About Me

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Hope you all will enjoy reading my BLOG yang tak seberapa ni, Baru nak belajar2 buat BLOG sendiri sebagai mengisi masa lapang yang banyak berlalu dengan tanpa berbuat apa2. Hope you guys sudi2 kan lah menjenguk jenguk my BLOG ya. Tak da apa2 sebenarnya pun, but its ALL ABOUT MY FAMILY AND ANGELS of mine [Afiq,Damia,Dina] MASSAGE TO MY ANGELS...... You all are everything for MAMA [be a good kids] and [jadilah anak2 yang soleh dan solehah], berguna pada agama, bangsa, negara [be somebody for your own good]dan jauhilah diri dari perkara2 yg tidak baik ya sayang, itu saja yg MAMA pinta [tak lebih dari itu]. Buat yang TERBAIK utk MAMA ok]. And I promise to give the best for you all.....Mama SAYANG all of you. Please promise me that all of you will be a good kids....:D...Don't be naughty...
Showing posts with label Hobi - Novel. Show all posts
Showing posts with label Hobi - Novel. Show all posts

Friday, June 24, 2011

Terapi Diri

Ini entah yang keberapa? Moga ada insan-insan di luar yang sudi meminjamkan novel-novel mereka untuk santapan mindaku. Sesungguhnya dengan membaca membuatkan aku sedikit tenang dan hanyut di dalam alam ciptaan aku sendiri tanpa gangguan. Biarpun mereka-mereka disekelilingku telah la dibuai mimpi indah. Hilang penat bekerja seharian. 



Lara Rindu
Amanda Aniqah
RM 23.90
ISBN: 978-967-5489-76-1
~640 hlm
Bahasa Melayu
Kastia suka kepada kehidupan, apalagi dalam dunia pelajaran. Misinya adalah Long Life Learning (Belajar Sepanjang Hayat). Bukan macam polisi temannya, Chinta, 3L iaitu Long Life Love. Loveaholic. Atau macam etika Makhluk Perosak, Long Life Work. Memang Workaholic. Langsung tidak ceria hidup. Anjakan terbesar dalam catatan hidupnya adalah perkahwinan. Ia wujud bukan atas cinta. Tanpa wasiat, tiada tangkap basah.Tiada kontrak perkahwinan keluarga atau ‘family arrange’. Dia pun tidak tahu macam mana perkahwinan ini boleh terjadi. Menghairankan! Bila rahsia terbongkar, lara hatinya dibawa terbang jauh. Langsung tidak menoleh ke belakang walau rindunya mengundang lara.

Thursday, June 16, 2011

Tamat Sudah

TAMAT SUDAH ........drama bersiri yang digilai ramai NORA ELENA. Sudah lama kiranya saya tidak mengikuti drama bersiri. Ya saya sangat tertarik dengan drama ini sehingga tidak sanggup miss satu episod pun. Sudah KATAM hari ini with very HAPPY ENDING STORY. 



BERAPA RAMAI KAUM WANITA DI LUAR SANA YANG SEBETUAH NORA ELENA. DAN ADA LAGIKAH KAUM LELAKI SEBAIK DAN SESABAR SETH TAN.  TEPUK DADA TANYA SELERA.









Tajuk : KAsih Yang Suci
Author: Meen Zulaikha
Harga : Rm19.90
Penerbit: Alaf21

Sinopsis Belakang Buku:
Sepuluh tahun yang tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba - tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang - bayang yang tidak dapat dipegang.

"Hakikatnya, aku suami dan kau isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua," tegas Seth

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya...Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas itu dan wanita adalah nadi jiwa...saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling dan menerima.
Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

Friday, June 10, 2011

3rd Novel For This Month

Kerja-kerja rumah dah BERES
BERES awal, sebab anak- anak SCHOOL HOLIDAY
Soooo no SCHOOL UNIFORM to WASH
Nooooo dirty shoes to SENTAL......


COME lets START ......
READING MY NOVEL....
2 hari jerrr..settled laaaaa....
then leh start new one.....


Sinopsis : CINTA PERTAMA
Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan.
Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya.
Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. Apakah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati... atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati?
Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama... terseksa dalam keindahan?


Muka Surat : 520

Thursday, June 9, 2011

2 Hari Selesai

Tidak lama, bila dah mula 
terasa amat gelojoh hendak tahu KESUDAHANNYA
makanya, time lunch aku habiskan dengan membaca sahaja
dah 2 hari tidak menjengok newspaper kosmo online seperti lazimnya.....
KUSYUK betul puan punya blog ni membaca
NOVEL dah tak da...nak beli jauh sekali
KENGKAWAN, pinjamkan saya NOVEL anda......
boleh.............................????????





Saturday, June 4, 2011

Aku Membaca Kembali

Ralit..sangat...sangat RALIT [khusyuk]
Itulah istilah yang paling sesuai diberikan pada puan punya blog
Ya, puan punya blog sudah mula membaca.

Kalau sudah mula MEMBACA, habis lah semua keje2 rumah tergendala...jadinya
In the 1st place puan punya blog MENCARI novel lain dari seorang colleague nya di zico

Alaaa, novel  "Kasih Yang Suci" karya novelist Meen Zulaikha....
Novel ini telah didramakan dan sekarang sedang ditayangkan di TV3 NORA ELENA
How, romantic wa cakap luuuuuuu.....

Setiap hari Isnin hingga Khamis, puan punya blog sampai jer rumah akan bergegas naik ke 1oth floor and watching this drama...huk huk huk

Tapi novel tu dia tak da.....dah bagi apalagi baca jer la, nama nak beli memang tidak la...
idak ado budget lerrrrr....

CINTAMU NADIKU


HARGA ASAL : RM 19.90
HARGA NOVELIST2U : RM 19
ADA banyak istilah tentang cinta. Manusia juga mudah keliru tentang cinta, antara cinta dan nafsu, antara kasih dan kasihan. Karmila menerima lamaran Wazif bukanlah berdasarkan cinta yang sempurna, Dia bersetuju kerana mereka sudah saling mempercayai. Setelah berkahwin, Wazif mula berubah hati. Berada disisi Wazif terasa lebih sepi dari dia bersendirian. Namun, Karmila sedar lelaki dan perempuan yang bercinta pasti akan menemui halangan sebelum mengecapi kebahagiaan. Mungkin inilah kisah percintaan hakiki yang menuntut seribu pengorbanan.
Tetapi semakin hari, hidupnya disulami rentetan peristiwa ganjil. Karmila kaget bila diberitahu kemelut rumahtanggannya mungkin angkara sihir. Diatidak mampu melawannya kecuali berdoa kepada ILLAHI. Mengapa dan siapakah yang iri hati dengan impiannya untuk merasai hikmah bercinta dan dibuai keasyikan perasaan?


BEST BACA LAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA