About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...

Tuesday, December 31, 2013

Terima Kasih Kalian Semua

tentu korang tertanya2 kenapa blog ni sudah titak berupdate. Banyak sebenarnya yang hendak diceritakan. Tapi biarlah ianya terlipat di dalam sanubari sejarah hidup sedih ini. Ini adalah yang terakhir. Terima Kasih kerana sudi menjadi pembaca setia blog ku untuk selama 4 tahun kebelakangan ini. Cerita dan coretan aku banyak yang berkisar sedih dari gembiranya. Cukup setakat ini saja rasanya. Kerana lagi banyak aku menulis. lagi banyak cerita sedih yang akan aku paparkan. cukup. cukup cukup cukup sudah. cukup sampai di sini saja. Jutaan terima kasih yang mampu aku coretkan. Terima kasih dan terima kasih atas segalanya. Biarlah perjalanan hidup selepas ini menjadi milik peribadi aku sahaja. Tiada kesudahannya. Begini jualah pengakhirannya. Sama tiada bezanya. NoktahSelamat Tahun Baru, diharapkan kalian akan terus gembira dengan insan2 tersayang. Entah kenapa setelah apa yang berlaku pada 2013 ini, rajuk ku ini telah berpanjangan. Biarlah aku tertimbus dengan kehidupan ku sendiri. Tergamak mereka....mereka perlakukan aku demikian rupa. Depan manis belakang ditikamnya nya aku. Aku maafkan semuanya. Biarlah DIA sahaja yang maha mengetahui sekian. Terima Kasih dan Selamat Tinggal. Maaf atas segalanya. Terlalu kecewa dengan apa yang berlaku. Aku doakan kalian bahagia selamanya. 


Friday, December 27, 2013

JUMAAT TERAKHIR 2013

Wahai Jumaat Penghulu segala hari....

semoga jumaat akan datang lebih bahagia
semoga jumaat akan datang lebih muhasabah diri
semoga jumaat akan datang lebih murah rezeki
semoga jumaat akan datang lebih berseri

semoga jumaat akan datang lebih gembira
semoga jumaat akan datang lebih memberi pedoman
semoga jumaat akan datang lebih hidayah
semoga jumaat akan datang lebih bersih hati

semoga jumaat akan datang lebih beriman 
semoga jumaat akan datang lebih sentosa
semoga jumaat akan datang lebih berhikmah
semoga jumaat akan datang lebih tawaduk

semoga jumaat akan datang lebih khusyuk
semoga jumaat akan datang lebih sehat
semoga jumaat akan datang lebih tiada hasat dengki
semoga jumaat akan datang lebih harmoni

semoga jumaat akan datang lebih rajin
semoga jumaat akan datang lebih berusaha
semoga jumaat akan datang lebih peluang 
semoga jumaat akan datang lebih ruang

semoga jumaat akan datang lebih sabar
semoga jumaat akan datang lebih dilindungi 
semoga jumaat akan datang lebih dihindari 
segala keburukan, kejahatan dan hasutan.....

Semoga jumaat akan datang...

anak-anak ku akan

menjadi anak3 yang LEBIH berjaya 
dunia dan akhirat

amin

harap ianya bukan JUMAAT yang terakhir buat ku.....



Teruskan HIDUP... TUHAN masih meminjamkan NAFAS...SYUKUR

FRIDAY - Special

Semalam balik dari opis dah terbayang2 lauk masak lemak labu yang masak pagi tadi. Kebuluran al maklum hujan and I skip my bekpes and lunch. Oh sangat2 kecewa sebab habis licin, periuk siap dah cuci oleh si Bujang anakku. Kempunan mama, masak lemak labu tu peberet mama. Tu la jual mahal pagi tadi tak nak tapau. Nasib tak der batu belah batu bertangkup zaman la ni. Kalau ada sanggup ke diri ini ditelan batu belah batu bertangkup. Hahaha. Menu Hari ni Special sikit sebab me dah gaji so boleh la makan ikan mahal sikit. 

IkanBawalBendiTomatoMasakKari 

IkanKembungGoreng 

SambalBelacanBerhantu....


My sibling kata bukan I kata. Dah 2 hari jugak bapak mintak makan ikan goreng. Alhamdullillah dapat jugak tunaikan hari ni. :D




Thursday, December 26, 2013

TQ so Much....

thank you for treating me 
like a beggar

knock..knock...






its not a few times...
its happen so many times .... — feeling blessed.

THURSDAY...

