Sunday, September 30, 2012

membuta weekend




dah lama tak buat peel cam ni, asyik membuzy jer last few weeks. raya, bulan puasa, meniaga, then rayo, then open house, orang kawin-kawin, kenduri and + Meeting. wah buzy nyer. semlm dan hari ni membuat sesajor keje nyer, bangun, makan, tido, celik jap tido balik. same la ngan hari ni bangun gi kenduri, then layan anak-anak jap. tido dan ni baru jer bangun tido. next week dah buzy balik alhamdullilah rezeki murah. ada 2 tempahan membuat 'hantaran perkahwinan' thank nana my brother in law sister and kak gee mothercare my sis bff. dah mula la menrisau. semoga hasil air tangan saya dapat memuaskan hati kalian. dah lama jari jemari ni tak menari. hahahaha. banyak la kau menari mamalove, then end nov dah membuzy dengan my sis wedding. tak banyak yg perlu dibuat. semua cik mima buat sendiri. sekejap dah 2 hari, rasa x puas lagi membuta. hahahaha. esok dah keleja meh. selamat bekerja. esok dah october ya. 3 bulan terkakhir. ermmmmmm. ya allah permudahkanlah segalanya.

Saturday, September 29, 2012

Adam & Hawa



Dah kali ke 3 mengulang membaca novel ni. pandai strategi marketing pihak ASTRO. bagi layan 5, 6 episode di saluran MUSTIKA HD, pastu they all block balik channel tu. bukan tak mahu melanggan Channel tu pulak. tapi bill astro dah beratus saya bayar setiap bulan. dah tak mampu lagi nak tambah memandangkan terlibat juga dengan komitmen lain. tapi semalam adik bagitahu sila nonton di Dailymotion.com. Lepas kerja-kerja mendobi selesai about 12.00am. terus ngadap PC until 3.00am nonton Adam & Hawa from Episode 10 - 19. Kalau ada lagi episode 20.....dan seterusnya sanggup layan sampai ke suboh. nasib tak der lagi sambungan. 4 Oct 2012 ni episode akhir. Harap-harap ASTRO siarkan pulak drama ni di Channel Astro Ria. Bukan apa, dok 

"aaaaiiinnnnnn beeennnnncciiiiiiii 
aaaaddddddaaaaammmmmm. arrggghhhhh"

sangkut-sangkut tak puas menonton. yela streamyx saya 200+++ kbps. memang ler camtu. kita ni kena ikut kemampuan ler. kecik periuk nasik, kecik ler kerak-kerak nya.. Layan gak la nak puaskan hati dan dendam kesumat ni...huhuhuhu. asal hado. kau hado :D



kuat betul aura 'Aaron Aziz ni
mula jatuh cinta dengan
watak 'Seth Tan' dalam Nora Elena...
membawak ke 'En. Haris' dalam Ombak Rindu.....
dan sekarang
'Adam Mukhriz' dalam Adam & Hawa......
drama2 lain lakonan beliau tak sempat nak nonton T__T

semoga ADAM dipertemukan dengan HAWAnya
Hawa adalah disisi ADAM :D

Friday, September 28, 2012

Quote - SYUKUR


Mama Selalu Pesan Ni Kan - BERSYUKUR


Dah berapa kali mama pesan wahai anak-anakku semua. Abang, Kakak & Adik.
Bersyukur, bersyukur dan bersyukur. Bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.
Dan bagi mama, semua yang kita ada hari ini.....
 adalah yang lebih baik dan yang terbaik dari 4 tahun yang lampau.

Ada tempat tinggal
walaupun kecil tapi lebih selesa, dapat berteduh dari hujan
dan panas serta dari rebut taufan….
yang kekadang banyak kali jugak mama ngelat nak bayar sewa…..
* nasib kita baik ..... ya sangat baik
sebab menyewa dengan DBKL,
dan DBKL masih boleh berkompromi
kalau dengan orang perseorangan
dah lama kita semua kena halau dan duduk la kita bawah jambatan

Ada makanan
Walaupun nasi dan telur goreng berkicap
* kalau ada duit lebih merasa jugak anak-anak mama makan KFC, Mc D, Burger King
* dan kekadang tu lamb chop, chicken chop + fish n chip
[walaupun bukan restaurant mewah tapi hanya kedai tepi jalan kat Kg Baru]
Janji kenyang dan perut terisi, tidak pernah mama biarkan kalian kebuluran.

Ada pakaian
walaupun asyik mengulang yang sama
[and to Dina & Damia – tak kira la t-hirt tu abang punya dulu, pakai jer]
masih ada uniform untuk ke sekolah……
pakai apa yang ada selagi tidak mendedahkan bahagian yang perlu ditutup

Ada permainan + other stuff
walaupun yang ala-ala sekadar ado
Internet walaupun hanya 200+++ kbps dengan 
2nd hand PC yg dibeli dengan hargaRM50/- buy from zico
Dapat gak tengok upin ipin dan dengar lagu2 najwa latif di youtube
[ada hati gak masing-masing nak mintak mama TAB]
Damia Dina ada mainan masak2 walaupun yang murah……
Abang ada hp touch screen lain ditekan lain yang appear,
dan yang 3 bulan sekali mama top up dengan RM5/-
[jangan berangan nak yang lagi canggih dari tu ya abang]

syukur dengan apo yang hadooooo

Ada kereta kecil warna putih
Boleh gak ngangkut kamu semua balik kampong
dan kekadang jenjalan
[jangan terlintas diminda pun nak suh mama tukar kete besar macam bam ya]
Lupakan…. Peringatan pada suhairi juga
Nak makan pun kekadang dicatu, ado hati nak pakai Nissan Grand Livina
Pakai la sang kancil yang hado sampai sudah ya….
Hanya kekadang jer kita kena balik guna komuter dan bas kan
sebab hado orang malas hantar dan tak nak balik samo2

Bersyukur…. ingat, bersyukur dengan apa yang kita ada hari ini. Dan ingat ada insan lain
Yang kurang bernasib baik dari kita semua. Kalau kita rasa kita susah, ada insan lain yang LEBIH SUSAH




Semoga gambar di atas dapat menjadikan ikhtibar dan 
pengajaran pada Afiq, Damia & Dina


MAMA SANGAT2 BERSYUKUR DENGAN 
APA YANG ADA HARI INI
ALHAMDULLILLAH
TERIMA KASIH 
TIDAK TERHINGGAN
PADAMU TUHAN..... aminnnnnn

Thursday, September 27, 2012

Bulan-bulan yang berbulan

Bulan bulan apa yang bulan bulan, bukan bulan sabit, bukan jugak bulan mengambang ya. dan tidak juga bulan segala bulan yang ada di langit. cuba mendongak ke langit. kalau siang ada apa dan malam pulak ada apa. Apa...apa....Apa yang kau merepek ni syaitannnn. heeeeee. October, November & December. 3 Bulan terakhir sebelum melangkah ke tahun 2013. 2013. cepat benar masa berlalu. perkara yang paling penting masih terbengkalai. October dan November adalah bulan menyopping barang-barang hantara dan bulan membuat hantaran dan bulan membuat hand bouquet. alhamdullillah joki ujung-ujung tahun. tetiba nak kata 'now money is not everthing'. sebab, sebab satu perkara yang ada duit banyak mana pun tak dapat nak ubah apa-apa. ermmmm. bulan October dan November juga bulan menempah baju. End November nak jadi penanggah, penanggah. Yup penanggah, VVIP daughter getting married + persidangan Pu3 UMNO Malaysia. early and end November yang very the BUZY. and December plak sis wedding. wah banyak benda nak shopping dan banyak benda nak buat. semoga tuhan meminjamkan nyawa ini lagi untuk aku terus bernafas. bernafas untuk melunaskan amanat dan tanggungjawap untuk semua, ya kepada semua yang memerlukan kederat 4 kerat cheq ni noooooo. Application tuk Afiq to secondary school next year pun belum di intai-intai lagi. niat memang nak mengasramakan dia. semoga DIA berikan stamina yang berganda pada ku. kekuatan fizikal dan mental. peh cam den ni nak bino bangunan la gayo-gayo ehhh. heeeeeee. Selamat berbuzy myself. x luper ngan PRU 13 akan datang. yang den poning. jangan la anak sulong den tu meragam. you know i know. who is my anak sulong is. kalau dapek den nak kurung 3 bulan ni. sonang kojo den. ke sana ke mari pun senang. nak buat itu ini tak der yang nak tarik muka, sentak dan lain-lain lagi. poning poning mikir an anak solung yang paling banyak RAGAM. ermmm pintaku pada MU moga-moga TUHAN lembutkan hati nya dan saling bertolak ansur. sebab diri ini bukan hak milik dia sorang. aku juga hak milik mak, hakmilik bapak, hakmilik anak-anak, hakmilik teman-teman. TOLONG BERIKAN AKU SEDIKIT RUANG. Ruang bagi melunaskan TANGGUNGJAWAP yang DIPERTANGGUNGJAWAPkan. I start it and let me finish it. 


PLEASE HEAR TO MY APPEAL APPLICATION..... 


adakah dia membaca semua ini, semestinya tidak. 
moga TUHAN lembutkan hatinya. :(( :(( :((


sila berikan kerjamasa, setiap manusia ada kehendak.....






       

Wordless Thursday

soka soka soka hati mamalove ni mau toka toka....
hahahahahaaaaaa
ada i kesahhhhhh
boleh kan ajorrrrr........



Tuesday, September 25, 2012

weak + energy weekend

weak sebab bertegang urat sekali lagi, tak sudah-sudah sejak dah keje dan pegang duit sendiri ni kan. ermm entahlah. hanya DIA mengetahui. energy sebab sunday dapat gak bawak anak2 jalan2 ke bangi. seronok Damia n Dina dapat jumpa Dhia di Bangi. seronok main sama-sama.

today is tuesday mamalove, baru nak update citer on last weekend. tertinggal aeroplane ler. heeeee. anak-anak sekolah on saturday - 22.9.2012. dan pagi tadi apa yang tidak puas hati diluahkan, tapi nampak gayanya macam myself jugak lah yang bersalah. sungguh tidak faham dan akhir, akhir myself jugak lah yang pergi menyembah mintak maaf. mengalah tidak bererti kalah. penat cakap dah cam tu jugak ler. seharian di UTC hingga bawak ke malam. nasib baik ada mak yang boleh tengokkan anak-anak. tq also to my sis sebab allowed utk tido sana. sebagai seorang wanita, perempuan isteri, anak, mama. banyak hati yang perlu dijaga. hati anak-anak... dan hati dia. hati-hati orang keliling. banyak yang perlu dikorbankan. anak-anak merungut, dia bersungut. kalau boleh dipecah 2 atau 3 badan ni, dah lama buat. semua hati perlu dijaga. selagi ada daya ini diharungi jua. maafkan saya, maafkan mama, maafkan along, maafkan den, maafkan mamalove. cuba sedaya upaya memuaskan hati semua orang walau banyak kekurangan. 


sundaynya - ke pasar, nak makan nasi di rumah katanya. menu simple biasa. ikan gorang, sayur goreng dan sambal belacan. ada jemputan hari ni. nak harapkan dia bawak, memang tak la kan. nasib menyebelahi saya, "awak saya datang umah awak hari ni". nasib baik adik ku yang baik hati sudi jemput, disebabkan dia dah offer kan diri, makanya, me + kids + mak ke Bangi lah kami hingga ke senja. lepas masak lunch terus bergegas siap-siap ke bangi dijemput oleh balang bob. then balik semula ke sarang and before that balang bawak round2 ke cyberjaya tengok tempat keje dia yang baru dan lalu di KRU Studioa and bagi saya wow, dasat they all kan the 3 beradik KRU. Pas tu kami makan tutti frutti. thank you so much rar balang. pas ni bila dah ada baby, 200% perhatian pada baby pulak. :D. Balik keletihan, mandi dan tido :D. esok isnin dah keje, anak2 sekolah dan MOOD MONDAY BLUES :D


