About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...
Showing posts with label Kids. Show all posts
Showing posts with label Kids. Show all posts

Monday, September 9, 2013

take a long breath....

hope this decision 
is the best .....
not for me... 

but for my heart gems...

Wednesday, August 28, 2013

3 my nyawa intan payung

walaupun kehidupan saya bosan dan tidak menarik langsung katanya tapi saya ada ni. Merekalah bintang hati saya yang sangat menyinari hidup saya......
thank you allah

sis bro.......

Saturday, April 13, 2013

Al kesah my intan payung

aktiviti Damia n Dina bila malam2 mama tak da. Habis dipunggahnya Box ajaib mama..... dan hasilnya.... adalah seperti di atas........ya adik, mama maafkan adik, surat mintak maaf Dina to me, yang selalu noty-noty dan paling buzy body. "mama kenapa itu, kenapa ini" banyak betul soalan dia. Dina paling banyak cakap, Damia pendiam, Afiq al tak kesah buat bz ngan hal dia jerrrr.......





Damia...Damia.... this is 2nd bag for this year. Bam my sis dah belikan school bag yang berjenama dan mahal masih koyak rabak. Kakak letak batu bata ke kakak... adoyai.... tengah bulan mama tengah sengkekkkkk ni....... Berapa beg kakak nak pakai setahun sayang....... :(. Barang2 zaman sekarang dah lah mahal tapi tak dok kualiti......yang afiq dah 100x dok keje beli selipar, hari ni mintak selipar lagi. mana tak jahanam bang main bola, main bandminton ngan selipar, lasak la abang ni. kasut sport kan hado........mama tengah sengkek, pakai laa apo yang hado sementaro ni yo




Afiq Damia n Dian, Dian Dian oppsss kena beranak lagi sorang ni and then kena buh nama ni DIAN, Asyik Dian Dian. Dina la favourite. Tak makan nasik pun tak per asalkan ada roti and telur + cheese. peh layannnnnnnnn. mama pun layan....... Dinner terdesak dan tersodak duit namo ehhhhhh. dinner time duit dah makin kureng :(

Tuesday, February 12, 2013

3 Pot Nasi Habis Licin

3 minggu dapur mama tak berasap. sebab aper x berasap, sebab merajuk. rajuk yang panjang. mama cuma kemas rumah dan cuci baju sajor sejak tiga minggu kebelakangan ni. tapi hari ni mama kesian plak tengok anak-anak asyik makan kedai dan makan makanan yang tidak menentu khasiatnya. maaf sebab marahkan nyamuk habis kelambu pun mama bakar. kiter bakor, kiter bakor yop. maaf sekali lagi anak-anak jadi mangsa kemarahan mama. tapi tidak sampai la mendera ya. saya masih waras dan anak-anak masih makan cuma bukan dari air tangan mama. senja tadi melarikan diri ke tesco belakang rumah. mujur dekat sajor. dan malam ni kiter semua makan besar ya anak-anak. peha ayam kentang masak lemak cili api, kepak ayam goreng rempah, sambal belacan dan tidak ketinggalan kicap cap kipas udang. habis kelokai nasi 3 pot licin dan sekali lagi diet mama pun hancussss. ok lah anak-anak dah siap makan. seronok hati mama. pas ni mama akan merajinkan diri memasak untuk anak-anak ya. anak-anak kena la janji ngan mama kena makan banyak-banyak. barulah mama bersemangat nak cooking. :D. 

Tuesday, February 5, 2013

My Nyawa

weekend memang tak der keje lain selain melayan my nyawa-nyawa at home especially Damia Dina. Abang dah banyak aktiviti sendiri, yelah dah bujang kan. futsal, bola bla bla bla. cepat masa berlalu. sekejap jer dah nak masuk 13 tahun this coming March. jadi anak yang soleh dan berguna ya abang. make mama proud of you.

weekend mama memang jarang sangat bawak anak-anak jalan. jadi mama kena lah pandai ambik hati you all di rumah. adakan aktiviti2 yang fun2 sikit untuk this 2 gegirls sape lagikan Damia Dina la. mama tak suka they all campur sangat kengkawan kat luar. kengkawan hanya di sekolah ya anak-anak. kekadang heran tengok some family yang dok biaq jaaa anak terbiar sana sini tanpa pengawasan orang2 dewasa. its not mean damia dina tak main kat playground ya. pergi jugak tapi mesti bersama-sama mama. ermm biar lah lain padang lain belalang. lain orang lain cara asuhan masing-masing. terpulang tepuk dada tanya selera. terpulang lah pada individu camner nak corakkan kain putih yang bersih itu. ikut suka warna apa gambaq pa nak buh naaa. ok dah malas nak bebel banyak2 just layan all the pic below dan ada jugak picture yang dah basi. :D daaaaa






jadual warna warni ni bukan apa, nak bagi anak2 seronok nak pi sekolah...
balut buku teks...semua mama buat sendiri :D
special for Afiq Damia Dina


activities hujung minggu...colouring...horrayyyyy

mama dah belikan school beg yang baru - bantuan permulaan persekolahan dari Government tu mama tak guna personally ya...memang semuanya gunakan untuk anak2.....tq so much to gevernment.... 
[top up brg2 sekolah yang masih belum lengkap, semua tuk anak2]

Saturday, January 12, 2013

its a SCHOOL story mory + rojak

Dina, Damia & Afiq
selamat memulakan sessi persekolan yang baru
2013

yup dah agak basi kan. tak kesah la janji mama nak citer jugak. ehhh my blog kan my suka hati ler. lalalala. 2nd Jan 2013. IRON LADY nya mama. semua sendiri dan bersendirian uruskan hal anak-anak. angkut buku2 sekolah sendirian turun naik bas dan menapak bertapak tapak. alhamdullillah SELESAI jua. 

pagi tu semangat my 2 gegirl nak start school. mama belum bangun they all dah bangun dulu ok. satu hari yang sangat ceria. siap-siap. and jom girls ke school kite. they are so triple excited nak go to school on that day. abang masih berdengkur sebab tahun ni abang di sekolah baru di tahun baru dan waktu sekolah abang apun baru iaitu pada waktu petang. so on the 1st day mama yang akan hantar both of you to school. so mama stay until waktu rehat. masa nak tunggu waktu rehat meet with a few friends yang hantar anak jugak school next door. selesai waktu rehat double "D" so mama pun mintak diri. Double "D" balik naik bas sekolah ya. Mia take care your adik Dina. bye girls. take a good care of each other ya. Mama bawak diri plak ke SMBKL nak uruskan hal school abang. sampai jer kat sekolah mama daftar, beli buku dan beli juga segala kelengkapan untuk abang tahun ni. dan opps hingga mama terlupa yang abang nak mintak tukar sekolah 15hb ni. tapi semua benda mama dah beli, dari buku2, t-shirt PJK, t-shirt sukan dan t-shirt kokurikulum and t-shirt sukan, mang ai banyak eh t-shir, dulu mama satu jer t-shirt sukan sajor, nyokik darah tul, duit semua tu. tak per demi anak2 mama rela ikat perut sampai gonting. tie, apron dan semuanya lengkap. ermmm. then mama maintak diri nak balik. abang hati2 ya, petang ni balik elok2. jangan melencongkan kaki ke tempat lain. tuju ke rumah jer ok. take care sayang. take care semua anak-anak mama. 

selesai segala urusan sekolah anak-anak. melepak kejap with my ex schoolmate and my bbf ever, ida and nash. kawan sekolah di SMBKL dulu. kawan sekolah korang dan sekolah sekatil, hahahaha. hebat korang dah 4 orang anak :D. itupun setelah 2 tahun Ida pindah semua ke KL dari Muadzam Shah Pahang, ni baru nak jumpa balik. al maklum mak buzy nyah. hahahaha. yelah masing2 buzy with family memasingkan. story mory seme citer lama. mengimbau kenangan lama yang menyentuh hati dan perasaan. cinta monyet zaman sekolah  hingga ke alam rumahtangga korang memang tragik. hehehe. heh cinta ngan orang lain, kawin ngan orang lain oppsss. aku saksi segalanya. moga kekal ke akhir hayat and i'am so happy for both of you. happily ever after with anak2 yang chomel2 and montel2. balqis, naqib, baby yah and baby qaseh. ok jumpa lagi next time. aku mintak diri dulu dan lain kali sambung gossipping lagi ya babe :D. 

balik rumah keletihan dan start pulak mengemas rumah yang dah 2 hari tak kemas. mendobi and mengvaccum umah yang berhabuk sangat. Mia and Dina biar umah babysitter dulu la. petang2 nanti baru mama ambik. mama nak berperang mengemas my small little castle jap ek. petang ambik anak2, tunggu afiq balik sekolah petang then out for dinner. x kemana pun stall tomyam bawah umah sajor. dan esok cuti lagi dan ulangi the same task tomorrow. cuma yang lain nya nak ke Jalan TAR nak liburkan hati mama. nak beli kasut sarung yang baru ;) bye... bye.



Pppssttttt, syukur alhamdullillah Afiq khabarkan berita gembira buat mama masa dinner tadi..... lega sangat.


"mama, tak nak la tukar sekolah, sekolah ni ok, tak yah la tukar, abang suka sekolah situ..... mama borek anak rintih, my old school"

bukan nya apa, betapa susahnya proses nak tukar tu abang. sampai mama bertekak dengan pihak sekolah. kerani 1 citer lain, kerani 2 citer lain, cikgu A citer camni, cikgu B citer lain plak. macam-mcam versi mama dapat. hilang kesabaran dan ketekunan mama selama ni. alhamdullillah sekali lagi Thank you allah memudahkan urusan persekolah anak-anak untuk tahun 2013 ni. SYUKUR pada MU. lega dalah kepayahan dapat jua mama sekolah kan you all. timba ilmu sebanyak mungkin untuk bekalan dunia dan akhirat. ingat jaga diri dan to afiq jangan aniaya anak orang. amin







Tuesday, January 1, 2013

Sessi Persekolahan 2013

baru sampai dari senawang petang tadi. New Year LUNCH wif MAK, BAPAK, dan ADIK-ADIK... roslinda, rafizi dan rosmima, inlaws nizam, zainorhana and fariz serta anak-anak tersayang shafiq akmal, sarah damia, sahira dina, ariq zaidan, ariq zakuan dan al-falah. balik dinner dan teruskan task mama yang seterusnya. 

malam ni gigih mama mencuci dan meng iron uniform sekolah baru anak-anak. esok hari pertama sessi persekolahan 2013. pastu meng 'name tag' kan buku-buku tulisan yang baru only for damia n dina. Abang sekolah petang. esok pepagi dah mengigih hantar the 2 gegirls. at 12.30pm bergegas ke SMBKL plak tuk uruskan perdaftaran abang. aritu tak dapat hadir sebab clash ngan orentation adik jugak at SKBF2KL. Damia Dina balik naik bas sekolah ya. bas sekolah yang biasa tu la. bas pak din. pastu terus balik ke rumah CIK INTAN ya. take care anak-anak perempuan mama. mama risau sangat-sangat. 

kekadang tu kalau boleh nak anak-anak tu umor dalam linkungan damia dina sekarang selamanya. dengar kata mama. melawan degil-degil sikit2 tu biasa la kan. habis kuat pun mama 20 sen nak beli gula2, ma 20 sen nak beli ais krim. tapi tak mungkin la macam tu kan.

yang kecik makin dewasa, dewasa macam aku makin tua. yang sehat akan sakit. yang hidup akan mati. ya akan mati. 

my bujang dah BUJANG sangat. this afternoon masa jalan-jalan kat GIANT SENAWANG, nak cari seluar sekolah yang lain, aritu beli sempit, tu la degil cakap mama, mama kata beli besar sikit, abang makin lama makin besar. kan dah membazir, seluar ketat tak boleh nak diotter besarkan. terpaksa la beli seluar sekolah yang lain, thank you ayah nizam my brother in law sebab belanja seluar sekolah baru shafiq. pastu on the way nak balik, dimintaknya mama PSP RM 450/-. abang. nak bukak sekolah ni banyak nak guna duit. lagipun hal sekolah abang belum settled lagi. banyak nak guna duit sayang. terus buat muka. last week mintak BB. abang kalau mama mampu semua permintaan abang tu nak mama penuhi. itupun jika mama mampu. abang please BERSYUKUR dengan apa yang ada sekarang ni.

:(...MOOD: SEDIH DALAM HATI hanya TUHAN yang tahu.
Tapi, dalam masa yang sama sujud syukur padaMU, dengan rezeki mu yang sederhana ini dapat aku menyekolahkan anak-anak. anak-anak please hargai lah pengorbanan mama ini.

:(

ya allah tabahkan aku esok
aku redho dengan semua ini

Wednesday, December 19, 2012

ini Janji MAMA

Alhamdullillah, selesai sudah lega hati mama. sepasang uniform baru + singlet + tudang for the girls, kasut + stokin dan sebuah bag baru setiap seorang. Lega juga sebab ada beg beroda yang murah for the twin girls. hehehe. tak kesah la tahan sekejap pun. janji permintaan the princess telah mama tunaikan dan hajat kali terlaksana. tahun ni merasa la beg beroda setelah sekian lama berhajat oleh adik and kakak. lega hati mama sesangat sebab dah selesai. 