Semalam ingat nak masak sup ikan merah untuk bapak subuh ni. Gi la pasar malam dalam hujan renyai2 malam tadi tu. Bapak nak makan sup kaki ayam. Gerai yang biasa jual ayam tu tak der pulak. Sebab hujan dari petang tadi so pak cik yang biasa aku beli ayam ngan dia tu tak meniaga malam ni. So tak der la kaki ayam. Opss bagi orang senang, senang cakap orang kaya, kaki ayam ni sure they all buangkan. Mungkin nampak pelik juga bila orang bawahan macam kami ni makan kaki ayamkan. Ada sesetengah orang memang nampak jijik. 'ini kisah benar yang pernah saya alami, dulu citer lama la, saya makan kaki ayam, n tetiba ex rakan sekerja saya buat memek muka geli'. Ermm, sup kaki ayam tu la yang paling sedap bagi we all, macam makan steak gred AAA. 

Jangan terperanjat kulit ayam yang dulu orang buang pun peniaga sekarang dah jual. Dengan tidak malu nya memang saya akui, kami anak beranak makan kulit ayam tu. Goreng garing2 macam keropok sedap. Nasib anak3 suka. Makanan terdesak namanya. Memandangkan keadaan ekonomi yang runcing sekarang ni. Semua barang2 naik harga. Apa yang halal yang boleh di makan bedal jer, janji perut kenyang dan diisi. Ermmm :(. 

Haaaa, berbalik kepada ikan merah tadi, yang ditimbang hanya bahagian ekor jer pun, makan tengahari bapak n anak3 sure habis dan mungkin x cukup. Sikit sangat, korang tahu berapa harganya, RM25.00. Dengan malunya, "sengih2 macam kerang busuk, tak per la dik, akak tak jadi ambik", dalam hati mahal gila and terus blaaa, hahaha. Sudahnya.... Inilah menu hari ni yang saya mampu buat untuk hari ni. Maaf ya bapak, along tak mampu nak bagi bapak makan ikan best hari ni. 'Ya Allah murahkanlah rezeki aku, supaya aku dapat bagi bapak makan yang sedap2 dan berkhasiat'. 
Labu masak lemak.... + ikan pekasam...
selamat menjamu selera bapak....


:D
  

Wednesday, December 25, 2013

WEDNESDAY - Nasi Goreng...

Hope the taste exactly like MAK punya nasi goreng.  Rupa dan structure dah ada. Lorrr cam nak buat rumah susahnya. Bukan susah nak masak. Susah nak dapatkan rasa seperti air tangan mak. hahaha....
The TASTE lets bapak decide. Horeeyyyy LULUS.

Bapak kata rasa memang ada sikit laaaaa macam mak punya.
hehehehe. Mana boleh lawan kesedapan nasi goreng mak kan....

Air Tangan MAK adalah yang terbaek di DUNIA... :D

BAPAK dah rindu masakan mak........

WordLess WedNesDay....


Tuesday, December 24, 2013

jom menGILA

sekali sekala mengila syok jugak kan. tapi nak gi mana ya. dengan siapa. bila dan ke mana hendak diseret kaki ini. ????? kalau orang lain boleh pergi mana dia nak. buat apa yang dia suka. Why not me?. Diam diam. Sabar. sabar. Satu hari meletop. Jangan ditanya kenapa. Tanya diri sendiri. tak lah....tak buat pun. huhuhuhu

WEDNESDAY, ehh silap TUESDAY

Wordless Wednesday esok la Puan Blog, cakap...cakap....cakap banyak3. Bukan cakapla menaip banyak3. Tak kira nak cakap jugak. cakap...cakap... cakap... teringat my boss 4 thn dulu.. hahahaha... I pemalu boss..... huhuhuhuhuhu. Tahun ni saya tak der appraisal. Colleague yang lain good luck la ya for today. No appraisal and no BONUS huhuhuhu. Sakit sangat tahun ni. Sian anak3 sekolah nak buka dah. just around the corner. Ngan kete kecil ku pun banyak meragam. Betapa pentingnya BONUS pada aku. Harap gaji bulan3 hanya tuk makan jer. Holiday pun jangan ngada3 nak sebut ya. Ermmmm beruntung laaa yang dapat gi holiday tu. Kadang2 sampai 2 tempat kejap penang, kejap kang dah kat sabah ya. ermmm. dah la liza tu rezeki orang. ermmm.....ok lah malas nak cakap3 apa3 lagi. oppsss.. malas nak menaip banyak3. Lagi banyak menaip lagi sakit hati. Cemburu ke aku. Sape yang tak cemburu. Dah tahu aku memang tak mampu. So korang tak yah lah nak show off kat aku. Erkkkkkkkkkk...arrrrgghhhhhhhhh. its ok. iam happy for what am I today. melayan anak3 yang kadang2 buat mama naik hantu. hahahahaha. Hari2 bebel2. hehehehe sorry kiddos. ok esok cuti. dok umah diam3. ya

WEDNESDAY MENU - SambalTumisIkanBilisPetaiUbiKentang.....





MAHALNYA nak gi Sunway Lagoon. Kiddos dok umah diam2 la ya sayang...
senang2 nanti mama bawak gi kemensah jer, baru 1.50 per enterance...
rendam la sampai kembang....ermmm,,,

yang kayo tambah kayo.......


SORRY

cik ellywonderland pinjam picture ya...
dengan x mintak izin....




Monday, December 23, 2013

MONDAY...

IkanCencaruMasakKisap + SayurBayamUbiKentangMasakTumisAir. DONE. Selamat menjamu selera Bapak dan Anak-Anak..... :D





Sunday, December 22, 2013

my Princessess

saya sgt BERPEGANG pada JANJI

sooooo saper2 yg sudah berjanji 
sesuatu pada saya sila tepati janji anda. 
sebab saya tengah susah sekarang ni.

weekend masak special derrr

SUNDAY MENU - Bapak requested, teringin katanya

Udang Masak Lemak Cendawan
&
Goreng Sayur Ikan Bilis.......

Jom Makan.....


BRUNCH......
Ramai yang bertanya apa kah yang sedap dan hebat sangat tentang
'Sambal Belacan' ni...
a. cilinya kah...
b. limaunya kah....
c. cili besarnya kah.... 

d. belacannya kah...
e. lesung batunya kah...

Sedapnya Sambal Belacan ni terletak pada Belacan nya yaaaaa

BELACAN PERLIS TERBAEKKKKK......hehehe.
Sudah Tentulah Belacan nya. Belacan datang dari jauh... Perlis maiiiiii
memasak pun kenalah berSENI. al maklum darah Chef ada la sikit2 mengalir dalam tubuh ni...  my late uncle Pak Itam, my late cousin Alang Zai is Chef... my Pak Ngah Zainaol pun hebat memasak tak ketinggalan my cousin yg di German sekarang Che Zai Azizul... semua hebat2... :D

Saturday, December 21, 2013

Satu PD cari Tempoyak der.....

PD is not for Pokdeksen ya. tahu tak apo tu Pokdeksen. Port Dickson la. Orang nogori sebut Pokdeksen. Satu Pantai Dalam cari Tempoyak. Pehhhh. End Up I'am lucky. hoooreyyyy my neighbour give me the tempoyak. Itupun setelah mentawaf satu PD cari. Tadaaaaa SATURDAY MENU for my beloved BAPAK. Ikan Baung Masak Pais Tempoyak. Pehhhh lazattt. Jemput makan semua. Sila Sila.... :D 

dulu dan kini tiada BEZA

bila ada manusia yang pentingkan diri sendiri. 
mencari hiburan untuk diri sendiri. 
mengikut langkah kaki sesuka hati 
tanpa mempedulikan perasaan manusia lain dibelakangnya. 
sesuka hati sungguh. 
apa yang ada dalam sarang naluri. 
sungguh tidak difahami. 
sungguh tidak dimegertikan. 
teruk sungguh ajaran yang diberi oleh yang terdahulu
siapa yang harus dipersalahkan. 
siapa yang salah. 
yang ada seperti tiada rasa. 
seperti tiada perasaan. tidak membantu secebis kuman
kesian manusia lain jadi mangsa 
atas kelalaian orang lain. 
tidak mengajar apa itu ertinya tanggungjawap. 
apa itu erti kasih sayang. 
sayang hanya dibibir. 
sedangkan tidak dilahirkan dengan tindakan dan perilaku. 
kesian hati lain. 
kesian jiwa lain yang terdera. 
bertarung dengan perasaan sendiri. 
mencari kebahagian sendiri. 
mencari ketenangan sendiri. 
sungguh tidak mengerti. 
mengapa tidak belajar dari kesilapan dan keikhlafan manusia lampau. 
hidup dulu tidak ubah yang ada sekarang. 
Buat yang lebih baik... bukan memburukkan dan sedia ada
kesian. 
sungguh kesian bila jiwa 
yang tidak mengerti apa itu payah dan kepayahan.
Kesian jiwa yang tersiksa itu.
Tiada harapan dan pengharapan lagi.
Biarlah... Biarkan....Biarkan...



Friday, December 20, 2013

Gulai Kari calang...

Haaa tu la over confident sangatkan. Ermm ingat semua bahan dah complete, tinggal nak masak jer pagi ni. Haaa ambik sekali serbuk kari tinggal 2 sudu. Tak cukup, pagi2 jam 5pagi di subuh hari mana ada kedai bukak kak long oiiiii. Mana nak cakau serbuk kari. Guna aper yang ada. Dan inilah hasilnya. Telur masak kari calang, calang tu bahaso negori. Calang mean Cair a.k.a tak pekat. Gulai kari telur calang. Selamat menjamu selera Bapak and anak3 tersayang :D

Wednesday, December 18, 2013

AL FATIHAH...