Friday, September 21, 2012

23rd Sudah

dah matang dah, dah boleh mengundi dah ni. buat pilihan yang tepat ya demi masa depan anak-anak kita. jangan salah pilih ya. hehehee. motip 'saya pilih mengundi' hahaha. larikkkk tajuk sudah. Happy 23rd Birthday adik a.k.a rosmima a.k.a acu mima a.k.a memek, apa apa je la. semoga success dalam kehidupan akan datang. jadi anak, adik, kakak, mak cik, cucu yang baik dan tidak berbelah bagi serta seorang yang adil dalam membahagikan kasih sayang. love you. take care.


Wednesday, September 19, 2012

ini entah yang ke berapa ????

ini bukan nak berbangga diri...
apatah lagi nak riak dan.....hidung tinggi
bukan juga nak show off aper-aper....
tapi dah banyak jugak yang terjadi
dah banyak orang tanya....
dah banyak orang tegur

wei kau pakai product apa ya??

you punya muka licin... 
tak der jerawat, apa product you pakai??

kulit muka you nampak berseri???

wei kawan aku tanya kau pakai make up aper??
masa meeting aritu elok jer foundation aper kau guna ekkk??

untuk pengetahuan semua 
saya ni tak berduit...
pencuci muka hanyalah air paip
dan digosok dengan kain tuala.....
bedak hanya jenama silky girl....
itu sajor............
mungkin, walau macamana batu besar berat MASALAH 
yang menimpa bahu ku ini, ubat nya hanya lah SENYUM
thank you ALLAH......

entah dari sudut mana manusia lain memandang 
wajahku yang .......
kurasakan kusam, hodoh, buruk ini .....
dikatakan berseri-seri....
oh my god....

apa-apa pun terima kasih atas pujian 
yang tidak membawak ke mana......
kalau mati jadi tanah semua
dari tanah kita datang
ke tanah jua kita kembali .... :((

19.9.2012


Bertimpa-timpa



 
UPSR dah selesai
Mama….
Mama…..
Bila lagi ????

Last week, on Friday lampu bilik semua blackout….
dan last week friday jugak 
tersalah hantar email pada bos...
sorry bos... nyesal..sorry sangat-sangat
makin teruk aku ni....
asyik buat salah dan salah dan salah...

:(( :(( :(( :((
mistake..mistake...and mistake.....

Sunday… beberapa jam lagi nak gi meeting
kain meeting koyak
nasib baik ada kain spare.....
Tali kasut putus....
nasib baik my bestie Salina ada kasut spare…

And pagi tadi, iron meletop….berapi-rapi
Nasib balik tak terbakar baju…..
Ubat terlupa nak beli….. 
dah 3 hari skip makan ubat…..
oh no...harap-harap x sangkut.

Mama, UPSR dah selesai….
Mama, raya sudah...
kenduri pun sudah ... 
meeting pun dah settled…
Nak TUNGGU apa lagi?????

Buntu …..
Mama memikirkan
Tak der siapa boleh bantu, melainkan DIA sahaja
YA’ALLAH I really need your miracle …..
Nak tunggu apa lagi MAMA


?????????????