Kan mama dah janji setiap tahun pasti akan ada sepasang uniform baru untuk semangat baru ke sekolah untuk tahun yang baru ini. itu janji mama selagi mama bernafas. dan insya'allah pasti akan ada jer rezeki untuk anak-anak walaupun sepasang. :D. Semangat ke sekolah untuk tahun baru dan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat. amin ini juga doa mama buat anak2 salalu. setiap denyutan nadi mama. setiap kali itulah mama sentiasa berdoa untuk kalian. walaupun kekadang mama marah-marah, bukan bermakna mama benci. Mama marah bersebab ok. Syukur sekali lagi, 50% SIAP by MAMA. Jadi tinggal nak beli Buku-Buku + Yuran + Registration on 28 December 2012 for Abang and Adik same date, same day and same time but different school. Kalau boleh kerat badan ni, pasti mama kerat DUA. what to do. semua nya on my shoulder. and MAMA happy to do all this untuk anak-anak mama. dan puaskan hati anak-anak mama semua. amin. syukur.






Wednesday, October 10, 2012

rela menepung dari menasi

hai anak-anak ku, hari ni mama merajin memasak. tak diherankan der. sambal sardin + telur dadar. abang, kakak dan adik lebih rela menepungkan diri. abang kerajinan mengoreng lebihan tepung cekodok dari melayan nasi yang seperiuk tu. hai abang cita-cita nak masuk 'master chef' ke. tugas baru abang sekarang chef cilik kepada Damia n Dina. janji tengahari perut diisi ya. thank you abang. ada tepung dan telur pun dah ok dah kata si chef cilik SA. mama on DIET ok. saper nak habiskan nasi tu semua. selalu nya mama la yangg menghabiskan sebab mama kan tak suka membazir. sampai dagu mama dah berlapis kueh lapis balik ya. semua spare tyre dah kuar. oh tidak. mama lebih rela mendiet kan diri. dari menasikan kan perut mama ni. sian nasi-nasi tu, harap tak basi esok, tuk kids bawak bekal ke sekolah esok. itulah kesah seperiuk nasik dan semangkuk menepung cedokok. ermmmm......pasni kalau mama x nak masak, jangan salahkan mama malas ya. please kids elakkan pembaziran. bukan mama malas a.k.a pemalas. mama tak nak membazir. ok clear kids. bukan malas ya.

Friday, September 28, 2012

Mama Selalu Pesan Ni Kan - BERSYUKUR


Dah berapa kali mama pesan wahai anak-anakku semua. Abang, Kakak & Adik.
Bersyukur, bersyukur dan bersyukur. Bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.
Dan bagi mama, semua yang kita ada hari ini.....
 adalah yang lebih baik dan yang terbaik dari 4 tahun yang lampau.

Ada tempat tinggal
walaupun kecil tapi lebih selesa, dapat berteduh dari hujan
dan panas serta dari rebut taufan….
yang kekadang banyak kali jugak mama ngelat nak bayar sewa…..
* nasib kita baik ..... ya sangat baik
sebab menyewa dengan DBKL,
dan DBKL masih boleh berkompromi
kalau dengan orang perseorangan
dah lama kita semua kena halau dan duduk la kita bawah jambatan

Ada makanan
Walaupun nasi dan telur goreng berkicap
* kalau ada duit lebih merasa jugak anak-anak mama makan KFC, Mc D, Burger King
* dan kekadang tu lamb chop, chicken chop + fish n chip
[walaupun bukan restaurant mewah tapi hanya kedai tepi jalan kat Kg Baru]
Janji kenyang dan perut terisi, tidak pernah mama biarkan kalian kebuluran.

Ada pakaian
walaupun asyik mengulang yang sama
[and to Dina & Damia – tak kira la t-hirt tu abang punya dulu, pakai jer]
masih ada uniform untuk ke sekolah……
pakai apa yang ada selagi tidak mendedahkan bahagian yang perlu ditutup

Ada permainan + other stuff
walaupun yang ala-ala sekadar ado
Internet walaupun hanya 200+++ kbps dengan 
2nd hand PC yg dibeli dengan hargaRM50/- buy from zico
Dapat gak tengok upin ipin dan dengar lagu2 najwa latif di youtube
[ada hati gak masing-masing nak mintak mama TAB]
Damia Dina ada mainan masak2 walaupun yang murah……
Abang ada hp touch screen lain ditekan lain yang appear,
dan yang 3 bulan sekali mama top up dengan RM5/-
[jangan berangan nak yang lagi canggih dari tu ya abang]

syukur dengan apo yang hadooooo

Ada kereta kecil warna putih
Boleh gak ngangkut kamu semua balik kampong
dan kekadang jenjalan
[jangan terlintas diminda pun nak suh mama tukar kete besar macam bam ya]
Lupakan…. Peringatan pada suhairi juga
Nak makan pun kekadang dicatu, ado hati nak pakai Nissan Grand Livina
Pakai la sang kancil yang hado sampai sudah ya….
Hanya kekadang jer kita kena balik guna komuter dan bas kan
sebab hado orang malas hantar dan tak nak balik samo2