Salam semua warga FB yang diKasihi & diRahmati ALLAH. Innalillahi wainnailaihiraji'un - Dengan sedih nya saya ingin memberitahu khabar duka yang Sahabat saya Pelakun Tersohor Puan Azean Irdawaty sudah diJemput ALLAH pulang ke Rahmatullah sebentar tadi diUniversity Hospital disamping ahli Keluarga yang dikasehi dan sahabat - sahabat terdekat. Saya memohon anda semua dengan ikhlas hati Mendoa kan semoga ALLAH menempat kan Roh beliau dihimpun kan bersama mereka-mereka yang beriman…….Moga ALLAH memberi kekuatan kepada ahli keluarga Allahyarhamah untuk menghadapi saat kesedihan ini…….
Marilah sama-sama kita semua sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah 
……Salam Takziah buat semua ahli Keluarga Allahyarhamah. 
Selamat Beristirehat dan bertemu Pencipta Mu Wahai Sahabat Ku yang dikasehi...
Moga ALLAH Himpun kan Roh mu dikalangan mereka yang Beriman. Ya ALLAH...Kau Ampun kan lah kesemnua dosa Sahabat ku ketika hidup nya ....Mari kita semua Mendoa kan Kesejahteraan Allahyarhamah dialam Barzakh. Amin Ya ALLAH…Semoga Tenang disana. Salam Santun Erat Silaturahim Wa Ukhuwah Fillah & Salam Teramat Sayang Untuk Adik-Adik Kak Pah dan Semua Anak-Anak Ummie Sharifah yang dikasihi di FB ini. Jazakum Allahu khayran.  FROM KAK PAH - Datuk Sharifah Aini FACEBOOK


SYUKUR ATAS SEGALANYA..INI YG TERBAIK

Masak...and Masak early as 4am

Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api, less chille and less salt. Tak podeh ompok apak den. And Sambal Ikan Masin Sepat Manis. Done for today. Hari ni at office kena google2 lak resepi lain untuk esok dan seterusnya ;)


melepaskan rindu dendam terhadap nasi..
menapau breakfeast 'nasi kicap + sambal ikan masin sepat'
terbaekkkk :D..kebuluran malam tadi skip dinner :(

Tuesday, December 17, 2013

tidak bisa lagi....

kita diingati bila kita bisa memberikan sesuatu
kita dibantu bila kita bisa menolong sesuatu
kita diperlukan bila kita bisa membantu 
kita akan dipergunakan bila kita dirasakan perlu

bila mana kita tidak lagi bisa memberi
bila mana kita tidak lagi bisa menolong
bila mana kita tidak lagi bisa membantu
bila mana kita tidak lagi bisa dirasakan perlu

kita sudah dilupakan
kita sudah dibuang
kita sudah disampahkan
kita sudah dikain buruk kan......

Dapur BerOPERASI semula

2 hari rehat memasak sebab bapak n kids stay rumah k.ngah.Sekarang dah start buat list nak masak apa setiap hari untuk bapak. Pening jugak sampai dah tak tahu nak masak apa. Huhuhu parah jugak mikirkan menu harian ni. 

TUESDAY MENU  -  AYAM KURMA BERKENTANG
....Selamat Menjamu Selera Bapak.

Monday, December 16, 2013

BANJIR + X DER AIR

ohhhhh masalah-masalah besar ni. Selangor dan Lembah Klang akan hadapi masalah air, tiada air atau kekurangan air. Pantai timur kecoh sana sini sebab terlebih air-air yang tidak diundang. Musim banjir bermula dan kali ini lebih dasyat. Sangat bersimpati dengan mereka-mereka yang terlinat dengan banjir ni. Tapi tak per banyak sangat pihak yang datang membantu menghulurkan tangan ringankan beban mangsa-mangsa banjir ni. Pepatah berbunyi 'kera dihutan disusukan, anak dirumah  mati tak makan'. Yup this is the fact. Berduyun-duyun bantuan tiba dari setiap ceruk. Ermmm. Semoga mangsa-mangsa banjir tabah menghadapi ujian dari dia ini. Semoga Bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat mengurangkan penderitaan dan beban mereka2 bagi menghadapi banjir ini.

Haa ni yang pening, SYABAS keluarkan senarai kawasan-kawasan yang akan terlibat dengan kerja baikpulih penyelengaraan. Susah woo tak der air. Susah nak masak, mandi, mencuci. Biarlah tak da tenaga elektrik jangan tak da air. Dok tinggi-tinggi ni lagi payah nak mengangkut bagai. ermmmm. air oh air.

Beautiful..Doakan Yg Baik2