TUHAN jika tiada jalan lain
Aku mohon padaMU
Berilah aku KEKUATAN untuk
Menghadapi semua ini……


tak kan nak tunggu PRU 13 pulak... 
:(( :(( :(( :((
this is not funny mama... 
mama masih mampu tersenyum
dalam HATI hanya DIA 
yang maha maha mengetahui.. :((

Monday, September 17, 2012

16 September 2012

Selamat Hari Malaysia buat seluruh rakyat MALAYSIA
I'am PROUD to be MALAYSIAN....
Dan 16 September 2012 - Ahad
Persidangan Agong UBLP 

Selesai sudah.... tugas dan amanat yang dipertanggungjawapkan


Pu3 UBLP with VVIP













17.9.2012


Saturday, September 15, 2012

nagoya bergaya




tunggu cheq mai nooooooo

Home Alone this weekend


'D' terpaksa mamlove tapaukan ke kampong bersama mak, bapak with RaR Balang. AND yang sulong abang, 'ma, abang dah merdeka, exam dah habis ma, boleh ya ma, abang nak gi main futsal' mama: 'ok abang, take care'. pepagi dah out for futsal at 7.00am tadi. kecik-kecik dulu boleh la ditapau sekali ngan the gegirlskan. dah besar2 ni, manakan mahu dia. [mama always doakan yang terbaek buat abang. jaga diri dan jangan buat perkara2 yang merosakkan diri sendiri ok, take care dan jangan hilangkan kepercayaan mama pada abang] cam tu lah anak bujang kan. ada jer activities nyer. and me home alone for 2day. keje umah yang basic dah settled siap semua malam tadi, jap gi nak vaccum sikit-sikit. al maklum ler umah ni senang sangat al berabuk lah. 

Agenda for today saturday, hari ni nak berwindow shopping jap at Jalan TAR alone. yup alone. mamalove ni tak ramai kawan. kawan tu ada, tapi memasing dah kawin dan al berbuzy wif family and especially with kids yang baru nak membesar. for sure la kena concentrate on them. memang tidak dapat dinafikan semua ini. actually nak gi cari kain. beli kain lagi. ahaaa tengah mood nak cari kain baru. nak cari kain, nak cari kain. DAN tetiba alamak esok meeting, teks tak buat apa pun lagi. mula dah meroyan mamalove sudah mari. hahaha. camni la mamalove setiap tahun. moga dipermudahkan olehNYA segalanya. dah almost 10 years dah mengkerusikan, hahaha pengerusi mesyuarat dan mamalove masih darah gemuruh. apo nak buek ek. i kan pemalu. kuang kuang kuang. dan mungkin ini yang terakhir kot, eh tak tahun depan 2013 yang terakhir. moga tuhan mengizinkan hamba mu yang hina ini bernafas lagi di bumi nya yang terindah serta terhebat. lepas jenjalan kat TAR dlm sejam 2. maka haruslah ku seretkan kaki ini ke pudu sentral. buat apakah. sport check kah. ermmm entah. ikutkan. ajer nyerrr ko. i follow bak kata salleh yakob a.k.a abang jen dlm sinar pagi. sukakah, happy kah, gumbira kah. rela kah. just go with the flow. dan hakikatnya hati ini dah lama 'MATI'. oh GOD please forgive all my past. Hanya padaMU aku berserah segala-galanya. hanya kau yang maha menGETAHUI dari mula hingga akhirnya. Baiknya dari MU dan buroknya dari aku. biarlah manusia menghukum dan menuduh aku. Hanya KAU yang tahu segalanya. ya segala-galanya. 


Hanya DIA
Yang tahu segalanya
Apa yang ku inginkan
Di kehidupan ini

KAU tak 'kan percaya
KAU selalu di hati
Haruskah ku menangis
Untuk mengatakan yang sesungguhnya

KAU segalanya bagi ku
KAU tempat curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan MU
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kepada MU
HAPPY WEEKEND SIS BRO.......

Friday, September 14, 2012

Lawatan DiRAJA



Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan isterinya, Kate Middleton menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Seri Perdana semalam.


Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman

Lawatan rasmi empat hari pasangan diraja Britain itu adalah bagi mewakili Ratu Elizabeth II bersempena sambutan 60 tahun pemerintahan baginda






Stressful sangat

padan muka...
so stressful sampai 
sakit-sakit tulang belikat...
need a rest, mind rest.... moh titun... 
:(( :(( :((

kerja nak cari sesuap nasi, so stressful.....
huhuhuhuhuhuhuhu.........
mak nak urut....
masa mak ada tak nak plak sakit2....
mak dah balik, nangis la x der saper nak urutkan
sakittttttttttt



Malang Day

kecarelessan terus memburukkan keadaan dan memperbodohkan diri sendiri pada hari ini. padan muka mamalove. padan muka, padan muka. terlajak motor boat leh berundur, terlajak jari jemari padah diri sendiri. padan muka. huhuhuhu. tak kesah pun bila kena buat itu ini. saya sangat mengikut arahan. bos adalah bos kan. tapi akibat MOOD SWING tak tentu mengarah hari ni. something bad happen to me. something stupid. yup i accept my mistake. my carelessness. 


ya'allah permudahkanlah segala urusan kerja 
ku di zico selepas ini. 
sesungguhnya aku mencari rezeki halal 
untuk disuapkan ke mulut anak-anak ku 
serta memberi mereka pelajaran :((  aminnnn


Tapi sejak kebelakangan ini, mamalove mula sedar. mood swing sudah mula berubah. dulu mamalove sorang yang seperti lembu cucuk hidung. mengiakan setiap apa orang keliling kata dan buat semua kerja orang lain seperti lembu. ya memang seperti lembu. apa saja orang lain suruh buat walaupun bukan kerja dan task mamalove. akan mengikut sahaja. dulu seorang yang sangat penyabar. tidak pandai melawan dan tidak pandai menjawap. tapi sekarang mamalove sudah sedikit berani bersuara dan meninggikan suara pada orang lain. dan sudah pandai nak melawan cakap orang lain yang cuba memperbodohkan dan cuba mengabdikan mamalove. adakah ini satu perkembangan yang positif atau negative? entah lah. 



mamalove sudah berani memarahi dan menegur orang yang suka buat kerja main-main dan cakap pusing-pusing, putar alam dan yang cuba tunjuk bagus. jika mamalove berada di tempat yang benar, why not kan. dulu memang orang sewenang wenang nak pijak mamalove. Sekarang mamalove ada itu sedikit berani la untuk menegakkan apa yang betul. mamlove sendiri terkejut dan kekadang terkeliru dengan perubahan mendadak ini. pantang orang silap mula la mamalove nak tinggi suara. tapi sesungguhnya meninggikan suara pada perkara-perkara yang mamalove yakin benar dan perlu. opps kekadang orang yang tak kena mengena pun kena gak. oppsss sorry babe. kekadang gua to emotional now a days. sorry again. 

to my 2 bosses NEK and LFT, sorry for my carelessness. and i will try my best to reduce my MISTAKE after this. today is my to EMOTIONAL day. sooooo sorry again. especially to LFT. Sorry for the misunderstanding 2day and i hope we will work together as one good team. insya'allah.... 

to NEK...thank you so much

Quote - 14 Sept 2012



4 Roses En Razak

my semalam day 13.9.2012 - Thursday
Mood - Happy Giler....