Bersyukur…. ingat, bersyukur dengan apa yang kita ada hari ini. Dan ingat ada insan lain
Yang kurang bernasib baik dari kita semua. Kalau kita rasa kita susah, ada insan lain yang LEBIH SUSAH




Semoga gambar di atas dapat menjadikan ikhtibar dan 
pengajaran pada Afiq, Damia & Dina


MAMA SANGAT2 BERSYUKUR DENGAN 
APA YANG ADA HARI INI
ALHAMDULLILLAH
TERIMA KASIH 
TIDAK TERHINGGAN
PADAMU TUHAN..... aminnnnnn

Wednesday, June 27, 2012

Dah lama tidak HUJAN......




Dah lama tidak hujan. Hujan Rahmat today. Bumi dah kering kontang jadinya. Panas membara terbakar. Bagi hati ku yang panas membara juga. Dan Moga-Moga hujan ini membawa sejuta rahmat pada kami sekeluarga. :D. Afiq n Damia ada 'training' rumah sukan petang ni. tapi hujan. Jangan training dalam hujan sudah. Macam belacan la bila balik nanti. Teringat mama masa sekolah dulu. Training 'Hockey' dalam hujan. Habis bermandi lumpur. huhuhuhu. Balik Wan Chomel geleng kepala tengok satu badan comot. Anak-anak mama memang suka mandi hujan.. Goma bona ngan ayorrrrrr..... :D. HUJAN itu rahmat...HUJAN itu rezeki. Moga rezeki ku akan selebat HUJAN hari ini. Tidak akan berhenti BERHARAP...amin


Thursday, June 7, 2012

Pergi Dengan Berat Hati

kalau mama mati, bawak adik-adik tinggal di rumah kebajikan ok,
jangan susahkan sesiapa....
belajar hidup berdikari, kalau nak hidup senang pelajaran tu
amat-amat penting, ingat pesan mama.....
:((
:((
:((




Abang please take care of your 2 sisters this weekend. Please.Please.Please. Mama tahu Abang tidak akan suka dengan permintaan mama ni. But mama have no choice Abang. You have to. Mama pun tak der jalan lain lagi. Buntu...Buntu...Buntu. Mama Buntu. Betapa risaunya hati mama ni. Tak tenang, tak tenu arah memikirkan kalian bila mama di sana. Kalau berpeluang untuk tidak pergi, Mama lebih rela tidak pergi. Tapi Mama have no choice. I have to attend this kursus. Please. Please Abang, Mama Begging you with my banded knee.


:(( :(( :((





Friday, May 18, 2012

Hajat MAMA tak kesampaian

Abang< Kakak > Adik dengan waterfall, swimming pool, sea 
apa saja yang berkaitan dengan water 
memang tidak dapat nak dipisahkan. 
walaupun tak pandai berenang. 
ni lagi satu hajat mama yang tidak kesampaian sangat-sangat :((. 
nak hantar anak-anak kelas berenang :((. 
kalau dapat mandi di pool tak makan pun tak per. 
kenyang jer. tapi lepas berendam baru sebok2 nak cari makan :)). 
Hajat mama nak belikan ni.... 
tapi mahal sangat laaa. x3 helai...
pehhhhh sebulan punya duit belanja babe. :((

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
,,,,,,,,,,,,,,,
,,,,,,,,,
,,,,,
,,,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,




Tuesday, May 15, 2012

Kali ke 4 Ni

"Hilang punca, tapi alhamdullilah berjumpa juga dengan
guru mengaji yang baru. 
ALHAMDULILLAH, syukur pada mu YA ALLAH.
Allah yang maha mendengar dan maha pengampun serta pemberi rezeki.
Memberi ku jalan dan ruang untuk menyelesaikan masalah yang satu ini....
amin..........

Syukur sekali lagi....
syukur dan syukur"


At Pantai Ria sahaja ini adalah kali ke 4 ya. Ya kali ke 4  sudah anak-anak bertukar guru mengaji. Belum campor tolak tambah masa kat rumah lama dulu. Ada dekat2 10 x kot. adoyaiiiii. Buntu. buntu mama. Susah betul nak cari guru mengaji yang bagus sekarang ni. Ya'allah kau terangkanlah hati anak-anak ku untuk membaca dengan lidah yang lancar ayat-ayat suci mu ya allah. amin. Moga guru mengaji kali ini kekal amin.