hari ni dalam sejarah, dah lama tak kumpul cam ni. 4 semua nya anak pompuan pn rajabee dan en abrazak lelepak cam ni. al maklum semua dah ada family sendiri dan diri sendiri  terlalu buzy. buzy ker??? hehehe. kekangan masa yang terlalu terhad tuk lepak sesama selalu. kang dia ada, dia tu tak da. dia ado, den tak tak do. cam tu lah. all the roses in the house. dan semalam ME mencabut balik awal dan kebetulan ada hal kejap di pusat khidmat masyarakat lembah pantai then terus pulang keawalan :D ke rumah han. Ros Sulong, Ros Ongah, Ros Atam and Ros Acu in the house. semenjak pagi lai semua dah adok, den yo kojo. kek opis tu memang ingat nak balik yo. hiruk pikuk, tunggang langgang jadi eh. Raya aritu Ros Atam tak balik, yelah orang dah ado mentuo, balik ke umah mentuo la yo. ni baru berkesempatan nak meet up. cuma Kumbang seekor, oppssss jangan marah Rafizi Balang yang tak der. Nun jauh di senawang, seromban. lain kali kita meet up lagi ya. Topik bualan banyak yang berkisar tentang 'wedding' Ros Acu a.k.a Cik Mima yang just around the corner, just corner the roundabout lorrr hahahaha. Makan-makan dan sembang-sembang. memang haruk pikuk sebab campur dengan tangisan 2 orang budak tecik iaitu double 'Z', iaitu Zaidan dan Zakuan. hok hek hok hek. dan makanya tergendalalah perbualan yang disulami gossipping hangat dan suam-suam kuku ayam:D. Dalam 3 jam jer dapat bersama-sama pun :( kejap sangat. And at 9.00pm semua dah siap-siap pulang ke sarang memasing. Dan ME menTAPAUkan my double 'D', Damia n Dina ke kampong esok. sebab weekend ni ME buzy MEETING. Meeting apo, later la storey morey k. 

Dah 4 hari mak n bapak stay at pantai ria. menemani double 'D' yang cuti 2 hari sebabkan 'UPSR' exam. Dan guru besar mutlak di rumah iaitu mama memberikan lagi 2 hari pelepasan. 'hang jawap la mama ya dengan pihak sekolah, ala sorry headmaster SKBF, 2. Exam dah habis kan, lagipun so far all my kids memang susah nak monteng-monteng ni. merajin jer selalu ke sekolah, walaupun masa nak bangun ke sekolah berperang sakan dulu ngan mama, sekali sekala ya headmaster'. Thank you MAK cause take care double 'D' for me for this 2 days. Damia Dina see you all on Monday. Dont' noty-noty k. 

Dan korang-korang semua, all the Triple Roses semua larikkk meninggalkan umah yang berkapar dan Ros Sulong terkapar-kapar sorang-sorang mengomeh umah yang bersepah korang kejekan ekkkkkk. Come back and help me for house keeping. tak per sekali sekala. its ok. Ros Sulong ok jer, happy jer. dan kesudahan at 1.00am siap kemas dan kepenatan dan ketiduran dan kebedengkuran juo. Dan the most important  semalam Ros Sulong happy sangat, happy yang tidak terhingga sesangat lah. Because all the ROSES UNITED memang havoc dan something happen that make me senyum sampai ke telinga dan sampai bawak ke alam mimpi :D. Thanx GOD, thank you so much. syukur dan syukur aminnnnn...... alhamdullilah amin dan syukur sekali lagi :D


Ros Acu, Ros Ongah, Ros Sulong & Ros Atam

Monday, September 10, 2012

Quote 4 2day


my weekend story telling


oh my english, terbarai, huhuhuhuhu. yo lah pak den melayu, omak den melayu gak. camno nak terar cakap omputeh. huhuhuhuhu. sekolah den dulu pun sekolah melayu gak, abih camno nak terar english den tu. sabtu tu sesuboh dah bangun. apo lai cam lipeh kudung la menDOBI, vaccum, mop sapu, melipek dan segala mala keje umah la. sobab jap lai nak memongit. sungguh kurang sopan bahaso ibundo den yo. last minute my sis sms, 8.00am esok nak ke taylor. pehhh taylor. selesai sudah keje umah, bergegas ke kerinchi. for taylor, hahaha. last 2 week kan dah menyopping kain. and next step on saturday ke taylor sudah together-gether with my bro in law nizam mak, and 2 sisters kak lin n nana, my mom, sis linda and my anak2 daro. sorang tempah ada lah dalam 2, 3 pasang baju. den ngan anak2 yo solai yo baju eh. osah risau eh, takut tertukar di kemudian hari. pang pung pang la jawap eh. 3 hours gak baru selosai mengukur bagai. 


then rushing nak ke kg melayu subang, ado OPEN HOUSE di FMS. Thank you Fariz future brother in law n Mima my sis for inviting "US", go wif my bapak, omak, my bro, anak bujang n anak daro. menumpang lai.  makanan peh semuanya sedap-sedap belaka. start wif mee hoon kari 2x tambah. then nasi impit kuah kacang my favourite, then mee hoon sup yang marvellous. makan lelaju jugak sebab merushing nak balik Seromban dan terusan ke Kolo Pilah. Moh ke pilah kito.  2.30pm bergerak ke seremban. dalam perjalanan plan A cancel dan terus ke plan B. Dengan makanya membawa lah kami ke 'lighting shop' sebab omak nak shopping lampu baru ditaja oleh bapak dan di topup oleh RAR Balang, sebab budget omak terlebih sudah. sejam di kedai lampo terus ke rumah balang di senawang kerana menunggu isteri nya yng tercinta balik kojo dan lopeh tu baru nak gerak ke Senaling. 


Plan A dah tukar, maka nya ke plan B. Tinggal lah daku dan anak2 menunggu dan menuggu my sis bam datang ambik we all. ni la nasib mentumpang. dari dvd satu filem 'avengers' heronya handsome2 belako. layannnnn. beralih ke dvd ke 2 'the journey 2'. dan nasib tidak ke dvd yang k3, mau hati bikin panazzzz. dinner dulu di restaurant tomyam baru lah kami semua pulang ke KP for lenggang melenggang kenduri dan doa selamat for my sis in law zainorhana. moga mommy n baby cehat2 hendaknya. amin. Sampai jer pilah terus bergotong royong, cheq dua kerat jer ngan onggah nyiap an 'goodies bag' tuk kenduri esok. 1.00 pg baru lolap. mato dah kuyu dan menlayu dan titun. ye lah dari subuh, bawak ke pagi, tengahari, ke petang dan terus ke malam dan ke tongah malam. ponekkkk mang ai osah cakap la kan. sok pepagi dah nak kono bangun. mang ai ngantuk ehhhh mato sehh ni ha.



Ahad - Kenduri doa selamat, my bujang afiq pun sesamer baca yasin. alhamdullillah. Dalam 2.00 petang kenduri selesai. dan gotong royong reramai wif family pak cik zainal dan cik ton mengemas bersama-sama. dan pas tu gossipping wif huda. hehehe. Dan petang nya tepat jam 5.00 petang bergegas gegas pulang ke sarang. esok dah isnin. kojo. malam tu dan menrisau dapek sms beracun dari my bos. den ingat susah bona la task ehhhhh. bila dah buek pagi ni. syukur tak lah susah mano. tempolok den ni ha manjang yo risau malam tadi. deadlines. deadlines. cam ni leh kono heart attack den. fuhh fuhhh fuhhh jauh penyakit. hehehehe. that all about my weekend story telling. oh my english. hancusssss. jangan lah golak an den. 

oh my english.....

Abang Good Luck



Segala Usaha yang Termampu telah mama beri.
Dalam keadaan serba serbi sederhana.....
Telah Mama berikan buat Abang.
Walaupun banyak yang kurang dan banyak 
yang mama TERLALAI dek perkara2 
yang tidak terduga di akal mama.

Maafkan Mama sekali lagi
jika ada yang terkurang....
Esok dan 2 hari seterusnya adalah waktunya...
Mama tidak henti berDOA 
hanya yg TERBAIK buatmu...
Hanya berserah padaNYA...
Buat yang terbaik....
Untuk masa depan mu anakku

SHAFIQ AKMAL




YA ALLAH, terangkan hatinya
lancarkan jari jemarinya
dalam menjawap soalan-soalan UPSR esok
dengan penuh yakin 
................

Hati dan degupan jantung mama
hanya DIA yang maha
mengetahui....
tidak berhenti berDOA
dan berHARAP yang TERBAIK
hanya yang TERBAIK
buat ABANG.....

Mama SAYANG Abang...
Marah bukannya benci... :(( :((
anakku
Mama sayang Abang.....